Featured Post

#PrayforPenang

26.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 7 & 8 Review

Hello u olls,

Julie Uliek tanya kat FB,  why I dah lama tak buat review untuk Game of Thrones.  Yes,  dah dua minggu dan dah dua episod I olls tidak membuat review.  Ini adalah kerana bagi I olls episod 7 dan 8 adalah sedikit mendatar memandangkan dua episod itu hanya memaparkan kisah-kisah kecil tentang perjalanan kisah Game of Throne bagi setiap keluar sebelum menjelang peperangan besar.

But here akak list down beberapa scene penting yang harus kita bincangkan.  (sorry kalau babak-babak ini tidak tersusun mengikut kronologi).





The Hound is Back
Dia mati kena tikam dengan The Needle oleh Arya.  Dia hidup balik dan join satu kumpulan agama yang duduk di pedalaman.  Ala-ala join tablik la u olls.  So dia memang dah jauhkan diri dia dari keganasan.  Tapi bila semua kumpulan tablik dia dibunuh oleh satu group penyangak.  Dia terus pi carik orang-orang jahat tu semua and bunuh depa dengan kapak.  I hope that The Hound dah join balik group The Band without Banners and depa akan bertemu balik dengan Arya and keluarga Starks.






Margaery Si Pemenang Oscar
Dalam dua episode ini kita boleh nampak agenda sebenar Margaery yang selama ini menipu High Septon sahaja.  Kalau dulu cita-cita sebenar hidup dia adalah menjadi Queen tapi akak rasa sekarang ni dia ada plan lebih besar dari itu.  Mana tau kalau dia sendiri nak angkat diri dia menjadi King? (I mean Queen la).  Aku rasa dia tak kisah pun kalau lepas ni Tommen mati.  Sebab Tommen tu bodo and dia mentah lagi tak boleh nak pikiaq untuk diri sendiri.  Margaery enggan tidur dengan Tommen walaupun setelah pulang ke istana and the act dia lukis secretly gambar bunga rose (lambang keluarga Tyrell) menyebabkan nenek dia Lady Olenna syiok and pasti yang cucu dia tau what she's doing.  Haa....ampa tau dak?  Lady Olenna lah yang bunuh King Joffrey?  It was her who put batu beracun dalam minuman King Joffrey.  Celaka orang tua ni.








Lyana Mormont Yang Meletops
Ini adalah antara favorite scene dalam dua episod ini.  Sansa,  Jon and Davos pi jumpa keluarga Mormont untuk mendapat askar untuk pi fight dengan Bolton.  Lyana Mormont lebih kurang 10-11 tahun sahaja aku rasa.  Tapi pelakon pompuan ini adalah seorang pelakon yang hebat,  she got that face and sangat confident untuk carut Jon and Sansa.  Kalau akak tengok Jon depan akak,  nak carut macam mana nyah?? Pekpek duk muik muik sahaja tengok jantan hemsem depan kita.  Kalau Abang Jon mintak askar,  bukan sahaja askar,  seluruh tubuh badan akak juga untuk dia.  HAHAHAHAHAH.  Paling epik,  at the end of the perbincangan,  dia bersetuju untuk memberikan 62 orang askar.  Jon and Sansa akak terkejut tapi nak buat macam mana,  depa terdesak dan terus menerima.  Ada ending epik kepada pengorbanan Lyana Mormont ini.




Yara Isap Tetek
Rugi kepada kita yang tengok Game of Throne dalam HBO Malaysia,  semua scene-scene seksi telah dipotong.  Akak rasa dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Game of Throne tak buat scene seksi romen romen teruk.  So tunggu habis season ini akak akan download semua episod secara haram tanpa sensor.  So bolehlah akak tengok scene Yara isap tetek pompuan cekcur depan adik dia Theon.




Arya Kena Tikam
Pasaipa keturunan Starks ni semua selalu kena tikam ja kerjanya?  Scene dia kena tikaman bertubi-tubi oleh The Waif mengingatkan kita pada scene Red Wedding di mana Katlyn and Robb dan bininya kena bunuh teruk.  Lepas episod 7,  ramai yang duk buat prediction mengatakan bahawa yang kena tikam tu bukan Arya tapi Jaqen H'ghar yang menyamar jadi Arya and dia sebenarnya nak menge-test The Waif.

Tapi NOPE,  its was Arya memang betul Arya yang kena bunuh.  Tapi nasib baik dia telah membuat kebaikan dengan makcik pelakon yang akhirnya membantu Arya sehingga hampir sembuh.  The Waif jumpa Arya balik and dia mai nak bunuh Arya.  Arya bawa dia ke lubang gelap di mana dia sembunyikan dia punya Needle.  Aku rasa Arya memang plan nak bawak and bunuh The Waif kat situ.  Sebab tempat tu gelap gila and the only kelebihan yang Arya miliki yang The Waif takdak adalah kelebihan untuk fight dalam gelap.


Arya dah terror bab tu sebab hari tu dia buta for some time.  Depa cut scene depa fight dalam gelap dengan Arya memotong/memadamkan api lilin.  Ramai yang bara sebab depa nak tengok penghabisan Arya bunuh The Waif macam mana.  Tapi bengong ampa ni dah kata pun fight dalam gelap.....camera nak nampak apa?

And ampa mesti tertanya-tanya,  kenapa lepas Arya pi jumpa Jaqen H'ghar,  The Faceless Man tak marah dia and seolah-olah mengizinkan Arya untuk meninggal Temple of Black and White.  How and why?  Temple of Black and White beroperasi macam satu sistem sama rata sama adil.  Depa macam akauntan khas,  duit masuk kena sama dengan duit keluar.  That's how they work.


So bila The Waif mendapat mandat untuk bunuh Arya sebab dia gagal nak bunuh Makcik Pelakon,  The Waif yang kena bunuh dengan Arya dan wajah The Waif yang dinaikkan atas temple.  Can you see all those faces orang mati dalam temple tu? So as long ada satu orang mati untuk diletakkan di situ atas order pertama yang dikeluarkan untuk membunuh Makcik Pelakon....so bagi The Temple of Black and White...itu sudah memadai dan membuatkan akaun mereka dicatat elok.

So Jaqen H'ghar tak boleh halang Arya blah.  And aku tak sabar nak tengok Arya jumpa dengan Jon balik.


No trial of Combat
Antara scene paling aku suka di King's Landing apabila melihat Cersei kalah teruk dan dibenci bukan sahaja oleh orang bangsawan dan ahli istana malah anak dia sendiri.  Masa scene dia jumpa Lady Olenna untuk minta tolong,  Lady Olenna maki dia.  "Hang dah kalah.......sebab kebodohan hang sendiri,"


Yes,  indeed.  Cersei dah kalah.  Dia yang pasang all the perangkap now dia sendiri yang terperangkap dalam permainan dia sendiri.  Remember dia dulu-dulu punya jahat and bedebah.  Apa dia nak mesti dapat dan menjadi.  Tapi ini adalah sumpahan kuasa yang disusun oleh keluarga Lannister yang memerintah dan mendapatkan kuasa menggunakan kuasa duit dan kekejaman.  So pengikut depa basically adalah mereka yang takut pada kekejaman keluarga depa ataupun yang terpaksa bergantung kepada kekayaan keluarga Lannister.


Tak ingat ni season apa tapi aku sangat rindu kepada Cersei ini.  Bitch siye anak haram.

She never respect anyone.  Dia anggap and layan semua orang macam sampah.  Kecuali adik kembar dia Jaime.  Dia buat musuh dengan keluarga Tyrell and keluarga besar lain seperti Starks sendiri sebab dia punya personal issue.  Dengan adik beradik dia and sedara dia pun dia takdak hubungan baik.

And now,  Tommen seorang budak yang masih mentah senang-senang saja telah menerima cadangan daripada High Septon untuk membuang peraturan Trial of Combat.  Mampuihlah Cersei lepas ni.  Dia mesti akan mati punya.

At one of the scene,  dia bisik kat pembantu khas dia Qyburn yang mengatakan dia ada satu secret rumors.  So semua orang duk kata,  rumors itu adalah mereka terjumpa semua Wildfire yang disimpan oleh King Aerys dulu (bapak Danaerys) untuk tujuan membakar negara King's Landing.  Adakah ampa rasa Cersei akan sempat membakar King's Landing?



Jaime Berjaya Takluk Casterly Rock
Okay untuk scene ni....satu ja aku nak tanya,  Edmure Tully ada anak ka????  Macam mana dia boleh duk kena hasut senang-senang dengan Jaime sampai dia sanggup bagi Casterly Rock senang-senang.

Anyway Edmure memang macam  bodo-bodo sikit.  Ingat dak dulu bapak dia ka mati,  dia tak dapat panah api bapak dia.  Nasib baik pakcik dia Blackfish sempat bakar jugak.

Ada scene shahdu yang harus kita ingat iaitu pertemuan antara Jaime dan Brienne.  Ampa rasa antara Tormund Wildings and Brienne and Jaime and Brienne,  couple mana yang ampa lebih suka?  HEHEHE



Daenerys Balik
Haaa akhirnya masa Meeren duk kena serang,  Daenerys balik kot atas dengan naga dia.  Aku dah agak dah masa tengok siling bergegar macam tu.  MESTI NAGA!!  Sekali betui.


And for those asking si botak Varys ni nak pi mana?  Secret mission katanya.  Mungkin dia keluar nak pi cari kapal lebih banyak untuk Khaleesi.  Tapi ada juga yang kata,  dia sebenarnya nak cabut lari sebab dia tau dah depa nak kena serang.  Tak la...i dont think so.  Aku rasa Varys memang loyal kat Daenerys and dia percaya yang Targaryen akan mai amik balik 7 Kingdoms.  


All pictures are copyrights of IMDB and 9 Gag.  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...