27.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 9 Review

Eksaiteddd gila nak tulis artikel ni.  Ini adalah episod paling best so far for the whole Game of Throne entire show.  Kalau ampa bukak IMDB pun depa style rating episode ni sebagai 10/10.  Personally ini jugak adalah episod paling best bagi aku kecuali kalau nanti depa decide untuk buat episode khas sambungan di Tower of Joy di mana Ned jumpa kakak dia Lyana yang menyerahkan Jon kepadanya.

So dalam episod ini ada dua peperangan besar dan epik dalam perkisahan Game of Throne.  1 adalah peperangan antara Slave Master yang serang Meereen and satu lagi of course perlawanan yang dijadikan tajuk utama bagi episod ini iaitu perlawanan antara dua anak haram atau Battle of the Bastards.  Memang HBO and produksi GoT tabur duit kau kau untuk episod ini dan submit episode ini semata-mata untuk banyak pencalonan dalam Emmy Awards.

Tapi of course,  Battle of the Bastards punyalah dapat banyak focus sampai orang literally lupa tentang apa yang berlaku di Meereen apabila akhirnya ketiga-tiga naga Daenerys for the first time telah muncul kembali,  sudah besar yang amat dan sudah boleh bakar kapal dengan senangnya.





Kemunculan 3 Naga
Ramai yang kutuk scene kat Meereen sebab depa kata tak cantek sangat and banyak CGI yang tak cantek.  Entahlah,  pada akak,  sangat okay kot scene ini.  Sangat suka saat Daenarys duk confront Tyrion tentang apa yang berlaku and dia berjaya convince-kan Daenarys bahawa Slave Masters mai balik sebab depa rasa threaten by kemajuan yang dicapai di Meeren.  Betul la apa yang dikatakan oleh Tyrion,  depa takut sebab kalau bekas hamba tau yang depa boleh maju dan kaya depa tak perlu takut lagi pada bekas-bekas tuan depa.

Naga-naga Kak Daenarys memang besar tapi tak sebesar naga dia yang first.  Depa pi serang kapal-kapal tu semua tapi baguih sebab depa bakar satu kapal saja sebab Danaerys memang nak kapal banyak-banyak sebab dia nak pi serang King's Landing tak lama lagi.

Pastu itu sahaja fight depa.  The rest....depa just cakap-cakap sahaja.





ABANG JON.........................
Hangpa tau dak aku nangeh sekali lagi masa tengok show ini.  Particularly kat scene lepas Jon turun daripada kuda lepas Rickon kena tembak and askar Bolton mai serang dia naik guna.  That moment,  aku nangeh wehs.  Walaupun kita semua tau,  Ramsay akan kalah dalam battle ini tetapi kita tak tau macam mana and bagaimana.  And knowing GRR Martin dan pencipta GoT adalah orang-orang yang kejam,  what if Jon mati sekali lagi?


Aku nangeh gila depan TV masa tu and duk kata......."Bodooo hang Jon....siye bodoooo hang pi kat adik hang buat apa...."  Khafi duk bara kat meja (masa tu baru bukak posa)  dia tau aku duk syiok kat Jon.  Abang Manap pulak,  start daripada scene perang Winterfell,  dia yang duk berdiri teruih stopped and tak jadi pi belakang and tengok scene fight ni sampai habis.  (Abang Mana suka la scene fight ni semua).

Lagi sedih bab Jon kena pijak dengan askar dia sendiri.  And macam mana dia duk push diri dia sampai last sekali dia dapat emerge dari lautan sesakan manusia untuk mendapatkan udara.




Rickon Mati
Kesian akhirnya Rickon mati juga.  Semua orang kot 9Gag duk maki sebab Rickon bodo pi lari straight.  Patutnya dia lari bengkang bengkok sebab baru susah nak tembak.  Tapi apa pun teori ampa,  Ramsay adalah seorang penembak yang terror.  Ampa ingat dak scene dulu-dulu Ramsay akan lepas budak perempuan lari dalam hutan dan dia akan kejar untuk panah.  Dia memang akan tembak budak tu macam haiwan buruan.


Memang betul apa yang Sansa cakap.  Ramsay tak akan biarkan Rickon hidup sebab Rickon adalah the only anak jantan Starks yang masih hidup.  Jon bengong tak mau dengar nasihat dan peringatan Sansa and bila dia sendiri tengok kelibat Rickon dikejauhan tanpa fikir panjang dia naik kuda and cepat-cepat dia pecut untuk selamatkan adik dia.  Tapi dia lupa......dia tinggal anak-anak buah / askar dia semua dan semua strategi perang depa tidak dapat dilaksanakan.

And knowing Ramsay seorang yang lebih kejam daripada binatang,  memang celaka puki siyeee dah dekatttttt dah dengan Jon baru dia tembak bagi kena.  Masa duk jauh-jauh lagi,  dia style tembak tengok tepi.  Sengaja dia bagi tak kena.

Selain Rickon,  antara kematian yang harus kita kenang adalah Wun Wun the Giant.  Tapi ramai yang bara pasaipa Giant yang besar ini tidak diberikan senjata masa perang?





Perang Yang Epik
Tidak dinafikan Battle of the Bastards adalah sangat epik sekali.  Banyak tenaga dan uwang ringgit diperuntukkan kepada episod ini semata.  Berikut adalah beberapa informasi trivia yang ampa harus tahu tentang scene perang ini.

  • Horse master adalah perempuan seorang iaitu Camilla Naprous bertanggungjawab untuk choreograph semua pergerakan dan advice bab-bab kuda ni semua. Sorang lagi perempuan penting adalah Deborah Riley, production designer yang bertanggungjawab untuk buat design especially timbunan mayat-mayat masa scene perang. Semua timbunan mayat itu adalah patung dan walaupun depa adalah patung tapi setiapnya dipakaiankan dengan seragam dan lambang bagi pelbagai askar yang terlibat dalam perang ni.



  • 600 kru,  500 pelakon ekstra,  80 ekor kuda,  25 orang ahli stunt lelaki dan perempuan dan 4 orang jurukamera digunakan untuk scene perang ini sahaja.
  • Selalunya satu episod GoT akan dishoot selama 8 hingga 12 hari tetapi untuk untuk scene Battle of the Bastards sahaja menelan masa selama 25 hari.
  • Hujan lebat membasahi bukit di lokasi penggambaran di Saintfield, Utara Ireland.  So tanah jadi berlumpur dan sukar untuk kuda dan tenaga produksi.  So depa bawa lebih kurang 160 tan batu kerikil untuk letak di sekitar kawasan shooting untuk mudahkan urusan penggambaran.
  • Episod Battle of the Bastards ditayangkan pada minggu HARI BAPA.


    Scene ini yang membuatkan akak menangis.

  • Scene yang akak nangis tengok Jon berdiri depan kawanan kuda nak serang dia,  itu bukan CGI ya...itu memang betul betul kuda duk mai depan dia.  Kit Harrington kata,  dia kecut teloq time scene tu sebab macam horror kot kuda duk mai charging depan hang.







Sansa Niat Baik or Jahat
Okay the question is adakah Sansa berniat baik atau jahat sebab dia tak bagitau kat Jon pasai dia tulis surat minta tolong kat Littlefinger yang boleh mai dengan gang-gang arwah makcik depa The Tully.  Memang masa saat The Vale mai dengan bunyi tiupan sangkakala,  rasa macam syiook sangat weeehuuuuuu habihla hang Ramsay.  Hangpa semua akan mampuih la.

Persoalannya,  ada yang kata Sansa jahat sebab dia tak mau bagitau kat Jon yang dia tulis surat kat Petyr sebab dia at some point masih memandang rendah kat abangnya (anak haram) itu.  Dia nak tunjuk yang dia adalah lebih terror dan mempunyai connection yang lebih kuat.

Tapi at some point kalau pikiaq balik,  dia sendiri dah beberapa kali pesan and bagitau kat Jon jangan duk pi serang Winterfell lagi sebab kita tak cukup orang.  Dia juga marah sebab Jon tak mau dengar cakap dia,  Jon yang berdegil sebab Jon kata memang dah takdak sapa nak tolong depa lagi.

So bila dia tulis surat kat Littlefinger untuk minta tolong.  Sebenarnya aku rasa dia pun rasa ralat nak mintak tolong kat Petry sebab dia masih bara kat Petry (ingat dak perjumpaan depa kat Old Town) tapi sebab dah terdesak dia pun tulis surat ini and dia sebenarnya tak sangka and tak tau la sama ada pertolongan ini akan sampai on time atau tidak.

Dalam episod 8 ada ditunjukkan Sansa tulis surat tapi kita tak tau dia tulis kat sapa.  Tapi peminat tegar style zoom scene surat tu and depa dapat detect apa yang ditulis oleh Sansa.  Its written ""You promised to protect me ... Now you have a chance to fulfill your promise ... The Knights of the Vale are under your command. Ride north for Winterfell. Lend us your aid and I shall see to it that you are ... rewarded."

So apa pendapat ampa? Adakah Sansa baik atau jahat?



Ramsay Mati Akhirnya
Akhirnya Ramsay mati.  Aku sangat suka scene di mana Jon serang dia and tumbuk muka dia sampai nak pecah.  Kalau tengok part tu and mengenang kisah depa dorang,  Jon mesti bara gila and dia mesti nak pukul sampai tangan dia patah pun takpa janji Ramsay mati di tangan dia.  Tapi bila Sansa mai depan muka dia,  dia stopped.  Mungkin sebab dia tak mau adik dia tengok dia menjadi binatang.  Baguih Jon.  Ni yang buat lagi aku jatuh cinta kat dia.

Depa kata,  dalam scene tumbuk menumbuk tu sahaja.......depa kena shoot untuk 10 jam.  Gilaaaaaaaaaaa!!

And ampa perasan dak?  Shield apa yang dipakai oleh Jon masa Ramsay duk panah dia dari depan.  MORMONT shield.  Cayalah.................!  Walaupun Lyana Mormont hanya mampu bagi 62 orang askar sahaja,  tapi salah satu perisai yang digunakan adalah daripada askar Mormont.

Mormont shield lambang seekor beruang.

Scene antara Sansa dan Ramsay juga agak satisfiying.  Sansa seorang pelakon yang bagus kata ini antara favorite scene dia.  And siriesly aku nak tanya kat ampa,  ampa puas hati dak tengok Ramsay mati kena makan dengan anjing dia? Aku syiok tengok dia mati tapi pada masa yang sama aku harap dia mati lebih trajik sebab watak ini adalah sangat jahat sekali.  So apa pendapat ampa?




Starks Returns to Winterfell
Ada orang shahdu tengok banner kepada direwolf naik balik kat istana depa.  Sapa rasa shahdu kat sini?




Davos dan Patung Rusa
Ingat dak dulu (season berapa aku dah lupa),  Davos ada bagi hadiah patung rusa kat Princess Shireen Baratheon?  Lepas Davos belah (aku tak ingat dia blah pi mana kaaaa) Melisandre bakar Princess Shireen hidup hidup sebagai pengorbanan kepada God of Light.  Sebab masa tu Melisandre duk rasa dia duk nampak Stannis Baratheon akan menang perang and takes 7 kingdoms.

Sebenarnya sampai lani bila Davos dah kembali dia tak tau apa jadi kat Princess Shireen.  No one bagitau dia.  Tapi masa malam before Battle of Bastards dia terjumpa patung yang diberikan kepadanya kepada Princess Shireen.  Dia pun pelik pasaipa patung tu ada kat situ and aku tak sabar minggu depan,  season finale,  apa la Pakcik Davos akan maki kat Melisandre.

Fan art by anonymous.

All pictures are copyright of IMDB and 9gag.

1 comment:

  1. Kami rasa, kenapa Jon stop tumbuk Ramsay adalah dia nak bagi penghormatan kepada Sansa untuk tentukan cara macam mana dia nak Ramsay mati.

    Dia tau Sansa terseksa masa Ramsay kawin dengan dia dulu and hanya Sansa yang tau betapa kejamnya Ramsay tu.

    Lagipun untuk tuntut bela sebab Rickon mati, Sansa lebih layak. Jon kan bastard ja T_T.

    Hehehe.

    Tak sabaq tunggu kak jumie review final episod. Malam nieeee. Tak sabaq!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...