Featured Post

#PrayforPenang

30.6.16

Jalan Jalan Cari Makan di Alor Setar Kedah



Hello u olls,

Pada beberapa bulan yang lalu,  akak telah secara tiba-tiba terikut rombongan Cik Sanita Samsudin ke Padang Besar,  Perlis.  Sebenarnya kami nak pi gugurls sahaja,  tapi ada la dua orang tu iaitu Abang Manap (bapak aku) and Pak Non (cousin aku punya husband) yang gatai nak ikut sekali.  Depa ni style love kuat tak boleh berpisah dengan bini sendiri.  Aparaaaaa...

So tujuan ke Padang Besar adalah sebenarnya mencari bekas-bekas plastik untuk kegunaan kakak aku yang duk berniaga makanan western.  Tapi we olls ni semua pun ikut la sekali.  Aku dah lama tak mai Padang Besar,  saja la ikut sekali cuci-cuci mata.  Tapi end up tak beli apa pun,  ala benda sama-sama saja macam kat sini cuma seronok bila tengok-tengok and pegang la.

Bila dah balik,  Khafi tanya "Hang tak beli ka T Shirt ka apa kat aku?"  "Hang tak bagi duit.. nak beli buat apa,"  jawab aku selamba.  "Tadi pagi hang duk gerak aku nak salam...aku saja la buat-buat lembik masa salam macam mengantuk.  Sebenarnya aku tau hang nanti nak mintak duit,"

Okay cerita kecik itu tidak berkenaan.  Sebenarnya nak cerita adalah on the way nak pi Perlis and on the way nak balik Penang,  dua kali kami masuk Alor Star untuk makan!!!  

First kami makan kat Awi Pulut Durian yang terletak di belakang Stesen Bas Derga Langgar.  And secondly dah petang kami singgah makan mee goreng Derga.  Dappppppppppppppp baq hiang!

Jom tengok



Awi Pulut Durian
Terletak di belakang Stesen Bas Derga Langgar,  gerai Awi Pulut Durian memang ramai pengunjung.  Dari pagi sampai petang.  Dibuka setiap hari kecuali Jumaat.  Harga pun murahlazoh u olls.  Contohnya pulut ikan masin hanya RM2 sepinggan.  Orang Kedah memang suka makan pulut,  aku pulak nak bagitau kat ampa not a big fan of pulut sebab kalau makan benda ni satgi nanti mata suur nak mengantuk sahaja. Aku pulak jenis kalau nak tidur 4 hari tak bangun.  

Tapi bila mai kat sini aku bukan sahaja perak buih sebab pelik tengok rupanya pulut boleh dimakan degan pelbagai cara.  Pulut kuning and gulai ayam dah biasa,  begitu juga pulut dengan durian,  tapi pulut with ikan masin?  And pulut dengan ayam goreng and sos cabai manis.  YA ALLAHH YA RABBI ASTAGHFIRULLAH HALAZIM YA ALLAH PASAIPA AKU TULIS BLOG INI DI BULAN PUASA????

Sorry depa takdak Facebook page but ampa boleh tengok kat sini  : Awi Pulut Durian

Sapa mai Alor Staq,  balik kampung raya ni..............mai laaaa tryyyyy!!!



Pulut dengan ayam goreng dan sos cili pedas manis.
 

Pulut with ikan masin and fresh kelapa parut.  


Pulut kuning with gulai ayam.  

Pulut dengan durian.




Kak Edeh posing di depan Awi Pulut Durian.


From left,  my cousin Kak Iken (tukang urut popular dalam kalangan wanita wanita USM),  Sanita Samsudin (Tauke Jumiess Cookies) and Kak Edeh (mak aku yang vouge).  


Gerai Mee Derga
Lepas shopping di Padang Besar (kami lunch jugak kat sana tapi kedai Tomyam biasa-biasa saja nothing special),  so on the way nak balik Penang kami singgah lagi kat Alor Star.  HAHAHAH Sebab dah petang kami pun carilah mee goreng la ala-ala minum petang la ni.  HAHAHAH Bengong kami semua.

Untuk pengetahuan ampa,  akak ni walaupun dibesarkan,  berkahwin dan bekerja di Penang,  akak sebenarnya mempunyai IC 02 sebab akak dilahirkan di Kedah Darul Aman.   Umur tiga tahun kami pindah mai Penang balik.  So akak tak berapa nak ingat sangat la pasai Alor Star nak banding dengan abang and kakak I olls depa semua dah besaq masa duduk kat sini.  

Ini rumah yang kami sewa masa duduk kat Alor Star dulu.  Terletak di Jalan Langgar.  

So berdekatan dengan rumah kami ni ada satu kedai mee goreng yang sangat sedap.  Ala-ala mee mamak Penang tapi dengan taste Melayu u olls.  Not bad.  Ada pasembor,  mee goreng,  mee kuah.  Tak tau pulak depa bukak pukul berapa and katop hari apa.  Tapi takpalah,  ampa tengok dulu gambar-gambar ni.


Bihun goreng. 

Mee kuah pulak.  Kuah base sama dengan pasembor tapi dia bubuh mee.  Dap....

Pasembor.  Ini yang aku paling suka sekali.  Cucur dia garing dan rapuh.  Kuah dia tak berapa pekat tapi sedap baq hiang.


Mee goreng Derga.

 



Inilah sepupu aku Pak Non and bini dia Kak Iken.  Pak Non ni memang pak lawak sikit.  Aku tak suka kat dia tapi dia suka nak kawan dengan aku.  HAHAHAH

Ini kakak aku lagi sekali.  Dia memang suka lidah terkeluaq.  Dulu masa mak aku mengandung dia,  bapak aku pernah lenggek ulaq sampai mati. Tu yang kenan.  

Abang Manap a.k.a Din Milo a.k.a Sang Kuriang a.k.a Presiden Orang Sakit Lutut Sedunia

Kak Edeh (mak aku) duk posing macam jambu.  HEHEHEH

ps/  Sorry takdak gambar kat Padang Besar atau gambar aku sendiri.  Awat ampa tak pernah tengok ka gambar Padang Besar???

1 comment:

  1. Hahhaha...
    Kak jumie oii lawak...
    Awat hg tak pernah tgk ka padang besaqqq

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...