17.6.16

Penunggang Agama

Hello u olls,

Sempena bulan puasa yang rahmatullah ini akak nak ajak u olls semua sembang-sembang pasai terma 'penunggang agama'.  Pernahkah u olls mendengar istilah ini?  Secara amnya,  istilah penunggang agama adalah merujuk kepada individu yang menggunakan alasan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Penunggang agama wujud bukan hanya pada hari ini,  sejak zaman Rasulullah pun ada banyak contoh kisah-kisah nabi yang merujuk kepada manusia yang menggunakan agama untuk mendapat simpati,  sokongan dan menipu orang ramai untuk kepentingan peribadi.  Juga dalam tamadun dan sejarah dunia lain,  banyak contoh penunggang agama yang akhirnya digarapkan dalam kisah-kisah fiksyen fantasi yang menjadi pedoman kepada para pembaca.





Mak Nyah Insof
Pada awal tahun 2016 kita dikejutkan dengan kisah viral tentang seorang maknyah yang telah dikatakan berhijrah menjadi seorang lelaki.  Sesungguhnya niat murni beliau untuk berhijrah menarik perhatian umum kerana setiap hari dia akan post tentang baju-baju,  kasut-kasut dan beg-beg pakaian wanita yang dimilikinya sebelum ini yang ingin dia berikan kepada orang lain.  Semakin ramai orang mengongsikan gambar-gambar beliau ini secara tak langsung telah menjadikan beliau selebriti dan perniagaan produk kecantikan milik syarikatnya mendapat sistem pemasaran yang bergerak secara progresif secara percuma.

Sokongan tanpa henti daripada segenap lapisan masyarakat,  lelaki dan perempuan especially kaum Muslimin dengan memberikan kata-kata pujian setelah beliau sudah mulai berubah ke arah Islamik.

Seorang aktiviti LGBT Malaysia yang telah mendapat anugerah pengiktirafan di negara Amerika baru-baru ini menyuarakan pendapatnya melalui sebuah video di laman sosial.  Dalam video itu,  aktivitis tersebut yang juga seorang trans-woman ingin mengesahkan kepada para pengikutnya bahawa seorang maknyah tidak mungkin dapat mengubah siapa dirinya yang sebenar dalam masa satu malam.  Dia tidak menafikan yang individu maknyah itu mungkin kesal dengan perbuatan 'jahat' yang dilakukannya sebelum ini,  namun itu tidak mengubah siapa dirinya semalam dan hari ini.

Mungkin ini adalah kata-kata sinis yang cuba disampaikan oleh aktivis tersebut kerana semenjak kisah maknyah ini menjadi viral,  secara tak langsung segala usaha yang telah beliau usahakan selama ini untuk membantu nasib-nasib golongan trangender mungkin akan punah begitu sahaja apabila masyarakat sudah mendapat tanggapan bahawa seorang transgender boleh 'insaf' dan 'berubah' semula dengan sekelip mata.  Sejak video itu ditayangkan,  aktivis berkenaan langsung tidak menyebut tentang isu ini.


Back to the maknyah, satu demi satu posting yang dipaparkan oleh beliau menarik perhatian masyarakat.  Personally,  aku tidak ada masalah kalau dia ingin berkongsi gambar dia bersama kumpulan-kumpulan agama melakukan aktiviti ibadah bersama serta kerja amal.  Tapi aku rimas dan meluat gila bila setiap kali dia duk post gambar-gambar baju,  henbeg dan kasut-kasutnya dengan caption "Siapa nak ni?" Dan penuhlah ruangan komen itu dengan pompuan-pompuan hijabis yang sendu dan suka melayan drama Astro Ria.  Kalau hang nak sedekah,  hang pi bagi jaa terus kat sapa-sapa yang memerlukan!!! Tak payahla nak post-post lagi kat laman sosial.


Aku dah stop mengambil tahu tentang beliau.  Cerita viral beliau juga sudah tidak berapa panas.  Tapi impaknya,  aku rasa sepanjang aku duk tengok NewsFeed kat Facebook aku dah nampak dua orang kawan pompuan aku post kat FB masing-masing setelah depa membeli produk daripada maknyah insof ini.  Produk beliau mendapat tempat di hati masyarakat sekarang,  sebelum ni orang pun taktau beliau apatah lagi produk kecantikan yang dijualnya.


Aku mendoakan agar hatinya terus istiqomah atas apa sahaja yang dia dah pilih.





Kak Hassanah
Kisah Kak Hassanah tak payah la aku nak terang panjang-panjang lagi.  Hangpa semua mesti dah lebih arif tentang kisah viral ini.  Tetapi apa yang menarik perhatian aku adalah setelah Kak Hassanah membuat sort of confession menyatakan yang dia terpaksa membuat kisah viral ini agar dia mendapat populariti kerana pihak penerbit buku yang telah berjanji menerbikan buku tulisan gagal untuk membuat promosi yang sebaiknya.


Kak Hassanah tulis buku berbentuk keagamaan ya.     What more should i say about this case?




Niqabis Palsu Akhirul Zaman
Kisah ini tertimbul kat mata aku setelah disuruh oleh seorang teman di Facebook.  Masa tu kami duk berbincang tentang kes Kak Hassanah yang duk feeling reka cerita pasai dia naik flight dan bantu anak mat salleh yang menangis.  So this person,  tak sempat nak jadi viral lagi tapi it seems that dah ramai orang yang duk main Facebook ni semua dah tau pasai kakak Niqabis Palsu Akhirul Zaman ni.  Siap ada beberapa Facebook Page dan Instagram yang di-dedicated-kan untuk membongkarkan kepalsuan dan penipuan yang dilakukan oleh wanita ini.


Membawa imej wanita Muslimin berniqab (purdah),  dia selalu akan post di laman sosialnya tentang kekayaan dirinya,  naik kereta mewah,  bercuti di Dubai,  berniaga pelbagai pakaian fesyen niqab yang diimport dari tanah Arab,  naik kuda,  snorkeling dan macam-macam lagi.  Yang lawaknya,  semua gambar itu diambil dari Google Image Search dan para admin di FB dan Instagram akan membongkarkan penipuan beliau.


Bagi akak la kan,  kalau dia nak feeling sorang-sorang ambil gambar Istana Buckingham dan post kata dia nak pi minum teh dengan Queen mak tak kisah sangatlah.  Mampus pi la asalkan dia bahagia dalam hidup dia sendiri.  Yang menakutkan adalah apabila dia duk simply ambil gambar-gambar daripada Insta akaun peniaga online yang lain dan dia post dalam laman sosialnya seolah-olah dia sedang menghantar barangan sedekah kepada orang susah.  GILA!!!!! And kalau orang-orang bangang tak tau apa-apa duk percaya dengan apa yang dia post,  pastu dia gunakan sebagai bukti dia seorang peniaga yang boleh dipercayai dan boleh pulak menipu duit orang lain.  Who knows?


Benda-benda macam ni la yang paling menakutkan.  Tambahan pulak pakcik makcik kat kampung tu,  asal tengok ja...wahhh orang pakai purdah semua elok,  pakai BMW,  duk pi Dubai macam balik Alor Star,  nak pinjam RM150 000 buat pelaburan business?  Habis semuaaaa pakcik makcik akan bagi seketoi tanpa perjanjian perniagaan yang jelas!


Depa kata,  kat laman sosial dia sendiri,  yang duk komen dan bagi sokongan pelasu adalah akaun-akaun yang dia cipta sendiri.  Dan paling lawak,  setelah I olls menaikkan satu status tentang diri dia (TAPI TAK MENTIONED NAMA DIA LANGSUNG) tiba-tiba dia boleh detect status itu dan PM akak di Facebook.  Dia suruh akak berhenti memberikan fitnah.  Aiiiyooo takutttt!!!  Deni duk Google Search nama sendiri ka?


Lebih menakutkan?  Macam mana kalau akak kata,  Facebook Page dan Instagram yang duk mendedahkan penipuan dia selama ini adalah dia sendiri!!! HAHAHAh gila kan?





RICHARD HUCKLE
Okay!!  Satu lagi kes penunggang agama yang I olls pasti hangpa semua tak terpikiaq.  Nama kat atas mungkin tidak memberikan sebarang bunyi loceng kat hati hangpa.  Tapi kalau akak kata,  kes pedofilia terbesar di UK yang banyak membuat aktiviti kejam semasa berada di Malaysia pasti akan membuatkan u olls semua meremang bulu roma.


Setelah membaca beberapa laporan yang sangat terperinci dalam laman sesawang akhbar dari UK (wartawan UK memang gigih kalau bab-bab korek fakta),  diceritakan bagaimana si Richard Bangsat ini melalui laman web hitam (yang telah dipadamkan) telah menerbitkan sebuah handbook berjudul "Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide".  Dalam handbook ini diceritakan secara detail bagaimana pada pendapatnya adalah lebih mudah untuk mendekati kanak-kanak yang berasal daripada keluarga miskin di sekitar Asia berbanding kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga berada di hidup di negara membangun seperti UK.


Richard Bangsat bergerak atas nama agama.  Dia menghubungi paderi dan ketua komuniti Kristian dengan menyatakan yang dia seorang pelajar dalam bidang IT dan ingin menjalankan kerja komuniti dengan mengajar bahasa Inggeris dan teknik fotografi.  Setelah penangkapan ini dibuat,  masyarakat terutama sekali ibu bapa dari seluruh dunia berasa sangat marah dengan perkara ini.


Aku harap Richard Bangsat akan mendapat hukuman setimpal dan harapan juga kanak-kanak yang telah dia nodai dapat dikenalpasti oleh insan berwajib dan rawatan dan bantuan sewajibnya diberikan agar dia tidak membesar menjadi monster macam Richard Bangsat juga.


Tapi kan,  pada masa yang sama,  kalau ada sapa-sapa tulis buku atau buat filem pasai deni,  aku teringin nak baca and tengok.


Akhir kata,  marilah tengok sebuah video daripada MatLutfi yang comels ni.  Video ini sangat interesting. Cara Matlutfi explain istilah ini menyebabkan akak sendiri pun rasa macam tertanya-tanya pada diri akak sendiri,  ikhlaskah kita selama ini?




5 comments:

  1. jumie, ada sorang lagi yang penunggang agama otai...cuba search 'bonda kejap'...dia pun 40 fake account dan fanpage yg dok komen dan support dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello u olls...yang ni ka? : https://www.facebook.com/BondaLuv?fref=nf

      Delete
  2. Mat Lutpi bergabong dgn abg mut Ex CEO Dubook.. powerrrr baq ang :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...