CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

21.6.16

Persaraan Puan Ajindar Kaur

Sepanjang 11 tahun kerjaya akak dengan USM,  akak dah merasi banyak boss.  Dr.  Normee Che Sab,  Dr.  Reevany Bustami,  Dr.  Nor Malina Malek,  Dr.  Mohammad Zaini Abu Bakar and bila akak mai pindah ke Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa akak mendapat boss akak iaitu Puan Ajindar Kaur.  

Hangpa mesti tau kan pasai Madam Ajindar?  Aku selalu cerita pasai dia jugak dalam blog aku.  Dia memang seorang yang amat baik hati walaupun dia sangat tegas dan very particular dalam kerja dia.  Kalau ampa lupa,  ampa mungkin boleh baca kat sini  :  Rindu Awak Berjuta Juta Persen





Dan boss aku yang kelima ini, akan bersara.  So inilah kali pertama aku organize majlis persaraan untuk boss aku.


Kami plan sesuatu yang simple,  personal dan tak berapa nak rasmi.  Thanks to Prof.  Dato' Dr. Ahmad Shukri,  our Deputy Vice Chansellor (Academic & International) yang telah meng-sponsor jamuan hi tea di Bumbledee Cafe untuk majlis ini.  So selainnya kami la yang kumpul-kumpul duit dan arranged everything.

We managed to contact ramai bekas-bekas boss Madam Ajindar malah staff di bawah seliaan beliau.  Bila dapat sahaja makluman nak buat majlis ni,  semua orang bagi support yang tidak terhingga.  Sanggup bagi sumbangan tanpa diminta.  Ini menunjukkan orang-orang semua memang terhutang budi dengan Madam Ajindar and depa nak do something nice back to her.

Untuk memaniskan lagi majlis ini,  kami juga jemput husband Madam Ajindar,  Prof.  Rabindarjeet Singh yang juga seorang pensyarah di USM.  Namun beliau sudah bersara tahun lalu,  and guess who bekas boss beliau dulu?  Dr.  Aishah Knight - wife kepada Prof.  Dato' Dr. Ahmad Shukri.

Kami juga jemput ketiga-tiga anak perempuan Madam tapi hanya seorang yang boleh join kami iaitu Ms.  Manmeet yang memang ada di Penang sebab beliau adalah pelajar tahun akhir di Penang Medical Centre.  Bakal doktor perubatan.  Kakak sulongnya Ms.  Kiran lani duk ada kat London sambung belajar nak jadi doktor gigi pakar.  And anak keduanya yang baru melahirkan anak berada di Kuala Lumpur,  beliau seorang akauntan.

Masa nak plan majlis ni,  dahla we olls busy dengan program akademik Gustavus yang akan berakhir lebih kurang pada tarikh yang sama.  Pastu kawan-kawan pulak nak buat secara suprise sebab takut Madam langsung tak mau hadir.  Knowing her,  she is a very private person dan tak suka huu haa huuu haa ni semua.  

Nasib baik Prof.  Dato' Ahmad Shukri sudi berkomplot.  Pada hari kejadian,  Prof Dato' demand Puan Ajindar pi jumpa dia kat pejabat.  Katanya ada benda nak bincang.  Puan pun tanya kat aku time tu,  apa yang boss nak bincang?  I said....dunno la Puan...pasai Gustavus kot.  HAHAHA bengong betul.

Lepas Puan pi jumpa Boss,  boss pun ajak dia sembang-sembang dan tiba-tiba Prof ajak dia pi makan di Bumbledee.  Kunonnya nak ajar minum la.  Tapi bila sampai kat sana...nenjiaaa kami semua dah menanti!!  Lagi mengejutkan,  Prof.  Rabindarjeet sambut Madam dengan sejambak bunga.  Madam totally terkejut dan excited to see all the old friends,  bosses dan anak buah juga berada di sana.  

Kami iring Madam dan Prof.  Rabindarjeet ke sebuah singgahsana khas yang kami hias.  Actually simple sahaja.  We can do better tapi tula ini adalah pengalaman pertama I olls kan?  Lepas Madam and Prof.  Rabindarjeet sedia duduk,  Dr.  Mohd Hafizal membacakan kepada semua pengenalan dan kisah perjalanan kerjaya Puan sepanjang di USM.  












Thanks to Encik Ezal Ezham Azmi from IPS yang tolong I olls buat teks ucapan ini yang mengandungi perjalanan kerjaya puan,  kisah hidup puan dan juga semua pencapaian dan jasa-jasa puan untuk Universiti Sains Malaysia.  Ternyata,  kami staf yang duk kerja under Puan pun tak tau beberapa benda yang diceritakan dalam teks ini.  Di hujung teks ucapan juga,  diselitkan kata-kata penghargaan terima kasih kami kepada Prof.  Rabindarjeet dan anak-anak yang sudi meminjamkan masa dan tenaga isteri dan ibu mereka kepada kami.  Dr.  Hafizal (Dr.  Pitt) agak touching bab hujung-hujung ni sampai dia baca pun agak berterabur sikit.  

Okaylah,  just nak share gambar-gambar yang dirakam masa majis ini.  Thanks kepada semua yang membantu saya dan rakan-rakan di HEAA untuk jayakan majlis ini. Cik Syahnaz,  Puan Nooraida,  Cik Yam and Cik Hani,  Mazlina,  Balan,  Kak Watie and Kak Ijan ....thank you so much.  Kalau ada nama-nama kami terlupa sebut jangan marah na.  

Siriesly Puan Ajindar memang happy gila sebab dia dapat jumpa semua orang yang betul-betul beliau hormati dan sayangi di USM.  Im happy for her too.  Punyalah nervous before majlis tu start takut satgi Madam tak happy ka apa semua mampuih aku nak buat macam mana?

Puan lani dah selamat bersara.  I will always remember her as one of the toughest boss tapi one of the most aku belajar banyak ilmu dan pengalaman dari dia and one of the most yang banyak bantu aku untuk luruskan jalan aku yang dah banyak senget.  

At the moment akak adalah seperti hantu raya takdak tuan di IMCC USM.  So Ive been helping Dr.  Hafizal untuk handle short term programmes.  Sebab tu ampa duk nampak aku post gambar dengan budak-budak Thai je lately.  Nasib akak tidak dipastikan lagi bagaimana.  Mungkin terus di IMCC,  mungkin akan kena pindah ke tempat lain.  We will see. 


Okay jom tengok gambaq!!


Kami sedang menanti kedatangan Madam.  Semua feeling pakai Punjabi suit.  Yang tengah tu Dr  Hafizal a.k.a Dr.  Pitt.


Prof Azlina Azman,  Prof Madya Dr  Azrina and Dr.  Muhizam :)

Prof.  Dato' Ahmad Shukri tiba bersama pengantin :) hehehe

Pengantin lelaki pun sambut dengan sejambat bunga.

Memasang kosaj bunga kepada Madam.  



Dr.  Hafizal sedang membaca skrip.  Akak di belakang sedia berdiri.  



Boss besaq bagi hadiah kat boss kecik.



Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Bin Tajuddin, Pendaftar USM juga mai. Sorry gambar macam ketaq sikit.



Madam pulak bagi ucapan....cayalah madam!! I call this "Let it go" moment.  

From left,  Kak Watie Kimia,  and Kak Ijan Matematik.  She was Madam's secretary before i came in.  

Puan Nooraida and Mazlina.



We had a good time.  I love this picture.  Cik Sue pun yang paling depan tu akhirnya dapat juga hajat untuk bersama Madam before dia melahirkan.  Dr.  Joel and Susie from Gustavus MN USA pun dapat join.

ps/  Akak akan bersara nanti tahun 2041.  HAHAHAHAHHA Lambatnya nak tunggu.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...