Jom Try Diameida Fabulous Mascara

10.6.16

Ramadhan with a View at 59Sixty, Komtar Penang

Hello u olls semua,


Hangpa masih tercari-cari idea ka nak makan bukak posa kat mana?  Tak dinafikan antara salah satu tradisi di bulan posa bagi rakyat Malaysia tak kira apa bangsa pun,  yang Muslim ataupun yang bukan,  bila mai saja bulan posa,  kita mesti nak pi makan kat hotel atau makan kat restoran bila mai time berbuka.  Dapat sekali pun takpalah.  Dengan keluarga dan kawan-kawan.


Kalau ampa perasan lately kat Facebook and blog akak ada banyak post pasai makanan.  Selain nak tolong promote business kawan-kawan,  sales kawan-kawan,  I olls harap perkongsian ini boleh membantu u olls yang duk pening nak pikiaq bukak posa kat mana,  makan apa?


Okay,  so hari ini akak nak share dengan u olls dan mencadangkan u olls untuk mai bukak posa kat 59Sixty Komtar,  Penang.  Kelebihan kepada para pengunjung kat sini adalah of course pengalaman untuk mai makan kat aras paling tinggi di Pulau Pinang (kita tolak Bukit Bendera ya....).



How to go there?

Pintu masuk utama ke 59Sixty adalah daripada pintu masuk yang berdekatan dengan Maybank cawangan Komtar.  Sekiranya anda memandu sendiri,  boleh terus masuk ke lobby dan mendapatkan valet service.  Atau,  u olls boleh parking ke tempat parking bertingkat yang terletak bertentangan dengan entrance Komtar tu.  


Nanti ada kaunter yang tertanda jelas,  59Sixty,  bila dah mentioned nama for reservation,  anda akan di-escort naik ke 59Sixty melalui lift berdekatan.  Rasa sangat datin-datin ya ada escort bagai.  Lift adalah sangat laju,  tak sampai 2 minit dah sampai atas sekali,  tingkat 59!!!



The View

59Sixty terletak di aras 59 di Kompleks Tun Abdul Razak ataupun KOMTAR Penang.  Sambil-sambil menanti saat berbuka bersama keluarga dan teman-teman,  you olls bolehlah melihat pemandangan Penang yang subhanallah sangat amazing.


Because restaurant ini berbentuk bulan,  kita boleh tengok Penang island secara penuh.  On the north side,  kita boleh nampak bangunan-bangunan lama di area Georgetown,  pengkalan Weld,  kapal-kapal cargo merapati pelabuhan di Bagan Ajam,  feri mendekati Terminal Feri Raja Tun Uda,  lautan Selat Melaka,  Penang Bridge satu dan dua.  Tengok ke tepi sikit,  boleh nampak bangunan tinggi yang cantek menjadi latar hadapan pandangan laut di Persiaran Gurney.   Di bahagian Barat Daya kita boleh tengok bangunan-bangunan tinggi,  rumah-rumah mewah.  Dan di tengah Penang pulak,  kita boleh tengok antara Komtar dan puncak Bukit Bendera,  kawasan Dato Kramat hingga Paya Terubong yang pesat dengan pembangunan.





Semuanya nampak kecik dari atas ni.


Sebagai pertama kali I olls makan kat sini,  rasa macam perak buih pulak duk tengok pemandangan ni semua.  


We were greeted by General Manager,  En  Aziz Harun yang menjadi 'date' kami untuk dinner buka posa malam ni.  Orang kelahiran Kelantan tetapi mempunyai keluarga di Melaka.  Dia perkenalkan kami kepada staff and of course all the talented chef yang menyediakan makanan enak-enak di 59Sixty.






Dia pun cerita la sedikit sebanyak tentang business di 59Sixty.  They olls sekarang masih lagi di peringkat renovasi tambahan.  Kalau u olls duk drive area Georgetown boleh perasaan ada some construction going on kat puncak Komtar tu.  Menurut beliau,  depa nak tambah another 8 aras kat atas ni.  Nanti akan ada Gymnasium in the Sky,  function hall,  more restaurants and open air dining experiences dan macam-macam lagi.  OMG I cant wait!!  

#astaghfirullahhalazim


Okay before akak cerita lebih panjang,  mai sini akak nak share dulu a bit pasai Ramadhan Buffet Dinner @ 59Sixty Restaurant and Events.

  • Offer ini bermula dari 6 Jun hingga 5 Julai 2016
  • Menyajikan makanan asli dan tradisional Melayu yang menjadi kewajipan sepanjang Ramadhan seperti ikan bakar & air asam,  roti jala dan kari ayam,  pasembor dan WAJIB CUBA Shawarma Chicken.  
  • Selain fresh ice cream yang dibuat live depan guest,  dessert-dessert citarasa Eropah...depa juga sediakan pelbagai pilihan kuih muih tradisi Melayu.  Tapi ice cream tu memang meletops,  akak makan 3 mangkuk ya.
  • Harga Buffet Ramadhan ini adalah RM128 nett untuk seorang dewasa.  Manakala untuk kanak-kanak dan warga emas hanya RM64 nett seorang.  
  • Depa ada promosi Early Bird dengan hanya RM96 nett untuk seorang dewasa available dari 1 hingga 12 June 2016.  Soooo...cepat-cepatlah mai buat booking!
  • 20% diskaun untuk normal selling price  bagi SEKTOR KERAJAAN
  • 15% diskaun untuk normal selling price bagi CIMB Card Holder.
  • GROUPON Promotion for online purchase is RM102 for each Adults (for Sundays to Thursdays) and RM 217 for 2 person, Adult (for Fridays and Saturday).
  • Untuk tempahan 10 orang ke atas akan menerima Sampul Angpow Raya Limited Edition dari 59Sixty.  
  • For Reservation at 59Sixty Restaurant & Events, please call 04-262 5960 or E-mail us at reservation@thetop.com.my.


RAMADHAN WITH A VIEW AT 59SIXTY


Starter
Ada pelbagai sajian kerabu yang sesuai dengan citarasa Asia dan beberapa pilihan starter ala barat.  Sangat suka seni hiasan yang ditunjukkan untuk hiasan daging salai dan sewaktu dengannya.  





























Soup
Aku lupa nak check it out depa serve soup apa.  HAHAHA.  Bengong betui.  Tapi roti depa kerlas.  








Santorini Theme
Kalau ampa perasan,  hiasan dalaman restaurant bertemakan Santorini,  Greece.  Kerlasss........Akak suka.







Citarasa Malaysia
Depa ada macam-macam u olls,  pasemboq,  mee bandung,  dim sum,  laksa,  roti jala,  yong tau foo,  nasi ayam.  Live show lagi.  Kalau ampa mintak,  chef akan buat depan hangpa.  













Haa sediaa...kalau hangpa request nak mee,  kotiau atau bihun goreng depa boleh masak teruih depan hangpa.  







Seafood
Yang ni akak rasa adalah highlights kat sini.  THE SEAFOOD!!!!  Sapa pencinta seafood haruslah akan suka mai sini.  Depa sediakan 3 pilihan cara untuk nikmati makanan laut kat sini.  1)  seafood dalam makanan lauk pauk yang akak akan share macam kat bawah tu.  2)  seafood yang ala-ala mat salleh ni,  perah lemon,  tabur dengan tabasco gitu.... 3)  grill ala Malaysia u olls!  Meriah.  So ni akak nak share dengan u olls pilihan seafood ala-ala mat salleh punya style dulu.


Tangan ketam ni punyalah panjang and gemok.  Akak rasa panjang dia lebih kurang 1 kaki.  Akak amik kaki ketam ni and tanya kat kawan akak Honey yang teman akak makan malam tu "Hang nak tak kayu garu belikat?"



Udang yang sungguh sihat walafiat.

Ini adalah udang dari spisyis yang berlainan.  Udang ni pun sihat walafiat jugak.

Lobsters....

"Oyster clams and cockles!!!" jerit Arya.  Gambar ini ada clams and scallops.

Ini sauces depa sedia la untuk makan seafood ala matsalleh.



Lauk Pauk
Macam-macam lauk pauk disediakan.  Taste Malaysia,  barat,  Indian,  Arabian....insat kita tengok semua.




































Pencuci Mulut
Okay!! Jom tengok dessert pulak!





















































Ice Cream
Yang ni paling best sekali.  Fresh ice cream dibuat atas dapur khas di depan para tetamu.  Depa akan masak campuran buah-buahan beri segar kemudian ditambah dengan campuran 3 jenis susu.  Dia uli uli uli,  last sekali jadilah ice cream perisa buah-buahan yang sangat sedap.






I olls bertuah sebab Ketua Chef,  iaitu Chef Izan berkesempatan untuk buat ice cream untuk I olls dan kawan,  Honey.  Dia pun tau la,  tengok size kami dua sangatlah comel dan pencinta ice cream,  dia buatkan extra rasa buah untuk kami.  Lepas siap,  dia simpan dalam peti ais.  Later lepas berbuka,  kami dapat rasa.

Chef Izan yang tinggi lampai dan masih ganteng ya.  Beliau pernah menjadi chef untuk Sultan Brunei sebelum ini.  Kerlasss sangat.  Teringin nak lepak duduk dengan dia tiga hari tiga malam and story pasai kaum kerabat Brunei.  OMG mesti interesting.  


Ayaq Station
All the beverages for the guest.




Dari jauh aku duk nampak besen besaq ni ada ayaq penuh,  aku ingat tempat basuh tangan,  rupanya ayaq longan.  HAHAHAH




Buah-buahan
Kalau makan kenalah ada buah ya....untuk mengelakkan buasir. 


Haaa khas untuk semua pengunjung 59Sixty hari itu,  akak sendiri yang bawa buah-buahan ke restoren untuk dikupas oleh chef semua.








Grill Station
Haaa area ini paling menyeksakan akak masa kena amik gambar untuk masuk dalam blog.  Masa tu akak tak boleh makan lagi.  Belum masuk waktu Maghrib.  Bayangkan perasaan akak time tu,  nak ambil gambar sambil memastikan rupa wajah akak maintain steady tampa ada sedikit pun riak seperti orang kelaparan.  


SEBELUM DIBAKAR.
















Haaa sediaa pompuan gemok ni duk amik gambaqqq......

DAH SIAP!!


















Kesimpulan
Akak sangat rekemen u olls semua mai sini.  For the food and of course for the view.  And as Penang people,  takkan sekali pun hang tak mau try experience makan atas bangunan paling tinggi di Penang?  Thanks to En Aziz & dear Natasha for the invitation & hospitality.  Definitely will come again,  next maybe with En Khafi for the candle light dinner experience.


4 comments:

  1. Ya Allah..jumie oii.. terlioq...inshaAllah, walaupon agak mahai akanku usahakan tuk bukak posa kat sana... bukan selalu no...

    eh hampa sektor kerajaan boleh tolong reservekan tuk kami nanti.. dpatla diskaun skit..hehehe..sayang jumie!! muahh..muaahh..

    ReplyDelete
  2. Wah 20% tu ada diskaun..bole cuba la bulan posa ni..thankiu jumie share byk info n byk makanan yg mgliur kan..haha..

    ReplyDelete
  3. Wah 20% tu ada diskaun..bole cuba la bulan posa ni..thankiu jumie share byk info n byk makanan yg mgliur kan..haha..

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...