UK Clark Sales

20.6.16

The Conjuring 2 Review

Dah 3 tahun kita semua menanti kehadiran sambungan kisah seram yang diarahkan oleh James Wan.  Sebelum ini legasi kisah-kisah seram yang diarah oleh beliau seperti Insidious dan Annabelle telah disambung oleh pengarah lain dan seharusnya pengarah mat salleh hanya tahu mewarnakan rasa seram ke hati penonton dengan scene-scene pembunuhan dan darah.

Tidak James Wan.  Dia mempunyai latar belakang Asia,  Sarawak to be particular.  So dia tau rasa seram yang sebenar macam mana.

Pada minggu lalu akak dan 8 ekor anak ayam akak telah mengepi menonton wayang The Conjuring 2 selepas sesi buka puasa yang kami aturkan bersama Tok Mama Regina Ibrahim di Eastin Hotel.  Lepas seronok gelak-gelak dan bergembira,  kami pun telah pergi ke Queensbay untuk menonton cerita hantu ni pulak.  Akak jarang pi tengok wayang kat Queensbay,  one because akak memang jarang pi tengok wayang (hanya untuk filem terpilih sahaja),  two kalau nak pi pun akak suka pi kat 1st Avenue sebab dekat dengan rumah akak,  three kalau pi kat Queensbay penuh dengan orang-orang USM.  Rasa macam artist sat....hahahaha

Mama Regina tak ikut kami nonton wayang kerana beliau tidak begitu meminati genre filem ini akak sangat suka dia punya witty komen "Ohhh...cerita Khurafat versi Kristian ya Jumie,"  hahaha geli hati mendengar perbandingan yang mama buat.  Yes,  kisah benar tentang pengembaraan Edd & Lorraine melawan jin dan syaitan lebih kurang macam kisah yang digarap dalam filem seram Melayu cumanya kita guna bait-bait Al Quran dan mereka menggunakan verse daripada Kitab Bible.


SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Barisan shaitan sedang eksaited nak pi tengok sahabat depa di layar perak. (Dari kiri Sara,  Wan Biseks,  Aci Puteh,  Kak Mimi,  Miss South Africa,  JS,  Fansuri,  Kak Maya and Ustaz Azren)


So hari ini akak nak share dengan you u olls ulasan ikhlas akak tentang movie ini.


Sinopsis
Seperti kisah The Conjuring,  dimulakan dengan perkaitan dengan patung Annabelle.  The Conjuring II membawa penonton kepada kisah yang bermula di rumah seram Amityville yang sangat popular dengan cerita pembunuhan ngeri yang dikait pautkan dengan entiti yang menghantui rumah itu.

Kemudian,  kisah sebenar masuk tentang sebuah keluarga yang tinggal di rumah kos rendah di London,  England.  Depa empat beradik tinggal bersama mak depa seorang ibu tunggal.  Kejadian seram mula menghantui rumah depa apabila si adik beradik perempuan gatai pi main game Ouija (spirit of the coin).  Ada beberapa spirit yang mula mengacau depa.  Tapi anak perempuan depa Janet (anak kedua) yang paling banyak kena kacau.  

Kisah rumah mereka yang berhantu mulai menjadi tumpuan rakyat setempat apabila ramai saksi yang nampak barang bergerak sendiri dalam rumah depa.  Newspaper dan rancangan TV pun mai siasat rumah depa.

So akhirnya,  Edd and Lorraine dipanggil oleh gereja untuk mai siasat kejadian pelik kat rumah ni jugak.

Tapi dipendekkan cerita,  all those 'spirits' yang duk bermain kat rumah depa bukanlah jembalang semata-mata.  Depa semua adalah mainan dan jelmaan daripada seekor syaitan yang memang menghantui hidup Lorraine sejak dulu.  Syaitan tu memang dah banyak kali muncul dalam hidup Lorraine setiap kali Lorraine berjaya membantu orang lain yang dirasuk dan dikacau dan syaitan tu muncul balik dan merupa menjadi segala bentuk dan menghantui keluarga ini.

Akhirnya,  Lorraine berjaya menghapuskan syaitan itu apabila dia sendiri dapat tau nama sebenar syaitan itu!!


Gambar sekitar sesi buka posa Anak-Anak Ayam JS bersama Tok Mama Regina Ibrahim @ Eastin Hotel

1. Ustaz Azren,  Aci Puteh dan Kak Mimi duk feeling tengok live band dari jauh.
2.  Aci Puteh nganga dengaq apa Tok Mama depa duk berletiak kat depa.
3.  Model koleksi Raya Habib 2016
4.  Wan,  Azren and Kak Mimi sedang mendengar nasihat daripada Tok Mama.
5.  Arafat,  Fansuri,  Kak Maya and Manyara Sarafina.
6. Sapa tak kenai deni??????




7.  Miss South Africa,  Kak Maya and Nizal Ashriff (Kakak Seibu Ayam)

8.  Gambar ini membuktikan yang Arafat memang tak berapa elok.
9. Aci Puteh dan Azren bersama Mell dan Sara.
10.  Selfie bersama Kak Ren.
11.  Akak bersama Mama Gina dan dua buku beliau!  Oh goddd...tak sabar nak review dalam blog kelak.
12.  Akak bersama Fansuri,  Kak Maya,  Miss South Africa and Kak Ren.





Pengalaman Akak
Hantu yang paling menakutkan dalam cerita The Conjuring II adalah syaitan bernama Valak yang merupa sebagai seorang biarawati.  Nakkk haraaaammmmm memang super scary makcik rahib ni.  Berjubah hitam dengan kelumbung warna putih.  Muka dia putih dan mencengkung.  Bawah mata tampil hitam menampakkan syaitan nirojim ini sudah 4520 tahun tak pakai eye cream.  And she super tall like so scary tall.  

Akak tengok cerita ini bersama anak-anak ayam akak,  to be specific,  akak duduk sebelah Aci Puteh di kanan dan Miss South Africa,  Manyara Sarafina on my left.  Khafi takdak,  dia tak join kami malam tu.  

Tapi laki akak dah pesan dulu,  "Kalau tengok cerita hantu,  jangan duk katup mata.  HANG AKAN JADI LAGI TAKUT.  Bukak mata and ingat dalam kepala otak hang, depa ni semua berlakon ja...."

Yes,  akak katop muka akak tapi not my eyes.  Akak tengok with my eyes fully opened all the time.  And mumming "This is only acting...this is only acting...."  Tapi BOOM!!!!! Bila hantu tu keluar dari khemah Johnny akak punya keriau sampai badan akak terpelanting ke angkasa dan rebah semula ke kerusi panggung wayang dalam posisi yang berbeza!! Like siriesssssslyyyyyyyy akak memang super terkejut dan keriau like shit.  Beberapa kali terjadi macam ni sampai akak sakit badan dan bukak tudung teruih!!! Dahla aku feeling mai tengok wayang ni pakai jubah.

Aku ingat lagi satu time tu,  Fansuri kalih belakang dan jerit kat aku "Jumie....hang ni over la...." Dia maki akak sebab akak duk jerit over-over.  Tapi rupanya dia marah akak sebab beberapa kali akak tertendang kawan akak yang duduk di seat depan iaitu Kak Maya.  Kak Maya ni lemah lembut orangnya,  orang tendang dia pun...dia diam ja....Sorry Kak Maya. *PUKI PUNYA MISS SOUTH AFRICA,  you dah tengok cerita ni kan?  Awat tak tau nak warning kat aku???


Kak Maya yang lemah lembut.

Sebelum tengok cerita ni,  kami semua kat luar wayang duk kata "Wehs...wehs...satgi kita semua jerit over-over tau...saja bagi semua orang bara kat kita,"  hahaha itulah plan kami dari awai sambil duk gelak kuki kuki macam pondan celaka.  Tapi hakikatnya takpayah nak buat buat jerit,   memang kami semua jerit macam gila.  Ridhwan Shariff yang jantan sejati biseksual tu pun jerit macam ponen.  

Namun pada pendapat akak,  cerita ini memang shitty scary tapi kalau nak dibandingkan dengan hantu dalam The Conjuring I,  akak rasa Conjuring I lagi super scary. Hantu main tepuk tangan tu paling celaka dan hantu yang lompat dari atas lemari tu memang puki siye anak haram.  Disebabkan oleh hantu celaka itu,  akak memang letak macam-macam barang seperti kotak dan beg atas lemari kat bilik akak supaya tiada hantu boleh bertenggek atas lemari kat bilik akak.

Lepas tengok The Conjuring II,  malam tu ja akak takut,  but once dah balik rumah akak dah tak takut dah.  Akak siap boleh turun makan sahur semua dan perangat kuah kat dapur sorang-sorang.  Tahniah JUMIZAH.

Kami semua 9 orang memang enjoy gila tengok cerita ni malam tu.  Except for Fansuri,  dalam group kami Fansuri memang kami sedia maklum mempunyai kelebihan 6th sense.  Dia boleh nampak benda yang kita tak mau tengok ni.  So lepas movie ni,  dia kata "Erm...bagi aku tak seram sangat sebab aku dah biasa tengok kawan-kawan aku....,"  celakaaaa punya sahabat shaitan.




Scene Yang Paling Menakutkan 
Scene paling menakutkan pada akak adalah apabila Lorraine berdepan dengan Valak dalam bilik lukisan laki dia.  Laki dia pun siye bodo nak haram,  hang pi lukih gambar hantu yang menghantui hidup hang dan bubuh pulak dalam bilik hang.  Lukisan tu punyalah besaq.

Sangat suka effect depa buat bayang-bayang hitam merayap dari hujung yang gelap dan pergi ke belakang lukisan dan ada tangan keluar dari tepi lukisan.  MEMANGGG PUKII SIYEEE ni menakutkan gila.

Hantu paling tak takut adalah The Old Crooked Man,  yang tu nampak macam kartun sahaja.







Things You Should Know 
Here some of the trivia u should know about this movie  :
  1. Dari awal lagi nama Valak muncul dalam pelbagai scene dalam filem ni.  Antaranya time Edd & Lorraine duk minum pagi and anak perempuan dia mai.  Perkataan Valak muncul kat hiasan dinding.  Masa Lorraine duk baca buku kat sofa, huruf-huruf V,  A,  L and K disusun di rak buku.  Tapi it is said that perkataan Valak appeared 6 kali.  Aku nampak dua ja...
  2. James Wan telah membuang semua informasi dalam profesional page dia (IMDB) tentang Malaysia.  Kat Wiki masih tertulis dia dilahirkan di Sarawak Malaysia dan ethinicity Malaysian Chinese.  Dia dah officially Australian.



  3. James Wan ditawarkan dengan duit yang amat lumayan untuk menjadi pengarah filem Fast 8 (sambungan kisah Fast & Furious) tapi dia terima tawaran untuk buat The Conjuring II sebab dia kata "Syiok nak bagi orang takut lagi sekali,"  nahariam.
  4. Pada hari pertama shooting,  seorang paderi dijemput untuk 'bless' perjalanan tugas mereka.
  5. Patrick Wilson yang berlakon sebagai Edd Warren did his own singing.  Ketika scene itu,  Fansuri terinzal melihat nyanyian lagu Elvis Presley itu.




  6. So far dikatakan sebuah panggung wayang letak satu notis peringatan kepada semua penonton seperti berikut "WARNING: The film you are about to see is psychologically and emotionally disturbing. People who have attended early screenings of the film have complained about many unusual circumstances that they have experienced after seeing the film." And, to support the theory, added on the poster was "Due to our concern for your well-being, we have invited Father Perez to be here. He will be available after the film to provide spiritual support and/or conduct a personal blessing should you feel the need. Please do not hesitate to seek help. Ask a representative where you can sign up for a session with our priest."

  7. Seorang lelaki di India mati terkejut masa tengok cerita ini.  Lepas tu mayat pakcik tu dikatakan hilang.







  8. Kat Malaysia telah viral satu video dikatakan orang tu dirasuk masa tengok The Conjuring 2,  tetapi actually video tu diambil pada tahun 2013.  So sapa yang viralkan buat kali kedua adalah bangang.
  9. The Conjuring 2 mengalahkan filem Warcraft and Now You See Me 2 dalam catatan minggu awal untuk box office!
  10. At first i thought Vera Farmiga herself (yang berlakon jadi Lorraine) adalah Valak. Tapi sebenarnya pelakon bernama Bonnie Aarons yang berlakon sebagai Valak. Haram J.


4 comments:

  1. kak. kita baca akak terangkat ke udara sehingga terhempas ke kerusi semula sambil tendang kerus kak maya so dramatic ok! heheheheheh

    ReplyDelete
  2. Kami pon dok pelik laki dia tuh, punya la seram gambaq dia lukih tuh, bole buat gantung pulak...naseb kami rabun tak pakai spek, so takyah katup mata...wakakaka

    ReplyDelete
  3. Sy penakut tapi nak tengok gak cerita hantu ni. Tapi laki ai takmau sebab satgi dia kata kalau nak pi toilet ngn bangkit soq, dia kena bangun sekali.pftttt..tidoq lagi berharga dia kata

    ReplyDelete
  4. hehehehehe... xperlu kata apa2... senyum je

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com