Jom Try Diameida Fabulous Mascara

8.6.16

Ulasan Fesyen MET Gala 2016 Part I

Hello u olls semua,

Haaa nenjiaaa...sorry sangat-sangat kat ampa sebab lambat sangat membuat review untuk majlis fesyen yang terulung di dunia ini iaitu MET Gala 2016 yang telah diadakan di Metropolitan Museum of Art,  New York City pada 2 Mei yang lalu.  Event kali ini bertemakan "Manus X Machina : Fashion in an Age of Technology".

Bila dengar ja topik ini,  kita pastinya terus ternampak tema-tema futuristic,  sains dan teknologi,  pakaian zaman akan datang,  robot,  artificial intelligence kan?  Tapi tak semestinya u olls,  a famous fashion designer once said,  fashion comes and go but style stays forever.  So tak semestinya bila kita kena cakap pasai sains teknologi ni kita kena pikiaq idea yang merapu rapan dan langsung tak kena dengan style.  Sebab tu kalau tengok kadang-kadang filem futuristik yang duk buat pakaian pelik-pelik,  lepas 15 tahun tengok filem tu,  rasa macam nak bunuh diri tengok baju futuristik tu semua.

Tapi dalam pertujukan fesyen ini bagi akak yang paling penting adalah bagaimana kemajuan sains dan teknologi telah mempengaruhi gaya rekaan fesyen dari semasa ke semasa.  Pereka fesyen dan selebriti itu sendiri bersama-sama menggembeling idea dan pendapat.

Jom tengok macam mana depa interprate "Manus X Machina : Fashion in an Age of Technology" atas red carpet ini.






Out of The Box
Kategori ini adalah untuk gaya yang I rasa adalah meletops dan lain daripada yang lain kerana depa betul-betul pikiaq pasai tema ini.  Not just another dress.  Baju-baju ini tak semestinya elok dan cantek di mata kita,  tapi for me the idea dan macam mana dress ini diproduce haruslah dihormati.


Claire Danes in Zac Posen
Sekali pandang nampak macam dress biasa yang membohsankan. Just another Zac Posen classic, potongan kemas dan kembang-kembang melerek. Tapi sebenarnya dress ini adalah yang paling unik bagi I olls kerana diperbuat daripada kain organza yang dijahit tangan dengan fibre optik yang membenarkan baju ini begermelapan macam mejik dalam keadaan gelap. Ampa just check it out kat @zacposen Instagram. Ada video dress ini. Claire Danes terpaksa mai red carpet naik bus semata-mata nak make sure dress ini sampai dengan sempurna. Kerlas.....




Beyonce In Givency Haute Couture
"Im so reckless when i walked my Givency Dress"  itu adalah bit lyric dalam lagu Formation daripada Beyonce yang membuktikan yang Beyonce kembali menjadi wanita Kulit Hitam Amerika yang lebih hood.  Queen B and Givency tidak dapat dipisahkan untuk majlis red carpet MET GALA.  Tapi buat pertama kali sejak aku duk follow MET GALA aku suka dengan dress yang Beyonce pakai.  Before-before this semua baju dia macam huduh dan kampung.  

Aku suka dress ini kerana pikiaq macam mana depa construct dress yang diperbuat daripada getah ni.  Walaupun nampak macam Beyonce diselaputi caramel dengan taburan chocolate rice but its okay for me dress ini meletops.  Dia nampak macam cokelat pungkok besar yang mahal.  PS/  Dia mai jalan solo.  Without Mr.  Jay To The Easy.





Lupita Nyong'o In Calvin Klein
Akak lebih suka kalau pompuan ni pakai colour yang lebih terang dan stricking sebab sesuai dengan tona kulitnya.  Tapi takpalah janji glitter ni meletops. Apa pun,  fesyen rambut ini adalah meletops,  akak rasa mesti dia mempunyai kesukaran kalau masuk ke melepasi pintu Touch and Go atau Smart Tag sebab kalau nak masuk lorong express tu kena ada had tinggi.  Salut atas keberanian ini.


Diane Von Furstenberg
Semua orang sila sengap!! Hari ini mak ayam nak mai,  feeling coo-coo dan tabur rama-rama penuh kepala.  HAHAHAH.  Tak tau sapa create dress ni, tapi dia sendiri adalah fesyen designer haruskah dia pakai baju orang lain?  





Meleps
Kategori ini adalah gaya-gaya yang akak pilih sebagai meletops la. 


Willow & Jaden Smith Willow Smith in Chanel and Jaden Smith in Louis Vuitton
Meletop anak-anak Will Smith and Kak Jada ni.  Mak bapak depa tak mai ka?  I just love potongan suit funky yang dipakai keduanya,  walaupun warna gelap tapi nampak fun and sesuai dengan usia muda mereka.



Zendaya In Michael Kors Collection
Ramai yang puji gaya Zendaya berambut tempurung ini.  Dia ni menyanyi and berlakon tak berapa sangat,  tapi dalam fesyen,  akak rasa dia makin menonjol.



Kendall Jenner in Versace
The only Kardashian family yang decide untuk tidak memakai Balmain.  Mungkin sebab dia ada taste dan mungkin jugak sebab dia mampu.  HAHAHA.  Dia lani supermodel dah.  Suka gila dress ni.  Nampak macam kaca.



Halsey in DKNY
Suka dress ini sebab memang nampak futuristic, minimalist. Tapi susah kot nak pakai baju ni putih sangat. Putih Colgate, tak boleh nak duduk merata tempat sebab takut nanti kotor.



Miranda Kerr In Louis Vuitton
Kalau ampa pasan dress ini nampak macam dipakai inside out.  Bahagian dalam dress yang selalunya menampakkan panel-panel kain tercamtum.  Nice work!! Padanan colour blocking juga kerlas.







Bella Hadid In Givenchy
Deni adalah model yang jugak kakak kepada model Gigi Hadid.  Dia GF kepada penyanyi The Weekend.  Suka dress ini sebab seksi.  Kasut tu memang meletops and bahagian ropol dress tu sangat meletops.  Kalau tetamu mai rumah dia,  bantal tak cukup,  dia boleh bagi dress ni buat bantal.  



Anna Kendrick In Derek Lam
Pilihan warna yang meletops untuk orang kulit pucat.  ps/ aku memang suka colour biru pun



Amber Valletta In H&M And Gianvito Rossi Heels
Dress daripada H & M (Hina dan Murah).  Dress ini nampak meleps sebab pemakai dia pandai bergaya.  Kasut tu pun meletops juga.  



Alessandra Ambrosio in Balmain
Ramai models dan keluarga Kardashian pakai Balmain.  Tapi tak semua meletops pakai koleksi Balmain sebab Balmain suka design dress dengan corak structure yang sarat macam ni.  Sesetengah orang akan nampak so bulky dan sarat.  Tapi kalau hang ada tubuh badan macam pompuan ni,  nothing can go wrong.



Adriana Lima In Giambattista Valli
Fun tapi tetap elegen.

Anna Wintour in Chanel
Kerlas makcik ni berpakaian sesuai dengan peringkat usia.



Lorde in Valentino
First time tengok pompuan gothic ni pakai warna yang sangat cotton candy.  Comel juga walaupun nampak agak pelik.  



Bee Shaffer in Alexander McQueen
Anak mak ayam besar,  Anna Wintour.  Dia sangat suka Alexander McQueen.  Walaupun dress ini nampak lebih sesuai untuk tema tahun lepas (tema macam Dinasti China macam mana ka) tapi tak kisah.  Tetap meletops.







Zoe Saldana in Dolce And Gabbana
Anything yang melerek.....................bulu-bulu merak......feeling kayangan.  MAK SUKA.




Nicole Kidman in Alexander Mcqueen
Dia nampak macam ahli sihir jahat yang cantek.  




Emma Watson in Calvin Klein
Ini adalah seluar yang dipadan dengan tops dan lerekan kain yang nampak macam dress.  Kerlas!!







Literally
Ini adalah kategori yang akak rasa depa ni semua sangatlah mengikut tema secara literal.  Maksudnya,  seketoi seketoi amik idea tu tampa memasukkan keunikan dan personal touch.  Atau depa ni memang jenis tak paham.


Brie Larson In Proenza Schouler
Kan?


Gigi Hadid And Zayn Malik Gigi In Tommy Hilfiger
Dress Gigi nampak macam Missandei (Pembantu Khaleesi) dalam Game of Throne.  And Zayn,  perlu ka tangan robot tu?




Rita Ora in Vera Wang
Kak Rita selalu nak menunjukkan kegempakkan di red carpet tapi sayangnya tak pernah menjadi.  I dunno why.  Dia masih belum jumpa formula.  Termasuk dengan kreasi burung robot ini.  Tak menjadi.



Taylor Swift In Louis Vuitton
Pekerja seks tahun 3021.  Tapi pekerja seks yang terdiri daripada robot ya bukan manusia.



Cindy Crawford in Balmain
Kak Cindy dah 50 tahun this year.  Tapi sayang dia memilih dress Balmain yang nampak murah.



Kanye West in Fear Of God
Nenjiaaa depa dorang ni over la.  Gaya Kanye West sangatlah merepek,  nampak macam koboi robot macam manaka,  feeling pakai contact lense,  tak compliment langsung dress bini dia yang sedia kala buruk.  This look is so not memorable dan akak rasa baik dress depa pakai masa Kim K mengandung dulu lagi meleps.  Yang bunga bunga kecik macam Mrs Doubtfire tu.



Kim Kardashian West in Balmain
Contoh pertama creation Balmain yang sarat adalah tidak sesuai untuk semua jenis tubuh badan.



La La Anthony in Nicolas Jerban
Aku tak tau la deni pasu seramik ka arca apa?



Jourdan Dunn in Balmain
Tak semestinya orang gemok macam Kim K ja nampak huduh dalam baju Balmain,  yang kuruih keding macam ni pun kalau tak gena gaya nampak sedih jugak.







Tak Paham
Ini adalah kategori yang akak khaskan kepada gaya-gaya yang akak sendiri tak paham apa yang depa cuba maksudkan berdasarkan tema ini atau mungkin depa sendiri pun tak paham dengan konsep dan tema ini.


Solange In David Laport
Aku tak tau apa masalah deni dengan skirt terangkat ke depan.  Skirt ni memang terangkat macam ni ya u olls semua,  bukan sebab angin tiup ka apa ka.  Sebelum ni pun dia pernah duk pakai dengan skirt bentuk pelik-pelik macam ni.  I dont like her hair dan her make up yang menampakkan dia macam pompuan tak mandi.  Depa kata colour kuning lemon ini adalah support dia kepada kakak yang pada masa yang sama baru launched album Lemonade.



Sarah Jessica Parker in Monse
Tak paham.  Ni tema lanun yang cantek ka apa?




Tapi tak tau pasaipa,  akak tetap suka make up beliau.



Bette Midler in Marc Jacobs
Arial TV sapa makcik amik buat headgear?






Kate Bosworth In Dolce & Gabbana
Detailing yang sarat dan tak terletak dengan elok.


Zoey Deutch In Dolce & Gabbana
Akhirnya baju Ramlah Ram sempena Final Muzik Muzik 1988 telah diintrepetasi kepada seni pakaian haute couture.  Kerlassssssssssssss.............................


Dakota Johnson In Gucci
"Noks,  mak tak cukup kain nak buat baju kat Dakota,"
"Takpa...mak ada kain lebih ni...corak bintang bintang...."
"Kain apa?"
"Kain hari tu mak buat khemah untuk sarkas.  Amiklaa...kain lebih ni pun mak tak tau nak buat apa nanti,"
"Thanksss mak ayam...."




Lily Collins In Valentino
Deni awat kuruih macam ni?  Dadah ka?




Blake Lively in BurberryMak tak paham sampai nak komen apa pun mak tak tau.



Saoirse Ronan in Christopher Kane
Merepeknya baju ini nampak macam ayam turki sahaja.




Jennifer Connelly in Louis Vuitton
WHY???????????????????????????????????????????????????????



Mia Goth in Repossi Jewelry
Muka dia nampak macam sea creature yang mendapat magic potion daripada ahli sihir laut untuk menjadi manusia dalam satu hari.  Baju dia diperbuat daripada lumut dalam laut.




Alicia Vikander in Louis Vuitton
Kasut tu sesuai untuk pi hiking.  Tapi dress ni macam lebih sesuai kalau temanya adalah October Fest German.




  

Fka Twigs In Atelier Versace
Tak paham...........siriesly.


Kerry Washington in Marc Jacobs
Deni duk mengandung tiba-tiba feeling nak dressing macam witch pulak.

Jared Leto in Gucci
Deni pelik.




Michelle Williams in Louis Vuitton
Deni pulak feeling 16 tahun.




Chloe Sevigny in Simone Rocha
Mak perasan pompuan ni memang suka dressing macam ahli sihir zaman 1840 an.  Rambut dia memang selalu dia buat macam ni.  And kasut tu?  Sangat ahli sihir.  Pasaipa ampa semua duk suka pakai macma ahli sihir?  Tema ni adalah tentang sains dan teknologi dalam fesyen.  Awat ahli sihir adalah contoh sains dan teknologi dalam fesyen ka??

Kristen Stewart in Chanel
Bohsan la dengan gaya rock punk dia ni.


Selena Gomez In Louis Vuitton
Deni lagi aku tak paham.  Pakai baju tidur kot bawah dengan vest kulit.  Sedia... And those boots,  dont you think its oversize?

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...