Jom Try Diameida Fabulous Mascara

6.6.16

Young Living Essential Oil

Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan you olls pasai satu produk yang mempunyai menawarkan product essential oil dari Amerika Syarikat diberi nama Young Living.  Selalunya akak pi kedai perhiasan rumah and beli ja minyak essential yang harga RM5 sebotol untuk bakar dan bagi wangi rumah.  Actually wangian itu telah dicampur dengan bahan kimia dan alchohol.

Dan minyak-minyak macam ni selalunye ialah frangnance oil,  aroma oil dan bukan pure oil.  Kebaikan memang wangi sahaja.  Sebab dah ditambah dengan alcohol dan bahan sintetic.  Jadi boleh menyebabkan kesan sensitif pada kulit jika disapu direct.  Tu sebab minyak nya murah.  MEWANGIKAN je lah yang kita dapat.  Kalau silap beli yang sintetik atau ada campuran bahan kimia lebih banyak memberi kemudaratan dari kebaikan.  Kesan terapi tu takdak.







Testimoni 

So one day,  Ms.  Shareena telah approach I olls dan suruh i try essential oil daripada Young Living ni.  Dia bagi try dua benda iaitu Stress Away dan Lavendar.  Masa dapat botol ni,  tengok-tengok ya Allah keciknya.  Tapi u olls,  gosok jari sikit ja kat penutup dah boleh dapat kesan yang lama.

Dua-dua dah try and dua-dua sekali amatlah I suka.  Disebabkan kecik so muat dan senang bubuh dalam handbag dan diguna pada bila-bila masa.

Paling selalu I buat adalah,  pada waktu pagi,  titikkan sedikit essential oil ni kat atas cotton (facial cotton yang petak pun takpa),  and i selit kat lubang-lubang aircond.  Nenjiaaaaaaaa satu kereta jadi wangi and tengok kereta banyak pagi-pagi pun rasa macam tenang and nak bye bye kat semua pemandu kat sebelah.  The smell adalah sangat soothing dan tidak terlalu kuat dan menyakitkan hidung.

Bila nak tidoq pulak,  I olls sapu sikit jer kat bantal.  Alhamdulillah senang nak tidur rasa wangi sangat.  


Untuk Stress Away pulak,  baru-baru ni masa duk busy ni macam-macam benda nak kena buat dan siapkan.  I olls takdak la pening and stress sangat tapi tanpa disedari I olls duk jadi pereng tak tentu pasal dengan students yang duk bantu I buat kerja.  Paling lawak,  I marah Kak Shidah sebab dia tanya kat I macam mana nak gubah bunga macam I duk plan.  HAHAHA kesian Kak Shidah.  So masa tengah duk sibuk-sibuk tu,  akak pun letak lah setitik essential oil ni kat tapak tangan akak dan akak sapu kat belakang tengkuk dan leher.  Pastu tekap tapak tangan kat hidung untuk inhale.  Siries memang rasa lega sikit time tu.  Rasa macam semua clutter yang duk berkumpul dalam otak tiba-tiba ke tepi dan ruang jadi luas.

ALHAMDULILLAH...sepanjang tempoh busy Mid May hari tu...akak tak migraine langsung!!! Thanks to Young Living Essential Oil.

And today,  tak pasai-pasai duk feeling nak demam and selsema.  Hidung duk mai berhingus,  duk soksek dari tengahari tadi.  Dah petang ni,  i baru teringat Lavendar Essention Oil ni,  i pun bukak botol and duk cium sikit bau dia.  So calit sikit kat tudung and tangkup tudung tu kat hidung I olls,  duk cium cium...nenjiaa...kurang pulak rasa nak selsema ni. ALHAMDULILLAH.  






Selamat untuk Bayi

Menurut Ms.  Shareena,  yang juga distributor untuk produk Young Living ni,  dia started memakai produk ini sebab bila dia started ada baby.  Masalah akan timbul bila baby susah nak tidur malam sampai dah terbiasa terlena masa sedang menyusu.

So bila duk tanya-tanya dengan ibu-ibu lain,  ada yang kongsikan kebaikan untuk guna Young Living dan incite masuk dalam satu sharing group.  Dari situ,  Shareena buat research tentang produk Young Living dan cuba beli minyak Lavendar dan Cedarwood.  Alhamdulillah memang berkesan.  Anak dia tidur awal,  malam tak berjaga dan dia pun dapat tidur dengan lena dan bila baby dan ibu dapat tidur yang secukupnya.....both are happy and healthy.  Selera makan anak beliau pun dah okay,  anak pun behave dan tiada tantrum.  Apabila sekali sekala baby menghadapi masalah kesihatan seperti demam,  batuk dan selesama (biasalah anak anak kecil kan?)...semuanya jadi mudah sebab dia tidak membuat perangai.  

Young Living Pentingkan Kualiti

Untuk pengetahuan u olls,  Young Living mempunyai ladang mereka sendiri di sekitar Amerika dan beberapa lokasi lagi di seluruh dunia.  Lokasi ekzotik yang menghasilkan certain-certain bahan yang bagus untuk menghasilkan minyak asli terbaik.  Semua ladang ini dijaga dengan baik untuk pastikan quality minyak yang dihasilkan dengan bermulu.  Young Living jugak mempunyai satu ketetapan wajib dalam penghasilan produk depa yang dipanggil Seed to Seal yang menetapkan 5 step penting dalam penghasilan produk,  iaitu 

i)  Seed - semuanya bermula daripada benih
ii)  Cultivate  - benih-benih tadi ditanam di ladang-ladang Young Living
iii)  Distill  -  hasil tuaian disuling 
iv)  Test  - hasil sulingan diuji
v)  Seal  - produk yang telah diuji selamat akan dibungkus untuk pasaran


Dengan ketetapan standard ini,  kualiti produk dapat dijaga bermula daripada benih lagi.  Bukan itu sahaja,  tanah dijaga,  suhu persekitaran, masa menuai, keadaan tumbuhan sebelum proses;  semua diambil kira untuk menghasilkan kualiti minyak terbaik. Sampaikan pest control di ladang-ladang ini juga menggunakan essential oil daripada Young Living sendiri.  Malah semak samun dan rumpai yang tumbuh diladang jugak dibersihkan dengan menggunakan tangan.


Minyak yang digunakan untuk menghasilkan produk Young Living diambil daripada hasil sulingan pertama sahaja.  Setiap batch minyak akan diuji dalam makmal.  Pihak Young Living juga sangat bangga dan transparent dalam bab-bab kualiti ini dan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin melawat ladang mereka pada bila-bila masa.

1 Produk Pelbagai Manfaat

Suka tak kalau 1 barang tetapi boleh guna untuk macam-macam manfaat.  Contoh minyak wangi,  memang wangi tetapi manfaat dia wangi saja.  Luka cari minyak gamat,  bengkak,  benjol mesti cari minyak angin or minyak panas.  Tapi tak semua orang suka bau minyak gamat dan minyak angin kan?  


Tapi,  kalau kita sapu minyak gamat boleh tak hilangkan selsema?  Atau boleh tak ilangkan stress? Tak boleh kan.  Macam mana kalau ada minyak yang wangi and banyak manfaat?  Macam 5 in 1 gitu.  Selamat pulak untuk wanita pregnant,  kanak dan bayi,  dewasa  ?? Bonus untuk minyak ini ialah natural.  Makan pun boleh,  tapi kalau taknak makan boleh sapu.  Eh sayang abis cepat kalau sapu.  Diffuse je satu rumah boleh dapat manfaat.  Jimat pon jimat.  Menarik kan? Tula essential oil (EO)




Kegunaan kehidupan seharian

Essential oil banyak orang kaitkan dengan aromatherapy,  kecantikan,  beauty product sebab banyak benefit dapat dari essential oil  ni.  Tapi tak ramai yang tau fungsi lain dan benefit untuk satu-satu jenis essential oil.

Contohnya lavender.  Lavender sifatnye yang menenangkan.  Tapi tahukah anda,  lavender juga boleh bertindak sebagai antiseptic? Benefit-benefit lain kegunaan essential oil  lavender adalah seperti dibawah :


  1. Senang tidur,  alternative treatment untuk insomia.
  2. Stress- disebabkan sifatnye yang menenangkan jadi ianya sangat membantu dalam merawat migraine,  sakit kepala,  depression dan emotional stress.
  3. Skin-boleh melembutkan kulit muka,  hilangkan jerawat.
  4. Kurangkan demam,  selsema.
  5. Merawat luka kecil,  bengkak,  benjol,  gatal-gatal,  lebam & melecet./
  6. Masalah kelumumur juga dapat diatasi.
  7. Sebagai pengganti deodarant
  8. Masalah kulit eczema
  9. Menghilangkan parut di kulit
  10. Merawat gigitan serangga

dan macam-macam lagi.


Jom Beli Young Living Essential Oil  

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini anda boleh hubungi Ms.  Shareena Shaifudeen   Young Living Independent Distributor di page Facebook Natural with Young Living untuk maklumat lanjut mengenai essential oil atau mengetahui essential oil mana yang sesuai dengan masalah anda.

Semua testi tiada repeat kecuali repeat sebab dapat nampak kesan yang sama.  Consultation free akan diberikan untuk setiap pembelian.  Group sokongan juga ada bagi yang ingin masih belajar tentang essential oil atau yang sudah membeli.


Contact person  :
Ms. Shareena Shaifudeen
Young Living Independent Distributor
Whatsapp 013.3993407

Instagram : https://www.instagram.com/gee_oilylicious/

Facebook : Natural with Young Living







Testimoni daripada pengguna lain














No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...