Dilema Dalam Dunia Duality



du - al - i - ty

noun


1. The quality or condition of being dual.


2. An instance of opposition or contrast between two concepts or two aspect of something. Dualism.


Duality atau Dualism,  satu konsep yang agak unik dan jarang di gunakan tapi membawa banyak makna dalam dunia LGBT.  Duality boleh juga digunakan untuk Transgendered atau Transexual dimana mereka hidup di dalam dunia duality Male/Female. Tapi saya tidak arif untuk bercerita tentang dunia transgendered dan ada lagi sesuai untuk bercerita mengenai ini. Saya hendak berkongsi kepada pembaca blog Jumie dan juga Jumie sendiri tentang diri dan hidup duality saya....Nama saya Ashraff....Dan Saya Seorang Bisexual.


Menjadi Bisexual adalah amat sesuai untuk mengambarkan hidup Duality saya ini. Saya asal dari negeri pantai timur dan di besarkan di keluarga yang sangat ortodox.



Jumie on Smule


Hello u olls,

Akak telah berjinak-jinakkan diri dengan applikasi karaoke Smule yang sangat popular di sana sini sekarang ni.  Actually dah lama akak download aplikasi ni,  rasanya since tahun lalu,  tapi time tu tak berapa popular sangat.  Thanks to Taufiq Helios yang meng-invite akak.

Tapi bila nak nyanyi kat rumah sahaja,  suami aku selalu marah dan kata,  "Hang ni selalu memekak....malu la...."

So akak pun memendamkan perasaan penyanyian akak.  Then sekarang,  Smule dah semakin popular,  thanks to talented Malaysian singer like Khai Bahar dan lain-lain.  So secara tiba-tiba before raya hari tu,  En Khafi pun tanya,  "Hang tak mau ka nyanyi Smule?  Buat video macam Khai Bahar...aku selalu dengar dia nyanyi...best...."



Cara Cara Pakai Uber

Sumber gambar : www.independent.co.uk

Hello u olls semua,


Hari ini akak nak share dengan ampa semua satu applikasi yang amat berguna kepada we olls yang ingin pergi ke sana sini tetapi malas nak drive ataupun memang takdak kereta pada ketika itu.  Im sure u olls semua pernah dengar Uber.  Company ini berasal daripada America dan sejak beberapa tahun yang lalu,  syarikat ini dah mula menapak di negara kita dan penggunaannya menjadi lebih popular kerana sekarang depa dah perkenalkan sistem pembayaran secara tunai.  So since depa introduce pakai tunai la baru akak download dan pakai apps ini kerana akak takdak credit card.


Untuk pengetahuan u olls,  kami ada satu kereta sahaja.  So kadang-kadang memang susah sebab En Khafi tak habis kerja and tak boleh nak hantar or amik akak.  Kalau dulu kenalah tunggu dia ataupun tumpang sapa-sapa untuk hantar balik.  But now,  untuk transportation keliling Penang,  akak dah selalu menggunakan Uber.


So hari ni akak nak share dengan u olls semua cara-cara nak gunakan Uber.



Wanita Gantung Diri Anak Diracun



Let's talk about what happened to the mother who committed suicide by hanging herself and poisoned her two son with bleaching detergent. Memang sedih gila tengok gambar yang disebarkan dalam laman web sosial semua. Tapi lepas baca report, bagi akak I'm sure she's in better place now.


Menurut laporan, wanita ini mengalami kemurungan sebab lani dia dah hampir 7 bulan tiada pendapatan untuk menyara hidupnya dan anak-anak kerana ditinggalkan suami and depa pun dalam proses perceraian.


Akak harap apa yang terjadi ni membuatkan kita semua lebih prihatin dan peka terhadap individu yang mengidap depression atau kemurungan atau apa apa sahaja yang bermula akibat stress.

Kak Mawar Haiwan




Haaaaa ampa dah tengok ka video celaka nahariam hina nak mampuih ni. Video nak promote produk kesihatan pepek yang terlalu lucah sampai jadi tahap hina.  Akak punya pereng pada diri sendiri sebab kenapa akak bodo takdak akai pi klik and tengok video tu. Siye betui la aku punya ngeri duk terbayang-bayang.  Aku rasa malam ni nak tidur aku nak bubuh buku Yassin bawah bantal.


So kepada sapa yang tak tengok lagi, akak harap ampa tak yah tengok. Ampa baca akak story sudah. 
Cerita dia satu haiwan ni pakai tudung apa semua duk terhinggut-hinggut buat bunyi gatai pasai perbuatan dia diintip oleh seorang lelaki. Laki tu tengok nampak stim la sebab ingat pompuan tu macam duk beronani. Rupanya haiwan ni bukan duk onani tapi dia duk garu kaki.


Ehkkkk siyeee nahariam monyet pun kalau garu kaki dia tak over macam binatang ni. Mana ada manusia garu macam tu? Aku kalau garu kaki aku sampai macam tu laki tak bawak aku pi clinic tapi dia bawak aku pi hospital gila.

The Age of Adaline (2015) Review



Hello u olls,

Filem ini baru sahaja ditayangkan di HBO baru-baru ini.  Akak pun layan la masa cuti raya hari tu.  Dilakonkan oleh Blake Lively yang dah lama akak tak tengok dia berlakon (last tengok dia berlakon zaman mula-mula Sisterhood of Travelling Pants. Nahariam macam tak lojik depa sorang gemok, sorang kuruih, sorang renjong tapi semua bleh pakai seluar sama size).  Bergandingan dengan Naario Naharis pelakon hemsem from Game of Throne tu iaitu Michiel Huisman. Siries laki ni hemsem and membuatkan aku tertarik nak tengok cerita ni.

Filem ni dapat rating yang baik dalam IMDB tapi aku tak tau pasai pa filem ni macam tak berapa popular.  Sapa-sapa ada HBO kat rumah ampa boleh record untuk tonton sebab depa duk ulang banyak kali dah lani.


The Age of Adaline


Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang tidak boleh menjadi tua kerana satu keajaiban yang berlaku dalam tubuh badan nya (di explain secara saintifik oleh narrator dalam cerita ni).  So dia kekal muda dan cantik.


Akibat daripada keajaiban ini, dia terpaksa hidup pindah randah dan bertukar-tukar identiti kerana beberapa kali menimbulkan kesukaran apabila berdepan dengan pihak berkuasa. Dan pernah juga ada pihak yang ingin menangkapnya untuk tujuan siasatan atau ujikaji barang kali.  Tapi dia sempat melarikan diri sebelum apa apa berlaku.



Kate Upton Teksaq


Hello u olls,

Akak first dengar nama Kate Upton apabila seorang rakan kerja akak (lelaki...tua....and berpangkat tinggi...ahahah tak boleh nak mention sapa semua mampuih satgi aku nanti dapat surat tata tertib pulak tak pasai-pasai sebab blog aku ni rupanyaaaaaaaa 'wajib' dibaca boleh semua staf USM.  AHAHAHA.

So this guy kata "Go Google about Kate Upton.  Fucking beautiful.  Big so tits.  Original tau.  Bukan pi operate apa semua...,"  masa tu tahun 2010 macam tu.  Aku kan jenis cool and open minded,  tak rasa pun offended ka apa bila depa suruh aku Google pasai orang teksaq ni (teksaq = tetek besar).  So aku pun Google la.  Lepas google...cantek,  tetek besar,  rambut blonde.  Bohsan la.

Then dah lama dah lepas tu,  aku pun dah kawen semua,  aku tengok movie The Other Woman yang dilakonkan oleh Leslie Mann,  Cameron Diaz and guess who else?  KATE UPTON.  Aku memang syiok gila tengok movie ni memang lawak gila and ending dia pun puas hati.  So dalam filem ni,  menceritakan pasai 3 orang wanita bergabung untuk mengenakan suami / BF / skendal depa yang selama ni duk bermain kayu tiga dengan depa.  So first-first,  Leslie Mann tau laki dia ada GF lain iaitu Cameron Diaz.  Tapi lama lepas tu,  depa dorang dapat tau yang laki depa ada GF lagi muda lagi cantek iaitu Kate Upton.  So depa pun bertemu dan membuat pakatan.

Paling lawak sekali bagi aku adalah Leslie Mann,  deni memang lawak siye punya.  Aku paling suka part yang dia tanya kat Kate Upton "OMG you are so beautiful and smell so nice...what perfume u using?"  Pastu Kate Upton jawab "No perfume...i guess it's just my sweat..."  Pastu muka Leslie Mann time tu memang lawak gila.  Style dia tak tau nak reply macam mana kat Kate Upton tapi aku paham perasaan itu.

Click read more

Travel Photographer of the Year Contest 2016

Setinggi-tinggi tahniah kepada seorang jurufoto tempatan Georgetown Penang bernama Jeremy Tan yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Travel Photographer of the Year Contest 2016 untuk kategori Cities.

Memaparkan gambar bangunan tertinggi di bandar Georgetown iaitu Komtar yang sedang dipanah petir,  akak berasa bangga sekali apatah lagi akak baru - baru ini pun telah berpeluang untuk makan di sebuah restoran yang terletak di bangunan yang tinggi ini.  Haa...kerlas...


Kategori CITIES


TEMPAT KETIGA
"Celestial Reverie"


Lightning seemingly strikes Komtar Tower, the most iconic landmark of George Town, capital of Penang state in Malaysia. It is symbolic of the rejuvenation that the city, famous for a unique blend of centuries-old buildings and modern structures, has enjoyed in recent years. While many of its old neighbourhoods fell into neglect in the 1990s and early 2000s, UNESCO World Heritage listing in 2008 sparked a transformation, and today, they are all part of a vibrant tourist destination.

Photo and caption by Jeremy Tan  LOCATION :  George Town, Pulau Pinang, Malaysia



Sebagai orang Penang,  akak berasa sangat bangga sekali dengan kemenangan ini.  Yalah u olls,  lani satu dunia tengok Penang ni kat mana :)

Jom tengok gambar yang telah dipilih sebagai pemenang-pemenang lain.

ps/  My personal favorite adalah "Rooftop Dreams,  Varanasi".  


Luahan Ibu Tentang Anak Yang Insecure



Dear Kak Jumie,

Saya ingin bercerita dengan Kak Jumie perihal tentang anak saya.  Saya mempunyai dua orang anak.  Sepasang.  Seorang lelaki dan seorang perempuan.  Yang lelaki bernama Ismail dan yang perempuan bernama Maisarah.  Yang sulong lelaki dah masuk darjah 3 manakala yang perempuan baru sahaja tadika.  La ni kan cuti sekolah,  jadi anak-anak saya kedua-duanya saya bawak ke pejabat sebab takdak orang jaga mereka di rumah.

Nak dijadikan cerita,  pada satu hari seorang rakan setugas saya dari department yang lain datang ke pejabat saya untuk discuss something.  Dia tau yang anak-anak saya ada sekali dengan saya and dia tak kisah pun nak teruskan urusan perbincangan.  Saya rapat jugak dengan rakan saya ni.  Tapi something yang dia cakap menyebabkan anak perempuan saya tersentak sampai down sangat-sangat.
Masa dia datang kat pejabat saya,  anak-anak saya sedang membuat aktiviti lukisan.  Dengan berseloroh dia berkata "Eh adik,  awak tak makan Qu Puteh ek?  HEHEHE.  Awak ni kenapa gelap tak macam abang awak?"

Anak perempuan saya jadi down sangat-sangat.  Daripada tadi duk gelak seronok happy-happy bermain dengan abang dia,  terus muka dia jadi lain.

Saya pandang ke arah kawan saya dengan pandangan yang tajam sambil gelengkan kepala.  Saya rasa kawan saya paham yang saya nak dia stop dan henti bergurau dengan anak perempuan saya.  Kawan saya pun terus tak jadi nak sambung perbincangan dan balik ke pejabatnya.  Lepas tu anak perempuan saya terus down gila weh,  sebab dia ni memang selalu sangat orang bandingkan dirinya dengan abangnya.

Untuk pengetahuan Kak Jumie,   Ismail sangat putih melepak,  bulu mata melentik,  raut wajahnya pun comel sangat.  Lepas nampak Maisarah down,  hidung dia pun macam merah-merah sikit (sebab tahan nak menangis) saya pun peluk Maisarah and angkat dia letak di riba saya.  Saya pun pujuk-pujuk dia bagi dia happy.  Maisarah minta hanpdhone saya,  saya pun bagilah.  The moment dia dapat handphone saya,  dia pun bukak Facebook dan taip "Gambar Ismail waktu kecik"

Saya tanyalah dia,  kenapa nak tengok gambar Ismail waktu kecik?  Pastu akak tau dia jawab apa?  Dia cakap "Adik nak tengok gambar abang masa kecik-kecik.  Sebab adik tau....abang hemsem,  tapi kenapa adik tak cantek,"


Saya terus peluk anak perempuan saya tu kuat-kuat,  dan cakap "Sape cakap adik tak cantek?  Anak-anak mama semua canteklah....tengok ni (tunjuk gambar dia dalam Facebook saya) adik pakai tudung...canteknya......meh sini kita tangkap gambar,"

Saya pun selfie la ngan dia.  Lepas tu dia mntak tengok… dia terus kata “Hurrrmmmm kakak itam kan?  Kakak tak cantik ke?”

“Anak mama semuaaa cantek-cantek.  Takpelah kalau kakak hitam pun,  apa masalahnya?  Ramai orang kulit hitam kat dunia ni cantek-cantek.   Nanti kakak dah besar,  kakak boleh make up semua....nanti kakak jadi lagi cantek,"

Selain kejadian hari tu,  ada juga yang pernah tegur anak saya ni cakap "Eh adik ni kenapa makin hitam?  Sunburn ye?  Kakak main panas ye?  Abang cerah jeee..."

Ada juga kawan-kawan yang cakap depan-depan Maisarah "Babe,  dia ni lain kan?  Ismail putih hemsem.  Dia lain,"  saya terkedu tak tau nak balas macam mana kat kawan saya tu.

Saya terfikir Kak Jumie kenapa la ada orang dewasa yang berfikiran bodoh macam tu kan?  Budak-budak kot?  Biasalah.....tak pandai lagi.  Kita kecik-kecik dulu pun comot juga.  Awat hang tu dulu kecik-kecik comel macam Fazura ke?  Confirm dulu berlemoih jugak kan?

Walaupun Maisarah baru 6 tahun,  tapi dia bijak,  dia faham and sebab itu dia takdak keyakinan diri kerana dah banyak kali orang yang takdak otak ni buat penyataan menyakitkan hati depan dia.  Dia sentiasa rasa diri dia tak cantek.  Dia selalu rasa diri dia ni hitam sangat.  Padahal Maisarah bukanlah kulit gelap sangat,  cuma mungkin bila dibanding dengan Ismail yang terlalu putih,  so dia nampak gelap.

Even waktu saya tanya dia bila nak beli baju or tudung untuk dia,  bila tanya "Nak tak warna ni?"  dua tiga kali tanya dia selalunya akan diam.  Dah lama lepas tu baru dia akan cakap perlahan-lahan kat saya "Adik tak nak pakai baju warna tu sebab adik kan hitam....nanti orang cakap adik tak cantek,"

Kak cuba bayangkan apa yang harus saya cakap kat anak saya ni?  BABI lah kepada semua-semua yang selalu duk menyakitkan hati anak saya ni.

Saya pernah beberapa kali tertangkap yang Maisarah duk pakai cream kecantikan saya kat bilik tidur sebab cream tu tulis "whitening".  Pernah juga dia minum air vitamin C saya senyap-senyap sebab semaata-mata nak cantek.

Now saya nak tanya pendapat Kak Jumie macam mana nak naikkan keyakinan diri anak saya?  Sebab saya tengok dia sekarang ni macam tiada keyakinan diri.  Kalau saya tengah bersiap nak keluar rumah,  dia pun akan mai la kat beg make up saya dan tempek bedak compact dan pakai blusherla apa la...Saya takut nanti dia membesar menjadi seorang yang obses dengan kecantikan.

Please help.

Yang benar,
Worried Momma



The Power of Surat Rasmi

U olls boleh lihat dalam gambar ini ada tiga kereta berhenti di tepi jalan,  tiga tiga duk bagi signal ke tepi.  Depa duk beratur nak beli air la tu duk buat macam jalan ni drive through.

Hello u olls,


Hari ni akak nak share dengan u olls semua tentang satu kisah yang bertajuk The Power of Surat Rasmi.  Ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh akak,  jiran sekampung dan semua pengguna jalanraya di Ayer Itam.


Apabila satu hari akak balik rumah dan tengok kedai gunting rambut mamak depan kampung kami sedang direnovate dengan canteknya.  Pondok kecik ini direnovate untuk dijadikan gerai kecil menjual coffee ais jenama Cocorica.  Akak jadi excited,  ehk....best jugak,  kalau kawan-kawan akak datang rumah,  we olls boleh la jalan pi beli coffee ais ni.  Tambahan pulak tepi kampung kami ni kan ada dua buah sekolah iaitu Chung Ling High School & Chung Ling (Private).  Mesti dapat banyak sambutan.  Little that I know,  rupanya hasil kerancakan perniagaan coffee ais ini menjadi pengalaman yang amat menyukarkan buat kami sekampung.


Dulu kampung kami ni memang dah sedia kala jalan jam and busy setiap kali time pelajar pi and balik sekolah.  Bila cuti sekolah or hujung minggu pulak,  jalan jam sebab orang nak pi Kek Lok Si temple and Penang Hill.  Alternatif nak pi Ayer Itam and dua pusat pelancongan tu adalah jalan kecik ni lah.  Semua orang pun sedia maklum.




What happened?
So bila Cocorica di hadapan Kampung Baru Ayer Itam mula beroperasi,  kesesakan lalu lintas jadi lebih buruk.  Dua kali benda ni diviralkan oleh admin page Penang Kini.  Akak malas nak cari link.  Tapi rata-rata semua pengguna jalan raya yang melalui jalan itu meluahkan perasaan marah di ruangan komen posting itu kerana ramai sangat orang nak beli Cocorica sampai stuck jam kat situ sampai sejam.  Jalan jam punya teruk sampai Masjid Negeri.



My Hari Raya

Semua orang suruh akak duduk atas riba En Khafi.  Bukan tak boleh,  boleh jer tapi malas la nak tunjuk sangat kami ni manja-manja.  HAHAHAH

Hello u olls,

So macam mana ampa semua punya raya tahun ini?  Alhamdulillah,  tahun ini semuanya berjalan lancar.  Kami raya di Penang sahaja.  Seperti u olls tau,  akak telah cuti dengan panjang dan melampaunya sampai 13 Julai 2016.  Kesempatan ini akak isikan dengan aktiviti bertapa di rumah.  HAHAHAH.  Bertapa tu buat apa?  Akak duduk rumah,  baca buku,  tengok movie,  tengok Youtube (banyak documentary channel yang best akak tengok),  main game,  makan dan tidur.

Macam menyesal juga ambil cuti lama and tak plan buat apa-apa, tapi takpalah kalau plan sangat pun akak mempunyai perangai angin kus-kus yang suka menukar plan di saat-saat akhir semata-mata sebab akak tak dak mood nak buat satu benda tu.  Contohnya,  nak pi Ipoh on the 3rd raya.  Mintak maaf to all my cousin,  ahahahah,  tahun ni akak tak jadi nak ikut sebab Abang Manap and Kak Edeh (my parents) decided that depa tak mau pi sebab bapak tak sihat.  And suami akak pun duk busy kerja,  macam tak dak mood pulak nak pi beraya jauh-jauh tinggal dia kat rumah.

Kanye West Telanjang

Hello u olls,

Akak tunggu lepas posa baru akak post pasai video klip ni kat ampa.  Celaka punya Kanye West dia baru saja bok keluar music video clip yang terbarunya yang menampilkan beberapa selebriti dan ahli politik telanjang.

Obviously,  all those yang telanjang bukan orang betul tetapi adalah patung-patung lilin yang dibuat agar menyerupai semua orang sebenar.   Di kiri dan kanan Kanye West ada bini dia Kim Kardashian West dan Taylor Swift.

Selain tu,  selebriti lain yang dijadikan patung lilin dalam video clip ini adalah ada Rihanna,  Chris Brown, Caitlyn Jenner, Bill Cosby & Amber Rose.  Ray J (iaitu bekas BF Kim K) yang ada porn video bersama pun ada.  And paling terkejut adalah Anna Wintour.  Ahli politik yang dijadikan patung pula adalah George W. Bush & Donald Trump.

Aku rasa patung paling cantek sekali adalah Kim Kardashian punya pungkok.  Mesti la dia buat pungkok bini dia paling cantek.  Nak mampuih.  Paling horror sekali adalah patung Bill Cosby memang nampak macam pakcik tua duk tidor.

Jom tengok video tu.  Click read more.


Game of Throne Season 6 Episode 10 Review

Hello u olls semua,

Akhirnya tamatlah kesemua 10 episod untuk season ke enam yang bagi i olls adalah antara season terbaik sekali kerana setelah 6 tahun penantian,  pertama kita akhirnya dapat sahkan satu teori yang selama ini menjadi tanda tanya dan perdebatan semua peminat Game of Thrones dan buku Song of Ice and Fire,  and kedua....untuk episod ini akhirnya kita dapat sahkan bahawa untuk season akan datang kita akan melihat GAME OF THRONES (perebutan takhta) yang sebenar.

Daenerys dan segala maknena askarnya dalam perjalanan menyerang Westeros dalam mendapatkan takhta 7 kingsdom.  Winterfell yang habis ditakluk sejak season 1 akhirnya kembali menjadi milik Starks dan macam-macam lagi!!!

Sebagai ulasan ringkas untuk episod ke 10 ataupun season finale untuk kali ini,  episod The Winds of Winter adalah so far yang terpanjang iaitu selama 69 minit dan disebabkan episod yang panjang ini dia sentuh semua aspek dan juga diceritakan apakah yang terjadi kepada semua watak-watak penting yang akan menjadi key person kepada kisah Game of Thrones ini.  Soo haruslah puas hati.

Jom baca I olls punya review.  Kita start mengikut negeri-negeri okay.  And kita try garapkan tentang apakah yang bakal terjadi (prediction) untuk musin akan datang.




Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Kepada semua pembaca blog JUMIE SAMSUDIN di mana sahaja anda berada akak dan En Khafi serta seisi keluarga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada u olls semua.  

Mohon maaf kalau ada penulisan dan komentar akak yang mengguris perasaan kalian semua.  Yang baik itu semuanya daripada Allah SWT dan sesungguhnya yang buruk itu selalunya datang daripada En Khafi.

Akak bercuti daripada 6 hingga 13 Julai 2016,  so lepas itu barulah blog akak akan berkumandang semula.  U olls boleh follow akak kat Facebook untuk tengok post-post gambar dengan caption lawak ikhlas daripada akak sepanjang cuti ini.  

Sekian,  kirim salam kat semua family ampa.

Love,
Kamarulhafiz & Jumie
Syawal 1437

ps/  gambar dalam kad raya ini adalah masa kami menikah pada 2 September 2011.

Iklan Raya 2016

Hello semua,

Iklan rasa adalah salah satu madah seni yang menjadi pengerat rakyat Malaysia tak kira apa kaum pun mesej yang disampaikan selalunya bukan sahaja mengimbau kenangan malah memberikan banyak pengajaran untuk saling mengingati dan menghormati satu sama lain.

Sejak zaman kegemilangan Allahyarham Yasmin Ahmad,  beliau telah berjaya membuktikan madah seni dalam iklan raya sebagai sesuai yang penting.

Kini bukan sahaja badan-badan korporat berlumba-lumba untuk menyajikan iklan raya yang menarik malah rumah produksi jugak willingly untuk buat macam-macam iklan raya untuk diletakkan dalam Youtube.

Jom kita tengok iklan-iklan yang sempat akak kumpulkan this year.

Kalau ada yang terlepas,  ampa share link di ruang komen okay!

ps/  my personal favorite adalah MAXIS and MAS.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...