UK Clark Sales

25.7.16

Cara Cara Pakai Uber

Sumber gambar : www.independent.co.uk

Hello u olls semua,


Hari ini akak nak share dengan ampa semua satu applikasi yang amat berguna kepada we olls yang ingin pergi ke sana sini tetapi malas nak drive ataupun memang takdak kereta pada ketika itu.  Im sure u olls semua pernah dengar Uber.  Company ini berasal daripada America dan sejak beberapa tahun yang lalu,  syarikat ini dah mula menapak di negara kita dan penggunaannya menjadi lebih popular kerana sekarang depa dah perkenalkan sistem pembayaran secara tunai.  So since depa introduce pakai tunai la baru akak download dan pakai apps ini kerana akak takdak credit card.


Untuk pengetahuan u olls,  kami ada satu kereta sahaja.  So kadang-kadang memang susah sebab En Khafi tak habis kerja and tak boleh nak hantar or amik akak.  Kalau dulu kenalah tunggu dia ataupun tumpang sapa-sapa untuk hantar balik.  But now,  untuk transportation keliling Penang,  akak dah selalu menggunakan Uber.


So hari ni akak nak share dengan u olls semua cara-cara nak gunakan Uber.






What u need to know ?
Kemudahan ini adalah untuk u olls yang pakai smart phone la.  Of course.  And ada connection internet.  So u olls-u olls yang berangan pakai Iphone 6,  tapi credit tak pernah ada dan harap wifi free (mungkin susah sikit untuk u olls).  And secondly,  kena make sure the city / kawasan yang u olls duduki / ziarahi memang mempunyai pemandu Uber yang beroperasi di kawasan itu.  Unfortunately,  memang setakat ini untuk bandar-bandar besar seperti KL,  Penang or JB memang dah ramai orang operates pakai Uber.  Tapi macam kawan I olls yang lani duk ada kat Kuching Sarawak sempena SUKMA baru ja update kata,  kat situ takdak Uber.  HUHU.  So boleh la naik teksi tapi lebih afdal lagi,  boleh duduk diam diam ja kat hotel.


Since this is an international company,  ramai pensyarah dari luar negara yang nak mai meeting kat office we olls di USM menggunakan khidmat Uber.  Macam dulu payah we olls nak kena tolong depa arrange for transportation,  lani tak payah dah.  Depa sendiri akan mai kat office dengan menggunakan aplikasi ini.  Malah akak pernah la buat private party untuk student-student mat salleh yang akak jaga ni,  mai lepak makan-makan kat rumah kawan akak, so akak bagi invitation and bagi alamat rumah kawan akak jer.  Tup tup nenjia depa sampai dah kat bawah flat.  Senang u olls.  Tak payah susah-susah nak kena bagi map apa bagai.


Penggunaan Uber semakin diminati kerana perkhidmatan ini murah dan mudah.  Menyenangkan penumpang,  sebab kita tak perlu tunggu lama-lama and tak perlu susah payah nak kena call sana sini untuk buat arrangement,  and kepada pemandu pulak,  bolehlah buat extra income.  Im not going to write more about cara-cara nak jadi Uber driver sebab aku sendiri tak berminat nak jadi Uber driver,  tapi aku pernah sembang dengan salah seorang pemandu and dia share dengan aku cara-cara nak jadi Uber driver secara simple.


Menggunakan aplikasi yang sama,  ampa sign up untuk jadi Uber Driver.  Lepas sign in,  hangpa akan dihubungi oleh wakil Uber yang berdekatan dengan kawasan hangpa.  So hangpa kena pi office tu,  isi borang,  sertakan bersama beberapa salinan dokumen rasmi seperti lesen memandu,  geran kereta,  salinan IC dan sebagainya.  Kereta u olls yang 7 tahun ke bawah sahaja layak menjadi kereta Uber.


Selepas hangpa pi short course dan borang permohonan hangpa diterima,  barulah ampa dibenarkan untuk menjadi Uber Driver.



Cara-cara nak pakai?



DOWNLOAD APPS First u olls kena download aplikasi Uber dalam Apple Store atau Google Play.  So bila ampa dah download apps tu,  ampa bukak apps tu akan nampak macam gambar kat bawah ni.  Lepas tu ampa click la REGISTER sebab ini adalah kali pertama.  Tapi kalau nak click kat SIGN IN pun boleh sebab kita semua of course ada Facebook or Google account kan? So tak perlu nak register banyak-banyak,  depa tarik data dari account kita tu.




SIGN IN  So bila kita dah click SIGN IN kita akan dapat macam kat bawah ni.  So ampa boleh pilih la nak SIGN IN guna account mana.


ACCOUNT SETTINGS  Bila dah click SIGN IN,  kita icon (3 baris) kat atas kiri sekali.  Akan keluar slide window macam kat bawah ni yang menunjukkan account details kita.  Kalau ada apa nak ubah,  ampa boleh click kat SETTINGS dan kat dalam tu ada capaian untuk EDIT ACCOUNT.  Tapi yang paling penting,  ampa click kat PAYMENT untuk setting cara pembayaran kita.




PILIH CARA PEMBAYARAN  Kat bawah ni ada dua contoh,  akak memang dah setting untuk ambil YOUR PAYMENT METHODS as cash.  So kalau ampa nak memudahkan urusan Uber,  ampa boleh add in Credit Card details ampa dengan menekan butang (bentuk credit card) kat atas kanan tu.  And ampa isi lah apa-apa yang patut.

So far akak duk pakai CASH, memang takdak masalah tetapi tips akak adalah before ampa nak request Uber,  ampa check Fare Estimation (nanti akak ajar di bawah) dulu and sediakanlah wang kecil secukupnya.  Sebab takut nanti pemandu takdak duit nak bagi baki.  Kalau dapat driver yang cool takpa,  murah-murah sangat (just RM1 sebab terlalu dekat....dia bagi FREE RIDE terus kat akak..and akak pun saja request Uber bukan sebab akak malas nak jalan kaki u olls tetapi sebab akak ada banyak barang nak kena bawak dari satu tempat ke satu tempat tu).

Kalau dapat driver yang berkira,  sekupang pun depa bagi belen ya.  



Kalau ampa dah pilih CASH as Your Payment Methods,  it should look like this.  

Ini untuk isi maklumat credit card.  Bayaran akan dicharge directly to you statement.





SET UP PICK UP LOCATION  So bila dah make sure maklumat kita semua betul,  so kita pi balik kat main apps,  ampa akan nampak lay out macam kat bawah ni.  Kat tengah-tengah tu ada macam sticker hitam dengan tulisan SET PICK UP LOCATION.  


Perasan tak blue dot tu,  blue dot itu menunjukkan kat mana GPS detect kita/handphone kita berada.  So u olls kena make sure jarum SET PICK UP LOCATION tu berada betul - betul kat blue dot tu ataupun bawak dia ke mana-mana lokasi yang u olls nak driver tu mai amik.


Contohnya,  sekarang kita ada kat Kedai Kain,  tapi kita nak Uber mai pick up kita kat Kedai Satay yang terletak 50 meter dari lokasi Kedai Kain sebab kita nak elak daripada kesesakan lalu lintas.  So make sure ampa set up jarum tu kat mana betul-betul.


Bila ampa dah setting jarum tu,  alamat PICK UP LOCATION akan appear automatically pada bar putih kat atas sekali ni,  tapi kalau tak sama macam alamat yang kita duk selama ni tau,  its okay,  asalkan jarum tu berada di lokasi yang tepat.

Bila kedudukan jarum PICK UP LOCATION dah tepat,  ampa click jarum bentuk [ > ] yang terdapat di bahagian kanan sticker hitam tu.


Tulisan [ 9 min ] yang terdapat pada kiri sticker adalah menunjukkan estimation jarak masa bagi Uber Driver yang paling hampir boleh mai kat kita.


Sekiranya kat kawasan u olls berada tu takdak pemandu Uber atau pada ketika u olls nak request for Uber tu takdak sapa pemandu pun sedang beroperasi,  so kat sticker hitam tu akan tulis NO CARS AVAILABLE.  Selalunya,  Uber driver ni berlambak time siang sampai malam.  Kalau request awal pagi macam waktu time orang nak pi kerja tu,  selalunya takdak.






KADAR BAYARAN LEBIH So bila dah click pada [ > ]  kadang-kadang nanti keluar pop up message yang menunjukkan kadar harga adalah lebih tinggi dari kadar biasa yang telah ditetapkan sebab mungkin pada waktu itu banyak kesesakan lalu lintas.  If u dont mind,  u can click to continue sebagai tanda setuju dengan penambahan kadar bayaran.






DESTINASI  So kalau takdak mesej khas macam kat atas tu,  selalunya lepas kita click [ > ]  kita akan masuk kepada window baru yang menunjukkan kita perlu masukkan destinasi perjalanan kita.  Kat sini kita boleh masukkan alamat destinasi kita.  Memandangkan apps ini dah empowered by Google,  so apa sahaja public places seperti restoran atau shopping mall yang dah recognized dalam Google Maps should appear here.  Kalau private residence,  u olls kena type betul-betul ya.


Untuk memudahkan urusan kerja kita seharian,  kita boleh setting lokasi rumah dan juga alamat kerja.  So next time kita nak pi mana-mana instead of bok masuk alamat rumah banyak banyak kali,  now kita boleh click terus kat Home.

Masukkan alamat seperti di atas.



Bila alamat dah dimasukan dengan betul,  ampa click enter,  dan sepatutnya window ampa kelihatan begini.


FARE ESTIMATE  Seperti akak ingatkan tadi,  sebelum u olls click pada butang hitam di bawah sekali REQUEST uberX,  ampa haruslah click dulu pada icon FARE ESTIMATE and tengok harga dulu macam mana.  And bila dah keluar estimation harga berapa,  ampa boleh la standby duit siap-siap.   Bila dah tengok harga,  ampa boleh click icon anak panah [ <-- font=""> ] kat atas kiri sekali untuk balik ke window sebelumnya.




RESQUESTING  So bila dah balik ke window utama yang sepatutnya sekarang akan kelihatan macam ni,  ampa boleh click button hitam REQUEST uberX.  Jangan click kalau ampa tak bersedia,  kalau tidak ampa jadi macam akak dulu...tup tup ja pemandu Uber dah sampai depan rumah.  Bengong akak dulu bodo tak tau nak cancel macam mana.  Kesian abang Cina tu.


Click pada butang request bila ready.


Bila dah click request,  apps akan jadi macam ni.  So tunggu sat.



DRIVER'S INFORMATION  So bila u olls punya request diterima,  nenjia keluarlah icon ini sekali dengan gambar pemandu,  nama dia dan rating dia.  Kat tengah tu ada butang contact yang mana kalau u olls click kat situ automatic u olls boleh contact pemandu dan cakap dengan dia untuk explain u olls kat mana ataupun tanya dia kat mana?  Tapi in my experience selalunya depa yang akan call I untuk tanya,  I olls nak pi mana and tunggu kat mana. Sebab depa nak make sure yang kita memang serius nak naik Uber bukan main-main atau tertekan.  Pemandu selalu share dengan I,  in many cases,  sama ada customer tertekan apps ataupun depa duk main-main,  driver dah sampai kat tempat tetapi penumpang tak datang-datang.  Call pun tak jawab.


On the right pulak,  ada icon yang menunjukkan jenis kereta yang dipandu oleh driver ni dan no plate kereta dia.  


But dont worry u olls,  pemandu pulak hanya boleh tengok nama dan contact number kita sahaja tetapi dia tak boleh tengok muka kita.  So walaupun kita sign in guna Facebook contohnya,  dia tak akan nampak muka kita.

Dan kat sini juga ampa boleh nampak ada icon X Cancel,  in case u olls tak jadi nak naik Uber.  So upon canceling nanti ampa kena masukkan alasan kenapa cancel.



YEAHH!!  Bila driver dah sampai,  make sure nombor plate kereta betul,  so u olls pun naiklah kereta itu dan sebaiknya tanya kat pemandu tu,  dia tau tak nak pi ke destinasi kita lalu jalan mana?  Walaupun all driver are equipped with Waze / Google Maps kat telefon depa,  tetapi akak pernah naik satu driver ni,  dia setting Waze supaya suggest jalan yang lebih jauh.  Bukan sebab jam dan sebagainya,  tapi memang boleh kan setting macam tu.  So in the end,  kita kenalah bayar lebih sebab apps tu akan pick up jarak route yang kita lalui dan culculate menggunakan jarak yang dah dilalui.  Memanglah akak kena bayar lebih,  tapi takdak la bayar lebih sangat.  Lebih seringgit sahaja daripada kebiasaan yang akak kena bayar,  cuma nak bagitau la kat ampa orang macam ni pun ada.  Sabar jer lah.


Once dah sampai ke destinasi,  ampa akan buat bayaran.  And secara automatic,  kat apps Uber kita akan keluar icon untuk kita rating driver kita tu.  Akak selalunya akan bagi full stars untuk semua driver akak.  Sebab so far semua pun okay saja,  takdak la teruk sangat sampai menyusahkan.  Cuma satu saja la setiap kali akak naik Uber,  akak harap sangat pemandu ni semua kurang mesra sikit,  sebab akak malas nak sembang-sembang dengan hangpa la....penat u olls.  Nak ajak sembang,  jom pi kopi.


Bila kita pi kat page menu,  click kat history,  akan keluar semua maklumat driver yang kita pernah naik selama ini.  



So ada banyak tricks and cara yang u olls boleh guna pakai kat Uber ni seperti memasukkan code promosi,  share ride dan sebagainya.  Tapi tu semua maybe u olls boleh belajar sendiri from time to time.  But i hope perkongsian akak hari ini boleh memudahkan urusan harian u olls pada masa akan datang.  Sebab memang baguih guna Uber,  atau mana-mana aplikasi pemanduan seperti ini like MyTeksi,  GrabCar dan sebagainya.  Cepat,  mudah dan murah.  

Dont forget to share.


Uber official website  :  https://www.uber.com/

4 comments:

  1. thank u very much for info sis... nanti bole la cuba Uber nih!

    ReplyDelete
  2. thank u very much for info sis... nanti bole la cuba Uber nih!

    ReplyDelete
  3. Driver Uber pun rating kita tauuuu marhayam! So it's a 2 way ratings, bila kita request Uber depa pun buleh nampak ratings kita. Kita pun buleh check sendiri ratings ni kat apps :Pi kat Help >> Account and Payment >> Account Settings and Ratings >> I'd like to know my rating. Bila tiba page ni sila tekan "SUBMIT". Haaaaaaaa...cer tgk ratings anda di mata Uber drivers hehehe!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com