Jom Try Diameida Fabulous Mascara

29.7.16

Dilema Dalam Dunia Duality



du - al - i - ty

noun


1. The quality or condition of being dual.


2. An instance of opposition or contrast between two concepts or two aspect of something. Dualism.


Duality atau Dualism,  satu konsep yang agak unik dan jarang di gunakan tapi membawa banyak makna dalam dunia LGBT.  Duality boleh juga digunakan untuk Transgendered atau Transexual dimana mereka hidup di dalam dunia duality Male/Female. Tapi saya tidak arif untuk bercerita tentang dunia transgendered dan ada lagi sesuai untuk bercerita mengenai ini. Saya hendak berkongsi kepada pembaca blog Jumie dan juga Jumie sendiri tentang diri dan hidup duality saya....Nama saya Ashraff....Dan Saya Seorang Bisexual.


Menjadi Bisexual adalah amat sesuai untuk mengambarkan hidup Duality saya ini. Saya asal dari negeri pantai timur dan di besarkan di keluarga yang sangat ortodox.





Duality Dalam Kehidupan
Sejak kecil lagi saya di besarkan dengan ajaran agama yang agak extreme,  jadi bila masa umur 13 tahun saya dapat naluri minat sesama jenis saya menjadi sangat takut sama juga bila saya rasa nasfu terhadap perempuan pun membuat saya takut kerena di ajar kan sex sebelum kawin adalah dosa.  Saya tidak berani nak experiment dan saya hanya focus untuk belajar dan alhamdulilah saya dapat keputusan cermerlang dan ditawar ke universiti awam di Shah Alam. Di situlah mulanya hidup duality saya.



Cinta dan Nafsu Duality
Saya sangat teruja dan ada rasa takut juga semasa di Shah Alam. Setelah hidup seperti katak bawah tempurung saya rasa sangat bebas. Saya boleh dikatakan berparas rupa jambu tapi berbadan tegap kerena membuat kerja-kerja berat di kampung. Tak perlu saya cerita lebih kerana oleh rupa saya memang senang untuk saya dapat pasangan untuk melepas nafsu, baik lelaki atau perempuan.

Bila dibesarkan dalam ketakutan untuk experiment malah untuk melancap pun,  saya menjadi liar dan seronok. Di Semester 2 saya jalinkan hubungan serious dengan senior lelaki saya yang menjaga saya dan sayang saya. Dan kampung pula saya bercinta dengan jiran perempuan saya yang saya kenal dari kecil. Hidup duality saya bermula. Di Shah Alam saya bercinta dengan lelaki, dan ramai kawan saya yang LGBT tahu dan sokong tetapi bila di kampung saya menjadi seorang yang mencintai anak jiran saya yang direstui kedua pihak keluarga dan saya sering call dan message dia. Dan pihak keluarga sampai bincang nak kami bertunang. Masalah berlaku disebabkan ini.


Dilema Duality
Partner saya di Shah Alam telah rasa cemburu dan marah kerana keluarga nak saya bertunang. Dia kata saya dipaksa oleh keluarga tapi sejujurnya saya sayang jiran saya itu dan saya sayang partner saya, saya cakap kenapa saya tak boleh sayang partner saya dan masih bertunang.  Dia kata "Bisexuality ni bullshit, ko either gay atau straight...jadi bisexual ni hanya untuk gay yang takut nak mengaku," kata-kata itu sangat pedih bagi saya kerana saya penah luahkan yang saya rasa saya dilahirkan jadi bisexual. Di pendekkan cerita saya di tinggalkan oleh partner saya sebab dia tak rela di 'madu' kan. Saya merayu dan menangis untuk dia jangan tinggal saya tapi dia dah nekad. Hidup saya di shah alam menjadi sedih dan huru-hara tetapi di kampung saya perlu menunjuk bahagia dan ceria walaupun hati sedih.


Konklusi Duality
Setelah beberapa tahun saya tamat pengajian dengan cemerlang dan mendapat kerja dia Kuala Lumpur. Walaupun apa yang jadi saya masih hidup dalam duality dan bulan 12 ini saya akan bertunang dengan jiran saya. Saya juga telah jalinkan hubungan dengan beberapa lelaki lain. Adakah saya ni kejam atau jahat kerana berbuat begitu? Adakah salah sebab saya ikut naluri saya? Walaupun saya seperti ini solat saya tidak tinggal sebab saya dapati apa yang saya di ajar tentang dosa dan salah adalah tidak betul kerana bagi saya hanya Allah tahu isi hati saya dan saya tidak penah memilih untuk menjadi bisexual. Saya dilahirkan begini. Saya tahu ramai akan pertikaikan yang menjadi lgbt ada lah lifestyle choice, saya tidak setuju 100%. Naluri setiap manusia dilahirkan untuk mencintai sesiapa saja dan apa yang ada di dalam hati kita bukan boleh diubah atau disekat oleh sesiapa, bagi saya setiap kali saya berdoa saya tidak penah rasa kesal tentang haluan hidup saya yang di tetapkan oleh Allah, saya terima seadanya.


Nasihat Duality
Apa yang saya boleh katakan kepada semua adalah jangan takut nak menjadi diri sendiri dan jikalau kita rasa ada naluri duality dampingi lah ia dan jangan seksakan diri untuk sorokkan diri kita sebenar. Saya harap pengongsian saya ini yang tak seberapa boleh membantu sedikit sebanyak kepada yang membaca.

Sekian dan Terima Kasih dari saya,

Ashraff (Jejaka Duality)




Disclaimer : Penulisan ini termasuk adalah perkongsian pembaca yang hanya ingin memperkenalkan dirinya sebagai Ashraff.  Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...