UK Clark Sales

14.7.16

Game of Throne Season 6 Episode 10 Review

Hello u olls semua,

Akhirnya tamatlah kesemua 10 episod untuk season ke enam yang bagi i olls adalah antara season terbaik sekali kerana setelah 6 tahun penantian,  pertama kita akhirnya dapat sahkan satu teori yang selama ini menjadi tanda tanya dan perdebatan semua peminat Game of Thrones dan buku Song of Ice and Fire,  and kedua....untuk episod ini akhirnya kita dapat sahkan bahawa untuk season akan datang kita akan melihat GAME OF THRONES (perebutan takhta) yang sebenar.

Daenerys dan segala maknena askarnya dalam perjalanan menyerang Westeros dalam mendapatkan takhta 7 kingsdom.  Winterfell yang habis ditakluk sejak season 1 akhirnya kembali menjadi milik Starks dan macam-macam lagi!!!

Sebagai ulasan ringkas untuk episod ke 10 ataupun season finale untuk kali ini,  episod The Winds of Winter adalah so far yang terpanjang iaitu selama 69 minit dan disebabkan episod yang panjang ini dia sentuh semua aspek dan juga diceritakan apakah yang terjadi kepada semua watak-watak penting yang akan menjadi key person kepada kisah Game of Thrones ini.  Soo haruslah puas hati.

Jom baca I olls punya review.  Kita start mengikut negeri-negeri okay.  And kita try garapkan tentang apakah yang bakal terjadi (prediction) untuk musin akan datang.







Winterfell

R+L=J is CONFIRMED!!
Yeahhhh....kan last aku kata kalau aku tengok scene Tower of Joy barulah aku akan kata itulah episod paling best dalam hidup aku.  So apabila depa buat scene Tower of Joy aku punyalah syioook sebab akhirnya kita semua dapat tengok jugak Lyana Stark yang selama ini dikata-katakan.   Tapi aku a bit disappointed sebab tengok muka Lyana Stark ni tak berapa cun sangat.  Mungkin sebab dia baru beranak and berlemoih peluh apa semua.  Or maybe selama ni aku punya gambaran dalam otak terlalu over.  Kalau ikut gambaran kepala otak aku,  aku selalu membayangkan Lyana Stark ni muka ala-ala Angelina Jolie tapi time dia muda duk berlakon cerita The Hackers tu.  Kalau Angelina Jolie versi sekarang dah kertu u olls.



Tapi walaupun kita semua dah tengok scene The Tower of Joy tapi kita tetap tak tengok sapa dia Raegar Targaryen and apakah yang dibisikkan oleh Lyana ke telinga Ned.  Yang kita dengar hanyalah kata-kata 'Promised me Ned..." and daripada bibit kata dari bibir Lyana kita boleh nampak dia ada sebut "His name is...." tapi kita tak boleh nak predict apa dia sebut lepas tu.  Sebab tu banyak spekulasi dalam internet menyatakan yang mungkin nama Jon bukan Jon tetapi nama yang lebih ke arah keluarga Targaryen.  But I dont know....bagi aku lebih sesuai bagi dia nama Jon sebab dia rambut hitam and lebih nampak seperti anak Starks.




Lyana Mormont Yang Ohsem
Semua orang dengan semangatnya duk gila syiok dengan watak Lyana Mormont yang sangatlah bad-ass style walaupun dia kecik 10 tahun tapi boleh carut semua kepala-kepala keluarga bangsawan di North yang dulu tak berani dan tidak menyahut seruan Jon Snow and Sansa Stark untuk merebut semula Winterfell.


Kalau aku la Lyana Mormont,  yang taat setia menyokong keluarga Stark,  aku minta satu ja sebagai balasan daripada keluarga Stark,  aku nak Jon kawen dengan aku bila aku come to age!!  Weeeehuu bestnya.


Tapi please u olls semua jangan duk syiok sangat kat Lyana Mormont ni.  Kita kena ingat,  GRRM and Dave& Dave kan suka nak bunuh dan hapuskan karakter yang kita suka.  Satgi season 7 kita tak boleh nak tengok Lyana Mormont lagi.



Petyr Baelish Melamar Sansa
Akhirnya agenda utama Littlefinger dinyatakan secara lisan dalam pertemuannya bersama Sansa di bawah pokok itu.  Dia bagitau yang apabila dia dapat naik takhta 7 Kingdoms nanti,  dia nak tengok Sansa ada sebelah dia as Queen.  Wehss deni style serrr gila.


Ampa pi Google dan baca pasai Petyr Baelish.  Dia sebenarnya bukanlah datang daripada keluarga bangsawan.   Tapi sejak kecik dia dibesarkan bersama-sama dengan Katlyn dan Lissa Tully.  Katlyn adalah mak kepada Sansa.  Sejak kecik lagi dia memang jatuh cinta gila kat Katlyn,  tapi cinta dia tak berbalas in the mean time Lissa Tully yang jatuh hati teruk dengan dia siap pernah rogol dia dua kali.  So bila Katlyn dah kawen dengan Ned Stark actually perasaan dendam terhadap Starks masih lagi menebal dalam hati Petyr.


Kalau ampa rewind balik kisah yang berlaku dalam season 1-3,  Petyr Baelish yang celaka nakhariam siye ni punya fitnah dan tipu helah lah yang menyebabkan Ned Stark kena pancung kepala.


Sansa tolak lamaran Petyr bulat-bulat.  Dia sendiri pun cakap kat abang dia Jon,  orang yang bodoh sahaja akan percaya kepada Littlefinger.  Sansa tolak lamaran itu secara lembut sebab dia masih rasa terhutang dengan Petyr yang selamatkan abang dia Jon dalam peperangan dengan membawa batalion daripada The Vale.  Tapi kalaulah Sansa akhirnya tahu Petyr adalah si celaka yang membunuh bapak dia....mampuihlah.......


Bila Jon diangkat sebagai King of the North,  nampak muka Petyr Baelish paling tak puas hati gila.  Dia duk ushar rapat kat Sansa.  Aku takut nanti season akan datang dia akan buat benda yang tak elok kat dua beradik ni.  Oleh itu aku harap season akan datang dia akan mati!!




Chef Arya
Aku tak sangka akan jumpa dia lagi di penghujung season ini.  AHAHAHHAHA.....Lepas last dia confront dengan Jaqen H'ghar and bagitau yang dia bukan NO ONE tapi Arya Starks maka dengan itu dia pun membagi tahu yang dia akan blah balik ke Winterfell untuk meneruskan misi membunuh semua orang-orang yang dia selalu sebut untuk membalas dendam. 


So aku ingatkan kita tak akan jumpa dia lagi.  Sekali nenjia dia mai dengan berjaya membunuh orang kedua dalam list hantunya iaitu Walder Frey si tua gatai nahariam tu.  Yeaaah!!!!  Aku harap Arya akan teruskan perjalanan dan kembali ke Winterfell dan dalam pertemuannya dengan Sansa and Jon (and probably later jumpa Bran jugak...) aku harap dia berjumpa dengan The Hound.  Tapi ada juga orang predict yang dia akan bertemu dengan Melisandre sebab lani Melisandre dah kena halau dengan Jon Snow.





King's Landing
OMG memang WTF sangat apa yang berlaku kat KL (King's Landing...bukan Kuala Lumpur).  Aku memang dah boleh agak Tommen akan mati.  Tapi prediction aku adalah Tommen akan mati di tangan The Mountain sebab High Sparrow akan minta King Tommen jadi champion depa untuk melawan champion mewakili mak dia Cersei.

Tapi since trial by combat telah diharamkan oleh High Sparrow aku tak tau dah macam mana lagi cara yang membolehkan High Sparrow membunuh si Tommen.




RIP Queen Margaery Tyrell
Namun,  bila dah tengok apa yang berlaku kat scene di KL memang sangatlah gila-gila terkejut.  Bukan sahaja High Sparrow mampuih,  nenjia sekali dengan Margaery dan half of KL pun mampuih sekali dalam letupan api hijau atau wild fire.  Seikhlasnya aku tak puas hati bila Margaery mati.  Aku suka watak Margaery sebab dia pandai dan bukan feeling-feeling macam Sansa.  Sebab kalau kita follow kisah daripada season 1,  Sansa suka feeling-feeling bangsawan dan duk in love dengan Joffrey over-over.

But not Margaery,  dia dari dulu dia tau apa dia nak and dia tau macam mana dia nak dapatkan apa yang dia nak,  in good or bad.  Dia bukan macam bodo-bodo sanggup kawen dengan seseorang sebab cinta tapi dia kawen dengan seseorang sebab dia nak apa yang dia nak.  Contohnya dia sanggup kawen dengan Renly dulu sebab dia nak jadi Queen,  tapi pada masa yang sama dia openly faham and terima yang Renly adalah gay dan sanggup panggil seorang lelaki untuk 'ready'-kan suami dia dulu semata-mata to make sure Renly sedia untuk fuck dia.

Not like Sansa,  dia punya arrogant bodoh duk rasa macam baguih tara mana sampai berapa kali orang nak tolong dan selamatkan dia daripada Joffrey tapi dia sendiri yang duk bodoh sanggup buat apa sahaja sebab dia duk feeling satu hari dia akan kawen dengan Joffrey dan jadi Queen.

Aku memang tak puas hati Margaery mati.  Aku duk selalu terbayang yang one day Margaery boleh jadi one of the leader yang akan membuat pack untuk membunuh Cersei.




RIP King Tommen
And so,  Tommen akhirnya bunuh diri dengan meloncat keluar dari tingkat istana.  Memang tragis sekali.  Tetapi inilah yang telah di predict oleh Maggie the Frog kepada Cersei yang kita boleh tengok pada pembukaan Season ke 5.  Memang dikatakan Cersei akan berkahwin dengan seorang raja,  raja akan mempunyai banyak anak.  Tetapi dengan Cersei akan ada 3 orang anak.  Dalam ayat kiasan,  digambarkan yang ketiga-tiga anak itu akan mempunyai mahkota emas dan juga selimut / kelumbong emas.  Selimut emas itu yang ditafsirkan kepada kain yang ditutup selepas kematian.  And so,  tiga-tiga anak dia lani dah mati.   Cuma tunggu sapa pulak yang akan mai mai cekik Cersei sampai mampuih.....ampa boleh baca Maggy the Frog punya prediction kat sini.

Cersei   :   Will the king and I have children?
Maggy   :  Oh, aye. Six-and-ten for him, and three for you. Gold shall be their crowns and gold their shrouds, she said. And when your tears have drowned you, the valonqar shall wrap his hands about your pale white throat and choke the life from you.
 


Daulat Tuanku Permaisuri Cersei
Aku rasa Cersei memang tak berapa heran sangat Tommen dah mampuih.  Dulu pun dia memang lagi sikit nak bagi Tommen minum racun.  And tambahan pulak lani Tommen sendiri betrayed dia dan menghambakan diri kepada agama.


Tapi aku ada baca satu ulasan oleh penulis di internet tentang Cersei yang berpakaian serba hitam pada hari KL diletopkan.  Kalau ampa perasan,  pakaian dress hitam itu seumpama seragam yang dipakai oleh mendiang bapanya Tywin Lannister masa menjadi King's Hand dulu.  So mungkin,  Cersei buat seragam seumpama itu sebab dia ingat once everybody dead,  dia akan mengangkat dirinya sebagai King's Hand kepada anaknya Tommen.  Tapi anak dia pi mampuih pulak.  So last-last dia sendiri naikkan diri dia jadi Queen.



Masa dia ditabalkan,  orang-orang dalam dewan tu semua nampak takut dengan Cersei.  Dalam hati aku,  mampuihlah ampa semua nanti kena teruk dengan Queen baru ni.


And ampa rasa apakah yang dibuat oleh The Mountain kepada makcik rahib Shame Shame tu?  Dia tak tunjuk apa yang jadi tapi bila The Mountain dekat dengan makcik tu,  makcik tu jerit.  I dont think dia rogol.  Dalam kepala otak aku,  duk terbayang The Montain picik tetek makcik tu sampai pecah.


Dorne

What happened in Dorne is super funny.  Aku ingat kita tak akan tengok dah Ellaria Sand dan anak-anak dia tiga pompuan cantek yang selalu duk perli kata the Kardashian of GoT tu.  Sekali nenjia kat episod finale ni kita tengok depa berempat bersama Lady Olenna iaitu tok kepada Margaery yang dah mampuih dalam api hijau kat King's Landing.


So basically depa nak mintak agar House of Tyrell bergabung dengan depa dan bersama-sama dengan Daenerys untuk menakluk semula King's Landing.  Aku sangat suka cara dia mencarut anak-anak pompuan Ellaria.  Aku rasa ini adalah best scene aku sekali.  Aku tak sabar nak tunggu season akan datang. 





Meereen

Akhirnya kita tengok Daenarys berjaya mengumpulkan sekalian askar dan mendapatkan kapal secukupnya untuk start menuju ke arah Westeros.  Dia ada all the Dothraki warrior,  dia ada Unsullied askar takdak kote,  dia ada Greyjoy yang dah angkat sumpah untuk berjuang bersamanya.  Oh ya tak dilupakan dia ada tiga ekor naga!!


Tapi dalam semua scene yang berkaitan tentang apa yang berlaku di Meeren,  aku rasa scene yang paling aku suka and touching sekali apabila Daenerys melantik Tyrion menjadi Queen's Hand dan meletakkan pingat di dada Tyrion.  Tyrion sedikit menangis di situ.  Kalau ampa nak tau,  Tyrion adalah my favorite karakter dalam semua karakter dalam Game of Throne.




Walaupun aku tak pernah baca buku TSOIAF lagi,  tapi daripada pembacaan aku dalam internet tentang Tyrion adalah yang paling sedih.  Dilahirkan sebagai seorang kerdil menyebabkan dia dihina dan disisih oleh keluarganya sendiri.  Kakak dia,  Cersei benci gila kat dia sebab dia menuduh yang mak depa mati sebab beranak kat adik dia ni.  And dia selalu panggil adik dia ni sebagai monster.


Tywin pulak benci gila kat Tyrion sejak dulu bukan sahaja sebab dia ni cacat (kerdil) tapi the fact that dia merasakan yang Tyrion bukan anak nya yang sebenar.  Ada teori menyatakan isteri kepada Tywin iaitu Joanna Lannister telah dirogol / ditiduri oleh Aerys II Targaryen (The Mad King) dan dapatlah Tywin.  So dia tak pernah suka dan menganggap yang Tywin adalah anaknya.  (But on the other hand kalau sangkaan ini betul,  Tyrion mempunyai darah Targaryen and sebab itu dia pun boleh berkomunikasi dengan naga?  Remember masa episod kedua di mana Tyrion boleh bercakap dengan dua ekor naga dalam dungeon tu?)


Tyrion sedar dia cacat dan dia tidak diingini oleh keluarganya sendiri,  so dari kecik dia banyak habiskan masa dengan membaca buku sebab dia tau dengan ilmu sahaja dia boleh mengangkat martabat dirinya. Oleh kerana itu,  ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir yang dimiliki oleh Tyrion adalah berlainan sekali kalau nak dibandingkan antara beliau dan dua beradiknya malah jika dibanding dengan Tywin Lannister sendiri.  Sebab satu perkara yang dimiliki oleh Tyrion (yang bapak dia takdak) adalah belas kasihan atau 'passionate' kepada insan lain.


The moment Daenarys melantik Tyrion jadi Queen's Hand,  I know she is doing something good.  And I'm glad.  Sebab Daenarys sendiri dah banyak kali buat keputusan yang bodoh-bodoh dalam pemerintahannya,  walaupun dia berjaya menakluk dan mencapai banyak kejayaan,  tapi along the way dia created banyak musuh jugak.  Aku harap selepas ini dengan adanya Tyrion semuanya akan berjalan lancar.





Citidel
Tak sangkalah,  keluar juga scene depa dorang ni yang akhirnya sampai kat Citidel.  Sam kelihatan teruja bila masuk library Citidel yang besar gila dan Gilly kelihatan lebih bersih dengan pakaian yang lebih baik.  But not much yang boleh diceritakan kepada u olls semua tentang apa yang terjadi di Citidel.  Cuma kita harap Sam belajar dengan rajin dan mendapat formula bagaimana depa boleh hapuskan White Walkers yang bakal serang depa tak lama lagi.



Prediction untuk Season 7 
Depa kata season 7 akan ditayangkan a bit lambat daripada biasa.  Sebab selalunya Game of Throne akan ditayangkan oleh HBO pada setiap April,  tapi mungkin this time lambat sikit sebab depa nak cari lokasi yang bersalji agak susah.  Takpalah,  lambat atau cepat aku harap season 7 akan datang pastinya lebih seronok untuk ditonton.  And after that kita ada satu season sahaja lagi sebelum berakhirnya kisah-kisah Game of Thrones ini.

So here are some of my jangkaan untuk apa yang berlaku dalam musim ke tujuh.  U olls semua boleh bagi idea tentang jangkaan u olls jugak pada ruangan komen ya!!  Aku suka baca komen ampa kadang-kadang agak lawak dan meletops.



  1. Reunion besar-besaran antara Jon,  Sansa,  Arya dan Bran.  OMG.  Mesti aku akan nangis teruk tengok scene ini.  Pertemuan antara Jon and Sansa pun aku nangis teruk walaupun depa tak rapat mana,  macam mana la pulak nanti Arya jumpa balik dengan Jon.  Sebab depa memang rapat gila.  Pedang kecik yang Arya pakai (named Needle) diberikan oleh Jon Snow.


  2. Masa meng-dumb Daario Naharis yang hemsem nak mampus itu,  Daenerys memang habaq siap-siap dia tak boleh nak bawak mana-mana lelaki dah dalam hidup dia sebab bila dia jumpa keluarga bangsawan yang kuat,  dia mungkin perlu berkahwin untuk kuatkan hubungan diplomatik kerajaannya.  Kesiannya kat Daario time tu.  Tapi memang betui la apa yang dia buat.


    So ampa rasa Daenerys akan kawen dengan sapa?  Adakah dia akan kawen dengan Jon Snow?  Kalau tanya aku memanglah aku tak bagi Daenerys kawen dengan Jon sebab bagi aku lebih baguih kalau Jon Snow kawen dengan Lyana Mormont.  HAHAH and plus....teori R+L=J telah disahkan oleh itu Daenerys adalah mak menakan kepada Jon!!!


    Aku tak tau Daenerys akan kawen dengan sapa.  Tapi yes,  dia akan kawen.




  3. Aku harap Arya akan berjumpa The Hound dan bergabung dengan Brothers without Banners dan dia sendiri akan membunuh Petyr Baelish.  Ohhh si tua gatai cakap pelat S tu memang patut mampuih.


  4. Aku harap Bran akan menjadi lebih kuat dan dia sempat lari balik ke Winterfell dan mendapat pengetahuan tentang Petyr Baelish dan apa yang dia dah buat kat bapak depa dulu.  Selain itu aku jugak harap,  Bran boleh kembali ke masa silam dan menunjukkan rupa paras Rhaegar Targaryen.


    Ini adalah pilihan untuk watak Rhaegar yang dipilih dalam 9Gag.  Nama dia adalah Gaspard Ulliel seorang pelakon dari Perancis.  Apa pun aku harap depa cari pelakon yang betul-betul handsome.    

  5. Aku harap season depan Lyana Mormont dah besar sikit and dia boleh couple dengan Jon.  HAHAHAHAH aku tak habis habis.


  6. Aku rasa musim depan akan berlaku dua perang besar yang akan menjadi highlight iaitu perang antara The North dengan White Walkers dan juga perang antara bala tentera Daenerys Targaryen ke atas King's Landing.  Mampuihlah Cersei time tu!! Aku rasa dia dah kehabisan wild fire dah (api hijau) and dia punya tentera pun bukanlah kuat sebab dia bukan ada banyak negeri yang menyokong dia lagi.  Tyrell and Martell pun dah bersekongkong dengan Daenerys Targaryen.  Takkan nak harap The Frey?  Jaime pun baru carut Walder Frey dengan menyatakan yang selama ni Lannister tak pernah perlukan Frey,  tapi Frey yang perlukan depa sebab setiap kali depa gagal dalam apa sahaja perang,  Lannister terpaksa turun and bantu Frey balik.

    Atau mungkin peperangan antara the North dan White Walkers tak akan berlaku pada season 7 tetapi pada season 8 sebab sebelum depa pi perang dengan White Walkers,  Jon nak kena tunggu dulu apa yang dipelajari oleh Sam di Citidel.




Trivia

1. Masa opening credit untuk episod terakhir ini,  ada dua benda yang kita boleh notis.  Pertama,  lambang di atas miniature Winterfell telah ditukarkan kepada lambang direwolf iaitu untuk keluarga Starks dan sebelum ini ditayangkan gambar pangkah yang actually adalah lambang manusia yang dibuang kulit dan dipasak pada kayu bentuk X yang merupakan lambang untuk keluarga Bolton.  Celaka lambang depa punyalah horror.

Before

After.


Kedua,  kan selalu kita tengok macam satu benda besi pusing-pusing tengah dia ada macam cahaya matahari,  so kita duk pikiaq apa benda tu?  Rupanya itu adalah satu alat pencahayaan yang terdapat di perpustakaan agung Citidel.  


Ini scene masa Sam masuk dalam library Citidel.


Sama kan??

So semua orang,  selamat hari raya.  Jangan lupa untuk drop komen tentang apa yang ampa rasa akan jadi pasa musim akan datang.  


Semua gambar lawak dan still photo dalam artikel ini adalah hak milik 9GAG dan IMDB

1 comment:

  1. tu diaaa.. detail gila baca review angpa. Kami suka!

    Satu ja harapan kami, supaya Petyr Baelish tu mati di tangan Sansa.


    Selamat hari raya Jumie

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com