19.7.16

Luahan Ibu Tentang Anak Yang Insecure



Dear Kak Jumie,

Saya ingin bercerita dengan Kak Jumie perihal tentang anak saya.  Saya mempunyai dua orang anak.  Sepasang.  Seorang lelaki dan seorang perempuan.  Yang lelaki bernama Ismail dan yang perempuan bernama Maisarah.  Yang sulong lelaki dah masuk darjah 3 manakala yang perempuan baru sahaja tadika.  La ni kan cuti sekolah,  jadi anak-anak saya kedua-duanya saya bawak ke pejabat sebab takdak orang jaga mereka di rumah.

Nak dijadikan cerita,  pada satu hari seorang rakan setugas saya dari department yang lain datang ke pejabat saya untuk discuss something.  Dia tau yang anak-anak saya ada sekali dengan saya and dia tak kisah pun nak teruskan urusan perbincangan.  Saya rapat jugak dengan rakan saya ni.  Tapi something yang dia cakap menyebabkan anak perempuan saya tersentak sampai down sangat-sangat.
Masa dia datang kat pejabat saya,  anak-anak saya sedang membuat aktiviti lukisan.  Dengan berseloroh dia berkata "Eh adik,  awak tak makan Qu Puteh ek?  HEHEHE.  Awak ni kenapa gelap tak macam abang awak?"

Anak perempuan saya jadi down sangat-sangat.  Daripada tadi duk gelak seronok happy-happy bermain dengan abang dia,  terus muka dia jadi lain.

Saya pandang ke arah kawan saya dengan pandangan yang tajam sambil gelengkan kepala.  Saya rasa kawan saya paham yang saya nak dia stop dan henti bergurau dengan anak perempuan saya.  Kawan saya pun terus tak jadi nak sambung perbincangan dan balik ke pejabatnya.  Lepas tu anak perempuan saya terus down gila weh,  sebab dia ni memang selalu sangat orang bandingkan dirinya dengan abangnya.

Untuk pengetahuan Kak Jumie,   Ismail sangat putih melepak,  bulu mata melentik,  raut wajahnya pun comel sangat.  Lepas nampak Maisarah down,  hidung dia pun macam merah-merah sikit (sebab tahan nak menangis) saya pun peluk Maisarah and angkat dia letak di riba saya.  Saya pun pujuk-pujuk dia bagi dia happy.  Maisarah minta hanpdhone saya,  saya pun bagilah.  The moment dia dapat handphone saya,  dia pun bukak Facebook dan taip "Gambar Ismail waktu kecik"

Saya tanyalah dia,  kenapa nak tengok gambar Ismail waktu kecik?  Pastu akak tau dia jawab apa?  Dia cakap "Adik nak tengok gambar abang masa kecik-kecik.  Sebab adik tau....abang hemsem,  tapi kenapa adik tak cantek,"


Saya terus peluk anak perempuan saya tu kuat-kuat,  dan cakap "Sape cakap adik tak cantek?  Anak-anak mama semua canteklah....tengok ni (tunjuk gambar dia dalam Facebook saya) adik pakai tudung...canteknya......meh sini kita tangkap gambar,"

Saya pun selfie la ngan dia.  Lepas tu dia mntak tengok… dia terus kata “Hurrrmmmm kakak itam kan?  Kakak tak cantik ke?”

“Anak mama semuaaa cantek-cantek.  Takpelah kalau kakak hitam pun,  apa masalahnya?  Ramai orang kulit hitam kat dunia ni cantek-cantek.   Nanti kakak dah besar,  kakak boleh make up semua....nanti kakak jadi lagi cantek,"

Selain kejadian hari tu,  ada juga yang pernah tegur anak saya ni cakap "Eh adik ni kenapa makin hitam?  Sunburn ye?  Kakak main panas ye?  Abang cerah jeee..."

Ada juga kawan-kawan yang cakap depan-depan Maisarah "Babe,  dia ni lain kan?  Ismail putih hemsem.  Dia lain,"  saya terkedu tak tau nak balas macam mana kat kawan saya tu.

Saya terfikir Kak Jumie kenapa la ada orang dewasa yang berfikiran bodoh macam tu kan?  Budak-budak kot?  Biasalah.....tak pandai lagi.  Kita kecik-kecik dulu pun comot juga.  Awat hang tu dulu kecik-kecik comel macam Fazura ke?  Confirm dulu berlemoih jugak kan?

Walaupun Maisarah baru 6 tahun,  tapi dia bijak,  dia faham and sebab itu dia takdak keyakinan diri kerana dah banyak kali orang yang takdak otak ni buat penyataan menyakitkan hati depan dia.  Dia sentiasa rasa diri dia tak cantek.  Dia selalu rasa diri dia ni hitam sangat.  Padahal Maisarah bukanlah kulit gelap sangat,  cuma mungkin bila dibanding dengan Ismail yang terlalu putih,  so dia nampak gelap.

Even waktu saya tanya dia bila nak beli baju or tudung untuk dia,  bila tanya "Nak tak warna ni?"  dua tiga kali tanya dia selalunya akan diam.  Dah lama lepas tu baru dia akan cakap perlahan-lahan kat saya "Adik tak nak pakai baju warna tu sebab adik kan hitam....nanti orang cakap adik tak cantek,"

Kak cuba bayangkan apa yang harus saya cakap kat anak saya ni?  BABI lah kepada semua-semua yang selalu duk menyakitkan hati anak saya ni.

Saya pernah beberapa kali tertangkap yang Maisarah duk pakai cream kecantikan saya kat bilik tidur sebab cream tu tulis "whitening".  Pernah juga dia minum air vitamin C saya senyap-senyap sebab semaata-mata nak cantek.

Now saya nak tanya pendapat Kak Jumie macam mana nak naikkan keyakinan diri anak saya?  Sebab saya tengok dia sekarang ni macam tiada keyakinan diri.  Kalau saya tengah bersiap nak keluar rumah,  dia pun akan mai la kat beg make up saya dan tempek bedak compact dan pakai blusherla apa la...Saya takut nanti dia membesar menjadi seorang yang obses dengan kecantikan.

Please help.

Yang benar,
Worried Momma





Dear Worried Momma,

Satu perkongsian yang amat menarik.  Aku pun dulu kecik-kecik selalu down and kena perli teruk sebab aku sorang anak perempuan mak aku yang mempunyai size yang berbeza berbanding dengan adik beradik perempuan aku yang lain.  Aku sorang yang gemok.  Depa semua kuruih kecik.  Tapi seingat aku,  yang duk buli and kutuk aku teruk-teruk bukan orang luat....tapi kakak aku sendiri.  Nama dia Sanita,  dia la tauke Jumiess Cookies tu.  Bukan sekali tapi banyak kali kakak aku ni suka perli aku teruk sampai aku akan merajuk and kurung diri aku.  Sekali tu aku pernah sembunyi dalam bilik,  pastu pernah sekali tu aku kurung diri aku dalam toilet sampai semua orang tak boleh kencing and mandi.

Sapa yang pujuk?  Bapak aku jugak la Abang Manap....dia akan beli roti dan daging burger pastu dia kata "Jumie....bapak beli burger ni tolong goreng sat boleh ka?"  Ya Allah nak menangis aku tulis ni.  Ni antara kenangan aku dengan bapak aku.  Dia mestilah sayang aku teruk sebab aku sorang anak perempuan dia yang ikut muka macam dia.  And of course lepas tu kakak aku nanti kena maki teruk dengan bapak aku.

Tapi takpa.....lani dah besaq.....AKU LAGI CUN GILA AND CANTEK AND MANIS AND PANDAI AND PANDAI MAKE UP AND ADA STYLE daripada kakak aku iaitu Sanita ni.  AHAHAHAHAH.  Kak Ita kalau hang baca ni aku tak kisah kalau hang nak saman aku berapa juta pun sebab aku tau dalam semua anak mak...akulah yang paling cantek.  Sebab no 1 tu (Kak Aji) takdak kening...hahaha,  hang pulak muka macam tua-tua sikit dah la ...no 5 tu mulut senget sebab makan Syakli banyak sangat.... harap aku laa paling maneh sekali.

AHAHAHAHAHAHAHAH

Okay dah siries-siries.  But yes,  ramai orang kat dunia ni mempunyai kisah 'ugly duckling' yang sama.  Tapi akak setuju dengan penyataan hang,  walaupun kecil tapi anak kita pun ada perasaan.  And it's good that hang notice masalah ini sekarang and hang nak lakukan sesuatu untuk memastikan yang anak hang selamat daripada ancaman manusia bangang.  Ini menunjukkan yang hang care pasai anak-anak hang bukan sahaja untuk makan pakai ilmu...tapi juga perasaan depa sebagai manusia.


Cousin aku mempunyai cerita 'ugly duckling' nya yang tersendiri.  So after sharing your email kat cousin aku ini pendapat dia,

"Mak aku memainkan peranan yang sangat penting masa aku kecik-kecik dulu.  Orang suka compare antara aku dan adik aku sebab aku mempunyai rambut kerinting halus and adik aku pulak rambut straight.  So ada juga saudara yang psiko punya benci kat aku sebab aku tak elok sampai cukur rambut aku sampai botak sikit kat tengah.  And dia kata kat mak aku,  jangan beli Barbie Doll mahal-mahal kat aku...beli patung plastik yang murah sudah....,"

Gambar yang dikongsikan oleh Syaz,  my cousin.  Dia dalam bulatan tu.

Syaz on the right.

"Tapi mak aku main peranan yang amat penting sebab mak aku selalu puji bila aku berjaya dapat keputusan yang baik,  bila aku pandai buat lukisan.  Bila aku nak pi sekolah atau pi mana-mana,  mak aku akan sikat and ikat rambut aku macam-macam fesyen so I don't really feel bad about my hair,"

Itulah perkongsian daripada cousin I olls itu.  Yes,  bila dia dah besar,  dah ada duit sendiri,  dia pun haruslah dah boleh afford pi buat rambut semua bagi cantek meletops.  Lagi cantek daripada rambut orang lain.  And now she's married dah ada anak tapi tetap masih meletops.  Aku pun banyak kali aih duk cerita and share pasai dia kat blog aku,  sapa duk ingat?

Syaz dengan anak dia,  Suri.  Latest picture hari raya ;p


Berbalik kepada kes hang ni,  cousin aku juga mencadangkan agar time bila hang terdengar sesiapa sahaja yang menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati Maisarah,  hang kena stand up untuk anak hang.  Contohnya,  bila orang say something yang membuatkan Maisarah jadi down sebab warna kulit dia,  hang terus cakap kuat-kuat depan anak hang "Eh.....anak aku meletops cantek kulit hitam manis macam Tyra Banks okay......level-level supermodel Amerika ya...."

Tak payah nak tunjuk isyarat untuk stop apa semua.  Kata depan-depan terus.   So masa tu anak hang tak akan rasa down sebab mak dia ada sekali untuk back up dia.  Secara tak langsung hang memberikan mesej kepada si bangang tu semua bahawa U ARE PROUD MOMMA of your tanned skin daughter.  Lepas ni mesti depa tak akan kata apa dah.

Akak setuju sekali dengan pendapat sepupu akak.  And akak nak tambah sikit.  So bila free-free,  hang bukak internet and hang tunjuk and cerita kat anak hang pasai wanita-wanita kulit hitam yang bukan sahaja cantek malah kaya dan sangat berjaya dalam hidup.  Contohnya,  Oprah Winfrey and ramai lagi aih.

And jangan lupa pesan kat anak hang sekali sekala, "Orang yang pandai dia tak tengok kecantikan luaran...dia tengok kecantikan dalaman.  Buat baik dengan orang,  selalu senyum,  suka tolong ibu bapa dan rakan-rakan,  rajin belajar.  Nanti dah besar,  belajar masuk universiti and dapat kerja yang baik....."

Hang kena didik anak hang untuk ingat yang kecantikan luaran ni bukan tak penting,  tapi ada benda yang lebih penting kat dunia ni.  Itulah yang selalu mak akak iaitu Kak Edeh selalu ajar akak sejak kecik lagi. Sebab itu akak over confident dengan diri akak sampai sekarang!!!

Bila akak nak makan banyak,  tapi malu sebab orang lain akan perli,  mak akak akan back up "Nak makan banyak takpa.....nanti exercise.   Lagipun hangpa muda lagi,  kena cukup semua zat semua.  Nanti dah besar baru belajar diet....,"  YES itulah yang mak I olls selalu kata.  Memangla dulu zaman sekolah duk main sports apa semua...bila masuk politeknik baru akak feeling belajar diet sampai dapat bentuk tubuh badan yang solid.  Kerlass......

Tapi bila dah kawen.....jadi gemok hahahahaah.  So Abang Manap selalu kata "Hang ni gemok macam babi pi la isap pit (dadah) bagi kuruih,"  tapi lani Kak Edeh tak back up dah dia gelak sekali dengan En Khafi.

Sekian sahaja perkongsian daripada akak.  Mulut orang  tak boleh nak katop,  apatah lagi mulut orang takdak otak.  Depa ni semua pun bukan jenis pandai-pandai baca blog JUMIESAMSUDIN.COM semua....so sebab tula depa macam tu.  Haaa.. okaylah kirim salam peluk cium kat anak hang Maisarah.

I'm sure everything going to be fine sebab Maisarah ada mak yang sangat penyayang!!

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Betoi kak. Mak memang memainkan peranan penting. Mak saya selalu puji saya dengan adik masa kami kecik sebab kami dua orang gelap ikut kulit abah, abang kami putih melepak ikut kulit mak kami.

    Masa kecik, budak kecik kan stail suka perli warna kulit dengan nama bapak deoa suka cakap kami dua orang hitam macam kuali. Dengan penjaga kami yang discriminate kami ngn adik sebab kami dua orang paling gelap antara budak-budak yang dia jaga. Tapi mak kami back up, " Eh mana ada hitam, maneh tengok depa senyum. Anak mak segak." Selalu dia duk ulang hat tu. Bila orang duk kutuk pasal kulit kami masa kami kat asrama sggs, kami balik cerita dekat mak. Mak cakap, nanti besaq, tengok la anak mak nanti akan lagi lawa dari depa pastu mak kami peluk kuat-kuat. Walaupun tak tau betoi ka dak, tapi moment tu la sampai sekarang tak boleh dilupa dan jadi penguat semangat bila orang duk kutuk pasal warna kulit.

    ReplyDelete
  2. mulut2 yg mcm longkang tu semua tak sedaq diri. bila kena kat dpa nanti balik masa tu baru mak maisarah ada point bole boh balik. pernah la jgk dulu jiran kami mulut longkang mcm ni lah. tak sedaq dah la mak bapak hitam bole plak mai kata kat mak kami hitam. kami hitam anak mami comey hidung tinggi. hampa hitam org perak mai mana tk tau la.depa kecik2 dulu pon hitam bila dh cerdik pakai la segala produk bagi muka putih ja, tapi leher,tangan semua hitam jugak. huh! hahaha...

    ReplyDelete
  3. ni pon terjadi kat aku jugak.. anak aku tu gelap sikit banding ngan abg dia, tapi aku selalu puji dia cantik..

    bff anak aku plak putih melepak, badan sama besar ngan anak aku, pastu org selalu ckp eh mcm kembar la derg ni sama je, tapi mak bff dia ni mmg babi mulut dia sbb dia ckp a ah mmg sama beza kulit je hitam putih..eh sial kan mulut dia, tapi aku balas la xpe hitam2 pon cantik ada lesung pipit muka manis cikgu pon selalu puji.. nasib baik cikgu pon main peranan sama sbb dulu2 anak aku ada jugak ngadu2 cuma la ni mmg dia ok dah x heran ke kulit dia tu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...