15.7.16

My Hari Raya

Semua orang suruh akak duduk atas riba En Khafi.  Bukan tak boleh,  boleh jer tapi malas la nak tunjuk sangat kami ni manja-manja.  HAHAHAH

Hello u olls,

So macam mana ampa semua punya raya tahun ini?  Alhamdulillah,  tahun ini semuanya berjalan lancar.  Kami raya di Penang sahaja.  Seperti u olls tau,  akak telah cuti dengan panjang dan melampaunya sampai 13 Julai 2016.  Kesempatan ini akak isikan dengan aktiviti bertapa di rumah.  HAHAHAH.  Bertapa tu buat apa?  Akak duduk rumah,  baca buku,  tengok movie,  tengok Youtube (banyak documentary channel yang best akak tengok),  main game,  makan dan tidur.

Macam menyesal juga ambil cuti lama and tak plan buat apa-apa, tapi takpalah kalau plan sangat pun akak mempunyai perangai angin kus-kus yang suka menukar plan di saat-saat akhir semata-mata sebab akak tak dak mood nak buat satu benda tu.  Contohnya,  nak pi Ipoh on the 3rd raya.  Mintak maaf to all my cousin,  ahahahah,  tahun ni akak tak jadi nak ikut sebab Abang Manap and Kak Edeh (my parents) decided that depa tak mau pi sebab bapak tak sihat.  And suami akak pun duk busy kerja,  macam tak dak mood pulak nak pi beraya jauh-jauh tinggal dia kat rumah.



Sanita (Tauke Jumiess Cookies),  Kak Edeh and akak di bawah garaj kereta kami.  Kat sini la kami susun meja kerusi semua serve tetamu yang datang.  Senang.

Tahun ini buat pertama kali setelah sekian lama,  kami adik beradik telah meng-order makanan raya daripada caterer A Ghaffoor Martabak Original.  Senang gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bila order dengan orang.  Kita pun relaks and dapur pun tak berapa nak tungging langgang.  Tapi tak tau la tahun depan kami dapat rasa nasi A Ghaffor lagi ka dak di hari raya,  sebab katanya ada VVIP  dah risik untuk mintak A Ghaffor masak for their family for the whole Ramadhan and hari raya.  Hint --- bapak mentua Marsha AF.  Apa pun,  akak nak ucapkan tahniah kepada anak ayam akak iaitu Nizal Ashriff atas rezeki yang Allah kurniakan ini.  Akak harap sangat usul perniagaan itu menjadi kenyataan next year.  Takpalah kalau tak dapat makan nasi beliau di hari raya pun,  yang penting dia dan seluruh keluarga A Ghaffor dapat rezeki yang baik.  Dah macam-macam sangat rintangan yang beliau lalui sebelum ini.  U deserve all this good things in your life.

Apa pun,  nasi and lauk pauk yang beliau masak memang HALAL orang Penang kata.  Sebab dah la sedap pastu tahan lama pulak tu.  Dah masuk raya ketiga,  mak akak masih lagi duk makan dalca A Ghaffoor dengan roti benggali.   Kerlas!!

Pastu kami pun order satay daripada Lagenda Cafe.  Memang halal jugak!! Sebabnya dah la besar daging ayam kat satay tu,  takdak lemak and rasa pun memang sedap.  Semua orang pun puji satay yang kami hidang tu.  Harga pun memang puas hati.  RM240 untuk 300 cucuk sekali dengan satay yang siap dibakar,  timun,  bawang,  nasi impit and kuah kacang.  Kalau ampa nak buat hari raya open house ka,  BBQ ka,  aku sangat cadangkan ampa order dengan Cafe Lagenda.  Ampa boleh order yang siap dibakar ataupun yang belum dibakar lagi.  Ramai customer depa pun duk repeat order.  Depa bukak offer satay raya ni sampai 24 Julai 2016 ni.


Okay Sanita sedang menunjukkan cara-cara memakan satay.  Nampak dak satay tu gondu-gondu?

Benda yang tak best for hari raya adalah oh shit,  aku malaih nak share benda ni.  Tapi takpalah,  share jugak.  Cincin kahwin aku hilang.  Cincin kahwin aku adalah sebentuk cincin belah rotan emas,  design kosong.  Aku pakai hari hari kat jari manis aku.  Malam raya,  aku nak basuh pancoq (tandas),  so aku pun bukak cincin aku and letak kat atas para (tempat letak berus gigi).  Memang dah jadi kebiasaan aku untuk letak cincin aku kat situ.  Pastu nanti aku terlupa and aku biar ja....esok lusa bila aku teringat aku akan amik balik.  Halaaa...rumah kami bukan ada sapa pun.

Pastu nak jadi cerita aku pun biarkan cincin aku tu kat situ.  Then esok pagi,  masa nak pakai baju raya aku pun sarung dua bentuk cincin aku yang lain.  Satu cincin bunga,  satu cincin batu hitam.  Cincin kahwin,  aku kata...ohhh dalam tandas.  Biarla....

Sampai petang,  aku nak mandi,  aku tengok-tengok cincin tu dah takdak kat situ.  Hati aku terus down.  Aku tanya semua adik beradik aku,  mak aku semua,  semua kata tak nampak dah cincin tu.  Last depa nampak masa pagi time nak mandi.

Aku tak mau la nak tuduh sapa-sapa tapi hari raya kan ramai orang mai rumah kita.  Kita pun tak tau la.  Tapi aku dah cari habis kat celah-celah barang atas para tu,  cari kat dalam kolam memang takdak langsung.  Memang dalam hati aku terus down gila and aku memang dah boleh rasa dah cincin tu dah takdak dalam rumah kami ni.  So lepas menangis sikit sampai tertidur,  aku pun tak mau cakap dah pasai cincin tu and kalau ada rezeki nanti kami beli la cincin baru.

Tapi kalau betul la cincin tu diambil oleh sesiapa,  tergamaknya hangpa ni mai rumah orang beraya and amik benda yang bukan milik hangpa.  Cincin tu emas rotan kosong and kot dalam tu ada engraving "I love Khafi".  Khafi pun ada cincin kahwin design yang sama (tapi dia punya suasa...tapi kaler macam emas),  dalam cincin tu ada engraving "I love Jumie".

Selain itu dan juga persiapan raya,  ada banyak lagi yang berlaku yang memerlukan we olls pakai duit,  antaranya kena tukar tayar kereta keempat-empatnya sebab dah sampai keluar serabut benang dah kat tayar tu.  Silap hari bulan kalau meletop,  mati kami dorang pak gemok duk bawak kereta Viva biru ni.  Dah 9 tahun akak pakai kereta ni.  Takdak plan lagi nak tukar kereta.  Nak simpan duit beli rumah dulu la u olls.


Okaylah tu sahaja hari raya kami.  Not much.  Biasa-biasa sahaja.  Hari raya pertama sahaja ramai orang mai rumah kami,  raya kedua kami pi rumah tok di Nibong Tebal.  Raya ketiga sampai raya ke lapan....akak bertapa.  HAHAHA.  Sorry tak plan buat open house,  memang takdak plan pun.  Tak dak rezeki lagi dik.  Kalau akak buat,  insya allah akak akan buat besar-besaran and panggil u olls semua.

Marilah kita beramai-ramai tengok gambar raya kami adik beradik :)


Malam raya,  Abang Manap sedang mengajar anak cucunya melukis grafiti di dinding depan rumah kami.  NO KOMEN.


Pagi-pagi raya,  abang I olls iaitu Budie telah menyemangatkan diri mencari lemang.  MANA NAK CARI LEMANG DI PAGI RAYA AND DI PENANG DARUL KANDAR INI ??  Memang tak dapatlah.  Akhir sekali,  depa jumpa durian,  maka durianlah yang kami makan di pagi raya.



Akak dan tudung jenama Waarna yang akak beli di online.  Memang sangat suka jenis kain jojet krepe yang lembut,  senang dibentuk and sedikit stretchable.  Sangat suka colour ni.  Kalau ampa berminat boleh beli kat sini  :  Waarna

Anak-anak Abang I olls,  Maisarah,  Afiq Daniel and Ali Hakimi.



Akak nak tayang jugak baju punjabi suit akak.  Biarlah ramai yang tak puas hati (especially yang duk meniaga nasi tomato kat Sungai Pinang tu) kat akak sebab akak pakai baju punjabi suit di pagi raya.  Tapi i dont care,  baju ini memang selesa and senang nak berjalan bergerak sana sini buat kerja.  Kain silk saree ini dibeli oleh anak ayam akak iaitu Syed Amir masa beliau melancong ke India beberapa tahun yang lalu.  Beliau bagi kat akak 3 helai kain saree.  Punya duk peram,  tahun ini baru akak buat baju raya.  Tapi biasalah dia kain saree silk hang gosok macam mana pun dia duk jadi kerdut macam tu la.
Untuk sehelai kain saree akak dapat dua baju punjabi.  Untuk seluar,  akak beli kain asing.  So jahit dua baju and satu seluar RM150 kat kedai India sebelah kedai roti Patchee di Dato Kramat.  Hasil jahitan memang puas hati.  Definitely nak pi hantar banyak baju lagi.



From left,  Sanita,  Kak Edeh,  Abang Budie and Spiderman.

Yang duduk tu kakak ipar I olls iaitu Kak Qinah yang terror masak gila!!  Diapit oleh anak-anak dara abang I olls.



Ini anak kakak I olls Sanita,  depa dorang ni kembar.  Sepasang lelaki dan perempuan.  Kalau ampa ingat dulu akak pernah tunjuk gambar depa kat Facebook and blog masa depa kecik-kecik.  Lani depa dah 4 tahun.  Yang perempuan nick name dia Kakak Ya,  yang lelaki kami panggil dia Ein.

Ke mana lagi tumpangnya kuah dalca kalau tak ke nasi tomato?

Jumie and tauke Jumiess Cookies.


Ini kakak I olls Sanita and suami and anak lelaki depa Farhan yang duk meniaga Pacak Western and anak kembar depa.  Actually I olls ada dua lagi adik beradik,  iaitu adik perempuan I olls and kakak sulong.  Tapi depa dorang tu mai lambattttttttttttttttttttt......tak amik gambar pun!!

Ini Spiderman menangis sebab topeng dia kena curi.  HAHAHAHAHAH

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...