6.7.16

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Kepada semua pembaca blog JUMIE SAMSUDIN di mana sahaja anda berada akak dan En Khafi serta seisi keluarga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada u olls semua.  

Mohon maaf kalau ada penulisan dan komentar akak yang mengguris perasaan kalian semua.  Yang baik itu semuanya daripada Allah SWT dan sesungguhnya yang buruk itu selalunya datang daripada En Khafi.

Akak bercuti daripada 6 hingga 13 Julai 2016,  so lepas itu barulah blog akak akan berkumandang semula.  U olls boleh follow akak kat Facebook untuk tengok post-post gambar dengan caption lawak ikhlas daripada akak sepanjang cuti ini.  

Sekian,  kirim salam kat semua family ampa.

Love,
Kamarulhafiz & Jumie
Syawal 1437

ps/  gambar dalam kad raya ini adalah masa kami menikah pada 2 September 2011.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...