21.7.16

The Age of Adaline (2015) Review



Hello u olls,

Filem ini baru sahaja ditayangkan di HBO baru-baru ini.  Akak pun layan la masa cuti raya hari tu.  Dilakonkan oleh Blake Lively yang dah lama akak tak tengok dia berlakon (last tengok dia berlakon zaman mula-mula Sisterhood of Travelling Pants. Nahariam macam tak lojik depa sorang gemok, sorang kuruih, sorang renjong tapi semua bleh pakai seluar sama size).  Bergandingan dengan Naario Naharis pelakon hemsem from Game of Throne tu iaitu Michiel Huisman. Siries laki ni hemsem and membuatkan aku tertarik nak tengok cerita ni.

Filem ni dapat rating yang baik dalam IMDB tapi aku tak tau pasai pa filem ni macam tak berapa popular.  Sapa-sapa ada HBO kat rumah ampa boleh record untuk tonton sebab depa duk ulang banyak kali dah lani.


The Age of Adaline


Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang tidak boleh menjadi tua kerana satu keajaiban yang berlaku dalam tubuh badan nya (di explain secara saintifik oleh narrator dalam cerita ni).  So dia kekal muda dan cantik.


Akibat daripada keajaiban ini, dia terpaksa hidup pindah randah dan bertukar-tukar identiti kerana beberapa kali menimbulkan kesukaran apabila berdepan dengan pihak berkuasa. Dan pernah juga ada pihak yang ingin menangkapnya untuk tujuan siasatan atau ujikaji barang kali.  Tapi dia sempat melarikan diri sebelum apa apa berlaku.






The only person yang tahu tentang dirinya adalah anak perempuannya Fleming. Tapi disebabkan mak dia lain dari yang lain, maka mak dia tak boleh nak bersama-samanya dalam banyak perkara besar dalam hidupnya sebab tak mau syak wasangka daripada orang lain. Kesian sangat. Tapi bila-bila pun dia selalu call dan akan jumpa anak dia untuk makan bersama.


So dia hidup seorang diri bersama anjing peliharaannya.  Anjing tu pun dah masuk jenerasi ke berapa tak tau, anjing tu mati, dia bela anak anjing tu, so anak anjing tu mati, dia bela cucu anjing tu pulak.  Berapa ekoq dah anjing tu mati tapi dia tak mati-mati.

Deni duk kena mengurat dengan laki hemsem dalam lift.  Dia buat relaks saja.  Jual mahal.  Kalau mak...haruslah dah siap cium cium dalam lift.  AHAHAHAH nahariam...


One day dalam satu majlis sambutan tahun baru, satu hero ni dah mati mengurat dia.  Mengurat punya mengurat, depa pun keluar makan and romen dah semua.  Laki ni bernama Ellis Jones
 (Lakonan Michiel Huisman) sampai fall in love teruk dengan perempuan ni sebab dah la cantik, pandai, sofistikated....dia rasa macam ada chemistry la dengan pompuan ni.


Nak dijadikan cerita, one day laki ni bawak balik pompuan ni jumpa parents dia. Kira macam nak introduce la marka baru.  Sekali nenjiaaaa the moment pompuan ni jumpa bapak laki ni....rupa-rupanya bapak laki ni pernah couple dengan pompuan ni time mula-mula dulu.  Cumanya pompuan ni duk muda lagi, tapi bapak dia dah tua dah.


At first pompuan ni tipulah (takkan dia nak mengaku yang dia adalah the same person, mana lojik sebab pasai pa dia duk muda lagi, macam mana dia nak explain?) dia kata dia adalah anak kepada X GF bapak laki tu.


Tapi something happened yang menyebabkan bapak laki tu boleh tau yang pompuan ini adalah the same woman yang dia pernah kenali bertahun-tahun yang lalu. Bapak dia terkedu and duk tanyalah macam mana benda ni boleh jadi?


So sekali lagi perempuan ni decided yang dia kena larikan diri dia sebab dia tau benda ni akan menyusahkan banyak pihak. Ini bukan kali Pertama benda macam ni berlaku, bapak hero ni pun dulu frust menungging sebab perempuan ni stood him up pada hari dia nak proposed perempuan ni untuk kahwin.  So macam mana dia nak explained kat hero pulak? Tambahan pulak, she used to date his father.


Dalam perjalanan dia membawa diri jauh dari keluarga itu, dia berhenti seketika dan menelefon anaknya.  Anak perempuannya now lebih kurang 80 tahun adalah the only living thing in this world yang tahu apa dia lalui dan semua kebenaran. Bila dia kata dia nak lari, anak dia kuatkan semangat dia.


Anak dia memang dah lama mahukan dia teruskan hidup macam orang lain, memiliki seseorang yang dia boleh kongsikan kasih sayang dan kesedihan, kesusahan dan kesenangan, berkongsi hidup macam orang lain juga.  Tapi selama ini mak dia terlalu takut untuk ceritakan perkara yang sebenar kepada sesiapa sebab kalau dia nak hidup dengan seseorang, at the end of the day dia kena explain macam mana dia tak boleh jadi tua?


Setelah bercakap dengan anaknya, dia akhirnya give up and mengambil keputusan untuk tidak lari lagi.  Mesti dia pun dah penat sangat hidup dalam pelarian and aku rasa at this point, dia pun cinta jugak kat lelaki tu.


Tapi baru dia letak phone and berhasrat nak patah balik kat lelaki tu, sekali nenjia dia eksiden. Akibat dari kemalangan inilah sesuatu yang terjadi kepada dirinya walaupun dia terselamat.


Di katil hospital, pompuan ni ceritakan segalanya kat lelaki ni(tapi tak didengarkan dalam dialog).  Anak perempuan dia datang dan sangat happy sebab sekarang dia tak perlu tipu orang lagi yang dia adalah 'nenek' kepada ibunya. Scene akhir, menunjukkan yang perempuan ni discovered sehelai urban dirambutnya masa dia sedang bersiap nak pi party. 



Pendapat Saya Tentang Filem Ini
Lakonan Blake Lively agak meletops. Dia berjaya membawa gerak badan, bercakapan, gaya seorang wanita berusia.  Bukan senang nak gambarkan karakter ini sebab  hang dah tua tak larat and more relax sebenarnya tapi badan hang masih muda jelita.  Aku ingat aku sorang ja yang mempunyai rasa dia baguih, bila baca review-review lain pun memuji lakonan dia.


Cerita ni adalah berlawanan dengan cerita The Curious Case of Benjamin Button. Tapi untuk The Curious Case of Benjamin Button, penceritaan dari buku ke layar perak adalah lebih terperinci. Dari segi jalan cerita, skrip, karakter membuatkan perasaan kita sat excited, sat pelik, sat sedih.....
Dalam AoA, aku rasa depa lebih focus kepada cliché cerita fantasi cinta, pompuan cantek dengan lelaki handsome. Lelaki dah la handsome kaya pulak tu. Depa jatuh cinta. Hadapi masalah. And tiba-tiba boom, depa live happily ever after.


Ending part cerita ni agak mengecewakan. Banyak benda depa tak explain betul-betul, like how are you going to explain to the man that you are 107 years old yet your body still look rather hotter than Taylor Swift? Takkan laki tu senang-senang ja boleh terima explanation ini and terus peluk anak hang yang nampak tua kerepot? Hang nak tolak cinta aku tapi tak sampai hati so lani hang buat-buat macam hang dah gila and create cerita macam ni? Mesti laki tu akan confuse gila kan?


And then what happened to his father, or I can say, X BF dia? Macam mana si bapak ni boleh senang-senang restui hubungan anak dia dengan perempuan ni, yang dulu dia pernah nak sampai kahwin?
Satu lagi, kita rewind balik, karakter bini bapak dia / mak hero. Aku rasa watak ni patut diberikan lebih banyak dialog and scene sebab dia boleh bring banyak emosi and konflik dalam pengkisahan ni.
Selainnya aku rasa cerita ni best. Layan jiwang di malam minggu. Why not?

Akhir kata terimalah gambar Blake duk main main bulu dada.

1 comment:

  1. kami pun tengok jugak cerita niehhh. best2. mmg suka dekat blake time gossip girl lagi.

    #mygirlcrush

    :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...