Jom Try Diameida Fabulous Mascara

16.7.16

The Power of Surat Rasmi

U olls boleh lihat dalam gambar ini ada tiga kereta berhenti di tepi jalan,  tiga tiga duk bagi signal ke tepi.  Depa duk beratur nak beli air la tu duk buat macam jalan ni drive through.

Hello u olls,


Hari ni akak nak share dengan u olls semua tentang satu kisah yang bertajuk The Power of Surat Rasmi.  Ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh akak,  jiran sekampung dan semua pengguna jalanraya di Ayer Itam.


Apabila satu hari akak balik rumah dan tengok kedai gunting rambut mamak depan kampung kami sedang direnovate dengan canteknya.  Pondok kecik ini direnovate untuk dijadikan gerai kecil menjual coffee ais jenama Cocorica.  Akak jadi excited,  ehk....best jugak,  kalau kawan-kawan akak datang rumah,  we olls boleh la jalan pi beli coffee ais ni.  Tambahan pulak tepi kampung kami ni kan ada dua buah sekolah iaitu Chung Ling High School & Chung Ling (Private).  Mesti dapat banyak sambutan.  Little that I know,  rupanya hasil kerancakan perniagaan coffee ais ini menjadi pengalaman yang amat menyukarkan buat kami sekampung.


Dulu kampung kami ni memang dah sedia kala jalan jam and busy setiap kali time pelajar pi and balik sekolah.  Bila cuti sekolah or hujung minggu pulak,  jalan jam sebab orang nak pi Kek Lok Si temple and Penang Hill.  Alternatif nak pi Ayer Itam and dua pusat pelancongan tu adalah jalan kecik ni lah.  Semua orang pun sedia maklum.




What happened?
So bila Cocorica di hadapan Kampung Baru Ayer Itam mula beroperasi,  kesesakan lalu lintas jadi lebih buruk.  Dua kali benda ni diviralkan oleh admin page Penang Kini.  Akak malas nak cari link.  Tapi rata-rata semua pengguna jalan raya yang melalui jalan itu meluahkan perasaan marah di ruangan komen posting itu kerana ramai sangat orang nak beli Cocorica sampai stuck jam kat situ sampai sejam.  Jalan jam punya teruk sampai Masjid Negeri.





Kampung kami ni kecik ja.  Ada lebih kurang 15 buah rumah dan hanya ada satu jalan keluar dan masuk.  Sempit sangat.  So bila customer ni excited nak beli Cocorica, depa parking sahaja ikut suka hati.  Rumah akak adalah yang paling depan sekali,  so of courselah kami paling terkesan.  Depa (pelanggan) mai parking kereta depan rumah kami,  dalam garaj rumah aku beberapa kali,  parking motor sampai penuh.


Bukan tu sahaja,  kawasan jalan nak masuk kampung pun tiba-tiba jadi kotor sebab ada beberapa pelanggan yang meninggalkan kantung cofffee ais yang telah digunakan.  So sapa nak kutip and bersihkan?  Peniaga bukan buat pun.  So kalau ada kat rumah we olls?  We olls lah yang kena kutip.



Pelanggan Yang Bangang
Akak secara peribadi bukan sahaja marah kat peniaga malah kepada pelanggan juga.  Punyalah pentingkan diri sendiri. Bukan kata sorang dua orang,  boleh kata semua pelanggan tu perangai sama ja.  Awat?  Sedap sangat kah kopi ni sampai tak pikiaq orang lain.  Penduduk kampung dan pengguna jalan raya yang lain?


Ini akak nak share salah satu kejadian yang akak lalui sendiri.  Masa tu akak balik kerja,  so bila akak nak masuk lorong,  ada dua biji motor parking boleh kata hampir ke tengah jalan.  Akak tak confident nak masuk sebab takut terlanggar motor.  Akak pun turunkan tingkap,  dan cakap kuat-kuat kat pelanggan yang duk beratur beli Cocorica.


"Hello.....tolong ubah motor boleh ka? Wa mau lalu?" Semua mereka pandang ke arah akak,  tapi semua diam,  tak bagi respon apa,  buat muka tak bersalah.  Takdak sapa pun yang mengaku itu motor mereka dan nak ubah supaya akak boleh lalu.


Memang celaka betul.  Kita dah la balik rumah penat.  Bawak kereta tak pasal-pasal jalan jam teruk yang sampai tak bergerak langsung dari Masjid Negeri pastu bila dah nak masuk depan rumah,  depa sekat pulak dengan motor.  Kita suruh ubah....semua buat dek.  Nasib baik akak pakai kereta Viva sahaja.  So akak pun selit punya selit,  rupanya akak selamat masuk lorong itu tanpa melanggar mana-mana motor pun.


Tapi bila akak dah park kat rumah,  haruslah akak terus turun and pi jalan ke depan and ambil gambar motor yang duk halang jalan apa semua.  Pelanggan semua tengok saja kat akak.  Akak tak cakap apa pun,  tak marah apa-apa pun,  lepas habis ambil gambar akak pun jalan balik ke rumah.


Inilah dua biji motor yang halang jalan.  Nampak tak punya sempit akak kena lalu tadi dengan kereta Viva akak?

Tiba-tiba baru ja akak habis ambil gambar dan nak jalan balik rumah akak,  tiba-tiba satu perempuan panggil akak,


"Hello...helllo...."  akak toleh belakang tengok dia berlari anak ke arah akak dengan beberapa buah beg air coffee ais di tangannya.


"Apa pasai you ambil gambar motor saya?"  dia tanya kat akak.  Haaaa....haruslah deni nak kena maki dengan aku bodoh ni.  Tapi akak bersabar dulu.


"I ambil gambar sebab I mau report polis.  Sebab tadi u halang jalan.  I suruh u ubah,  kenapa u tak datang ubah?"


"Wa beli air..........kita takdak buat salah apa pun.  Mau beli air saja,"


"Tak salah beli air.......tapi u parking tepi la.  Kita mau masuk.  Banyak lagi tempat boleh parking....bawah pokok situ semua boleh,"


"Saya punya rumah pun banyak orang suka parking semua jalan tutup.....kita takdak report polis pun.....,"  jawab pompuan tu yang muka macam takdak perasaan.  Bagi jawapan bodo gila pulak kat aku.


Pastu tiba-tiba dengan rasa tak bersalah,  dia pi kat kereta aku,  and dia amik gambar kereta aku and gambar no plate aku semua.  Aku tanya kat dia,  "You ambil gambar kereta I untuk apa?"


Pastu tau dak apa perempuan bodoh ni jawab?  "Sebab u mau report saya....so saya pun mau report you jugak,"


Siries wehs aku tau dah orang macam ni aku tak patut bergaduh nanti aku sendiri jadi bodoh.  Tak perlu naik angin,  tak perlu maki-maki.  Pastu aku kata macam ni kat dia,


"Oooooo apa pasai u tak bagitau....okay sekarang u mai ambil gambar saya....u report saya sekali...u kasi I punya gambar sekali.....haaa itu macam laaaaaa"  aku pun terus berlari kat kereta aku.  And berdiri siap buat macam posing-posing tunjuk no plate kereta aku (ampa bayangkan model kereta Roda Impian buat macam mana).  Pastu pompuan ni memang bodo gila wehs....dia pun ambil gambar aku guna hanphone dia.  AHAHAHA siries lawak.


Pastu dia duk cakap merepek apa tak tau,  ulang benda yang sama,  duk kata dia tak salah,  dia mai beli air saja,  semua orang pun beli air....bla bla.  So masa dia duk cakap sambil tengok handphone dia,  aku pun ambil gambar dia.  Ni aku share kat bawah tapi aku bagi blur la muka dia sebab kesian satgi tak pasai-pasai popular pulak dia ni.




And inilah antara cerita bodoh yang aku lalui dengan pelanggan yang bangang.  Semata-mata nak beli air kopi sampai sanggup buat benda ni semua.  Ada lagi banyak pengalaman yang dilalui oleh kami semua penduduk kampung.  Even jiran akak ada share video kat Facebook dia yang dirakam dari dashcam keretanya menunjukkan macam mana orang parking and block jalan nak masuk rumah dia and juga security footage daripada CCTV rumah mereka yang menunjukkan orang luar parking di kawasan rumah tanpa kebenaran.


Sebab bayangkan,  Cocorica start meniaga seawal 10 pagi sampai lewat 7 petang.  So sepanjang masa itulah menjadi kesukaran kepada kami semua untuk keluar dan masuk.



Bincang Dengan Peniaga
Bukan tak pernah bincang.  Seminggu pertama perniagaan,  suami akak dah pi jumpa tauke tu and cakap elok-elok.  Suami akak tak dak pun persoalkan hak dia,  asal usul dia,  sapa bagi dia kebenaran meniaga....tu semua suami akak tak tanya.  Cuma suami akak pi kata sekarang masalah macam mana,  and dicadangkan agar dia suruh satu staff in charge untuk jaga parking.  "You kena bagi semua okay.....jangan nanti satu kampung tak syiok.....you pun tak boleh meniaga la...sebelum orang kampung bising ...u buat la sesuatu," begitulah kata-kata suami akak. And masa tu,  laki akak pun dapatlah coffee Cocorica free segelas.  Nahariam......


Dua tiga hari lepas tu,  tiba-tiba kami nampak la ada pegawai RELA yang dilantik untuk jaga lalulintas & parking.  Tapi sat jaa........lama-lama lepas tu takdak dah.  Mungkin sebab dia rasa rugi kot nak bayar extra for this hell of thing.


So lepas tu takdak lagilah nak pi bercakap elok elok dan sopan dengan peniaga tu,  suami akak pun dah naik berang dah sebab bila pi kat gerai,  tauke takdak.  Yang ada pun hanya staff yang tak cukup tangan nak layan customer mereka yang berlambak.  Jiran-jiran akak pun yang lain mempunyai cerita masing-masing pi cakap dengan staf dan tauke Cocorica.


Tapi masalah tak selesai.




Semangat Kejiranan
So sebab dah tak tahan,  satu hari akak,  suami,  Kak Edeh,  Abang Manap dan beberapa orang kampung pun berkumpul untuk berjumpa dengan YB Dato' Hj.  Omar Hj Faudzar,  Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor Penang.  Selepas suarakan masalah kami,  YB Dato' Hj.  Omar pun bagi cadangan macam mana kami nak buat untuk selesaikan masalah ni.  Dia pun bersetuju untuk membantu kami di mana dia sendiri pun kata,  dia akan tulis surat kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk settlekan hal ni.


Lepas jumpa dengan YB Dato' Hj.  Omar,  so kami pun berkumpul pulak antara kami.  Seperti yang dinasihatkan oleh YB Dato' Hj.  Omar,  kami tulis dua surat aduan rasmi yang ditandatangani oleh semua penduduk kampung.  1 kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang and 1 lagi kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (sebab rumah kami dalam kawasan tanah wakaf).


"Aku cadang bab tulis-tulis surat ni kita bagi kat Jumie......kita semua tolong kumpul tandatangan dan bila semua surat dah siap,  kita pi hantar by hand,"  kata jiran aku sorang ni.


Kerlassss tiba-tiba nama akak naik.  Dengan rasa terharunya,  akak pun mengambil tanggungjawab ini dan menulis surat aduan rasmi.  Akak juga buat senarai kosong untuk semua penduduk kampung sign,  tulis nama dan no kad pengenalan.  Bila semua dah siap,  kami pun pi hantar dua keping surat tu secara dengan tangan ke pejabat-pejabat berkenaan.  Dan akak juga emel salinan surat ini kepada dua pihak berkenaan.  So,  hard copy pun ada,  soft copy pun depa dapat.




Cocorica Tutup
Lepas seminggu lebih macam tu lebih kurang,  Cocorica pun tutup.  Ada notis yang ditulis tangan di depan kedai mereka menyatakan yang kedai mereka tutup pada sekian-sekian tarikh.  So kami semua pun sekarang dah aman!!!!!!! Takdak dah orang mai parking kat rumah kami tak tentu hala and kami pun boleh masuk keluar kampung macam biasa seperti dulu.

Tak lama lepas tu pulak,  kami nampak sign baru di depan kedai Cocorica yang menyatakan mereka sudah berpindah ke lokasi yang tidak jauh dari kawasan kampung kami.  Actually bertentang dengan kampung.   Tapi lokasi ni nampak nya lebih bagus,  ada banyak tempat untuk berhenti dan parking tanpa mengganggu jalan raya!!!





The Call
Kalau nak ikutkan Cocorica ni meniaga kat kampung kami lebih kurang sebulan lebih sahaja.  Sekarang pondok yang comel telah direnovate tu masih lagi ada kat situ tapi takdak sapa pun buat apa.  Akak pun dah busy-busy semua sampai dah lupa apa jadi.  Then one day,  tengah akak busy kat office ada call masuk kat handphone akak.  Suara lelaki.  Dia perkenalkan dirinya sebagai Inspektor sekian-sekian daripada bahagian sekian-sekian,  PDRM sekian sekian.  


Mulanya akak ingat ini prank call.  So akak pun buat la macam kekwat, kekwat.  Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn?  Haruslah.    Pastu bila dia cakap "Puan Jumizah ada hantar emel mengenai bantahan perniagaan Cocorica kan?"  Haaa baru akak teringat.  Pastu dan-dan la akak pun cakap lemah lembut.  AHAHAHA.  Nahariam........


So Tuan Inspektor yang dipertanggungjawabkan untuk handle aduan ini pun ceritakanlah kepada akak tindakan yang telah beliau ambil setelah menerima surat rasmi ini.  Dia kata,  dia dah pi jumpa and bincang dengan pemilik kedai dan minta dia berpindah.  And lepas berpindah ke kawasan baru,  depan kampung,  dia pun dah pi lawat kedai tu and nampaknya tiada lagi gangguan jalan raya dan sebagainya.  Namun tiada saman yang dikeluarkan sebab PDRM tak mau la membebankan rakyat yang nak meniaga.


"Sebenarnya saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan dan penduduk kampung atas surat rasmi yang dihantar kepada kami.  Puan tau tak?  Surat ni memang bagus sekali,  lengkap,  kemas,  ada semua butiran,  siap dengan gambar yang puan dah edit cantik-cantik.  Saya memang nak puji la sebab kami di PDRM,  surat-surat dari orang ramai macam ni lah yang betul-betul membantu kami menjalankan tugas kami......,"

"Selalunya apa yang berlaku adalah,  kami dapat surat layang,  maklumat apa semua pun takdak....and sekarang ni dah jadi trend...sikit-sikit jadi viral di laman sosial.  Lepas tu kami juga yang dipersalahkan.  Kalau puan nak tau,  jabatan saya punya bangga dengan surat yang kami terima ni sampai kami bawak surat rasmi yang puan hantar ni kepada Jawatankuasa Ketenteraman Awam di Putrajaya.  Surat puan ni jadi contoh kepada orang ramai yang nak buat aduan....,"


So begitulah lebih kurangnya perbualan ringkas akak dengan Tuan Inspektor tu yang haram akak tak ingat nama dia,  and dari jabatan mana apa semua.  Sebab akak memang busy gila time tu and akak tak teringat langsung nak mintak details dia sekali lagi.  No telefon dia pun akak lupa nak safe and kalau nak trace balik dalam phone akak ni pun akak tak tau dah mana satu.  Masa tu lebih  kurang bulan Mei and akak memang busy like tahi dengan event-event kat office.


Kami anggap perkara ini dah selesai.  Kami juga dapat feedback daripada pihak-pihak lain seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tetapi melalui jiran-jiran akak yang lain.




Contoh Surat dan Gambar
So hereby akak share dengan ampa semua dua surat yang kami hantar,  semua gambar-gambar yang kami ambil and dah edit.  Kami edit tutup muka and no plate,  bukan sahaja untuk blog ni,  memang dalam surat aduan tu pun kami edit semua.  Sebab kami tak mau benda ni jadi lebih besar.  Akak juga sertakan salinan report polis yang boleh u olls rujuk.  Cuma yang akak tak share adalah senarai tandatangan penduduk kampung and salinan surat yang YB Dato' Hj.  Omar tulis.


Kesimpulan
Tidak kira apa bangsa kaum agama,  kita semua kat negara ini nak hidup dengan aman makmur.  Saling hormat menghormati.  Tidak ada sedikit niat pun dalam hati kami nak menyalahkan mana-mana kaum atau agama yang terlibat dalam isu ni.  Atas dasar tanggungjawab dan kesedaran bersama,  apa sahaja yang kita nak buat,  kita kena pikir semua orang keliling.  Kepada pihak Cocorica dan sesiapa sahaja yang berniaga,  akak harap pengalaman ini menjadikan kalian lebih peka terhadap masyarakat setempat.  Jangan semberono nak meniaga di mana saja yang u olls rasa okay dan hanya fikir untung sendiri.





Surat kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang







Surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang





Gambar yang dirakam oleh penduduk kampung dalam banyak keadaan di mana ketika perniagaan sedang rancak dan ketika jalan dihalang.


Gambar dari arah bertentang jalan.  Pelanggan sedang beratur.  Kereta dalam gambar ni bukan lalu,  tetapi memang duk parking nak beli air juga.


Kereta sedang parking untuk membeli air.  Perasan tak Jalan Ayer Itam hanya ada dua lane.  

Kes Pelanggan Yang Bangang  :  Ini gambar motorsikal yang akak rakam (rujuk kepada cerita akak di atas).



Kes Pelanggan Yang Bangang  : Sila lihat kepada lelaki di kanan,  seluar pendek yang sedang mendekati motorsikal.

Kes Pelanggan Yang Bangang  : Sila lihat kepada lelaki di sebelah kiri gambar,  bila dia nampak akak duk ambil gambar motornya,  barulah dia datang ubah motorsikalnya.  Tapi masa akak berhenti di simpang jalan dan minta ubah motor,  permintaan akak tidak diendahkan.


Kereta Avanza ini parking betul-betul di tengah jalan nak masuk ke lorong kampung kami.  Kelihatan juga orang ramai sedang beratur membeli Cocorica.



Abang botak dalam gambar ini adalah seorang pegawai Rela.  Kata suami akak dia tak buat kerja dengan bagus.  Dia just duduk dan buat muka ketat. Jiran akak ambil gambar ni.  

U olls boleh lihat dalam gambar ini ada tiga kereta berhenti di tepi jalan,  tiga tiga duk bagi signal ke tepi.  Depa duk beratur nak beli air la tu duk buat macam jalan ni drive through.




Ini adalah beberapa screen shot yang akak ambil dari laman Facebook Cocorica yang menunjukkan pondok kecil perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai.





Berikut adalah salinan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang jiran akak di Balai Polis yang terletak di depan kampung kami.




4 comments:

  1. masa dok suruh ubah semua buat bodoh.. masa amik gambaq tau plak takut, lepas tu nk takutkan sis jumie plak... hahaha mmg lawak la maknya tu...

    ReplyDelete
  2. sempoi! mmg celaka depa. parking mai smpi umah kami. lani dua2 katop pi dah.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...