22.7.16

Wanita Gantung Diri Anak Diracun



Let's talk about what happened to the mother who committed suicide by hanging herself and poisoned her two son with bleaching detergent. Memang sedih gila tengok gambar yang disebarkan dalam laman web sosial semua. Tapi lepas baca report, bagi akak I'm sure she's in better place now.


Menurut laporan, wanita ini mengalami kemurungan sebab lani dia dah hampir 7 bulan tiada pendapatan untuk menyara hidupnya dan anak-anak kerana ditinggalkan suami and depa pun dalam proses perceraian.


Akak harap apa yang terjadi ni membuatkan kita semua lebih prihatin dan peka terhadap individu yang mengidap depression atau kemurungan atau apa apa sahaja yang bermula akibat stress.


Penyakit minda ni sangat bahaya, bila psikologi kita tak stabil, bahan-bahan Kimia dalam badan pun dah tak balance. Sebab kita dah tak makan benda yang betul, tidur and rehat pun takdak sebab maybe kita tak boleh tidur, and otak kita jadi lemau sebab kita dah terlalu banyak pikiaq. Tu yang boleh jadi macam-macam lagi masalah seperti skitzofrenia, bipolar atau macam-macam lagi.


Aku pernah habaq and luah apa yang aku lalui sendiri sampai aku tak boleh nak mai kerja. Sampai lani aku memang kalau boleh tak mau nak ingat langsung. Aku pernah tulis pasai benda ni somewhere dalam blog ni tapi malaih la nak pi cari balik.  


Masalah kemurungan macam ni kita kena rujuk kepada pakar. Nasihat keagamaan, kisah-kisah teladan Nabi, quote - quote kehidupan semua tak berguna langsung untuk orang yang berada dalam keadaan ini.


Aku harap ampa semua start ambil tahu pasai masalah ni. Depression can kill. Mungkin hari ini kita nampak jadi kat orang, esok lusa it could happen to us or anyone. Ekonomi dah la gawat, tekanan hidup pulak makin tinggi, kos sara hidup, expectations in life.


Semoga roh ketiga - tiga keluarga lebih tenang di sana.


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com