Assalamualaikum bured bured sekalian,
Hangpa tak rindu kat aku ka? Dah dua minggu blog aku tidak bersiaran, takdak sekor pun yang perasan. Butoh semua. Props ja selama ni duk kata baca blog aku selalu. Ini mesti sah sah tunggu aku post apa-apa kat Facebook baru ampa hegehs nak check it out page aku kan. Kalau tak, takdak maknanya ampa nak bukak blog aku yang sendu ni.
Takpalah, semoga Allah saja yang mampu membalas props-props ampa semua. Anyway, dikesempatan ini akak nak share dengan ampa sikit kenapa akak terlalu sibuk kebelakangan ini. Seperti yang ampa tau, my beloved boss iaitu Puan Ajindar Kaur sudah pun bersara. Kalau ikut perkiraan sekarang ni dah masuk 3 bulan I olls tidak ada boss.
Kalau nak diikutkan, sepatutnya sudah ada boss baru yang masuk menggantikan position beliau di office kami namun nampaknya masih belum ada calon yang dapat dikenalpasti. Mungkin university mempunyai perancangan yang lebih pasrah. Akak pun dah pergi berjumpa dengan pihak Sumber Manusia, selain akak ingin bertanya khabar tentang siapakah yang bakal menggantikan tempat boss akak itu, akak pun tanya jugakla sekali KOT LA takdak sapa yang gantikan tempat Madam Ajindar, adakah akak akan dipindahkan ke pejabat baru?
So lepas berbincang dengan pegawai berkenaan, beliau pun berkata buat masa ini memang tidak ada hitam putih yang menyatakan calon yang akan menggantikan tempat Madam Ajindar itu, dan oleh itu mereka tidak berhasrat untuk meletakkan akak ke pejabat lain sebab takut esok lusa KOT LA ada boss baru yang akan masuk kat situ, so nak kena cari setiausaha baru pulak kan? Dan memandangkan pejabat kami sekarang memang teramat kurang man power, so pegawai berikut mencadangkan akak untuk stay di Pejabat Antarabangsa yang sekarang ni dikenali sebagai International Mobility and Career Centre (IMCC) dan akak diminta untuk membantu kerja-kerja perkeranian sahaja dulu. Semua tugasan kesetiausahaan diserahkan kepada setiausaha baru di pejabat kami iaitu Cik Afiqah.