Jom Try Diameida Fabulous Mascara

2.8.16

Beraya Di China dan Vietnam

Hai hampa semua.  Okay, kali ni aku crita pasai trip raya yang aku plan sebulan sebelum posa.  Sebenaqnya aku rasa beraya kat tempat orang,  kalau kat sini dah biasa sangat dan aku rasa ramai orang kat Facebook macam fake sikit, dok salam maaf zahir batin bagai tapi belakang dok kutuk kata baju orang tu tak elok lah, apa lah.. hahaha


Ok, secara ringkasnya, trip aku kali ni akan start dari Penang - Kuala Lumpur -Nanning,China  -  Hanoi, Vietnam - Ho Chi Minh,Vietnam.  Duration 11 hari, duit cash aku bawak RM900 (tak termasuk tiket flight).

Route yang akan aku lalu


Masa mula sampai di Nanning, aku tak berapa plan sangat. Selalunya aku ada la baca info-info sebelum travel pi mana-mana, tapi selalu aku akan buat benda lain bila sampai. Ertinya, ikot apa dalam kepala otak masa tu.  Macam banggang kan ? Seronok tapi macam blur-blur sikit,  macam cute la kan?  (nahariam).


Aku mintak la sorang ni lukis peta untuk aku cari hostel murah, aku pun taktaw dia lukis apa, aku jalan ja sampai sejam lebih. Dah penat, aku decide nak pi dok masjid ja lah.  Hanya satu ja masjid kat Nanning ni.  Depa baik,  siap bagi makanan bukak posa,  tempat tidoq,  ayaq,  roti..




Yang ni la map orang tu bagi, apa dia lukeh pun tak tau, aku pun ikot saja.


Yang ni satu-satunya masjid kat Nanning, masjid kat tingkat tiga.



Ni tempat tidok imam tu bagi, gambak dia lupa nak snap.. siap aircond lagi okay.



Esoknya aku pi check-in hostel, then just naik public bas, jalan-jalan, then malam aku jumpa host dari Couchsurfing, Eric. Kami just minum and sembang. Patutnya aku plan nak ke satu pergunungan ni, tapi untuk tidak amik risiko terlepas flight nanti, aku tak jadi p situ.

Deni Eric, English dia mak aii, punya teror sebab dia membesaq kat US.


Next day, aku amik bas dari Nanning ke Hanoi, 12 jam. Masa ni aku berkawan ngan budak Amerika, aku lupa nama dia. Dalam bas tu ada TV,  kat TV tu dok tunjuk video animasi yang bas tu kemalangan sampai penumpang terkeluar dari tingkap.  Aku kata kat American tu “ Should we turn back to Nanning and take a flight to Hanoi”.. bodo kan iklan tu, sampai lani aku ingat.


Deni nama apa aku lupa, lawak wey deni.. kesian dia tak boleh masok Vietnam.

Masa kami kat imigresen untuk masuk Vietnam,  budak ni tak lepas, entah la pasaipa visa dia. Tak sempat aku nak tukar Facebook ka apa benda, terpaksa aku tinggalkan dia sebab dia kena patah balik ke China, dan driver bas aku paksa aku naik bas untuk sambung perjalanan. Ada orang bas jerit kat aku :



"Are you from India ?"
"No…"
"Bangladesh..?"
"NO…I’m from Ireland, and I’m Irish,"  (flip hair)
"Wow..really ?"
"Just kidding. I’m from Malaysia,"



Ni dah masuk negara Vietnam, kira ni sempadanlah.. Banyak kena lalui security.

Nasib aku buat keputusan yang betoi untuk ke Hanoi hari ni,  kalau tak berkemungkinan aku terlepas flight pada esoknya sebab sampai kat Hanoi pun dah lewat dan flight aku tengah malam. Yang ni gambiak aku pusing pusing kat Hanoi sebelum aku fly p Ho Chi Minh (HCM)


Fly pi HCM dari Hanoi dalam 2 jam, RM 200 – Vietjet.  Bak kata kawan aku, kalau domestic flight, pramugari akan pakai bikini, aku plan nak snap pic, hariamm tak dak pun, depa pakai kemeja.  Aku bawaklah stove dengan gas kecik untuk memasak,  feeling nak jimat, tapi lupa nak amik luggage, so gas tu kena buang, bodonya.


Sampai HCM, aku tidok airport sebab awai lagi.  Then aku join kawan aku untuk pi Mekong Tour. Seronok bak hang naik sampan ni. Masa dok melepak-lepak, aku dengak la sorang wanita ni dok cakap Bahasa Melayu ngan kawan dia, aku pun pi la buat ramah.


"Hey..hai, dari Malaysia ka..? Which part ? I Penang,"
"Laa..Penang ka ? Penang hang tang mana ? Tak payah speaking.."


Hahaha..aku rasa macam nak pelok deni, seronok betoi jumpa Penangites kat luaq, rasa lidah ni boleh bercakap dengan selesanya. Terkeluaqlah cerita nasik kandaq apa semua, walaupun tengah berpuasa, kami cakap jugak pasai makanan. Hahaha

From right, Zalinah (from Penang), Han (from Holand), Thomas (from Ireland).

Setel tour ni, aku dengan kawan aku terus belah pi Mui Ne, takdan nak mandi.  Mui Ne ni kira wishlist aku lah, sebab teringin nak tengok padang pasir. Sampai pun tengah malam dan sunrise tour kami start 4 pagi, so kami dok lepak tepi jalan, aku hampak ja sleeping bag, terus lena. Aku ni spisis senang lena, tak kira la kat mana pun, kalau dudok sat ja, kelip mata 4 5 kali, zassss tidok.!



Merempat sebentar, not bad.. Cuma nyamok banyak.

Tapi sebelum lena ada la budak mai nak juai ganja, tolak dengan elok, sat g kalau dok buat roshom (sombong) mampoih kena rogol aku. Sebelum budak ganja tu mai jugak, ada la perasan 2budak cina and 1indian dok jalan, aku tanya “u guys from Malaysia ?” depa kata tak. Tapi English depa slank Malaysia. Aku mula nak racist. Kalau hampa besa p bejalan kan, jangan terkejut lah tengok budak melayu setengah tu buat menyombong,aku penah kena kat Krabi.. harammm, muka kampong kampong, pi Krabi pun dok buat sempoi tara mana ka..tengok kita jeling jeluat.


Yang ni picture ala ala Gurun Sahara.

Naik jip ni untuk pi tengok sunrise, rasa macam filem oo..



Indahnya ciptaan tuhan


Hat ni boleh buat cover filem.
Aku naik ATV ni dengan kawan baru jumpa, eksiden jugaklah naik benda ni.


Yang ni kat Fishing Village, elok body orang Vietnam ni, depa suka makan benda yang sup sup dengan sayoq.


Ni dipanggil Walking in The River, macam tajuk filem. Kita jalan dalam 250meter dalam sungai, ayaq cetek ja la.


 Ni salah satu pemandangan masa jalan dalam sungai tu.



Setel tour tengah hari, aku naik bas pi Dalat pulak, ni hari kedua aku tak mandi. Rasa macam shit ! Last aku mandi kat Hanoi. Hahaha. Dalat ni sejuk ala ala Cameron Highland (maybe sejuk lagi), teringat pulak kat Darjeeling masa ni. Disebabkan best sangat sini, aku stay 2 malam.


Kawan Penang aku tu pun sampai Dalat jugak sehari lepas aku sampai. Depa ada tragedy kurang menarik sikit masa depa 1st night kat dorm. Ada ka patot mat saleh ni bawak balik perempuan and having sex, dormitory kot. Agak agak lah kan. So malam kedua, depa stay hostel aku, rabonglah kami menyembang.


Next, aku berpatah balik ke HCM, ingat di hati nak hitchhike (yang tahan tahan kreta tepi jalan tu, tapi selepas aku jalan kaki kat sejam, dan tadak kreta nak berenti selepas 10 minit tunggu, boleh pulak aku nak terberak. Jalan pulak kaki sejam lagi. Ada la 1 moto berenti nak bawak aku, tapi dia kata 3 hari baru sampai, merepek betoi. Last aku naik bas, 8 jam. 7 jam aku lena bagoih punya, sejam ja aku tengok pemandangan.


Ni hasil kebodohan aku buat, nak hitchhike tapi malu. next time lah.

Sampai HCM, aku contact Couchsurfing, dia ajak pula aku pi daerah dia, Vong Tao. Takdak dalam list aku pun, follow ja lah. Guest what ? Raya kedua ramai Melayu aku jumpa kat town HCM, makcik makcik dok shopping, dan ada jugak solo traveller, kami teroih jadi kawan.


Host aku bawak aku pusing pusing ngan sorang budak dari Indonesia, best gila nek moto. Sampailah ke malam kami ronda.


Ni Jai, dari Indonesia, deni cikgu yoga.

Tengok sunset kat Vong Tao.

Keseronokkan nampak pelangi, tapi tadak la jakun sangat, masih lagi boleh dikawal.

Hellokkk

Jai, aku, Cindy... kawan baru yang sangat best.


Patot aku kena bangun pukoi 4 am sebab nak ke airport direct dari daerah dia dah 2 jam and flight aku pukoi 10 am, haram aku terlena sampai pukoi 5am. Takdan nak mandi, kelam kabot aku naik mini van dan kena patah balik ke HCM dalam 2 jam, pastu kena naik teksi moto dalam 30 minit ke airport.

Nak naik moto teksi ni kena bayaq dalam 80000-100000 dong, malangnya duit aku dah lincin. Tinggai 60000 dong ja, depa takmau hantaq aku sebab murah sangat aku bayaq. Aku pun pegang sorang laki moto teksi ni, aku bukak beg duit aku yang ada 60000 dong tu dan aku tunjuk flight tiket kat dia. Boarding aku pukoi 9.30am kot, masa tu dah 8am lebih macam tu. Naseb lah dia nak tolong. Ramai akan tolong bila kita pi travel ni. Ada kawan aku mesej nak pesan kopi Vietnam, memang sedap, tapi aku kata kat depa, kalau aku ada dua hari lagi kat sini, aku akan juai diri untuk beli kopi kat hampa.


Okay, kalau hampa rasa nak pi jalan mana-mana, pi ja.. first, book tiket flight dulu dalam beberapa bulan in advance, pastu start la menabung. Bab menabung ni hampa kena la disiplin sikit. Tak kira lah hampa pi meniaga kot tepi apa apa ka, juai tudung ka, juai dadah pon boleh jugak, hampa punya pasai, janji tak kacau orang.. hahaha


Dan satu lagi, aku rasa setengah orang ada satu penyakit. Suka berangan nak pi tempat mahai mahai sebab tengok orang lain pi, macam pi London la, Milan la, Iceland la.. tak payah nak berangan sangat, kita pi yang mana kita mampu ja, depa enjoy cara depa, kita enjoy cara kita. Yang penting kita happy dengan trip kita.

Disclaimer : Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh kawan saya Ridhwan Shariff seorang bagpackers tegar. Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.


Antara catatan lain oleh Ridhwan Shariff : Tak Mau Jadi Melayu; Catatan Kembara : Darjeeling, India by Ridhwan Shariff


Beliau juga menyumbang sebuah artikel di laman web The Vocket tentang catatan perjalanan ini  :  http://www.thevocket.com

4 comments:

  1. Mana cerita cuti2 dengan anak2 lahanj???

    ReplyDelete
  2. Mana cerita cuti2 dengan anak2 lahanj???

    ReplyDelete
  3. ingatkan hang yang p melancong..tiba-tiba terpikir, dah free hair ke budak jumie ni. hahahaha

    ReplyDelete
  4. hadoi laaa mati2 ingat ampa yg bercuti. punyala baca sampai abeh nak tgk gmbaq ampa tp satu pun xddak. pstu baca komen rupanya org len yang becuti. yg kami heran cara dia tulih sama style ampa kot. hahahah

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...