UK Clark Sales

25.8.16

Kemaskini Akhir Ogos 2016



Assalamualaikum bured bured sekalian,


Hangpa tak rindu kat aku ka? Dah dua minggu blog aku tidak bersiaran, takdak sekor pun yang perasan. Butoh semua. Props ja selama ni duk kata baca blog aku selalu. Ini mesti sah sah tunggu aku post apa-apa kat Facebook baru ampa hegehs nak check it out page aku kan. Kalau tak, takdak maknanya ampa nak bukak blog aku yang sendu ni.


Takpalah, semoga Allah saja yang mampu membalas props-props ampa semua. Anyway, dikesempatan ini akak nak share dengan ampa sikit kenapa akak terlalu sibuk kebelakangan ini. Seperti yang ampa tau, my beloved boss iaitu Puan Ajindar Kaur sudah pun bersara. Kalau ikut perkiraan sekarang ni dah masuk 3 bulan I olls tidak ada boss.


Kalau nak diikutkan, sepatutnya sudah ada boss baru yang masuk menggantikan position beliau di office kami namun nampaknya masih belum ada calon yang dapat dikenalpasti. Mungkin university mempunyai perancangan yang lebih pasrah. Akak pun dah pergi berjumpa dengan pihak Sumber Manusia, selain akak ingin bertanya khabar tentang siapakah yang bakal menggantikan tempat boss akak itu, akak pun tanya jugakla sekali KOT LA takdak sapa yang gantikan tempat Madam Ajindar, adakah akak akan dipindahkan ke pejabat baru?


So lepas berbincang dengan pegawai berkenaan, beliau pun berkata buat masa ini memang tidak ada hitam putih yang menyatakan calon yang akan menggantikan tempat Madam Ajindar itu, dan oleh itu mereka tidak berhasrat untuk meletakkan akak ke pejabat lain sebab takut esok lusa KOT LA ada boss baru yang akan masuk kat situ, so nak kena cari setiausaha baru pulak kan? Dan memandangkan pejabat kami sekarang memang teramat kurang man power, so pegawai berikut mencadangkan akak untuk stay di Pejabat Antarabangsa yang sekarang ni dikenali sebagai International Mobility and Career Centre (IMCC) dan akak diminta untuk membantu kerja-kerja perkeranian sahaja dulu. Semua tugasan kesetiausahaan diserahkan kepada setiausaha baru di pejabat kami iaitu Cik Afiqah.




To be more specific, kerja akak di IMCC sekarang adalah membantu Dr. Pitt menguruskan kerja-kerja perancangan program jangka pendek. Program jangka pendek ni dia lebih kurang macam exchange program tapi yang lainnya adalah program ini adalah pendek. Antara satu hingga dua minggu sahaja. Universiti antarabangsa yang berminat akan menghubungi USM dan memohon kami untuk merancang program jangka pendek ini untuk para pelajar mereka sesuai dengan objektif program dan juga bajet yang diperuntukkan. Of course budget daripada depa la....kita USM ni jadi macam event planner sahaja.


Alhamdulillah, USM sebagai salah sebuah university yang tersohor di Malaysia mendapat banyak tawaran dan permintaan daripada university di rantau Asia seperti Thailand, Jepun, Taiwan dan terbaru ni Kazakhstan.


Sebab tula akak busy u olls. Actually senang saja nak run program ni, tapi renyah la. Banyak benda kecik-kecik dan butiran yang perlu diambil kira. Supaya semua aktiviti yang kami nak jalankan dapat dilakukan dengan baik.  Dan boleh dikatakan sejak menghandle program-program ni akak duk kena balik sampai 8 or 9 malam, mai kerja on the weekend dan sebagainya. So blog ni haruslah bersawang u olls.


Tapi insya allah bila ada kelapangan haruslah akak nak share macam-macam dengan you olls semua.  Akak pun walaupun duk busy ni,  akak sempat jugak pi jalan-jalan sampai Langkawi,  pi naik Bukit Bendera dengan Kak Edeh dan macam - macam lagi aktiviti yang akak sempat buat with my friends and family.  Smule pun akak ada update sebuah lagu,  haaa...u olls dah tengok ka?


And bila kita duk busy macam celaka ni, time ni la banyak issue best-best yang menarik untuk akak ulas dalam blog akak. Cuba time aku duk free gila takdak apa nak buat, sampai duk kena tanya kat kawan-kawan idea nak tulis blog macam nak mintak sedekah. Inilah dugaan.



Banyak issue best yang duk berlaku lately, contohnya pasai satu pakcik India yang mati akibat kena serang dengan sekumpulan remaja yang tak puas hati sebab pergaduhan dalam Facebook. Dah la kejadian ni kat Penang. Muka uncle tu siriesly macam aku kenal kot!! Mesti aku duk pernah jumpa dia kat kedai tosai mana-mana !!


Pasai Malaysia lani dah luluskan rang undang-undang yang membolehkan individu menukar jantina. OHHH SYUKUR !! Tahniah kepada semua gang gang yang selama ini bertungkus lumus untuk menjadikan ini satu kenyataan semua. Cuma akak harap lepas ni janganlah ada pihak yang menggunakan kesempatan ini untuk melakukan perkara yang tidak baik. Baca buku PERJALANAN oleh Regina Ibrahim terbitan Fixi, ampa akan lebih mengerti betapa pentingnya orang yang ingin bertukar jantina secara sah perlu mengekalkan sifat jujur dan ikhlas. Bukan fikir untuk kegirangan peribadi hari ini, fikirlah untuk adik adik dan anak cucu kita pada masa depan.



Olympic Rio yang ala ala......banyak issue duk timbul sebelum event bersifat worldwide ni dianjurkan. Tapi pihak Negara Brazil tetap bertegas nak membuat jugak event ini. Hasilnya, okay lah...sendu sendu gitu. Mungkin tiga penganjuran sebelum ini terlalu hebat, so nampak Olympic Rio macam tahi sedikit. Akak doakan agar lepas ni Brazil tak jadi bankrap macam Greece sudahlah. Tahun 2020, Olympic di Jepun. Ampa pi carilah artikel akak dulu-dulu pasai satu lelaki Jepun yang duk usaha kuat promosi konsep Halal kat Jepun sempena Olympic ni !!



Pasai POKEMON GO....ohhh macam macam lagi laaa....Ermmm banyak sebenarnya. Kalau akak nak terus menulis sampai 78 mukasurat tak habis. I just rindu menulis blog. Sekarang ni, akak akui sekarang ni nak tulis satu artikel pun boleh ambil masa 1 hari, bukan sebab akak dah tua ya (sial ampa semua babi duk kutuk aku), tapi akak rasa dah makin matang, akak sendiri menjadi lebih cerewet dan teliti dalam satu perkongsian yang ingin akak buat.


Ampa semua doalah, akak dapat durian runtuh. Bayar semua hutang. Akak berhenti kerja kerajaan yang sendu ni, pastu akak jadi penulis blog sepenuh masa !!!


Ps/ 2 September 2016 ni cukup 5 tahun perkahwinan akak dan En Khafi oleh itu terimalah gambar kami berdua.


5 comments:

  1. Salam kak,
    Kakak buat la column kat tepi di mana kami reader ni boleh search dan key in keyword dalam blog akak ni.

    ReplyDelete
  2. memang tunggu pun update blog jumieeee
    happy anniversary jumie dan khafi...
    semoga sentiasa dimurahkan rezeki you ols berdua...
    amiiinnnnnn

    ReplyDelete
  3. Kak oiii...
    Bahasa kak ni sebijik bahasa laki saya...
    Xkeluaq kamjat siyee satu hari tak sah...

    ReplyDelete
  4. cek follow u... cuma kdg2 time bz terlepaih ja, sbb bila kat opis ja bole layan blog jumie...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com