5.8.16

Melawat Victoria Bridge, Kuala Kangsar


Hello u olls,

Ha,  lepas sesi gathering apa semua bagai di rumah Tengku Zaren,  last sekali tinggal akak,  Tengku Zaren and Rozi a.k.a Kak Maya sahaja yang sudi bercemar duli di sekitar Kuala Kangsar.  Untuk akak yang dah banyak kali bertandang ke Kuala Kangsar,  akak teruja sekali bila Tengku Zaren ajak we olls pergi ke Victoria Bridge.

Diringkaskan,  Victoria Bridge ini adalah jambatan besi lama yang dah tak digunakan tapi orang ramai duk mai untuk ambil gambar.  Photoshoot cantik u olls!  

So bila akak sampai sahaja kat lokasi ni,  aiiyoooo haruslah akak excited u olls.  Akak check in dalam Facebook dan kata "Photoshoot for H&M Plusize,"

Nahariammmmmmmmmmmmmmmm ampa semua percaya kan?  Ampa semua pun feeling macam akak jugak.  Takpa,  kat bawah nanti akak share dengan you olls beberapa keping gambar yang kami sempat rakamkan di sini.



Sejarah Victoria Bridge,  Kuala Kangsar
Victoria Bridge telah dirasmikan pada tahun 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Shah I,  Sultan Perak ke 28 dan Residen British pada ketika itu iaitu Sir Frank Swettenham.  


Pembukaan jambatan ini adalah amat penting ini untuk memudahkan laluan kereta api melintasi Sungai Perak pada era kegemilangan perlombongan bijih timah di negeri Perak pada ketika itu.  


Pada tahun 2002,  jambatan ini digantikan dengan jambatan baru yang lebih luas ( dua trek ) yang dibina hanya bersebelahan dengan Victoria Bridge ini.  Namun,  sehingga kini orang ramai boleh berkunjung ke Victoria Bridge untuk menyaksikan seni bina bersejarah ini dan of course,  buat photoshoot sebab every corner of the old structure gives such a nice shot for you photo.

click read more



Gambar Jambatan
Victoria Bridge still standing.


Laluan kecil kat tepi ni boleh digunakan oleh orang kampung menaiki motor dan juga jalan kaki untuk ke sana ke mari tak berhenti - henti.




Akhirnya aku dapat juga shot HAMPIR HAMPIR tanpa ada seekor manusia pun kat atas kereta api ni.

Ketinggan jambatan ini daripada tanah sangatlah tinggi.  Akak ketar lutut la jugak u olls.  Ha tengok ni?  Kot celah-celah dah boleh nampak bawah.

Haaa ampa tengok ni kawan aku terketar-ketar nak jalan.  Gayat u olls.

Tengok ni bila ada penduduk kampung lalu naik motor,  lagila jadi laluan sukar.  Kesian kat kawan-kawan akak ni semua,  anak-anak dara sayu.

#vandalisme



Tengah duk photoshoot,  nenjia ETS lalu.  Punya lajiu u olls.

Sungai Perak yang majestic.



Karai,  Pekan cowboy.

Haaa kot bawah jambatan ada orang duk bela kerbau,  lembu.  Haaa tengok kerbau tu duk tengok aku dari bawah,  dia mesti duk kata "Nahariam macam mana lembu sekoq ni boleh terlepas kot atas?"  





Bawah Jambatan

Kanan,  jambatan baru.  Kiri,  jambatan lama.

Tak tau macam mana,  aku boleh sesat bawah kereta sampai bawah ni.





Photoshoot
Kepada semua yang terbeli dakwaan akak mengatakan akak tengah buat photoshoot untuk H&M Plusize di Victoria Bridge....ahahahah nah!! Mai tengok hasil photoshoot we olls.  Sila makan hati.

Percubaan posing hipster anak-anak muda.

Kerlas Kak Maya....over!!

Model kereta....walaupun.....

Buaya nak ngap deni pun tak sampai hati......kuruih....

Nampak dak trick tarik T Shirt...padahal nak cover perut??  Ini skill hebat bekas model macam akak ja boleh buat...

Personally aku sangat suka shot ni!!  Sapa nak tau gambar ni shot kat Malaysia?  Kalau kita berani mati,  mai sini pakai winter wear apa semua dengam mafla feeling....pastu photoshoot...sekali nenjiaa orang mesti ingat kita kat New York.



Kerlas Kak Maya tak seriau dia boleh berjalan masuk tengah rail kereta api untuk dapatkan pose ni....akak tak berani u olls.  Rasa ketaq kepala lutut u olls.  

Aksi jimrama - last - pose!

Sesuai dijadikan cover album berjudul "MAYA DI LENGGEK KERETA API"

Haram senyum paksa...padahal deni penakut gila nak pi kat railway ni.

Astgahfirullah.



Okay,  last but not least aku nak share gambar sebungkus benda ajaib ni kami jumpa kat atas jambatan.  WHYYYY LAAAAA WAHAI RAKYAT MALAYSIA??????

Sapa yang boleh teka benda ni apa?

Sebungkus pampers bayi terpakai.



Official page  :  Facebook.com/victoriabridgemalaysia

2 comments:

  1. Kenapa depa ni suka buang diapers budak merata2 ni? Tak reti simpan elok2 dlm plastik pasti dah jumpa tong sampah p lah buang. Haishhh

    ReplyDelete
  2. Tinggai wat kenangan plak pampers ank depa kt tgh2 tu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...