CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

4.8.16

Tips Meniaga Online

Assalamualaikum Sis Jumie,

Saya suka sangat baca penulisan Jumie yang bersahaja dan santai.  Nak tanya pendapat Jumie.  Saya baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan online.  Saya jual product kecantikan yang mesra solat dan wudhuk.  Saya nak minta pendapat Jumie macam mana saya nak tulis ayat-ayat promosi dalam sosial media agar dapat menarik minat dan menyentuh hati orang ramai untuk beli dan bertanya tentang product ni bila saya post.

Pihak pengasas produk kecantikan ada sediakan caption dan testimony,  tapi ramai yang gunakan ayat sama.  Macam mana ye Jumie?  Boleh bagi idea tak?  

Terima kasih
Yang benar,  
Maria Hasna



Waalaikumsalam Maria,

Terima kasih sebab hantar emel ni kat kami.  Actually kami dah lama nak tulis pasai benda ni sebab ada jugak beberapa orang lain yang pernah personal message to me asking the same question.  Tidak dinafikan pada zaman yang serba maju ni,  boleh kata semua orang dah pakai internet.  Mak mak kita pun lani dah pandai kerobek Lazada nak beli lemari katanya. Disebabkan oleh itu sapa yang meniaga,  tak kira la meniaga apa pun mesti kena pakai internet juga sebab kalau kita tak pakai internet untuk jual beli pun,  tapi kita tetap nak guna internet untuk tujuan promosi dan sebagainya.

Dalam artikel ini,  peniaga online akak rujuk kepada semua peniaga secara amnya tak kisahlah u olls memang jenis berniaga online (takdak kedai fizikal,  semua urusan jual beli secara dalam talian) ataupun u olls mempunyai premis fizikal untuk menyampaikan perkhidmatan kepada sekalian pelanggan.

So lepas duk pikiaq sekian lama,  inilah 5 benda yang I olls boleh kongsikan kepada u olls yang berminat untuk berniaga secara dalam talian (online).






Branding
Branding atau penjenamaan.  Orang kita sangat bangang dalam bab ini.  Sorry akak cakap ehk,  tapi branding ini bukan semata-mata membuat logo syarikat agar nampak meletops dan menarik perhatian.  Branding adalah segala-galanya. Not only packaging,  logo dan mutu produk,  tetai branding adalah merangkumi diri kita sendiri sebagai penjual / peniaga.


Mengapa I kata ramai sangat yang bangang dalam bab ni ? Akak berani kata u olls semua bangang sebab you olls sendiri sebagai peniaga tidak sedar yang apa sahaja yang you olls pamerkan di laman sosial atau apa juga madah alam maya (internet) adalah menjadi 'branding' untuk diri you olls dan syarikat you olls.


Tak kiralah you berniaga tahap sekecil mana sekali pun,  always think big dan pikiaq hari esok.  Pikiaq target yang satu hari the whole Malaysia,  the whole world akan menjadi pengikut u olls.  Dan tak kira apa juga produk / perkhidmatan yang u olls ingin niagakan,  DIRI YOU OLLS sendiri adalah brand kepada syarikat u olls.


Oleh itu,  elakkan beberapa perkara seperti berikut  ;


1.  Elakkan kutuk dan kondem customer sendiri dalam laman sosial
Yang ni akak dah banyak kali tegaskan kat laman sosial akak sendiri.  Ramai peniaga yang selalu nak kutuk dan hentam customer sendiri dalam laman sosial.  I know,  sometimes kita perlu jugak posting benda macam ni tapi kalau dengan cara dan ayat yang betul secara tak langsung kita akan membantu memberikan informasi dan pengetahuan kepada pengikut kita dalam laman sosial.  Tapi kalau dah seminggu 3 kali kita duk kutuk dan marah pada customer,  apa tu nyah?  Takkan semua customer memang sial? Atau you sendiri adalah peniaga yang khayal?

I know customer can be very challenging sometime,  dari pengalaman akak sendiri menjadi make up artist pertama di Penang yang menawarkan khidmat jurusolek dalam laman sosial bermula tahun 2008 yang lalu.  Dahulunya,  sapa-sapa nak cari make up artist untuk majlis pertunangan,  nikah dan sebagainya kena pergi ke kedai pengantin baru boleh buat tempahan.  So 7 tahun dalam industri ini ( I stopped pada pertengahan tahun 2015),  akak belajar banyak benda daripada para customer yang pelbagai ragam.

Apatah lagi customer yang tengah feeling nak jadi pengantinwati,  depa rasa macam segala planet dan bintang di galaksi Bima Sakti ni duk berpusing keliling depa.  So bila akak pereng dan tak puas hati dengan sorang-sorang customer,  I will always go to my closest friends sebagai tempat untuk akak meluahkan perasaan marah dan bertanyakan pendapat.  JARANG sekali akak mengutuk dan mengondem customer akak sendiri dalam laman sosial.

So hentikan mengutuk customer sendiri dalam laman sosial.  Gunakan pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan mengutuk mereka bersama rakan-rakan di personal message.


2.  Elakkan dari menge-post gambar tidak profesional atau status yang bersifat politik / perkauman dalam laman sosial
Sekali lagi akak bagitau,  diri kita adalah brand kepada perniagaan kita.  Bila kita nak bercakap pasai brand,  tidak semestinya kita semua secara mendadak perlu bertukar menjadi orang yang lebih cantek,  kulit lebih putih,  badan lebih kurus dan sebagainya.


Branding diri adalah jauh lebih luas daripada itu.


Ini adalah pesanan yang diberikan oleh seorang sahabat akak yang pada usia yang muda sudah mempunyai beberapa restoran serta kilang yang menghasilkan produk makanan sendiri.  "Tidak kira kita berniaga kecil atau besar,  once kita dah masuk dalam dunia perniagaan,  kita secara tak langsung dah masuk dalam dunia korporat,"


Oleh itu,  dalam erti kata lain,  dunia korporat adalah dunia yang serius.  Begitu juga sebagai peniaga online,  kita perlu memastikan agar imej yang kita paparkan di laman sosial harus sentiasa profesional dan bersih.  Especially dalam masyarakat Malaysia yang sangat sensitif ni.


Bukanlah akak nak galakkan you olls menjadi manusia props (propa),  tapi kalau perlu buat personal account untuk you and kawan-kawan you sahaja,  silakan.  Untuk profesional account u olls,  haruslah posting tidak menunjukkan aktiviti malam you olls di kelab-kelab ekslusif,  berpakaian seksi mencolok mata,  beriadah bersama anjing (if you are Muslim....ini adalah sangat sensitif) the list can go on and on.  Hangpa pun tau kan?


So again,  kalau perlu buat personal account,  silakan.



3.  Elakkan daripada buat slight dengan customer
Jangan sekali kali membuat slight / slek / slack dengan customer.  Sekali kita buat,  mampuih depa akan ingat sampai bila-bila.  Biarlah kita rugi sikit hari ini,  tapi ingat kita nak berniaga bukan untuk sehari dua.  Kita nak berniaga sampai bila-bila.  So dalam apa juga keadaan,  macam customer complain barang tak bagus / nak refund,  try your best untuk cater to permintaan customer.


Akak pernah kongsikan dalam blog akak tak lama dulu,  pasai satu pereka fesyen yang duk pulun ambil tempahan baju dengan artist semua bagai,  tapi akhirnya customer sendiri yang bayar duit ringgit dengan dia,  tak dapat dia deliver tugas menjahit dengan baik.  Nama dia sampai lani terus diam tiada berita.  Dengar kata,  alhamdulillah dia dah bayar almost semua customer yang dia berhutang.  But still,  kalau orang suruh you buat baju kat dia,  you berani ka letak leher you?



4.  Be Your Self
Cuba cari apakah 'brand' yang paling menyerlah tentang diri you olls?  Macam contoh,  akak?  Branding akak haruslah seorang wanita agam (plusize) yang cantik dan berbudi bahasa.  So daripada situ,  akak boleh kembangkan branding akak di situ.  Ramai pembaca dan pengikut akak daripada golongan wanita agam terasa dekat dan yakin dengan penceritaaan akak sebab mereka rasa akak dekat dengan mereka.


Contoh lain adalah,  janda dan ibu tunggal.  YES!! Ini sangat hot you olls.  Sapa kata janda adalah pengakhiran hidup?  Kalau you pandai manipulate posting you dalam laman sosial yang menunjukkan you adalah seorang wanita yang bersemangat kental / independent woman walaupun you berstatus janda dan membela anak-anak seorang diri,  aiiyooo lagi ramai pelanggan dan pengikut you akan respek dan percaya dengan perniagaan you.


Orang nak kelainan dan keaslian.  Sebab tu Dato' Vida naik dengan cepat.  Biarlah ampa kutuk dia sekelian alam pun,  tapi mana lagi ada perempuan gemok yang obses dengan mahkota dan pakaian bling-bling duk cakap syiok sendiri untuk jual produk kecantikan?  DIA SORANG JA.  Tapi lani dah makin ramai juga yang duk try nak jadi macam dia,  tapi bukan semua berjaya.


So tak perlu you olls menipu pelanggan dengan mengepost pendapatan dan gaji u olls yang beribu-ribu daripada perniagaaan yang u olls jalankan,  yang tu sangatlah props.  Pernah sekali kawan akak ni,  berniaga produk makanan tambahan untuk kesihatan,  setiap bulan akan post resit pendapatan dia duk terima beribu-ribu ringgit ni.  Screen shot bubuh dalam laman sosial.  Tapi bila cukup bulan,  we olls nak buat makan-makan so nak kutip duit kongsi,  kawan akak ni cakap dia tak boleh bayar lagi,  bulan depan baru boleh bayar.  Haruslah kena maki dengan akak,  ehk puki kau ni sial penipu cakap duit gaji banyak ribu riban.  Masa tu la dia mengaku kat akak, "Actually posting tu semua aku saja letak untuk propas downline bawah aku,"  TAK BAIK BUAT MACAM TU DEK NON.



Meniru But Be Original
Okay bab ini adalah more kepada gaya penyampaian dan penulisan kita dalam laman sosial.  Seperti yang dikatakan oleh Ms.  Maria,  pihak syarikat ada sediakan gambar,  caption serta testimony daripada customer sebagai rujukan.  Tetapi,  apa yang akak nak terangkan kat sini adalah lebih daripada itu.


Sebagai peniaga online,  kita kena rajin selak-selak laman sosial peniaga online yang lain.  Sambil menyelak,  inilah masanya  untuk kita mencedok idea yang digunakan oleh pihak lain.  Tapi janganlah pulak u olls tiru seketoi-seketoi.


Jangan lupa,  peniaga tu sendiri mesti ada ramai pengikutnya sendiri yang akan nampak plagiarisme ni.  Tengok kepada gaya ayat,  cara penulisan,  icon-icon atau emoticon yang menarik,  penggunaan soalan dalam ayat,  semua tu adalah gaya yang kreatif.


So u olls jadilah peniru yang bijak!!



Jangan Kedekut
Nak jadi peniaga tak boleh kedekut.  MANA BOLEH NAK UNTUNG SAHAJA?  Beranikan diri untuk meng-sponsor kepada majlis-majlis amal,  selebriti dan blogger.  Ini semua adalah promosi.  Tak kisahlah walaupun majlis itu kecil atau besar,  selebriti / blogger itu popular atau suam-suam kuku sahaja,  tapi you olls kena ingat,  walau macam mana teruk pun kita duk promosi dalam laman sosial,  at the end of the day,  promosi dari mulut ke mulut berdasarkan pengalaman peribadi adalah lebih berkesan.


Macam akak sendiri,  akak selalu dapat macam-macam produk daripada peniaga untuk free trial and review dalam blog.  Akak selalu pesan kat peniaga ni,  kalau betul barang you olls best,  akak akan canang habis-habisan.  Kalau barang u olls sendu,  so faham-fahamlah.


So kalau barang / perkhidmatan tu bagus,  memang akak sendiri yang akan promote selalu dalam blog akak dan setiap kali akak ulang order pasti akak akan kongsi dalam blog akak.  Sampai ada orang kata "Hang ni dapat share apa - apa ka duk promote business detu lebih - lebih?"


Tapi ada juga business yang bila akak yang order,  fuh dapat semua meletops tips tops.  Tapi bila kawan-kawan pembaca blog akak pergi,  perkhidmatannya sendu, akak sendiri yang mendapat malu sebab kita dah penat-penat rekemen dalam blog,  tapi bila pembaca sendiri pergi,  indah khabar dari rupa.  Benda macam ni pun haruslah dielakkan.  Akak sendiri pun lani dah tak support perniagaan berat sebelah macam tu.  Sebab bagi akak,  akak sendiri pun nak jaga BRANDING akak sebagai blogger yang boleh dipercayai.



Rajin Belajar Ilmu Internet
Haaaa yang ini haruslah paling penting sekali.  Ramai kawan-kawan akak,  nak meniaga online,  suruh akak promote,  tapi bila akak suruh hantar gambar dengan caption,  dia pun balas "Hang tolong lah buat editing semua,  aku tak reti bab-bab ni,"


Ehkk.....puki !!  Lani sapa yang nak meniaga?  Hang ka aku?


Siries banyak kali akak jumpa orang macam ni.  Walaupun hakikat produk depa tu bagus dan bermutu,  tapi tu la...takkan dia nak tunggu akak juga untuk siap edit gambar dan bagi caption apa semua bagai?  Amboiiii banyak cantek.  Kalau nak suruh akak buat,  boleh,  tapi hang bayar aku jadi social media consultant untuk perniagaan hang,  tak mahal sebulan RM 300 sahaja.  Semua aku buat untuk hang!!


Dengan kemudahan internet lani,  bukan susah kita nak edit gambar dengan caption menarik.  Ada banyak aplikasi telefon pintar yang membolehkan kita membuat editing sendiri.  Kalau melalui laptop atau PC pun,  kita boleh layari banyak laman web yang memberikan khidmat percuma untuk membuat editing gambar dan sebagainya.


Tak semestinya melalui blog dan Facebook sahaja,  ada banyak laman web kat internet yang dibuat khas untuk memasarkan produk.  Contohnya,  ETSY.  Satu laman web untuk mereka yang suka berkraf - tangan.  U olls boleh kongsikan hasil kerja tangan u olls dan pada masa yang sama menjualnya.


Banyakkan diri untuk membaca laman web yang duk bagi tutorial tentang cara nak guna internet and kalau pemalas nak baca,  tengok ja Youtube ada banyak video yang ajar kita nak buat macam-macam benda.


Okay sekian sahaja.  Akak harap perkongsian akak ini memberikan sedikit sebanyak panduan kepada u olls yang ingin menjadi peniaga online yang berjaya.  Sorrylah kalau tips ni sikit sangat dan banyak lagi benda yang you rasa tak dapat.  Hey,  kalau nak tau lebih banyak,  rajin-rajin la pi dig information sendiri.  Ada banyak blog dan website yang duk tulis pasai TIPS MENIAGA ONLINE ni.  Macam mana nak maju dalam meniaga kalau semua benda hangpa nak siap tala depan muka?


Artikel lain yang bagus  :  CIK PUTRI

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...