United Buddy Bear Penang Exhibition & Thai Festival Penang 2016



Hello u olls,

Sekarang ni tengah berlangsung pameran patung patung beruang yang bertajuk United Buddy Bear di Padang Kota,  Penang.  Semua orang Penang duk pi,  akak pun haruslah Melayu Melayu typical tengok orang lain semua duk pi buat apa tengok,  akak pun tiru juga buat sekali.  Kan ?  Bohsan hidup akak ni.  AHAHAHAH

So pada hari minggu yang fana itu,  akak pun mengepi untuk menyaksikan pameran United Buddy Bear ini.  Naik bus dari rumah akak,  turun kat Padang Kota.  Feeling Regina Ibrahim u olls.  Ehhh !! Seronok tau naik bus.  I think naik public transport adalah sangat memudahkan. En Khafi ada ja kat rumah time tu sebab hari Ahad,  tapi akak sendiri yang feeling naik bus.

So dah sampai kat sana,  cuaca agak panas terik.  Tak guna akak tempek bedak Pixy semua u olls.  Sampai je kat sini,  dia jadi panas berkuap macam mana tak tau.  Dah la Padang Kota ni tepi laut.  Haba laut duk naik macam mana ka...sikit angin pun takdak.  Dah la pagi tadi,  Penang duk hujan.  So Padang Kota pun lecak la u olls.

Tapi takpalah,  alang alang dah sampai kan ?  Pameran United Buddy Bear ni ada banyak patung-patung bear daripada pelbagai negara dari seluruh dunia yang telah dilukis oleh seniman tempatan (dari negara asal) dan setiap lukisan yang terdapat pada bear tersebut melambangkan kebudayaan,  sejarah dan kesenian dari setiap negara tersebut.  Sangat sesuai kalau you olls pergi tengok siang hari supaya you olls boleh melihat lukisan pada bear tersebut dengan jelas.  

Akak sangat fascinated melihat lukisan-lukisan yand disenikan pada setiap patung berkenaan.  Kalau ikutkan hati akak nak amik gambar semua gambar bear ini,  tapi rasa macam tak puas.  Duk hayati tengok dengan mata  sendiri,  pastu ramai pulak pelancong yang sibuk nak bergambar dengan bear kan ?  Oleh itu,  akak amik beberapa gambar bear yang akak rasa menarik sahaja dan akak akan share kat sini.

United Bear Malaysia by Imuda.  Akak suka lukisan sangat ceria.

Patung - patung bear daripada pelbagai negara ini disumbangkan oleh individu atau institusi dari negara berkenaan.  Untuk negara kita Malaysia,  patung berkenaan telah disponsor oleh Bank Bersatu dan dilukis oleh Imuda.  Lukisan dan warna-warna pada patung Bear Malaysia amat ceria.  Objektif pameran seni ini adalah untuk menyatukan semua negara negara di dunia melalui seni.  Tapi awal-awal pameran ini ada beberapa pihak yang telah membuat isu mendesak pihak penganjur mengeluarkan beberapa patung yang didakwa mengandungi ayat-ayat Al Quran atau mungkin perkataan Allah yang dilukis pada patung berkenaan.  Ini pun dah menunjukkan betapa tak unitednya kiter,  sama-sama tak memahami sensitiviti sesama kita.  Tapi yang bestnya,  patung bear yang ada lukisan tetek terdedah tak kena tarik buang pulak.  AHAHAHAH.  Kan ????


Bohsan la objektif.  Cliche.

Okaylah taknak komen lebih lebih nanti kata akak ni liberal pulak.

Oh sebelum hangpa tengok all the pictures,  satu lagi benda akak nak carut,  kata pameran untuk menyatukan semua negara di dunia,  tapi akak tak nampak pun patung dari negara Israel ?

Sekian,  nak pi cari keropok kosher sat.  Click untuk tengok gambaq and also cerita pasai Thai Festival pulak.


Pementasan Teater Orang Minyak (Dari Pintu ke Pintu)

Masturaaaa

Sapa hari tu mai tengok Teater Orang Minyak (Dari Pintu ke Pintu) ?  Sapa yang mai memang hangpa terbaik.  Pementasan ini adalah produksi Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang dengan kerjasama JKKN Negeri Pulau Pinang serta beberapa seniman dan penggiat seni tempatan.  Skrip ditulis dan diarah oleh Abu Mamu.

Ini adalah pementasan pertama setelah akak dengan segala rasminya menjadi ahli keluarga Resdong's.  Walaupun tak banyak yang akak dapat sumbangkan dalam pementasan ini.  Tetapi insya allah,  akak dah boleh nampak dah beberapa perkara yang boleh akak bantu lagi next time sebagai orang belakang pentas.

Kepada you olls semua orang Penang yang telah menghadiri dan menyaksikan pementasan ini,  akak nak ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada kalian semua kerana memberikan sokongan.  Sorrylah akak tak boleh nak bagi review,  nanti bias pulak sebab akak dah jadi ahli keluarga Resdong's.  Tapi of course,  ramai yang happy and gembira puas gelak sampai sakit rengkong dengan celoteh merapu para pelakon sekalian.


Rahman The Rohingya Boy

Rahman,  the Rohingya Boy.

Hangpa dah baca kan cerita aku jalan-jalan kat Langkawi hari tu?  On my last day di Langkawi,  aku telah berjumpa dengan Rahman,  the Rohingya Boy.  Masa tu aku tengah bersiap packing nak balik.  Flight petang pukul 4 pm,  so kalau boleh nak keluar ni,  lunch and terus pi airport.  Walaupun dah check in,  kena masuk airport awal sebab aku tak boleh nak hand carry bagpack aku yang maha besar.

Masa aku berada di anjung depan bilik kami yang masih terbuka,  aku notis seorang budak lelaki yang kurus,  muka macam tak mandi (macam aku jugak),  duk berjalan dengan sebuah beg plastik sampah.  Mak rasa,  dia ni budak India yang kerja kat hotel ni.  Part time la kerja kat hotel untuk cari duit sampingan mungkin.


"Adik,  hang ada pen tak ?" tanya ku sambil melihat ke arah beg pinggang budak itu.


"Takdak,"


"Hang turun bawah,  hang tanya hang punya boss,  saya mau pinjam pen.  Nanti you angkat naik atas,"


Budak itu terus bergegas pergi.  Tak sampai 5 minit,  dia muncul di depan bilik kami.  Pintu bilik kami dibiarkan terbuka.  Aku pergi ke arahnya dan mengambil pen tersebut.  Budak lelaki itu memandang tajam ke arah ku.  Awat budak ni ?  Duk ushar rapat kat aku.

"Makcik ni Melayu ke?"



RIP Brangelina

Babak pembukaan dari filem Mr & Mrs Smith.

Tarikh 15 September,  Hollywood dan seantero dunia telah digegarkan dengan berita tentang perpisahan Angelina Jolie dan Brad Pitt pasangan royal Hollywood yang menjadi kesayangan ramai peminat.  Angelina Jolie yang mengefail tuntutan cerai dan katanya,  Brad Pitt sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk isterinya untuk memberikan peluang kepadanya.  Tapi rasanya u olls,  Kak Anjie tetap akan pergi meninggalkan jantan ini.  Bapak dia sendiri pun dia pernah buang,  sampai tak mau guna surname,  apatah lagi lelaki yang selama ini mak rasa dia pakai sebagai aksesori hidupnya.


Persoalan yang menjadi tanda tanya semua orang adalah,  pasaipa dia nak blah ?  Akak pun cepat-cepat membuat siasatan dan membuat bacaan rapi dalam laman-laman gossip,  ada dua cerita.


Pertama.  Brad Pitt gaduh dengan anak lelaki depa yang paling tua,  Maddox.  Tiada pergaduhan fizikal,  hanya bertengkaq mulut orang Penang kata.  Cumanya,  yang jadi lawak adalah berita ini sampai ke pihak berkuasa sampai polis mai buat siasatan kat rumah depa.  Aku tak tau la nak kata depa ni memang super dahsyat punya jaga rakyat jelata depa,  ataupun punya super bodoh sebab benda bangang macam tu pun depa nak mai siasat.


Kedua.  Aku rasa benda ini adalah lebih aku percaya adalah the fact that Brad Pitt sampai lani masih tak boleh nak buat habit dia suka duk pi enjoy,  menyebabkan Kak Anjie dah jadi fade up.  Baru-baru ini,  ada rumors mengatakan yang Brad Pitt sedang menjalinkan hubungan intim dengan partner lakonannya,  Marion Cotillard dalam filem terbaru iaitu World War II.  Tapi actually selepas Kak Anjie gigih memasang beberapa penyiasat peribadi,  dia mendapati bahawa Abang Brad duk berfoya-foya ketika di set penggambaran.  Dalam satu laman blog gossip yang akak baca,  dilaporkan begini  "The atmosphere [off-set] was full of hard drugs and Russian hookers, and Angie was told Brad got caught up in it,’


click read more

Magic Clean Face @ Magic Towel by LalaMagicTouch



Make up remover ada macam-macam jenis,  ada yang berasaskan minyak,  busa sabun,  air,  lotion dan macam-macam lagi.  But today,  akak nak share dengan you olls satu jenis tuala yang mejik dengan hanya membubuh air kosong,  u olls boleh lapkan semua noda-noda solekan di wajah you olls.

This is invention yang super meletops sebab takpayah la kita bila travel ke sana sini,  nak bawak kapas la,  botol - botol make up remover kita la,  apa la semua.  Just bawak tuala ni sahaja dah memadai.  Air kosong yang bersih kita boleh dapatkan di mana-mana sahaja kan ?

So today akak nak show you olls video lajiu yang akak buat menunjukkan macam mana Magic Towel ini berkesan.  Akak make up tebal ya,  two way cake jenama Pixy tajuk warna Tropical Beige,  light smokey eyes,  pencil eyeliner, lipstick VIVA GLAM NICKI Satin A12 yang dioles sedikit dengan Fame Lipcolour 005/Fuchia.  Sorry lupa nak amik gambar macam dah elok bermake up !!

Memandangkan akak pompuan kelas atasan, so akak spray Clinelle Pure SWISS Thermal Spring Water ke atas Magic Towel ini untuk mengelap noda noda make up di wajah akak. You olls boleh pakai air apa pun,  tapi air bersihla.  Jom tengok video akak.


Langkawi Trip 2016

Dayang Bunting :)

Hello u olls,

Pada bulan Ogos yang lalu,  akak telah membuat short trip ke Langkawi bersama kawan - kawan akak iaitu Fansuri dan Adda.  Actually short trip ini adalah sebagai meraikan Fansuri yang baru graduate from USM,  so dia dan Adda stay lama sikit kat Langkawi,  manakala akak mai for the weekend sahaja.  

Hangpa mesti pelik kan ?  Pasai pa aku ni duk pi berjalan semua sorang - sorang laki aku pi mana ?  Awat aku dah dapat status J ka ?  Aiiiyooo. (Dah ada orang kat akak so akak kena bagitau kat sini bagi mengelakkan ampa semua fitnah aku buat dosa kering)  Okay mai sini nak habaq kat hangpa,  alhamdulillah tahun 2016 rezeki kami dorang dah makin okay.  Boleh la nak pi travel mana - mana,  tapi En Khafi bukanlah lelaki lasak seperti aku.  Aku lain,  aku wanita zornen yang lasak dan bermutu tinggi.  

Akak ni boleh la nak tidur depan masjid pun kalau takdak hotel,  macam En Khafi payah.  Dia kena pi hotel ada suming fu,  ada aircond,  pastu kena pi tempat sejuk sejuk,  ada kereta,  ada aircond.  Kira untuk pelancongan mahal - mahal saja boleh bawak dia.  HAHAHA mampuih kalau dia baca artikel ni sat,  balik rumah aku nanti fight dengan dia.  Detu paranoid tak bagi aku tulis pasai dia dalam blog.  Serrr....


Hangpa ingat dak kejadian kat Perhentian pada tahun 2014 yang En Khafi hampir hampir tenggelam masa snorkeling sebab tak pasai - pasai dia kena asthma.  (Baca sini  :  Drunk in Love di Perhentian)  Haaa...itu adalah bukti sahih yang mengesahkan laki aku tak boleh nak jadi partner Adventure Time dengan aku.  So aku sebagai Finn kena carilah orang lain sapa sapa yang sudi menjadi aku punya Jake.  

En Khafi amat memahami dan telah memberikan special pass kepada aku untuk pergi melancong dan mengembara ke mana sahaja yang aku nak pi.  Dia siap akan tolong aku sponsor duit sikit untuk biayai perjalanan aku,  as long as aku plan betul - betul nak pi mana,  habaq semua apa aku nak buat,  and paling penting "Hang jangan duk buat merepek - repek sudah,"  kata suami ku kepada isterinya yang kadang - kadang boleh bertukar menjadi Gigi Hadid jika perlu.

So hangpa doalah akak dimurahkan rezeki dan akak boleh la nak start jadi pengembara backpack macam kawan aku Ridhwan Shariff and Nadia Halim Khoo.  Woot woot.  Ridwan pun yang lani dah pandai sumbang artikel kat The Vocket pun selalu bagi aku kata- kata semangat.  Insya Allah,  end of this year,  akak nak start pi back pack kat tempat dekat-dekat dulu (verver kan takpa kan ?)

Okay sambung kisah pi Langkawi.   Jom sambung baca


Jumpa Zaki Bijak di Penang

Me and Zaki Bijak.

Hello u olls,

Ini adalah cerita lawak yang sangat menarik untuk akak kongsikan dengan u olls.  Pada hari yang sama akak membawa anak-anak Jepun dari Toyo University berjalan-jalan keliling bandar Georgetown,  akak telah bertemu dengan seorang lelaki istimewa yang membuka mata dan juga memberikan satu suntikan semangat kepada akak.  Haruslah akak share dengan hangpa semua kisah pertemuan yang agak lawak ini.

Seperti hangpa semua tau,  akak bawak budak budak Jepun tu jalan jalan Georgetown Heritage Trail katanya.  Dari Campbell Street,  kami jalan kaki nak pi Armenian Street,  tapi sesat kot belakang Lumut Lane,  pastu pusing pi Little India,  then jalan terus ke Padang Kota,  and dari Padang Kota,  kami merentasi Beach Street,  cross over Victoria Street dan sampai ke Clan Jetty.  Semuanya lebih kurang 4 kilometer (mak kira guna Google Maps).  Penat jangan cakap lah kan.  Dengan panas macam praktis neraka.  Budak budak Jepun ni pulak,  ada yang mengada macam pepek,  sat sat berhenti nak touch up make up.  Kurkis betul.  Kita ni duk berpeluh macam macam kelenjar peluh reject,  depa boleh duk touch up make up.


Hop On Hop Off Penang Experience

Hello u olls,

So ampa dah pernah try ka naik Bus Hop On Hop Off Penang ?  Salah satu kemudahan pengangkutan yang terdapat di Penang ini adalah sangat menarik untuk pelancong antarabangsa dan tempatan.  Hari tu akak dan anak - anak Jepun from Toyo University,  Japan telah berpeluang untuk menaiki bus ini.

Pengalaman ini menyeronokkan tetapi most of the time,  budak budak Jepun ni boleh pulak tidur sepanjang bus ride.  Akak macam nak pi tampar muka depa sekor sekor.  Pelik tau perangai depa,  bila akak tanya,  hangpa penat ka ?  Depa kata...nooo noo.  Tapi bila mak bawak ampa berjalan,  ampa tidur.  Tapi takpalah,  me and Kak Maya still have a good time.

Bus ini agak selesa juga,  tetapi bila ramai orang,  jadi sempit la pulak u olls sebab bus ini tidak menyediakan banyak tempat duduk.  Tapi dalam bus,  ada aircond dan dipasang video yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat Penang yang pelbagai.  Bus ini akan melalui semua kawasan-kawasan tarikan pelancong dan setiap kali melintasi kawasan pelancongan,  bus ini akan perlahan seketika dan mesin suara akan membacakan tentang latar belakang dan sejarah tentang lokasi pelancongan berkenaan.  Very informativelah juga untuk para pelancong yang nak tengok semua benda in a short time.  Kalau akak personally,  akak lebih suka pi satu - satu tempat tu dan spend time di situ untuk masa yang lebih lama.  Bukan lalu jer.....



Pembekal Kambing & Lembu untuk Ibadah Qurban & Akikah Pulau Pinang

Assalamualaikum semua !!

Kepada semua umat Islam di seluruh Pulau Pinang dan kawasan yang sewaktu dengannya yang sedang mencari pembekal kambing atau lembu untuk tujuan ibadah qurban,  akikah,  nazar ataupun untuk tujuan kenduri doa selamat,  bolehlah hubungi kami.

Kami menyediakan kibas,  kambing biri - biri,  boer serta lembu dari baka terbaik dan pada harga yang berpatutan.  Selain membekalkan haiwan ternakan hidup untuk tujuan qurban dan akikah,  kami juga menyediakan khidmat penyembelihan serta siap panggang / masak mengikut permintaan pelanggan.  Semuanya pada harga yang boleh dibincangkan.

Untuk pengetahuan semua,  kambing & lembu dipelihara dalam kandang persendirian yang bersih terletak di kawasan Gelugor,  Penang.  Kandang dibersihkan setiap hari manakala,  kambing - kambing pulak dimandikan setiap dua minggu.  Menurut Mantaro juga,  kambing dan lembu berkenaan dibeli daripada penternak kambing tempatan dan ada pulak yang di bawa daripada Burma ataupun Thailand.

Hubungi  :
Pembekal Kambing & Lembu untuk Ibadah Qurban & Akikah Pulau Pinang
Mantaro Resdong's
+60 17-457 1837
Facebook :  Mantaro Resdong's

Dalam gambar adalah Mantaro Resdong's yang hemsem.




Smule Makcik Microphone


Hello u olls,

Yeaaah !! Akak buat video Smule lagi.  Memang baguih lah Apps ni,  akak rasa lani lebih yakin nak menyanyi sebab dengan adanya apps ni secara tak langsung akak boleh prektis melalak.

So far akak dah rakam beberapa video,  ada yang akak just saved kat account Smule akak jer sebab main main u olls.  Ada yang akak rasa okay,  tidak memalukan diri sendiri dan maruah suami,  akak share lah kat Facebook. 

Antaranya yang akak rakam hampir sebulan lalu,  akak buat aksi makcik microphone.  HAHAHAH.  Memang cibai akak menganjingkan satu pompuan ni yang akak duet secara random dalam Smule Apps.  Akak kan macam pompuan-pompuan dintis,  tak mampu nak beli membership VIP Smule,  bukan tak mampu u olls,  actually akak takdak credit card,  and secondly,  akak pakai U Mobile,  kalau pakai Digi depa kata,  just top up pun dah boleh beli membership VIP.

Tapi lantaklah,  disebabkan akak membership biasa,  so akak kalau nak nyanyi kenalah tumpang nyanyi berdasarkan invitation daripada rakan yang akak follow ataupun mana mana random people yang share depa punya invitation to all.  

So it happens that akak teringin nak nyanyi lagu favorite akak iaitu Kisah Hati by Alyah.  Akak pun jumpa la video pompuan ni suara dia okay jugak.  Akak selalu pilih suara orang yang sedap ya,  kalau suara tak best,  akak takdak semangat nak duet.  HAHAHAH siries.  So pompuan ni rakam video dia siap dengan microphone ada penapis suara semua u olls.  Aiiiyooo ver ver ni.

Akak ni takdak perkakas tu semua,  so akak buat macam mana?  Akak pun carilah bunga telur pelastik yang macam ada tangkai sikit,  so akak pun ver ver lekat depan muka akak and jadikan akak punya microphone tipu tipu ni.  Akak pun siap buat muka feeling feeling menghayati lagu gitu......haruslah u olls.

Okaylah,  here goes akak share beberapa video.


Name Card Jumie Samsudin Edisi 2016

Actually akak patutnya dah lama buat name card yang focus tugasan sampingan akak sebagai seorang blogger.  Dulu akak adala name card sendiri untuk business side income akak iaitu sebagai seorang make up artist,  tapi untuk blogger akak tak buat lagi.




Sejak duk pi event-event review makanan kat hotel hotel tu,  akak rasa patut la buat name card sendiri.  Tapi haram duk busy,  apa pun tak buat.

So lani alhamdulillah baru baru ni akak pelan-pelan cari idea,  dan akak pun buat design ni.  Lepas tunjuk kat Anak-Anak Ayam JS depa semua pun bagi komen sikit,  akak edit,  voila !! Akak pun pi lah print.


Jalan - Jalan Bukit Bendera Penang Part II

Sky Walk Bridge
Sky Walk memberi kelebihan kepada para pengunjung Bukit Bendera untuk mendapatkan panorama 360 darjah selsyius.  Gitu.   Bila kita turun ja daripada tren,  first sekali tengok kanan kita akan nampak sky walk dulu.  And Sky Walk ini dilengkapi dengan lift untuk kita turun ke bawah dan berjalan-jalan di area yang selalunya pelancong tak berapa nak lalu. Tak tau la pasaipa !! Aku cadangkan ampa,  lepas puas tengok pemandangan di Sky Walk,  ampa masuk lift dia dan turun ke bawah.  Jalan-jalan dan cari Edge Cliff Bungalow yang aku akan cerita kat bawah nanti.

Ini gambar masa jalan-jalan dengan Fansuri.
Click read more


Jalan - Jalan Bukit Bendera Penang Part I


Hello u olls,

Orang Penang selalunya akan kata "Buat apa aih nak naik Bukit Bendera...bukan ada apa-apa ataih tu ?"  I think itulah juga yang akan dikatakan oleh Parisian "Awat nak pi tengok Menara Eifel tu,  semata-mata besi buruk saja,"

Haaaaa begitulah kisahnya kan lebih kurang ?

Ive been to Penang Hill dah banyak kali la masa time sekolah dulu,  duk pi hiking la,  duk pi naik sana time blah sekolah la...AHAHAHA.  Musibat dak kami ? Blah sekolah naik Bukit Bendera.  Tapi since kereta api yang terbaharu di- installed di Bukit Bendera ni iaitu pada April 2011,  akak tak pernah naik Bukit Bendera lagi.

Tapi tak tau macam mana tahun ni,  2016,  dah 3 kali akak naik Bukit Bendera.  Sekali masa bulan 5,  pastu dua kali dalam bulan Ogos.    So dalam artikel ini,  akak akan share dengan u olls gambar-gambar sepanjang akak jalan-jalan di Bukit Bendera dalam tiga lawatan yang akak dah pi ni.

For those yang berhasrat nak naik Bukit Bendera lagi,  I hope this article can help you plan to explore more of Penang Hill.  Not just going on the love bridge,  duk feeling-feeling ikat kunci love kat atas jambatan tu.  Bongong perabis duit,  nanti kalau lama-lama besi tu dah berat,  depa nanti potong bukak buang pun semua kunci mangga love tu.  That's what happened in Paris.  Actually kita boleh jalan - jalan,  sambil hirup udara yang segar boleh lah kita tengok udara yang cantik.

Posing kekwat di Love Lock Bridge.

Tiga kali aku naik Bukit Bendera ni,  tiga kali aku dapat experiences yang berbeza.  Memang plan nak pi Bukit Bendera lagi,  this time,  aku plan nak hiking !!!  Yes,  wanita agam 100 kg ini berhasrat untuk hiking.

Jom baca cerita panjang.  Warning post ini sangat panjang dan mengandungi banyak gambar !!


Inner Tiffany by Alhumaira Contemporary

Boleh dak aku nak rekemen ampa semua pakai inner tudung Alhumaira. Untuk wanita lasak bersifat kehaiwanan sikit macam aku, inner tudung jenis ninja adalah pilihan terbaik.

Aku suka inner Alhumaira ni sebab  :

✅ Material dia sejuk dan lembut 

✅ Fit dan tahan lama

✅ Muka aku kan size talam, so walaupun dah pakai lama, dia tak jadi longgar

✅ Datang dalam colour- colour yang stylo 

✅ Selesa pakai untuk mai office atau masa beriadah

✅ Jahitan dia kemas kat bahagian bawah sanggul,  so kalau sapa yang sanggul besar tu,  senang nak masukkan sanggul rambut dengan kemas.

✅  Bahagian bawah inner tu agak labuh dan dapat tutup all leher dan bahagian leher

✅  Memang sesuai kalau aktiviti lasak ka apa ka sampai petang pakai pun rambut tak dak terkeluar pun kot tepi !!




Click for more info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...