14.9.16

Good Bye International Office USM

Akak sedang focus membuat kerja di cubicle akak di International Office.  Haram style lidah terkeluar sikit. HAHAHAHAH

Hello u olls,


Baru - baru ni akak adalah share kat Facebook akak.  "It's official #15September" pastu akak letak feeling sad.  Yes,  pada Khamis,  15 September ini,  setelah tepat 3 tahun akak bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa,  akak akan berpindah ke jabatan baru dalam USM iaitu Penerbit USM.


Semua pun pelik,  kenapa tiba - tiba akak tukar ?  Bukan akak mintak tukar pun u olls,  tapi ini adalah susunan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.  Ampa ingatkan my boss Puan Ajindar Kaur dah pencen,  akak pernah share dalam blog akak hari tu.  Actually jawatan akak kat USM ni adalah setiausaha,  malu nak tulis akak ni setiausaha sebab selalunya setiausaha ni orang selalu anggap macam simbol seks.  Tak cukupkah sekarang ni akak memang dah simbol seks kan ? AHAHAHAH


So bila Puan Ajindar dah pencen,  nampaknya pihak Universiti membuat perancangan baru dalam struktur organisasi di Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.  Jawatan Timbalan Pendaftar N52 ( position Puan Ajindar) tidak akan digantikan dengan calon baru,  dalam erti kata lain,  dijumutkan.  Oleh itu,  akak sebagai setiausaha,  kira dah macam hantu raya takdak tuan la u olls,  so haruslah akak dipindahkan kepada tuan baru yang memerlukan setiausaha.  Sebab tulah akak ditempatkan ke Penerbit USM,  sebab setiausaha kat situ pulak baru sahaja naik pangkat dan perlu berpindah jabatan yang bersesuaian dengan pangkatnya.







Actually two months lepas Puan Ajindar pencen akak dah naik jumpa pegawai HR,  and akak pun tanyalah my situation macam mana,  so disebabkan tiada kata putus yang pasti buat masa tu,  pihak HR mintak akak stay dulu kat office akak dan cuba bantu apa sahaja yang boleh.  Disebabkan itu,  akak pun membantu Dr.  Hafizal dalam hal hal pengurusan program jangka pendek.


Sebab tu lah sepanjang Julai sampai lani,  akak busy gila.  Walaupun tengah cuti semester,  timelah universiti antarabangsa ambil kesempatan bawa pelajar mereka ke USM dan buat macam-macam program.


Tiba - tiba,  tengah akak syiok duk handle kerja macam mana ka akak dapat called daripada pegawai HR dan bagitau "Okay Jumie...get ready ya....nanti dapat surat...pergi ke Penerbit USM,"


So akak pun punyalah happy sebab akhirnya akak tau status akak macam mana,  yelah risau jugak sampai bila akak nak kena tunggu boss baru masuk.  And memandangkan akak pernah rasa berpindah office daripada PPS Kemasyarakatan ke Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa,  akak rasa macam best sangat sebab sekali lagi akak dapat peluang berhijrah.


Dengan girangnya,  akak bingkas bangun,  dan bagitau kat kawan - kawan office semua "Wehssss...aku akan kena pindah.....yeaah...pi Penerbit USM,"  aku ikhlasnya happy bila tau khabar berita tu.  Kalau ikutkan dari tarikh Puan Ajindar pencen,  dah hampir 4 bulan la jugak aku menunggu.


Pastu kawan office aku cakap, "Betul ka?  So Jumie nak tinggal kami semua la..."  Aku punyalah seronok girang nak pindah,  aku tak realized yang aku akan meninggalkan kawan kawan aku kat sini.  Siriesly,  tanpa disangka sangka,  air mata jantan aku menitis laju depan kawan - kawan.  Yes,  aku akan meninggalkan depa semua.


Memanglah berpindah dalam USM sahaja,  memanglah dekat sekentot dan kalau jerit pun boleh dengar,  tapi dalam seharian kita duk buat buat kerja,  kemesraaan dan masa yang terluang bersama dah tak macam dulu lagi.  Aku sangat happy dengan team work yang ada di Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa,  semua orang rajin bekerja,  selalu bantu membantu dan yang paling penting,  akak tak pernah rasa macam akak sorang buat kerja dalam office tu !!! Team work kami memang best.


Tambahan pulak,  hubungan kami semua,  staf sokongan dan bosses semua adalah sempoi dan mesra macam keluarga.  Siriesly aku akan rindu semua ni.


Akak dah baca lah website office baru akak,  cuba faham struktur organisasi,  kerja kerja yang dibuat,  kalendar aktiviti dan sebagainya.  Tapi tulah u olls,  walaupun kita dah kerja lama,  tapi tak semestinya kita pi tempat baru,  semua benda kita boleh buat.  Kita akan rasa macam zero balik sebab tempat baru mungkin ada sistem dan cara tersendiri.  Itulah bagusnya kita berhijrah,  lagi banyak ilmu kita dapat and of course kita akan jumpa lebih banyak kawan kawan baru.


ps/  Esok lusa akak akan berangkat ke office baru,  ampa doalah semuanya berjalan dengan mudah.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...