UK Clark Sales

19.9.16

Hop On Hop Off Penang Experience

Hello u olls,

So ampa dah pernah try ka naik Bus Hop On Hop Off Penang ?  Salah satu kemudahan pengangkutan yang terdapat di Penang ini adalah sangat menarik untuk pelancong antarabangsa dan tempatan.  Hari tu akak dan anak - anak Jepun from Toyo University,  Japan telah berpeluang untuk menaiki bus ini.

Pengalaman ini menyeronokkan tetapi most of the time,  budak budak Jepun ni boleh pulak tidur sepanjang bus ride.  Akak macam nak pi tampar muka depa sekor sekor.  Pelik tau perangai depa,  bila akak tanya,  hangpa penat ka ?  Depa kata...nooo noo.  Tapi bila mak bawak ampa berjalan,  ampa tidur.  Tapi takpalah,  me and Kak Maya still have a good time.

Bus ini agak selesa juga,  tetapi bila ramai orang,  jadi sempit la pulak u olls sebab bus ini tidak menyediakan banyak tempat duduk.  Tapi dalam bus,  ada aircond dan dipasang video yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat Penang yang pelbagai.  Bus ini akan melalui semua kawasan-kawasan tarikan pelancong dan setiap kali melintasi kawasan pelancongan,  bus ini akan perlahan seketika dan mesin suara akan membacakan tentang latar belakang dan sejarah tentang lokasi pelancongan berkenaan.  Very informativelah juga untuk para pelancong yang nak tengok semua benda in a short time.  Kalau akak personally,  akak lebih suka pi satu - satu tempat tu dan spend time di situ untuk masa yang lebih lama.  Bukan lalu jer.....





Untuk u olls yang berminat nak naik bus Hop On Hop Off Penang,  berikut adalah senarai harga untuk panduan u olls  :

Malaysian
MyKad          24 jam          RM 19
                      48 jam          RM 32

MyKad (Child / Student / Diasable)                    24 jam          RM 12
                                                                           48 jam          RM 20

MyKad          Single trip           RM 10
MyMyKad     Single trip          RM 5
(Child / Student / Diasable)

Pelancong Antrabangsa

Adult          24 jam          RM 45
                   48 jam          RM 80

Child / Student / Diasable          24 jam          RM 19
Child / Student / Diasable          48 jam          RM 38

Single trip adult          RM 20
Single trip                   RM 10
(Child / Student / Diasable)




Ada dua route utama yang u olls boleh follow.  City Route dan juga Beach Route.  Main point / tempat tukar route adalah di depan Gurney Plaza.  Kedua dua route kami naik.  Dua dua route best.  City route kita akan lalu semua bangunan lama lama kat Georgetown, Beach Route pulak kita akan lalu dan tengok pemandangan laut yang cantek.

Selfie dengan Kak Maya yang kekwat.

Masa ni 50% dah lena.  Nahariam.

Akak muka kecewa tengok depa semua duk tidoq. Haram.

Masjid Negeri from on top of Ho Ho.

Gurney Drive Traffic Jam from on top of Ho Ho.

Ni masa kami nak start lalu pi Beach Route dah !! Yang duk ceria kat depan tu adalah anak-anak Buddies USM ku.  Kakak pakai tudung kat kanan gamabr adalah random pelancong.  Pastu yang jantan pakai spek mata duk angkat peace tu semua anak anak Jepun yang lelaki yang macam baguih sikit.  Depa really enjoy the trip.  Yang pompuan pompuan tempek mekap semua masuk kot dalam aircond dan lena.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com