UK Clark Sales

13.9.16

Jalan - Jalan Bukit Bendera Penang Part I


Hello u olls,

Orang Penang selalunya akan kata "Buat apa aih nak naik Bukit Bendera...bukan ada apa-apa ataih tu ?"  I think itulah juga yang akan dikatakan oleh Parisian "Awat nak pi tengok Menara Eifel tu,  semata-mata besi buruk saja,"

Haaaaa begitulah kisahnya kan lebih kurang ?

Ive been to Penang Hill dah banyak kali la masa time sekolah dulu,  duk pi hiking la,  duk pi naik sana time blah sekolah la...AHAHAHA.  Musibat dak kami ? Blah sekolah naik Bukit Bendera.  Tapi since kereta api yang terbaharu di- installed di Bukit Bendera ni iaitu pada April 2011,  akak tak pernah naik Bukit Bendera lagi.

Tapi tak tau macam mana tahun ni,  2016,  dah 3 kali akak naik Bukit Bendera.  Sekali masa bulan 5,  pastu dua kali dalam bulan Ogos.    So dalam artikel ini,  akak akan share dengan u olls gambar-gambar sepanjang akak jalan-jalan di Bukit Bendera dalam tiga lawatan yang akak dah pi ni.

For those yang berhasrat nak naik Bukit Bendera lagi,  I hope this article can help you plan to explore more of Penang Hill.  Not just going on the love bridge,  duk feeling-feeling ikat kunci love kat atas jambatan tu.  Bongong perabis duit,  nanti kalau lama-lama besi tu dah berat,  depa nanti potong bukak buang pun semua kunci mangga love tu.  That's what happened in Paris.  Actually kita boleh jalan - jalan,  sambil hirup udara yang segar boleh lah kita tengok udara yang cantik.

Posing kekwat di Love Lock Bridge.

Tiga kali aku naik Bukit Bendera ni,  tiga kali aku dapat experiences yang berbeza.  Memang plan nak pi Bukit Bendera lagi,  this time,  aku plan nak hiking !!!  Yes,  wanita agam 100 kg ini berhasrat untuk hiking.

Jom baca cerita panjang.  Warning post ini sangat panjang dan mengandungi banyak gambar !!





Lawatan 1  :  May Visit with Fansuri
May Visit,  akak pi dengan kawan akak Fansuri.  Kami pi petang,  lepas attended kenduri birthday anak kawan kami.  Kami naik around 6 something dan turun lebih kurang 9.30 pm.  Sayangnya half the journey, camera akak habis batery and kami tak boleh la nak capture pemandangan kota Georgetown pada waktu malam dari puncak Bukit Bendera.  I tell you !! Siries pemandangan Penang waktu malam from Penang Hill adalah sumpah cantek gila.  Tambahan pulak,  petang tu ada hujan sikit so macam the rain has cleared up the sky.  Photographer yang naik Bukit Bendera malam tu memang beruntung lah.


Fan membuat posing pelancong.

Ini gambar akak pulak posing.  Yes,  akak dah kurus sikit.  Sekian,  terima kasih.

Fansuri kagum sebab gambar dia terpampang di station bawah Bukit Bendera.

Selfie yang tak berapa nak jadi.  Yang belakang tu adalah kawan sekampung dengan akak nama dia Ashady,  dia kerja kat Penang Hill.  Ayat celaka beliau adalah "Aku nampak la awat ada macam Manap versi pakai tudung duk beli tiket...aku takut nak tegur,"  Celaka kan ?  Manap adalah bapak akak.  


Lawatan 2  :  August Visit with Kak Edeh
Lepaih pi naik Bukit Bendera dengan Fansuri,  akak pun cerita la kat mak akak iaitu Kak Edeh.  And ever since then,  berkali kali dia duk sebut kat semua orang,  "Nanti Jumie kalau free,  dia nak bawak aku naik Bukit Bendera,"

Pastu mai satu weekend,  kebetulan aku free,  aku bangun cun cun 15 minit before Subuh.  Pastu aku pun kata kat laki aku,  "Lepaih Subuh ni aku nak sambung tidoq sampai tiga hari baru aku nak bangun,"

Pastu laki akak kata,  "Hang tak baik,  hang kalau tak buat apa hari ni,  hang ajak la mak pi Bukit Bendera.  Dah berapa kali dia duk sebut nak pi Bukit Bendera,"

Oleh kerana itu,  akak pun terus gerak mak akak bangun.  Lepas Subuh dan bersiap,  pukul 630 am kami dah keluar rumah dan menuju ke stesen kereta api bawah Bukit Bendera.  Mesti ampa macam terkejut,  MAK AIHHH awalnya.  Actually kelebihan kalau kita pi awal pagi adalah tiket yang murah dan orang pun tak berapa ramai.  Nanti akak akan cerita kat ampa pasai promosi istimewa ni.

Untuk pengetahuan ampa,  rumah kami dengan Bukit Bendera adalah sangatlah dekat sekentot.  Kalau ampa semua berkunjung ke Penang,  adalah wajib ampa lalu depan rumah kakak bila nak pergi Bukit Bendera ni.  Landmark rumah akak,  sebelah sekolah Chung Ling.  So disebabkan dekat,  by 645 am kami dah sampai kat kaki Bukit Bendera.

Sampai di sana,  kami ingatkan kami ja yang ada,  rupanya ramai dah beratur dengan kami untuk membeli tiket.  Tapi semua bukan Melayu la ya.....sebab Melayu semua duk sibuk Subuh lagi.  Haaa gitu carutan akak.

Cerita cerita lain akak akan sambung kat bawah mengikut kategori.

Akak buat naya kat Kak Edeh,  ajak dia naik bukit,  jalan sana sini,  last sekali,  dia jumpa satu bangku (di laluan yang tak ramai orang) dia kata kat akak.  "Mak nak rehat mata sat la...penat....,"  Pastu akak pun berenti la.  Sekali nenjiaa....mak akak tidoq mau nak dekat satu jam 30 minit kat situ.  AHAHAHAHAHHA.  Kesian kat mak aku.

Lepas bangun tidoq,  akak paksa mak akak jalan-jalan dan posing mosing lagi.  HAHAHAHA.

Sorry gambar ni tak berapa cantek.  Okay bye.


Setelah lama berposing di sana sini,  semakin lama mak akak dah semakin berani mengeluarkan aksi aksi posing yang lebih eksperimental.  Contohnya pose silang kaki ni.  Walaupun sukar,  tapi Kak Edeh berjaya membuat pose silang kaki dengan berjaya. Good job Kak Edeh.

My favorite picture,  Kak Edeh as Puteri Periuk Kera.  Comels mak aku ni.  Sorrylah,  Putera Periuk Kera kami tak bawak.  (Bapak aku).  Kami dua dua orang tinggal suami di rumah. HUHU.


Lawatan 3 :  Merdeka Day Visit with Toyo University,  Japan students'
Then on 31st August,  akak mai Bukit Bendera sekali lagi.  This time membawak rombongan anak-anak Jepun dari Toyo University yang sedang menjalankan program jangka pendek Learning Diversity in Malaysia di bawah pejabat tempat akak bertugas iaitu International Mobility & Career Centre.

Selalunya kami staff tak payah ikut pun program Penang Island Tour ni,  tapi disebabkan tak cukup pembantu pelajar (BUDDIES USM) sebab kami ada banyak event yang berlangsung pada waktu yang sama,  so akak dan 5 orang BUDDIES USM telah mengetuai 24 pelajar dan 1 orang pensyarah daripada Toyo University ini untuk tour around Penang Island.

Siriesly,  akak sedikit menyesal kerana mengambil inisiatif untuk memikul tanggungjawab ini kerana hakikatnya aktiviti ini adalah hanya untuk u olls yang muda mudi.  Lagipun program tour ni berlangsung the whole day sampai malam.  Ditambah dengan cuaca di Penang yang panas macam praktis neraka and tiba tiba petang turunnya hujan dengan lebat.  Dua hari lepas program ni,  akak flat out tak boleh bangun tidur sebab too exhausted.

Bab tu akak akan cerita lebih lanjut dalam artikel seterusnya.  Ada la beberapa tips untuk u olls kot kot esok lusa nak mai Penang.


Oh ya,  akak ada membawa jugak kawan akak iaitu Kak Maya untuk menyertai ekspidisi ini.  Best jugak bawak beliau.

Group photo.  Sangatlah Rombong Kak Zah ke Bukit Bendera.  Kan ??


Early Bird
Promosi untuk semua pemegang Mykad (Warga Malaysia) untuk semua kategori dapat beli tiket tren Bukit Bendera dua hala dengan hanya RM 3 sahaja tetapi kena mai beli pada waktu-waktu berikut  :

6:30 am hingga 9:00 am
7:00 pm hingga 10:30 pm

Promosi ini adalah untuk sepanjang tahun termasuk pada hari Sabtu dan Ahad tetapi kecuali pada hari Cuti Sekolah yang telah di tetapkan oleh Ministry of Education.

Dua dua anak beranak dah tunggu depan kaunter tiket dengan semangatnya.


Syioknya mai time time macam ni adalah tak ramai orang,  boleh menyaksikan matahari terbit dan pada hari hari istimewa like lepas hujan dan sebagainya,  kita boleh merasaikan fenomena kabus berarak di tepi tepi bukit ala-ala duduk kat negara Mat Salleh u olls.  Plus,  udara pada ketika ini juga adalah lebih sejuk,  segar dan nyaman.  Sesuai sangat untuk mencuci paru paru kita semua.  It is estimated that,  cuaca atas puncak Bukit Bendera adalah 5 darjah lebih sejuk berbanding di bawah bukit.

For those yang nak plan nak mai early bird macam ni,  tapi risau terlepaih Subuh ka apa,  dont worry,  on you way nak mai kaki  Bukit Bendera ampa ampa passed by dua masjid,  one is Masjid Negeri and one is Masjid di Zoo Road.  Dari Masjid Negeri / Masjid Zoo Road tu,  naik kereta lebih kurang 5-6 minit dah sampai stesen bawah Bukit Bendera sebab awal pagi tak dak kereta so tak lah jem.

And kalau ampa group kecik,  ampa mai terus kat stesen bawah Bukit Bendera ni pun boleh Subuh kat surau yang disediakan.  Tapi surau ni kecik la.  Kalau niat nak Subuh kat masjid atas Bukit Bendera memang tak sempat la sebab by the time kita nak naik first train,  dah lebih kurang 715 am dah.

Akak sangat suka mai Penang Hill awal awal pagi macam ni.  Mai akak nak share dengan you olls gambar akak ambil ketika matahari mula menyinari bumi Georgetown.  Siriesly,  this picture didnt do justice.  Kalau ampa mai tengok sendiri lagi bertuah.

Setibanya kami di puncak Bukit Bendera kami terus ke Skywalk Bridge,  masa tu awan pagi menyelubungi bandar Ayer Itam dan kota Georgetown.  Nothing that we can see.  Hanya hamparan awam gebu.  Sangat mejik time tu.  Pastu perlahan-lahan,  awan-awan itu berarak ke tepi seolah-olah tabir yang terbuka.  Dan kami mulai ternampak bangunan-bangunan kecil dan bukit-bukit, dan Penang Bridge,  1 dan 2.

Tapi doalah cuaca baik baru u olls boleh nampak macam ni,  the second time akak mai awal pagi dengan group Jepun,  cuaca mendung.  So pemandangan suram sahaja.  


Here come the sun.  Muncul nun jauh di arah Bukit Mertajam.


This two pictures akak rakam dari atas Bungalow Edge Cliff.  Rona jingga yang cantik.






Flora & Fauna
Kebetulan akak mai ni bulan Ogos,  so banyak hujan dan banyaklah pokok-pokok berbunga indah dan cantek sekali.  Here are some of the bunga bunga cantek yang akak rakam.  I guess maybe masa bulan Feb - Mei yang selalunya akan panas kat Malaysia ni,  tak berapa banyak sangat bunga yang cantek-cantek kot.

Caption adalah mengikut numbering / susun atur gambar
123
456


1.  Bunga ni macam cerombong,  warna putih.  Ada banyak kat area bungalow kosong bawak Skywalk.

2.  Bunga loceng haluih.

3.  Bunga apa taktau.  Pokok hutan yang tumbuh tepi tepi Bungalow Edge Cliff.

4.  Bunga ni kalau tak salah nama dia adalah Bunga Pekan. Dia macam bunga melur tapi tajam tajam.  Dia tumbuh secara liar.  Akak pernah amik anak pokok ni dari rumah Tok Gayah (Nenek suami akak di Bukit Gambir,  Muar Johor.  Bawak balik rumah konon nak tanam...tak boleh menjadi u olls).

5.  Paku pakis yang menguning.  Cantek !!

6.  Cendewan yang tumbuh selepas hujan (peribahasa).


1 2 3 4 5 6 Semua bunga dan pokok pokok random aku amik.



1.  Bunga raya.

2 & 3. Macam pokok misai kucing.  Tapi pelbagai warna.

4. Tak tau nama apa.

5.  Ni bunga putih aku panggil bunga getah.  Selalu ditanam depan rumah Orang India dan depa akan pakai untuk sembahyang.  Bunga ni takdak bau tapi cantek dan tahan lama.

6. Orkid putih yang kecik.



1.  Bunga ni macam raksaksa.  Macam bunga yang selalu dalam filem sains fiksyen yang boleh makan orang.  Tak tau nama apa.  Pokok bunga ni aku rakam di area verandah Hotel Bellevue.

2.  Bunga kerak nasi.  Yang ni aku kutip duk jatuh jatuh.  Bunga ni sangat wangi.  Orang dulu dulu akan petik bunga ni dan letak di baju / sanggul as natural perfume.  Tapi kalau zaman lani,  ampa kalau nak tau bau yang hampir similar dengan bau ini,  ampa beli perfume Lanzin tajuk Marry Me.   Lebih kurang sama baunya.

3.  Satu lagi bunga ala ala raksasa.

4.  Rama rama posing dengan kekwat yang tak terbang lari bila aku duk mai focus nak amik gambar ni.

5.  Bunga ni tumbuh kat jenis jenis pokok macam pokok halia.

Kak Edeh berposing dengan bunga raya yang besar gila sebesar muka Kak Edeh sendiri.  Gila sempoi.

Baca Jalan - Jalan Bukit Bendera Penang Part I.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com