Jom Try Diameida Fabulous Mascara

13.9.16

Jalan - Jalan Bukit Bendera Penang Part II

Sky Walk Bridge
Sky Walk memberi kelebihan kepada para pengunjung Bukit Bendera untuk mendapatkan panorama 360 darjah selsyius.  Gitu.   Bila kita turun ja daripada tren,  first sekali tengok kanan kita akan nampak sky walk dulu.  And Sky Walk ini dilengkapi dengan lift untuk kita turun ke bawah dan berjalan-jalan di area yang selalunya pelancong tak berapa nak lalu. Tak tau la pasaipa !! Aku cadangkan ampa,  lepas puas tengok pemandangan di Sky Walk,  ampa masuk lift dia dan turun ke bawah.  Jalan-jalan dan cari Edge Cliff Bungalow yang aku akan cerita kat bawah nanti.

Ini gambar masa jalan-jalan dengan Fansuri.
Click read more



Ini masa jalan-jalan dengan Kak Edeh.

Ini masa jalan jalan dengan group Jepun.  Haruslah banyak bendera Malaysia sebab masa ni hari Kebangsaan.

Baru sahaja dirasmikan oleh Chief Minister LGE.

Menara Sky Walk dari bawah.




Bellevue Hotel
Masa berjalan jalan dengan mak I,  Kak Edeh,  lepas dia bangun daripada 'rehat mata' hampir sejam 30 minit,  bila dia bangun ja,  dia kata ..."Mak macam lapar la...." Haaa kerlas kan mak akak ?  So kami teruskan perjalanan ke Bellevue Hotel yang terletak di bahagian sedikit atas daripada pavilion di mana terletaknya kawasan lapang /  Owl Museum dan cafe.  Lebih tepat,  hotel ini terletak berhadapan dengan Taman Burung.

Bellevue adalah salah satu hotel yang masih beroperasi di puncak Bukit Bendera.   Memiliki 12 buah bilik penginapan dengan harga antara RM 300 hingga RM 500 semalam.  Tapi kalau nak murah,  sila watch out for special discount on online booking portal.

Dikatakan,  seluruh Bukit Bendera mengandungi 52 buah rumah agam / banglo.  42 daripadanya adalah milik persendirian manakala 10 lagi adalah milik kerajaan negeri.  Manakala Banglo Bel Retiro atau Governors Bungalows yang dibina pada tahun 1789 adalah yang tertua sekali.

So sekiranya anda berpeluang untuk menginap di Bellevue Hotel,  maka lengkapkah ekspidisi Bukit Bendera anda kali ini.  Gitu ayat akak macam rancangan pelancongan apa saja.  Tapi akak rasa,  yes,  insya allah next next time akak nak try menginap kat sini.  Tapi for sure nak kena ajak kawan-kawan mai duduk ramai-ramai.


Bangunannya agak lama,  tetapi bukanlah macam era pemerintahan British tu.  Akak rasa,  daripada struktur luaran,  bangunan ini mungkin di bina sekitar tahun 1950 an.  Sepanjang jalan dari lobby utama menuju ke verandah cafe yang sangat famous dengan kecantikan tamannya,  akak rasa sedikit seram sejuk.  Melalui jalan itu seperti berada dalam set filem seram pembunuh bersiri Hollywood.  Kami tak dibenarkan untuk mengambil gambar lukisan-lukisan lama yang dipamerkan untuk dijual malah pameran mengenai seorang profesor Inggeris yang menjadi inspirasi kepada arkitek tempatan untuk membina kubah 'dome' bangunan KOMTAR Penang juga tidak diizinkan untuk kami merakam gambarnya.  Tapi ampa mai la sini,  ampa sendiri boleh tengok pameran tu.  Dan kalau tak salahlah,  arkitek tempatan itu adalah pemilik Hotel Bellevue dan juga merupakan adik kepada mantan Menteri Besar Penang iaitu Tun Dato' Seri Dr. Lim Chong Eu.


Jalan menuju cafe,  macam horror kan ?


Akak dan Kak Edeh mengambil kesempatan untuk makan pagi ala ala mat salleh kat sini.  Pengurus hotel kat sini menyambut dan melayan kami dengan begitu baik sekali.  Dah la takdak orang !! Rasa macam reserve private tour kat sini.  Set breakfast kat cafe ni suprising tidaklah mahal mencekik darah macam kat cafe yang pelancong selalu pi makan kat Bukit Bendera tu.  Untuk set breakfast,  hanya RM18. 90 dapat juice,  coffee or tea dan juga pilihan menu utama.  Akak of coursela amik ala ala English Breakfast gitu,  mak akak amik vegetarian beehoon.   (Tapi manager tu bagi extra hot dog kat mak akak ...kerlas !!! )

Defitnitely will come again !!

Read  :  http://bellevuehotel.my

Menu yang berpatutan.



Masa kami tengah makan,  tiba - tiba kabus menjelma.  Aiiiyooo mistik sangat.

Tamannya adalah yang terbaik sekali.  Privasi (sebab sapa nak masuk sini kena bayar ya),  dan pemandangan kat sini juga sangat indah.  Kita boleh nampak banglo-banglo lain di puncak - puncak bukit di Penang Hill.













Guard House
This is the first akak mai sini.  Kak Maya yang culik dan bawak akak mai sini masa kami punya rombongan Kak Zah bersama anak-anak Jepun.  Tiada sign board yang menulis dan menceritakan tentang struktur bangunan 'Guard House' ni.  So I guess,  bangunan ini adalah milik persendirian dan merupakan pintu masuk utama kepada sebuah rumah agam yang terletak di sebalik Guard House ini.  Pelancong bebas untuk keluar masuk dan bergambar di sekitar Guard House ini sebab semua pintu dan pagarnya tidak berkunci.

But later,  bila duk google sana sini dalam Internet,  rupanya rumah agam yang terletak di belakang Guard House ini adalah Bel Retiro Bungalow atau The Governers Bungalow yang merupakan hak milik kerajaan dan rumah agam tertua dibina di puncak Bukit Bendera yang dibina pada tahun 1789.




Gerbang masuk utamanya memang sangat besar,  di kanan dan kiri gerbang tu ada macam verandah dan apabila kita masuk dalam,  ada bilik-bilik yang boleh dijadikan pejabat / ruang kerja kepada pengawal keselamatan.  Siap ada tangga menuju ke basement,  sangatlah struktur senibina Inggeri era selepas Perang Dunia.  Tapi of courselah sekarang ni semua kosong.  Dan kita boleh melilau kat area tu sahaja,  belakang tu ada satu lagi pagar yang ditutup dan berkunci siap dengan amaran no trespassing.  So banglo tu,  akak pun tak tau la sapa yang duduk sana.  Angker sangat tengok dari jauh.

Tapi depa duk tulis kata dulu dulu,  Agung - Agung Malaysia dan Tuanku Abdul Rahman kalau mai Penang suka duk mai menginap kat rumah agam ni.

Bahagian tengah Guard House yang memiliki ruang untuk bilik - bilik di kedua dua kiri dan kanan.

Chimney.

Inilah pintu masuk rumah agam Bel Retiro di belakang Guard House.

Terletak jauh ke atas,  (sebelah Masjid Bukit Bendera).  Ampa jangan lepas peluang mai sini.  Boleh ver ver buat photo shoot macam untuk Vouge Magazine.  Giccchuu !! Haaa please jangan makan hati tengok gambar we olls duk photoshoot.








Masjid Bukit Bendera 
Masjid ini dibina oleh penganut agama Islam yang mula mula mendiami Bukit Bendera dan terletak bersebelahan dengan Hindu temple.  Yang menarik sekali adalah struktur seni bina menaranya yang agak ketot berbanding menara untuk masjid - masjid lain.  Boleh dak kita panggil menara ini sebagai menara masjid paling tinggi di Penang atau paling ketot di Penang ?

Halaman depan Masjid Bukit Bendera amat bersih dan dilengkapi dengan bangku dan meja sebagai kemudahan pengunjung untuk berehat bersama keluarga.  Masa akak mai dengan group Jepun,  ada satu family baguih punya duduk depan Masjid duk pekena nasi lemak depa masak dan tapau dalam Tupperware bok mai.  Suuuurrr....


Menara Masjid Bukit Bendera.






Meriam
Meriam ni takdak nama.  Even kat sign board mengenai meriam ni tidak ada maklumat spesifik mengenai meriam ini.  Tapi ada lambang kat atas meriam ni,  berbeza dari lambang yang terdapat atas Meriam Seri Rambai di Fort Cornwallis yang popular tu.  Dibawa dari bandar sebagai perhiasan atau tanda amaran kedatangan lanun-lanun.  Oleh kerana ianya diperbuat daripada campuran tembaga dan timah,  so walaupun tengah panas terik,  badan meriam ni sejuk sangat !!

Kak Maya posing depan meriam,  sopan jer.

Akak posing dengan meriam,  terus jadi haiwan.

G R ?  Could it be George Royal or George Regal.  Masa Captian Francis Light founded Penang,  he named bandar Georgetown sempena Raja British pada ketika itu George III.



Sri Aruloli Thirumurugan Temple
Kuil Sri Aruloli Thirumurugan merupakan salah satu kuil tertua di Pulau Pinang.  Didirikan oleh pekerja Syarikat India Timur Inggeris yang berasal dari Kerala dan Selatan India yang bekerja di Bukit Bendera pada awal penempatan Inggeris di Bukit Bendera.  Dahulunya kuil ini hanyalah sebuah pondok kecil yang menempatkan beberapa berhala untuk beribadah.  Namun pada 1970,  orang ramai dan juga kerajaan negeri telah menyumbang dan membina struktur baharu kuil ini. Seni bina kuil ini agak menarik dengan ukiran yang halus dan bewarna warni.



Walaupun........

Edgecliff  Bungalow
I stumble upon this bungalow ketika lawatan pertama akak dengan Fansuri.  Hangpa bayangkan kami dorang perangai shaitan nirrojim,  its nearly Maghrib,  kami jalan-jalan and terjumpa signboard "Edgecliff  Bungalow" and kami pun boleh duk pi cari banglo ni.


Masa mula mula mai dengan Fansuri,  kami turun sampai ke bahagian depan banglo.  Masa tu,  ada sorang mamat Bangla duk cakap phone kat situ,  aku rasa kat sini dia dapat coverage phone yang clear.  So kami pun lepak kat situ buat sementara waktu,  menikmati pemandangan.  Peliknya,  pintu hadapan banglo ini di - sealed dengan batu simen.  So kita boleh nampak gerbang yang dulunya mungkin adalah pintu masuk utama,  lani dah teruih jadi dinding.

Banglo ni nampak macam telah dibersihkan dan dicat.  Bahagian dalam banglo pun dah dielokkan cuma masih lagi kosong,  sedikit berhabuk sebab takdak sapa duduk kat situ.

Aku dan Fansuri punyalah duk panjat sana sini,  try buka tingkap,  nak tengok apa yang ada kat dalam banglo ni,  sekali nenjia,  bila kami pi kat pintu belakang banglo rupa rupanya pintu itu tidak berkunci.  Haruslah kami masuk.

So ampa boleh tengok beberapa gambar yang akak rakam di dalam dan pemandangan dari atas banglo Edgecliff .  Akak harap akak tak kena tangkap sebab buat benda ni.  Sebab depa tak tulis pun kata dilarang masuk,  dan akak masuk pun takdak la buat benda benda pelik ka apa ka.  And hangpa semua jangan duk tiru perangai akak pulak.  Satgi kena sergah dengan penunggu banglo tu baru ampa tau.  Macam akak takpa,  penunggu tu tengok akak masuk,  dia kata "  Oooohh ni gang ni...mak ayam besar...takpa takpa bagi dia masuk,"  gituuu

So akak ada PM and tanya kawan akak yang kerja kat Penang Hill Corporation ni,  dia kata Edgecliff   Bungalow adalah hak milik Penang state.  Depa dah buka tender untuk dibersihkan,  which the contractor dah jalan kerja.  Lani depa kata,  depa dalam cadangan nak buka tender kepada sesiapa yang nak usahakan banglo ni untuk dijadikan Halal restaurant.

So sapa-sapa yang berminat, sila contact Penang Hill Corporation dengan segera.  Siriesly tempat ni sangatlah cantek,  akak cadangankan ampa buat sky bar kat atas banglo ni.



Perincian banglo yang telah dibersihkan.  Jalan kecil di tepi banglo adalah laluan daripada belakang banglo untuk menuju ke bahagian depan.  Actually untuk mereka yang dari denai pendakian Bukit Bendera,  akan melalui kawasan hadapan banglo ini.

Depan banglo Edgecliff,  pemandangan adalah cantek sebab banyak pokok - pokok telah dibersihkan.  Sebab tu,  kalau kita drive melalui Jalan Ayer Itam dan tengok Bukit Bendera,  kita akan nampak obviously satu bangunan putih di bahagian puncak.  Banglo ni lah yang kita nampak.

Tapi ada satu pokok besar di hadapan kiri bertentangan dengan banglo,  kalau datang pagi pagi,  banyak monyet mata putih yang duduk kat situ.  Sorry camera akak cikai,  but you can see bentuk bentuk monyet duk bertenggek di atas dahan pokok.

So bila masuk kat dalam banglo,  ada satu tangga kecik berpusing,  Sangat kecik,  sapa yang ada fobia dengan tempat sempit akak nasihatkan jangan naik tangga ni.  Lepas naik tangga ni kita akan berada di atas banglo dan siriesly pemandangan dari atas banglo ni memang meletops.

Akak dan Kak Maya mengip-nep dua orang budak Jepun ni untuk mai kat sini.  Yang lain lain tu akak tinggal,  sebab dua ni ja yang elok.  Ehhh !

Jangan lupa baca Part I  :  Jalan - Jalan Bukit Bendera Penang Part I

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...