Featured Post

#PrayforPenang

21.9.16

Langkawi Trip 2016

Dayang Bunting :)

Hello u olls,

Pada bulan Ogos yang lalu,  akak telah membuat short trip ke Langkawi bersama kawan - kawan akak iaitu Fansuri dan Adda.  Actually short trip ini adalah sebagai meraikan Fansuri yang baru graduate from USM,  so dia dan Adda stay lama sikit kat Langkawi,  manakala akak mai for the weekend sahaja.  

Hangpa mesti pelik kan ?  Pasai pa aku ni duk pi berjalan semua sorang - sorang laki aku pi mana ?  Awat aku dah dapat status J ka ?  Aiiiyooo. (Dah ada orang kat akak so akak kena bagitau kat sini bagi mengelakkan ampa semua fitnah aku buat dosa kering)  Okay mai sini nak habaq kat hangpa,  alhamdulillah tahun 2016 rezeki kami dorang dah makin okay.  Boleh la nak pi travel mana - mana,  tapi En Khafi bukanlah lelaki lasak seperti aku.  Aku lain,  aku wanita zornen yang lasak dan bermutu tinggi.  

Akak ni boleh la nak tidur depan masjid pun kalau takdak hotel,  macam En Khafi payah.  Dia kena pi hotel ada suming fu,  ada aircond,  pastu kena pi tempat sejuk sejuk,  ada kereta,  ada aircond.  Kira untuk pelancongan mahal - mahal saja boleh bawak dia.  HAHAHA mampuih kalau dia baca artikel ni sat,  balik rumah aku nanti fight dengan dia.  Detu paranoid tak bagi aku tulis pasai dia dalam blog.  Serrr....


Hangpa ingat dak kejadian kat Perhentian pada tahun 2014 yang En Khafi hampir hampir tenggelam masa snorkeling sebab tak pasai - pasai dia kena asthma.  (Baca sini  :  Drunk in Love di Perhentian)  Haaa...itu adalah bukti sahih yang mengesahkan laki aku tak boleh nak jadi partner Adventure Time dengan aku.  So aku sebagai Finn kena carilah orang lain sapa sapa yang sudi menjadi aku punya Jake.  

En Khafi amat memahami dan telah memberikan special pass kepada aku untuk pergi melancong dan mengembara ke mana sahaja yang aku nak pi.  Dia siap akan tolong aku sponsor duit sikit untuk biayai perjalanan aku,  as long as aku plan betul - betul nak pi mana,  habaq semua apa aku nak buat,  and paling penting "Hang jangan duk buat merepek - repek sudah,"  kata suami ku kepada isterinya yang kadang - kadang boleh bertukar menjadi Gigi Hadid jika perlu.

So hangpa doalah akak dimurahkan rezeki dan akak boleh la nak start jadi pengembara backpack macam kawan aku Ridhwan Shariff and Nadia Halim Khoo.  Woot woot.  Ridwan pun yang lani dah pandai sumbang artikel kat The Vocket pun selalu bagi aku kata- kata semangat.  Insya Allah,  end of this year,  akak nak start pi back pack kat tempat dekat-dekat dulu (verver kan takpa kan ?)

Okay sambung kisah pi Langkawi.   Jom sambung baca



Aksi merempit yang dirakam oleh Fansuri daripada motor yang satu lagi.


Akak mai Langkawi naik flight dari Penang,  hari Jumaat.  Sampai ja kat Airport,  akak disambut oleh Fansuri dan Adda yang duk pegang sign board dan jerit "Miss Samsudin...Miss Samsudin" dengan suara kecik macam bured.  Siye betui aku dah gelak.  Buat malu ja depa ni.  Kami pun sewa motor dan ronda ronda sampai balik Pantai Cenang.  


Lepas letak bag akak di motel yang kami sewa iaitu MZ Motel,  kami teruskan perjalanan ke Tanjung Rhu.  Nak pi cari the famous fish and chips katanya.  Adda dah biasa mai Langkawi naik motor ronda ronda dengan kawan dia,  so dia experts dah bab jalan ni tak payah tengok GPS.  Akak follow dari belakang.  Tapi acap kali akak kena tinggal dengan pompuan gemok lagi sekoq ni sebab dia duk rempit ,  and akak pulak duk feeling bersiar siar di taman yang indah.


Pastu macam mana ka lagi 5 minit nak sampai Tanjung Rhu,  tayar motor yang dinaiki oleh Adda dan Fansuri pecah.  Aiiiyoo ngeri okay pemandangan itu.  Akak boleh nampak macam mana tayar tu meletops dan motor depa bergelong ke tepi.  Nasib baik takdak kemalangan ngeri berlaku,  kenderaan pun tak banyak sangat.  And orang Langkawi pun bukan bawak kereta laju laju.




So,  kami tinggalkan motor di situ.  Ambil gambar dan hantar kepada penyewa kereta.  Fansuri and Adda hitch hike ke Tanjung Rhu,  akak follow dari belakang.  Ada satu family,  sudi tumpangkan depa dan hantar kami ke destinasi.  


Scarborough Fish and Chip Restaurants
Sampai di Scarborough Fish and Chip Restaurants,  akak memang lapar.  Cuaca hampir Maghrib.  Kami menikmati hidangan fish and chips paling murah kat situ,  ikan dory,  satu deep fried London style and satu pulak pan fried.  Dua dua sedap.  Dia punya chips pun dipotong lebar dan gemok - gemok.  Yang rarenya adalah,  pengunjung boleh nikmati chips ini dengan cara menyicah pada sos tartar atau pun Londoners style....iaitu with cuka.  Gicccuuu.  Next time kalau akak datang dengan boifren Arab atau mat salleh kaya-kaya boleh la akak suruh depa belanja akak makan fish and chips daripada ikan merah ka yang lebih mahal and confirm lebih sedap u olls.

Tapi tempat ni memang meletops.  Konsep open cafe bodo bodo tepi pantai,  terbuka,  no air condition,  tapi view memang meletops.  Tambahan kalau u olls mai dengan kapel.  Very the romantic u olls.










Scene ini akak rakam pakai camera Canon akak sahaja.  Cantek kan ?  Nampak macam laut kat UK.  



Esoknya,  seawal pagi kami menunggu penuh debar di depan motel kami,  menanti abang van untuk mengambil kami pergi ke jeti for island hoping activity.  Mana tak berdebar u olls,  hujan turun dengan lebatnya sejak pagi.  Kami dah call abang driver tu,  dia kata tak cancel,  trip masih on !! Walaupun hujan.  Tak kisahlah u olls.

So masa kami tengah tunggu kat depan motel ni,  duk duduk tepi jalan,  tiba-tiba ada dua orang budak perempuan lalu depan kami.  Yang belakang tu berhenti depan kami dan tanya kat aku,  "Akak ada getah tak ?"

"Aku ada dua.  Hang amik satu,"  kata akak sambil mencapai getah ikat sayur yang akak mintak daripada makcik jual nasik lemak pagi tadi.  Saja mintak getah ni untuk standby ikat rambut.  Kot, kot la getah rambut akak terputus masa berenang.

"Ehkkkk...akak ni Jumie Samsudin kan?"  tanya budak tu.  

"Haaaa......hang kenai aku ka...."

"Of courselaa...saya baca blog akak....jom selfie selfie selfie..." dalam masa yang singkat tu,  kami pun berselfie.  Dan adik ni pun dah post kat Facebook Page akak.  Steadylah !!! Akak punyalah syiok sebab pembaca blog mai tegur akak,  bukan sebab syiok sebab rasa macam popular bak Fasha Sanda,  tapi akak rasa syiok bila tengok muka Fansuri yang meluat kat akak.  HAHAHAHAH sebab memang dari awal,  dia akan menganjing akak di mana saja kami pergi di Langkawi ni,  contohnya masa beli buah rambutan,  dia akan tanya kat akak jual rambutan tu "Kak kenal tak kawan saya ni? Dia lah Jumie Samsudin...alaaa yang tulis blog tu,"   PUKI PUNYA ANAK AFFANDY NI !!!!  Akhirnya nenjia .......................terima kasih Ya Allah sebab mai antar pompuan ni mai mintak getah merangkap selfie dengan aku.  AHAHAHAHHAHA


Hujan turun.....

Sepanjang aktiviti island hoping kami,  hujan turun tak berhenti.  Don't asked me about laut yang bergelora ketika itu,  soalan itu adalah sangat offensive !  Kami dalam boat kecil tu dilambung - lambung oleh ombak yang sangat tinggi,  i can say setinggi 5 meter.  Semua orang menjerit macam gila.  Akak punya tak tahan,  sampai genggam paha abang yang duduk sebelah akak.  Mampuslah kalau bini hang nak marah aku pun.  Laki aku 800 kali lebih elok dari laki hang pun.  Besi tempat pegang di tepi boat yang menjadi satu satunya talian hayat yang akak ada sampai dah patah u olls!!  Gila ka apa.  Masa atas boat tu lah,  akak rasa macam keimanan akak kepada Yang Maha Esa tiba - tiba menebal.  Kami terus dilambung dan dilambung oleh ombak yang ganas,  jeritan dan pekikan kami tidak diendahkan oleh Laut Selat Melaka yang macam mengamok pagi tu.

Duk nampak dah dari jauh ada ayaq hujan.  Ni amik gambar dari jetty.

Just beli rambutan ni sebagai bekal kami.

Tasik Dayang Bunting
Akhirnya kami tiba di Pulau Tasik Dayang Bunting.  Hujan masih turun.  Semua pengunjung mendaki bukit menuju ke tasik.  Masa ni la akak macam nak sepak sekor - sekor pelancong tempatan yang maha bangang.  Hangpa dah tau kita nak mendaki (kecuraman lebih kurang 100 meter),  boleh pulak duk pakai slipper Jepun yang dah haus dan nipis.  Pastu dukung pulak anak-anak you olls yang masih kecik.  Tempat tu bukan sahaja curam dan lincin,  malah penghuni tetapi di pulau itu iaitu En Ungka sentiasa memerhati dan at any time boleh attack dan ragut apa sahaja makanan yang u olls bawa.  Akak sendiri saksikan satu abang ni duk dukung anak dia ter- slipped jatuh masa menuruni cerun bukit.  Kalau dah slipper tu dah haus,  apa kata bukak kasut dan berkaki ayam.  


Tasik Dayang Bunting nampak sangat mejikel walaupun dalam keadaan hujan.  Awan mendung dan kabus di kawasan bukit menyebabkan pemandangan itu separa fantasi.  Akak ingat lagi pesan daripada kakak I Sanita,  "Nanti hang sampai kat Tasik tu....hang pi cari la lokasi yang hujung - hujung sikit,  hang selawat dan amik wuduk dengan air tasik tu,  hang simpan niat dalam hati hang,  hang nak mengandung,"  Which i never and didnt do it.  Gilaa wehss orang ramai kot.  Nak pi cari lokasi hujung hujung celah mana,  platform tempat orang mandi tu dah penuh.  Satgi kalau aku buh gila tengah orang ramai aku baca selawat dan amik wuduk,  mampuih semua orang lari ingat mak esah mana nak start buat ritual sihir.


Tapi berenang di dalam tasik ini adalah sangat best sekali !! I really had a good time masa mandi kat sini.  Kalau boleh next time aku nak mai sini,  aku tak mau pi mana - mana lain.  Aku nak mandi kat sini dari pagi sampai petang.







Burung Camar
Next trip,  kami pergi ke satu pulau untuk tengok habitat burung helang.  Dalam banyak-banyak burung helang kat situ,  ada beberapa ekor burung camar.  Fansuri tanya "Burung camar tu burung apa?"  Pastu Adda balas "Seagull ......,"  Fansuri pun kata "Oooooooooo,"  Pastu aku pun sahut "Butttooohhhh seagull hang tau....mak ang punya puki,"  pastu kami gelak tiga orang.  Actually,  Fansuri masa dia kecik kecik dia dibesarkan di luar negara (masa bapak dia buat PHD),  so dah besar baru dia balik Malaysia dan sambung belajar kat sini.  So BM dan juga pengetahuan geografi tempatan dia memang teruk nak mampuih.  Kami selalu suka pekena dia main soalan tanya - tanya lokasi bandar dan negeri di Malaysia.  

"Fan....Raub kat mana?"  "Negeri Sembilan"  jawab Fansuri.  Pastu kami gelak mengekek.  Pastu dia maki kami balik.



Pulau Beras Basah
Usai kunjungan ringkas melihat burung helang,  kami teruskan perjalanan ke Pulau Besar Basah.  Masa ni keadaan laut tidak begitu ganas.  Mungkin laluan kami ini terlindung oleh pulau pulau kecil.  Sayang sekali,  keindahan pantai Pulau Beras Basah yang sangat famous kerana kejernihan airnya tidak dapat kami nikmati pada hari itu kerana keadaan cuaca yang masih lagi hujan dan mendung.  Air laut memerlukan cahaya matahari yang terang untuk menyerlahkan warna jernihnya.  Kami spend about 15 minutes bawah bumbung / pokok berteduh,  lepas tu kami redah juga mandi laut dan berjalan - jalan melihat alam.  Monyet kat sini lebih ganas ya.  Akak sedih tengok pelancong duk mai bagi makanan kat monyet tu semua tanpa menyedari yang depa actually sedang mengganggu the whole eco system di pulau itu.  YOU STUPID MOTHERFUCKING TOURIST !!







Perjalanan pulang ke jeti diiringi dengan ombak besar lagi.  Kami menjerit dan memekik lagi buat sekalian kalinya.  Alhamdulillah kami selamat tiba di jeti.  Masa tu,  abang yang duduk sebelah aku tanya "Tadi panik ka?" mungkin soalan itu merujuk kepada gelagat aku yang beberapa kali menggenggam pahanya.  Aku pun kata "Haaa....nak ikut ikut saya tak suka la nak naik roller coaster apa semua,  habih dah ada sini,  hadap saja la,"

Walaupun hujan,  the whole island hopping experience was very good.  Cuma kalau aku nak komplen pun adalah abang bawak boat kami yang langsung takdak effort nak cerita tentang lokasi - lokasi yang kami kunjungi,  apa dia,  nama apa,  sebab apa,  kenapa,  macam mana.  Kalau kat pelancong Malaysia pun dia tak layan,  mesti kalau pelancong mat salleh pun lagi haram dia tak cerita apa.  Dah la nak kena cakap orang puteh kan ?  Nilaaaaa orang Malaysia,  kalau pi Thailand....bersungguh sungguh pembawak boat tu semua hafal cakap orang puteh untuk explain benda benda yang depa bawah.


Bronok Ronok
Lepas island hopping,  van membawa kami pulang ke hotel dan kami terus kerabat naik motor kami dan menuju ke lokasi kedai nasik campur yang popular.  Aku tak tau kat mana,  Adda bawak.  Tapi orang tempatan dan pelancong semua mai sini.  Hidangan istimewa adalah kerabu bronok.  Akak pun mula mula tak tau la apa benda bronok ni,  tapi lepas Adda meyakinkan akak.  So kami pun makan.  Bronok adalah sejenis hidupan laut macam gamat / timun laut,  tapi bentuk dia lain sikit.  Tidak boleh dimasak,  sebab kalau kena heat binatang ni akan cair.  So selalunya depa akan potong dan buat kerabu sahaja.  Suprisingly,  benda ni nampak macam getah yang digaul dengan rempah kerabu,  tapi bila digigit agak crunchy texturenya.  Kalau ampa nak tau lebih lanjut pasai bronok,  ampa boleh baca kat sini   : Kerabu 'bronok', hidangan wajib jika ke Langkawi







Kota Mahsuri
Selesai makan tengahari,  kami meneruskan perjalanan kami ke Kota Mahsuri.  Walaupun akak dah 3 kali mai Langkawi sebelum ni,  tapi inilah kali pertama akak mai Kota Mahsuri.  Orang pernah pesan,  kalau mai sini,  mulut jaga jaga sikit sebab tempat macam ni adalah keramat.  Tapi the moment nak bayar tiket kaunter nak masuk Kota Mahsuri,  Adda dah sound dengan mulut puakanya, "Gilaaa harga tiket nak masuk tempat ni RM 12.  Dah mati pun nak charge kita mahal mahal ka?"

Aku duk jeling dah kat Adda.  Pastu bila dah masuk dalam.  Adda dan Fansuri duk posing kat Mahsuri siap buat aksi muka muka kena possessed.  Aku teruih maki dari jauh,  "Wehsss...this is not funny okay...this is not funny,"  Tapi hakikat memang lawak pun.  Aku memang kia (takut) tahap teruk.  Bila aku mulai mendekati Makan Mahsuri,  perasaan takut aku mulai hilang.  In fact rasa macam niasa sahaja.  Bukan nak cakap besar,  tapi aku rasa mungkin keramat itu dah mulai sejuk.  Sebab pelbagai aktiviti kebudayaan seperti tarian dan nyanyian di kota ini yang menyebabkan keramat itu mulai pergi.  Ataupun,  keramat tu rasa "Ohhh gang dah mai.....tok sah duk kacau depa..." ahahahahahah

Kami spend time agak lama di Kota Mahsuri,  layan tengok live band abang abang duk main muzik tradisional Melayu.  Mandi di telaga Mahsuri.  Lepas dah mulai petang,  kami beransur pulang ke Pantai Cenang.  Lepas letak beg di bilik motel,  kami bertiga terus ke pantai dan mandi di sana sampai Maghrib.  













Malam itu,  kami bertiga jalan jalan di Pantai Cenang.  Mencari spot untuk lepak minum - minum di unggun api,  ala ala beach party macam yang alu lalui masa di Perhentian dulu.  Tapi beach party kat sini adalah sucks.  Sound system (radio) yang dimainkan adalah sangat bohsan (baik tak payah pasang speaker besar tu semua lagi bagus,  and crowd pun macam tahi.  Banyak Arab peminum arak dan mat salleh stuck up yang kekwat.  Kami bertiga lepak for a while kat situ,  lepas tu kami berjalan sekali lagi ronda ronda di tepi pantai before heads up for night supper di sebuah kedai tomyam.




Esok pagi,  akak bangun,  mengemas,  get lunch dan bertolak balik ke Penang.  Flight pukul 4 petang.  Adda dan Fansuri terus tinggal di Langkawi lagi.  Hari ni depa plan nak pi Tanjung Rhu lagi untuk mandi laut di sana.    Masa tengah bersiap tu lah,  kami berkenalan dengan Rahman,  budak Rohingya tu.  Akak akan cerita pasai dia dalam artikel yang lain.  


Info Penting
Sekian sahaja catatan kembara akak di Langkawi.  Here are some of the info  :

Sewa Motor
Kadar Sewa Motor RM30 / sehari. Standard depa bagi motor Ego Scooter.  No deposit needed.  Helmet diberikan.  Its important to have the penyewa phone number.  Sebab kalau rosak / tayar pancit,  kita boleh call depa and mintak depa mai hantar motor ganti.


MZ Motel 
Sewa MZ Motel adalah RM70 / semalam.  Kami amik dua bilik dan split the price 3 orang.  So akak end up bayar RM70 sahaja.  Ini Adda yang tolong kirakan.  Thanks Adda.  MZ Motel located betul-betul tepi Pantai Cenang,  antara motel murah yang masih terdapat di area ini.  Kebersihan,  okay laaa.....pandai pandai la hang jaga bilik sendiri.  Yang penting,  ada aircond dan no nasty smell from the tilam,  bed sheet,  toilet or the room it self.




Island Hoping
Island Hoping,  RM30/ seorang.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...