UK Clark Sales

28.9.16

Pementasan Teater Orang Minyak (Dari Pintu ke Pintu)

Masturaaaa

Sapa hari tu mai tengok Teater Orang Minyak (Dari Pintu ke Pintu) ?  Sapa yang mai memang hangpa terbaik.  Pementasan ini adalah produksi Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang dengan kerjasama JKKN Negeri Pulau Pinang serta beberapa seniman dan penggiat seni tempatan.  Skrip ditulis dan diarah oleh Abu Mamu.

Ini adalah pementasan pertama setelah akak dengan segala rasminya menjadi ahli keluarga Resdong's.  Walaupun tak banyak yang akak dapat sumbangkan dalam pementasan ini.  Tetapi insya allah,  akak dah boleh nampak dah beberapa perkara yang boleh akak bantu lagi next time sebagai orang belakang pentas.

Kepada you olls semua orang Penang yang telah menghadiri dan menyaksikan pementasan ini,  akak nak ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada kalian semua kerana memberikan sokongan.  Sorrylah akak tak boleh nak bagi review,  nanti bias pulak sebab akak dah jadi ahli keluarga Resdong's.  Tapi of course,  ramai yang happy and gembira puas gelak sampai sakit rengkong dengan celoteh merapu para pelakon sekalian.





Mastura sedang berdating dengan marka nya.
Mastura Love Boy
Actually scene ini ditambah pada saat-saat akhir oleh Tuan Pengarah sebab kami rasa nak berikan peluang kepada Along Bobo iaitu penyokong pasukan Bola Pulau Pinang yang terkenal ini untuk menunjukkan bakat terpendamnya dalam bidang lakonan.  Maka timbullah 1 scene percintaan antara Boy dan markanya bernama Mastura.  Tahniah kepada Along Bobo atas kejayaan you olls menerajui pentas dalam scene ringkas kita itu.  Semoga Along sudi sudikan diri untuk membuat feature istimewa dalam pementasan kami pada masa akan datang dan membawa watak-watak lakonan yang lebih berat.

Lyzall Riki,  pelakon jemputan sebagai salah satu teraju utama.

DJ Oss sedang beraksi.

Abu Mamu sebagai teraju utama merangkap penulis skrip dan pengarah.

Macam biasalah...our hero !! Mamak Puteh.

Kakak yang sado tu ,  hangpa boleh add dia kat Facebook - Awie Resdong's.


Babak akhir yang mencemaskan.  Orang Minyak akan terus mengganas.

So u olls semua, kalau nak tau dengan cepat dan tepat tentang aktiviti aktiviti persatuan kami Jangan lupa like Facebook page kami, Persatuan Teater Resdong's and follow kami di Instagram @resdongsteater untuk dapatkan info event dan teater terkini daripada kami !!



Gambar ehsan dari Daniel Koay

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com