UK Clark Sales

27.9.16

Rahman The Rohingya Boy

Rahman,  the Rohingya Boy.

Hangpa dah baca kan cerita aku jalan-jalan kat Langkawi hari tu?  On my last day di Langkawi,  aku telah berjumpa dengan Rahman,  the Rohingya Boy.  Masa tu aku tengah bersiap packing nak balik.  Flight petang pukul 4 pm,  so kalau boleh nak keluar ni,  lunch and terus pi airport.  Walaupun dah check in,  kena masuk airport awal sebab aku tak boleh nak hand carry bagpack aku yang maha besar.

Masa aku berada di anjung depan bilik kami yang masih terbuka,  aku notis seorang budak lelaki yang kurus,  muka macam tak mandi (macam aku jugak),  duk berjalan dengan sebuah beg plastik sampah.  Mak rasa,  dia ni budak India yang kerja kat hotel ni.  Part time la kerja kat hotel untuk cari duit sampingan mungkin.


"Adik,  hang ada pen tak ?" tanya ku sambil melihat ke arah beg pinggang budak itu.


"Takdak,"


"Hang turun bawah,  hang tanya hang punya boss,  saya mau pinjam pen.  Nanti you angkat naik atas,"


Budak itu terus bergegas pergi.  Tak sampai 5 minit,  dia muncul di depan bilik kami.  Pintu bilik kami dibiarkan terbuka.  Aku pergi ke arahnya dan mengambil pen tersebut.  Budak lelaki itu memandang tajam ke arah ku.  Awat budak ni ?  Duk ushar rapat kat aku.

"Makcik ni Melayu ke?"






"Ha...awat ?"  mungkin dia tengok aku masa tu tak pakai tudung,  rambut pendek aku paras bahu warna oren.  Sebab haritu masa hari raya,  aku pi colour rambut,  tapi mungkin product tak betul,  colour brown gelap untuk menutup uban aku luntur menjadi warna oren.  Tidak dinafikan,  tanpa tudung,  muka aku persis Gigi Hadid.  Sebab tula kot budak tu macam confuse.


Aku terus mengemas beg dan membuat beberapa nota catatan menggunakan pen tadi.  Budak itu masih berdiri depan bilik kami.  Dia mula berbual kecil dengan Adda yang sedang menyapu lantai di hadapan bilik kami.  Fansuri dari bilik sebelah pun datang berbual-bual dengan budak ni.


Selesai mengemas,  aku perhati sahaja perbualan mereka.  Lepas tu aku pun bertanya dari jauh, "Hey adik,  hang ni Rohingya kan?"


"Ya....macam mana makcik tau,"


"Mai sini...mai sini,"  aku jemput budak tu masuk ke dalam.  Tapi dia teragak-agak.  Selepas mendapat dorongan dari Fansuri dan Adda,  dia pun masuk mendekati aku.  Mungkin dia pun memang teringin nak masuk.


"Saya ada anak Rohingya juga.  Nama mereka Shabu,  Saiful and Abdul Rahman.  Tapi mereka ada ibu bapa mereka,  bekerja di Penang.  So makcik bayar mereka pergi sekolah,"


"Depa boleh pi sekolah ka?"


"Ya...mai sini tengok,"  akak pun menekan-nekan telefon dan menunjukkan paparan gambar dalam Facebook tentang Peace Learning Centre,  sebuah sekolah anak-anak Rohingya yang akak selalu share dalam Facebook / blog  akak ni.  Anak-anak angkat akak  pun bersekolah di sini.


Budak ni perhati paparan dalam telefon dengan tekun.  Aku pun perhati dia,  muka dia tiada ekspresi.  So aku pun tak tau la,  dia sedih ka?  Gembira ka? Jeles ka?


Kami terus bersembang.  Nama dia Rahman,  umur 12 tahun.  Dia adalah salah seorang orang Rohingya yang dihanyutkan oleh negara Myanmar ke tengah laut kerana mereka tidak diterima sebagai rakyat di negara tersebut.  Dalam perbualan kecil itu juga,  aku tau yang dia masih mempunyai seorang ibu dan adik di Rohingya.  Wang gaji yang diterima daripada kerja-kerja di sini,  dikirimkan kepada ibunya di kampung.  Yang sedihnya,  ibu dia hanya terima separuh daripada wang yang dikirimkan kerana separuh lagi diambil oleh si pengirim sebagai upah. That's how it works.


Orang Rohingya dinafikan kerakyatan di negara Myanmar.  Mereka tidak boleh ada sebarang jenis kad pengenalan,  apatah lagi membuka akaun bank.  Sebab itu,  mau atau tidak,  Rahman hanya boleh wire his money to one of orang Myanmar di kampungnya dengan syarat seperti yang akak jelaskan tadi.  Itu sahaja cara yang ada.


Bila akak tanya tentang bapak dia,  dia buat bahasa isyarat potong leher,  maksudnya sudah mati.


Tak lama lepas itu,  tiba-tiba tuan punya motel coih muncul di pintu bilik kami.  Rahman bergegas keluar bilik.  Dia nampak takut kat pakcik tu.


"Pakcik....jangan marah kat dia na.  Saya yang panggil dia masuk,"


"Takpa aih....duk cari dia sebab nak ajak pi bangunan sebelah,"


Pakcik tua itu beredar bersama Rahman.  Selepas mandi,  bersiap,  aku,  Adda dan Fansuri pun turun ke bawah.  Kami nak pi lunch and selepas tu kami akan berpecah,  aku pi airport,  depa dorang akan terus pi Tanjung Rhu sekali lagi.  This time depa nak try mandi kat sana pulak.


Rahman sedang menanti di bawah dengan pakcik pemilik motel tempat kami menginap.  Aku  dan Rahman bertukar nombor telefon.


"Makcik boleh Whatsapp saya,  tapi jangan tulis la.  Saya tak boleh baca.  Makcik hantar suara saya boleh faham,"  aku meninggalkan Rahman dengan hati yang sayu.  Kalau boleh aku nak angkut dia bawak balik.


Sampai di airport,  aku menghantar mesej suara ke nombor Rahman memberitahu yang aku sudah selamat berada di airport.  Pastu,  Rahman hantar pesanan suara pulak kepada ku.


"Assalamualaikum makcik.  Terima kasih makcik sebab telefon saya.  Makcik jaga diri.  Nanti datang Langkawi lagi,  telefon saya,  saya boleh booking hotel.  Makcik....terima kasih......terima kasih ya makcik,"


Mendengar suara sayu itu,  air mata aku menitis laju.  FCUK betul lah.  Dahla di tengah orang ramai ni.  Aku tak boleh nak kawal.  Aku mengelap air mata ku dengan tudung.  Nasib la sapa yang nampak aku menangis ni.  Mesti depa duk terfikir "Kesian pompuan gemok ni kena tinggal dengan boifren dia kot kat Langkawi sebab tu menangih,"


MZ Motel terletak di Pantai Cenang.  Disinilah aku stay.


So lepas aku selamat sampai di Penang,  aku post pasai Rahman dalam Facebook aku.  Aku ada share link itu di bawah.  Ramai yang like,  komen dan share pasai post itu.  Tapi menolong Rahman bukan semata-mata kita pi Langkawi,  bawak dia keluar dari Langkawi dan adopt dia sebagai anak angkat.  Tujuan aku kongsi pasai Rahman is more than that.


Aku nak hangpa semua tau dan belajar pasai kisah pelarian - pelarian Rohingya di Malaysia, pasaipa depa lari ke sini ? Adalah amat penting untuk hangpa semua membuat pembacaan dan belajar tentang status pelarian di negara kita.  Rata-rata yang PM bertanyakan pelbagai soalan tentang Rahman,  aku tau niat hangpa murni nak tolong dia,  tapi tolong Rahman sorang sahaja tidak memadai.  Hangpa tak terpikiaq ka mungkin ada lebih ramai 'Rahman' kat Langkawi tu yang berada dalam keadaan penuh risiko menerus hidup sebatang kara di negara kita.


Aku juga sedih sebab daripada cara soalan yang diajukan,  rata-rata kalian semua pun tidak begitu tahu tentang status masyarakat pelarian di nagara kita.  Depa hanya ada kad khas daripada United Nation tetapi kad itu tidak meng'halal'kan mereka untuk bekerja secara sah apatah lagi mendapat pendidikan di sekolah awam dan rawatan di hospital kerajaaan.  Apatah lagi nak amik depa jadi anak angkat.  Ramai yang tidak tahu.  Tapi aku tak salahkan hangpa.


Fansuri amik gambar dengan Rahman before checking out.  Fansuri tolong beli slipper dan baju baru untuk Rahman.  

Harapan aku juga melalui posting itu,  aku harap pihak kumpulan yang aktif dengan badan kerajaan,  gang-gang NGO yang banyak involve dengan pelarian,  hangpa pi la melawat di Langkawi dan siasat berapa ramai komuniti Rohingya di Langkawi.  Kalaulah berada di tahap yang tinggi, sesuatu langkah yang besar perlu dilakukan (ayat aku macam PM Najib).  Sapa yang kawan baik dengan Syed Azmi ka,  mungkin hangpa boleh share post aku ni kat dia?


Dipendekkan cerita,  aku buat satu WhatsApp group antara aku,  Rahman dan anak-anak Rohingya aku di Penang.  Seronok depa bertiga berkawan dalam laman sosial.  Anak aku kat sini,  Saiful seorang anak yang bijak.  Dia pun ada telefon Rahman and bertanya lebih lanjut tentang keadaan Rahman di sana.  Im sure perkenalan ini, suatu hari akan membantu mereka membina satu back up support from each other.  Sampai lani pun aku masih bercontact dengan Rahman.  Pernah juga call dia,  tapi dalam phone kalau bercakap dia akan malu-malu.


Kalau ada rezeki aku memang akan pi Langkawi dan pi cari Rahman lagi.  By the way,  hari tu ada terbaca dalam komen Facebook,  yang pemilik motel yang aku menginap dan Rahman bekerja tu adalah saudaranya.  Sapa orang tu,  boleh ka emel kat aku di jumiess@gmail.com.


Sekian !!


1 comment:

  1. jumie aku suka la hang ni,,baik...moga banyakla org mcm jumie ni yg menolong budak2 pelarian dari negara luar or dlm negara...

    mcm mana aku nak tlg ye? kalau aku nak derma utk diaorg skolah ke?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com