Filipina Seratus Hari Selepas Rodrigo Duterte

Majalah Time menggelar beliau sebagai The Punisher.

Hari tu akak keluar pi urut kat Kaki-Kaki dengan kawan akak,  sorang tu Aida and sorang lagi Chona.  Akak and Aida baguih punya duk layan tutup mata sambil kaki kami ditekan-tekan oleh tukang urut.  Tapi kawan kami yang Chona ni,  dari tadi asyik duk tengok video Youtube.  Muka dia nampak siries.


"Hang duk tengok apa?" akak tanya kat kawan akak tu.  Dia orang Filipina ya dik.


"Im watching news about out president.  I love him so much" jawab Chona ringkas.


Kepada u olls yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di negara jiran kita Filipina.  Mereka telah melantik seorang president baru bernama Rodrigo Duterte.  Baru-baru ni dia telah membuat headlines yang besar dengan memaki Barrack Obama dengan memanggil beliau anak pelacur dalam bahasa orang putih.  AHAHAH. Kesian Abang Bama.  Secara tidak rasmi,  perbuatan beliau ini telah menamatkan hubungan baik antara negara Filipina dengan Amerika Syarikat.  Oih...depa dua ni duk kawan baik sejak zaman Imelda Marcos lagi.

Click read more

Rebut Peluang Iphone 7 & Iphone 6 Idaman Anda Secara Percuma Hanya di PurebySafiyyahOsman

LUCKY DRAW GUNA dan MENANG!
🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

YEAR END LUCKY DRAW GUNA DAN MENANG START NOW! BACA STATUS INI HINGGA HABIS KALAU ANDA TAK NAK RUGI!

Anda tau tak anda berpeluang memenangi IPHONE 7 dan IPHONE 6???!!



Hye semua orang! Purebysafiyyahosman akan mengadakan lucky draw akhir tahun. GUNA dan MENANG!  Easy to WIN. Pejam mata pun boleh menang babe!!

The Wolfpack - Kisah 6 Bersaudara 'Dipenjara' 15 tahun


From left, the brothers of “The Wolfpack”: Mukunda, Bhagavan, Govinda, Narayana, Jagadisa (now Eddie) and Krsna (now Glenn). Credit Christian Hansen for The New York Times



Lately, sejak memakai line U MOBILE dan mendapat data internet yang melimpah ruah akak banyak melayan documentary video dan filem dalam Youtube. Akak harap kalian semua bertukar kepada U MOBILE sebab walaupun Celcom menawarkan harga yang jauh lebih murah dari U MOBILE tapi percayalah sikit demi sedikit depa akan duk bagi kita hidden charges yang sangat celaka.


Dalam banyak-banyak docu film yang akak tonton baru-baru ini adalah mengenai enam bersaudara yang tinggal di dalam apartment di New York bersama ibu dan bapa mereka selama 15 tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk keluar seperti anak-anak lain, hanya setahun sekali pada musim panas dan aktiviti outing itu betul-betul dipantau oleh ibu bapa mereka.


Ibu bapa mereka Oscar & Suzanne Angulo adalah penganut agama Hare Krishna, dan disebabkan itu mereka semua mempunyai nama-nama dalam bahasa Sanskrit. 7 beradik itu adalah Mukunda, Narayana, Govinda, Bhagavan, Krisna ( sekarag dia dah tukar nama dia sebagai Glenn), and Jagadesh ( ikut kembar dia Glenn dan pakai nama Eddie) dan adik perempuan depa bernama Visnu. Vishnu seorang OKU tidak pernah dipaparkan dalam mana-mana media.


Selama 15 tahun ini, semua mereka tinggal di dalam apartment kecil itu. Bapak depa tak bagi depa keluar rumah dengan alasan dunia luar adalah sangat jahat dan kejam. Mereka semua mendapat pendidikan di rumah melalui ibu mereka.


Click read more

Koleksi Buku Harry Potter Saya

1)  Harry Potter and the Sorcerer's Stone 
2)  Harry Potter and the Chamber of Secrets 
3)  Harry Potter and the Prisoner of Azkaban 
4)  Harry Potter and the Goblet of Fire 
5)  Harry Potter and the Order of the Phoenix 
6)  Harry Potter and the Half-Blood Prince 
7)  Harry Potter and the Deathly Hallows 

Hello u olls,


Some people collect buku sebab ikut penulis kesukaan depa,  setengah orang ikut publisher,  setengah orang ikut trend yang paling popular,  setengah orang ikut genre yang depa suka.  Well for me,  i dont think akak seorang pembaca buku yang tegar.  Satu buku could take me months,  sekarang la sebab dah busy tua banyak tanggungjawab.  Dulu zaman muda kala takdak tanggungjawab,  satu buku boleh habis 4 hari.


Dulu akak pernah share dalam blog akak tentang koleksi buku yang akak ada.  Baca kat sini  :  My Book Collection Kalau hangpa baca kat dalam catatan itu,  aku ada menulis pasai koleksi buku Harry Potter.  Untuk pengetahuan hangpa,  buku pertama dalam siri Harry Potter milik akak telah hilang sebab dipinjam oleh seorang kawan akak zaman dulu dulu,  sampai lani dia tak pulangkan balik.   Biaq pi la kat dia,  akak tuntut nanti di Padang Masyar.  AHAHAH


So back to my book collection,  akak memang sedihlah sebab buku akak tak lengkap.  So akak kan lani dah ada connection dengan kawan-kawan dari Amerika sebab akak duk handle program Gustavus kat office lama akak.  Mereka adalah Ms.  Shirley and Prof Steve yang akan berada di USM tahun depan kerana Prof Steve akan menjalankan cuti sabatikal beliau di sini.


Akak beranikan diri akak,  akak mesej kat Shirley.  Mintak tolong beliau,  boleh tak tolong beli buku Harry Potter nombor 1.  Yang American version.  Sebab buku akak yang hilang tu tajuk dia Harry Potter and The Sorcerer's Stone,  versi Amerika.  Versi asal United Kingdon diberi tajuk Harry Potter and the Philosopher's Stone.


So akak mintak tolong Shirley beli kat US.  Bajet akak dalam USD 50 dan ke bawah.  Tak kisah edisi ke berapa pun,  janji tajuk sama untuk American printing.  Buku Harry Potter kalau yang first edition,  memang mahal gila nak mampus.  Tapi untuk edisi yang lain-lain,  boleh didapati dengan harga yang berpatutan.


Dijadikan cerita,  bila Shirley mai melawat we olls kat USM baru baru ni (depa mai sat saja untuk settle hal rumah depa nak duduk tahun depan),  Shirtley and Prof.  Steve hadiahkan akak satu bungkusan khas.  I know inside it adalah buku yang akak minta dari depa.  Punya lah eksaited,  akak pun bukak beg itu dan didalamnya akak dapati ada sebuah buku yang selama ini akak rasa hilang dari simpanan akak.  Sama macam buku akak yang hilang dulu,  dibalut kemas dengan plastik untuk tujuan melindungi.

click read more

Bapak Tiri Ku Biseksual



Assalamualaikum Kak Jumie,


Saya baru je hari tu blog walking dekat blog Kak Jumie dan terbaca satu artikel yang tajuknya Dilema Dalam Dunia Duality. Email saya ni lebih kepada luahan perasaan sebenarnya.


Baru-baru sahaja lagi, ada satu drama yang maha dahsyat terjadi dekat keluarga saya sendiri. Tapi drama ni memang tak boleh nak tayang kat TV3. Sebab censored dan lucah gila!  ( I know you like kelucahan Kak. Dont lie to me..Hehehe ). Mangsa keadaan adalah mak saya sendiri.  Dan 'pemangsa' adalah bapa tiri saya. Saya bagi akak background story tentang bapa tiri saya.


Dia ni boleh dikatakan seorang yang berupa paras elok. Kalau tak der jadi macam ni,  hujung bulan ni jadi 12 tahun. Dia kategori bujang terlajak. Umur dalam lewat 30 an semasa berkahwin dan mak saya.


Selama mereka berkahwin memang banyaklah kenangan pahit dan manis. Bab pahit lagi banyak dari manis. Nak sesuaikan diri dengan bapa tiri ni tak mudah. Tambahan bila dah besar dan bapa tiri tu memang pemarah dan baran. Kami memang takut dekat dia. Apa dia suruh buat kami akan buat dan iyakan je. Sebab kami kesian kat mak kami. Kalau kami bergaduh dengan dia, mak kami akan kena tengking kaw kaw punyer.


Dulu kami sayang lah juga dekat dia. Tapi itu dulu. Sebelum semua shit berlaku. Dalam kegarangan dan kebaranan dia tu adalah juga sifat caring. Dia dan mak saya tak dikurniakan zuriat sebab mak saya dah ikat lepas lahirkan adik bongsu kami. Masa tu mak masih berkahwin dengan bapa kami.


Kisah fishy mula berlaku sejak zaman saya belajar atau masa awal mereka berkahwin. Saya ulang alik ja dari kelas ke rumah sebab dekat. Saya ni careless dan pelupa. Kadang-kadang bila saya balik rumah nak ambil barang tertinggal, saya akan nampak kasut lelaki kat luar rumah. Bila saya naik atas, bilik mak saya akan bingit dengan musik. Bila saya ketuk pintu bapa tiri saya senyap dan tak buka pintu pun. Saya jenis kenal kasut orang. Sebab saya la tukang susun kasut kat rumah. Berkali-kali juga benda ni jadi. Saya selalu abaikan ja perasaan ragu-ragu kat diri saya. Sebab benda tu adalah tuduhan yang sangat serius.Dan saya tak berani nak beritahu mak saya. Sebab saya rasa mak saya lagi sayang dia dari kami. Mak saya tak kan percayakan kami. Adik saya dua orang pernah kena halau dulu sebab bergaduh dengan dia dan mak saya akur ja. Sebab masa tu dia nak pertahankan perkahwinan dia.Benda yang paling takut adalah kena halau dari rumah dan tak dapat jumpa mak saya. Macam adik2 saya kena selama 8bulan. Mak saya walaupun akur hari-hari dia menangis.


Daripada nampak kasut luar pintu, episod lain bermula. Kisah bawa balik adik-adik angkat. Dan adik-adik angkat ni lelaki. Selalunya budak lepasan U atau tengah belajar. Kami tak da lah macam nak suspek apa-apa. Sebab mereka ni datang waktu rumah ada keramaian. Tapi saya jadi suspicious sebab satu hari tu saya ternampak kereta adik angkat dia kat depan pintu. Saya balik kejap ambil barang masa tu. Naik atas macam biasa lah. Bunyi musik yang sangat bingit. Dia ni memang selalu ada kat rumah. Sebab dia kerja dari rumah. Keluar kejap2 ja jumpa orang. Yang menanggung dia kebanyakkannya memang mak saya.


Duit gaji dia hampir 5 digit ya kak,  lebih memang untuk dia sahaja. Dah la taste kasar! Semua benda nak mahal- mahal dan branded! Kami adik beradik dia duk pekin duit belanja. Catu bulan-bulan. Mak kami nak belikan kereta dia tak bagi. Belikan laptop untuk belajar pun tak bagi melainkan laptop tu dah tahap berasap. Sedangkan mak kami memang mampu nak belikan apa yang kami mahu.Kami pun bukan lah demanding sangat.Akak bayangkan bukan sahaja dia pekin kami. Mak kami pun sama! Dia sendiri laptop sampai 3. Macbook 1. HP satu. Lenovo 1. HP memang tiap2 tahun tukar. Mak kami pakailah laptop buruk dengan HP yang dia dah takmau! Tiap kali dia tukar HP, mak kami lah amik HP lama tu walaupun dia lah yang selayaknya dapat HP baru. Ya lah duit dia kan?!


Ahhh..Panas pulak tiba-tiba...Ok sambung cerita...

click read

Dato' Vida Berebut Microphone



Baru-baru ini menjadi video Dato' Vida berebut microphone menjadi viral.  Kejadian itu berlaku sewaktu program Konsert Gegar Vaganza.  

My opinion is that 

SEMUA INI ADALAH PROPA !!!

The camera was on point,  focus kat Dato' Vida dan juga pompuan kerja Astro tu.  Pastu focus balik to pengacara majlis.  TV Malaysia maa ada yang so well choreographed macam ni especially untuk benda spontan.  

Of course they need publisiti for this program.  And Dato' Vida yang gila-gila pastinya setuju membuat apa sahaja asalkan her product sells.

Kalau kita nak tau benda ni berlakon atau real,  kita tengok Gegar Vaganza tahun depan.  Kalau Dato' Vida masih sponsor Gegar Vaganza,  maka sahlah benda ni semua adalah tipu.
Teori ini diberikan oleh Ijam anak ikan baru (satu office).  AHAHAHA


click read more for video

Cai Wala Si Mata Biru


Hello u olls,


Apa perasaan you olls tatkala melihat gambar ini.  Pastinya u olls berasa bergegar dinding rahim hingga ke klitoris kerana mamat yang sedang membuat teh ini kelihatan sangatlah hemsem sekali dengan anak mata berwarna biru menikam kalbu.


Lelaki dalam gambar ini bernama Arshad Khan. Dia menjadi sensasi selepas gambar beliau yang dirakam oleh seorang jurufoto dari India merakam dan memuat naik gambar beliau ini dalam laman sosialnya. Sapa-sapa nak pi cari lelaki hemsem ni ampa boleh ke Sunday Bazaar (Peshawar Chowk) near vegetable area, Pakistan.


Lepas gambar dia menjadi viral,  Arshad Khan kata dalam tempoh sehari tu lebih kurang 40 hingga 50 perempuan mai tengok dia jual teh.  Nahariam.......negara Islam kuat macam Pakistan pun ramai wanita bernafsu nafsi kan ?  And now,  beliau telah mengikat contract dengan sebuah syarikat tempatan sebagai model.  Kerlas....

  Jurufoto berkenaan adalah seorang wanita daripada India bernama Jiah Ali.  Pandai deknon ni duk cari laki laki elok and amik gambar apa semua buat koleksi.  Tapi ramai jugak yang menyatakan,  fenomena ini menjadi penyatuan antara India dan Pakistan yang selama ini berperang kerana agama dan sempadan.


Cai wala dalam bahasa Pakistan bermaksud 'budak teh'.  Cai tu teh.  Wala tu macam budak.  So kalau kat airport ka apa,  ada budak budak duk tolong angkat beg,  kita panggil depa 'bag wala'.


Jom tengok original posting.  Click read more


Teater ‘Sang Juri’ [4 & 5 November 2016 @ Auditorium P.Ramlee, Kompleks JKKN Pulau Pinang



Teater ‘Sang Juri’


Setelah beberapa minggu di dalam mahkamah, beberapa orang juri terpaksa membuat keputusan sama ada seorang anak gadis, bersalah kerana membunuh ayahnya sendiri. Pihak pendakwaan telah memberikan pendakwaan dengan meyakinkan, hingga sebahagian besar juri bersetuju bahawa gadis itu bersalah.


Namun salah seorang juri membuat keputusan yang sebaliknya. beliau memohon supaya dibincangkan dahulu kes ini. Perbuatan ini mendatangkan rasa tidak puas dari juri-juri lain.


Berjayakah juri ini meyakinkan juri-juri lain? Atau dia ada agenda tersembunyi melambatkan proses penjurian ini. Atau benarkah sememangnya gadis itu tidak bersalah?


Teater ini merupakan adaptasi daripada filem 12 Angry Men yang pernah dicalonkan di dalam Academy Awards tahun 1957 dan telah diiktiraf sebagai karya yang diarkibkan di dalam United States National Film Registry oleh Library of Congress.


Filem ini juga telah diadaptasi ke ke filem Jepun (Juninin no Yasashii Nihonjin), India (Ek Ruka Hua Faisla), Russia (12) dan China (12 Citizens). Bakawalee Penang telah mengadaptasi filem ini ke bentuk pentas teater dan akan dipentaskan pada


Tarikh  :  4 dan 5 November 2016 ( Jumaat & Sabtu )
Masa  :  8.30 malam
Tempat  :  Auditorium P.Ramlee,  Kompleks JKKN Pulau Pinang (sebelah Rumah P.Ramlee) 
Pas masuk  :  RM 10.00

*Pementasan ini bersempena program Jom Ke Panggung

Status Ph.D. Dr. Azizan Osman


Kisah pasai pengesahan Ph.D. penceramah motivasi yang sangat popular Dr.  Azizan Osman semakin menjadi bual bicara.  Dari satu ke satu,  pendedahan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan menyebabkan reputasi Dr.  Azizan tercalar dan para penyokong beliau menjadi marah dan menempelak sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan idola beliau.  


Akak mempunyai ramai teman-teman yang telah menghadiri program beliau dan menjadi berjaya.  Depa mempunyai keyakinan diri,  idea-idea yang bernas,  kegigihan dan kesungguhan yang menjadikan depa usahawan yang disegani di sekeliling teman dan keluarga.  Akak tak nafikan,  program Dr.  Azizan telah mencetus ramai usahawan muda yang bagus.


Akak pernah diajak oleh seorang teman untuk sertai program beliau.  Disuruhnya akak pergi ke lokasi berkenaan,  kalau boleh kena mai seawal 7 am,  sebab kalau lambat,  kena duduk belakang atau maybe takdak tempat duduk.  Kawan akak kata,  ramai orang berebut-rebut untuk sertai kelas beliau.  Masa tu,  beliau buat tour di Penang.  Malam itu,  akak tengok youtube video mengenai Dr.  Azizan.  Wah bersemangat abang-abang, kakak-kakak dan makcik pak long pak ngah semua bersuka ria dalam kelas motivasi beliau yang dibuat dengan begitu gah sekali.  Pencahayaan,  pentas,  muzik,  dewan yang mahal.  Semuanya 'alive'.  Untuk pakcik makcik daripada Merbok,  Sungai Petani,  pastinya amazed dengan persembahan ini.  Tapi bagi akak,  oh.....ala-ala MLM u olls.  So akhirnya akak tak pergi,  dan sampai lani akak memang tak berjaya mana.  AHAHAHAH



Promosi Iklan Blog JumieSamsudin.Com / End of 2016



Hello semua orang,

Kepada semua usahawan meletops especially peniaga online,  jomlah tingkatkan prospek customer kalian dengan beriklan di blog JumieSamsudin.Com.  Saya mempunyai pembaca setia dari seluruh Malaysia,  lelaki dan wanita.  Dengan lebih kurang 1000-3000 blog klik setiap hari. Almost 10k followers on Facebook + Instagram.

Harga iklan saya memang confirm berpatutan.  For more info,  please do not hesitate to contact me  :



click untuk baca lebih lanjut Promosi Iklan Blog JumieSamsudin.Com / End of 2016


Joan CornellΓ  Kartunis Mesej Sosial Yang Gelap


Hello u olls,

Sapa layan 9 Gag sebelum tidur ampa mesti pernah terjumpa satu kartun ini.  Lukisan agak comels,  tiada dialog tetapi pergerakan dan penceritaan dalam kartun ini membuatkan kita rasa macam nak buat satu lubang besar dalam kepala kita sat.  Tapi lepas tu kita jadi bodo untuk 4 saat.

Kartun-kartun dia semua muka macam takdak perasaan.  Tapi mesej yang disampaikan bagi aku adalah seolah-olah memberikan teguran secara sinis kepada pihak penguasa,  ahli politik,  pemimpin.  Pendek cerita dia kata kat kita semua.

click read more


How To Plan A Trip To Penang National Park ?

Pemandangan cantik di Pantai Kerachut.

Tahukah anda Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di pinggir Teluk Bahang merupakan taman negara terkecil di dunia ?  Dengan keluasan 2,563 hektar,  Taman Negara Pulau Pinang memiliki pantai-pantai dan teluk,  sungai,   bukit dan paling menarik sebuah tasik meromiktik iaitu sebuah tasik unik yang mempunyai dua lapis air iaitu air laut dan air tawar.


Selalunya orang yang mai melancong ke sini adalah orang asing especially mat salleh dan juga pak Arab.  Pak Arab macam biasa depa akan hire boat dan turun kat mana-mana beach,  after spending some time depa akan gerak balik naik boat juga.


Orang Mat Salleh depa suka nak hiking,  kecuali mat salleh yang tua tua tak larat nak jalan.  Depa suka nak hiking sebab depa nak tengok kecantikan alam semulajadi.




Orang Malaysia,  ramai juga yang suka mai sini tapi tak semua tau macam mana nak masuk ke sini dengan cara yang betul ?  Oleh itu,  akak harap artikel ini dapat membantu hangpa.  Sama ada hangpa kumpulan peribadi (keluarga atau kawan-kawan) ataupun hangpa mai ikut persatuan ataupun aktiviti riadah syarikat / tempat kerja hangpa.


Artikel ini khas untuk you olls yang nak mai sini dalam group besar antara 20 hingga 100 orang.  Kalau hangpa individu dalam kumpulan kecil,  hangpa tak perlu nak buat urusan besar sangat,  hangpa hanya perlu datang kat kaunter pintu masuk utama ke Taman Negara dan register apa yang patut.

click read more

Cantik with Jamu Tun Teja ( Penang Dealer Ms Adila +60 17-593 2004 / Insta @jamutunteja_dill )


JAMU TUN TEJA -KHAZANAH ISTANA


RAMUAN

  1. Halia Bara – Melancarkan sistem peredaran darah, melegakan sakit otot dan sendi terutamanya pada bahagian belakang dan pinggang, menghilangkan rasa lesu badan, melegakan saluran pernafasan, menambahkan susu ibu, melegakan batuk dan selsema, melegakan gatal2 kulit, mengeluarkan angin berlebihan badan, melancarkan sistem penghadaman , terbaik untuk rawatan selepas bersalin dan meningkatkan kualiti kehidupan seksual.
  2. Manjakani – Menguatkan otot vagina, mengurangkan masalah keputihan, menghilangkan bau badan, menegangkan kulit serta mengandungi ejen anti-penuaan yang terbaik, menghilangkan bau dan kegatalan kurang menyenangkan pada vagina dengan mematikan jangkitan bakteria, merawat bentuk payudara dan punggung, mengurangkan minyak berlebihan pada kulit muka.
  3. Akar Serapat – Mengetatkan faraj dan organ peranakan, mengatasi kelesuan ketika datang haid, memberi tenaga, membuang toksin dalam badan.
  4. Kulit Kayu Manis – Merawat jerawat dan jeragat, membantu mengurangkan kolestrol, mengurangkan berat badan, meningkatkan kesuburan, menghilangkan parut kulit.
  5. Acai Berry – Membakar lemak berlebihan, membuang toksin di dalam badan, mengurangkan iritasi kulit, melambatkan proses penuaan, meningkatkan tenaga, meningkatkan fungsi seksual dan mental, sangat baik untuk kesihatan jantung.
  6. Madu Asli – 1001 manfaat, diantara nya menambahkan susu badan ibu, memberi tenaga, meningkatkan imunisasi badan, membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, mencantikkan kulit, mengurangkan batuk dan asma.
  7. Lada Hitam – membakar lemak berlebihan, membantu sistem penghadaman, memanaskan badan, membuang angin berlebihan badan, melegakan ketegangan otot dan stress.
  8. Purasweet – mengurangkan kandungan gula dan kolestrol dalam darah, merawat tisu rosak.
  9. Collagen, Vitamin C dan HA – Menganjalkan kulit agar lebih halus dan cerah berseri, melembabkan kulit yang kering, merawat masalah jerawat dan jeragat yang teruk, menghilangkan kedutan pada kulit dan lebam pada bawah mata, menguatkan rambut agar lebih sihat dan cantik, mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan, melindungi retina mata dan mencegah penyakit berkaitan mata.

Click read more


Pikotaro New Song

Pikotaro pembuat lagu Pineapple Pen tu buat lagu baru tajuk dia spekmata (Neo Sunglasses). Sumpah kalau jumpa pakcik ni aku ti pukul dia !




click to watch the video

Nang Nak

Duduk tak duduk laki aku share video Facebook,  filem penuh Nang Nak (1999).  Lagenda Nang Nak memang menjadi kebanggaan rakyat Thailand khasnya di Bangkok.  Cebisan tengkorak Nang Nak yang diambil oleh tok sami dalam ritual terakhir dipercayai sekarang disimpan oleh Raja Siam pada ketika itu iaitu His Royal Highness Prince Chumbhorn Ketudomsak.  Seterusnya diperturunkan kepada orang lain dan sehingga kini,  pemilik cebisan tengkorak itu tidak dapat dikenal pasti.

Apa pun,  dalam banyak-banyak versi filem Nang Nak yang dikeluarkan di negara Thailand,  tak boleh nak beat filem yang dikeluarkan tahun 1999 ni lakonan Intira Jaroenpura & Winai Kraibutr.




jom layan

Tabung Burger

Kami dua orang duk kemas bilik.  Aku kata kat laki aku "Abang,  kemas dalam laci tu.  Barang tak mau pakai buang.  Tapi kertas - kertas tu,  abang baca dulu semua baru abang buang.  Takut nanti ada resit penting ka apa ka,"


Laki aku diam dan terus membuat kerja seperti yang aku arahkan.


Tiba tiba dia memanggil, "Sayang... hang baca ni,"


"Apa?" aku berdiri depan dia dan mengambil kertas putih kecil dari tangan laki aku.


Kertas itu tertulis "Abang,  dekat Ya ada RM8.  Ya tinggal kat abang RM10 untuk beli makan.  Gaji masuk 21 hb ni.  Malam ni ya balik,  kita sama-sama korek tabung burger dan kira dalam tu ada berapa,"


Kami berdua menitiskan air mata.  Nota kecil itu sungguh menusuk hati kami.  Orang tak tau susah yang kami lalui bersama.  Pengorbanan yang terpaksa kami lakukan.  Semua orang hanya mahu tengok yang indah dan cantek,  kisah kami takdak yang indah dan cantek.  Takdak sapa pun tahu apa masalah kami yang kami tanggung,  hanya Allah dan beberapa teman rapat yang tidak pernah menghukum.  


Hari ini,  genap 5 tahun perkahwinan aku dan laki aku.  Bukan tempoh yang panjang,  tapi bukan bukan tempoh yang mudah juga.  Aku bangga sebab aku dan laki aku dah sampai kat sini.  Kepada semua yang baru berkahwin,  satu saja pesan aku.  JANGAN DUK IKUT SANGAT APA ORANG LAIN BUAT,  INI LIFE HANGPA BERDUA.  BUAT APA YANG HANGPA RASA HANGPA HAPPY.  Sebab orang lain depa tau nak hukum sahaja,  tapi kalau dalam poket hanya ada RM 18 dan lagi 11 hari nak gaji,  depa tu semua boleh tolong hangpa ka?


Catatan pendek ini sempena ulangtahun perkahwinan aku dan laki aku pada 2 September yang lalu.  To Allah,  thank you so much.

Parros Goebel Mirip Wajah Akak



Tak lama dulu,  kawan akak Azura Jaapar pernah bagitau akak "Eh....kerlas hang berlakon dalam video Justin Bieber terbaru,"  akak pun terkejutlah macam mana orang boleh jugak nak recognized akak dalam video clip tu. Sebab memang kalau ikutkan hati akak tak mau nak terima pelawaan untuk menari dalam video clip lagi,  especially sejak akak dah pakai tudung.  Tapi sebab J Bieber duk pujuk akak jugak,  so akak berlakon la jugak.


Verangannnnnnnnnnnnnnnnnn !!


Okay - okay,  sebenarnya dia yang mempunyai rupa wajah macam akak itu bernama Parris Goebel seorang koreografer terkenal di Hollywood.  Dia bertanggungjawab menjadi pereka tari untuk banyak video clip artist hebat di Amerika termasuk juga artist K Pop !!  Kerlas tak ? Selain itu,  dia pernah memenangi pertandingan World Hip Hop Dance Championship sebanyak tiga kali ! Sekarang,  selain membintangi muzik video artist ternama,  dia aktif mengadakan kelas dan bengkel tarian di seluruh dunia.


Sapa kata jadi penari adalah loser dan tak boleh buat duit ?


Berasal daripada New Zealand dan mempunyai darah asli bangsa Samoan,  no wonder pompuan yang berusia 25 tahun ini (lahir 1991) mempunyai iras-iras wajah akak.  Jom tengok beberapa video tentang beliau for you tatapan.




Fade by Kanye West featuring Teyana Taylor


Masa VMA 2016 yang lalu,  lepas persembahan by Beyonce yang telah mengaburi persembahan-persembahan Rihanna (yang malam tu menang anugerah),  tiba-tiba Kanye West announced tentang muzik video barunya yang berjudul Fade.  

The whole arena termasuk penonton di rumah jadi macam bodo piang sat terkejut sebab tengok video clip tersebut yang menunjukkan seorang pompuan,  badan super meletops menari dengan seksinya,  ada aksi romen dalam bilik ayaq and finally pompuan tadi muka dia berubah jadi cat woman,  peluk jantan tadi,  badan berminyak,  keliling depa ada kambing biri-biri dan seorang baby manusia.

Aku jadi bengong tak tau nak react macam mana kat music video tu.  Then of course akak pun cari video tersebut dalam Youtube.  Akak akan share kat sini.


click read more

Keluarga Songsang - Pendapat Saya

Email Pertama :


Hye you olls,

Sorry ganggu di kala malam kunjung tiba. I nak mesej you about LGBT. To be honest, even I tergolong dalam group tu, tapi I sebenarnya tak sokong kalau benda tu dilaksanakan. Main reason is I fikirkan berkaitan anak-anak. I bukanlah nak kata I baik seperti pagi jadi ustaz, malam jadi ustazah. Cuma sejak-sejak ada anak saudara naluri kebapaan I tu ada lah sikit-sikit.

So apa yang I nak tulis ni, I nak you baca dalam konteks pertanyaan, bukan konteks nak salahkan sesiapa. I tanya sebab I nak tahu ja.

1. Kalau LGBT nie dilaksanakan, macam mana untuk pasangan tu ? Contohnya, gay nak dapatkan anak sendiri ? Kalau di oversea, yes depa ada ibu tumpangan and I ada kenalan, 1 gay couple ni yang dah kahwin kat oversea dan depa berdua gunakan khidmat ibu tumpangan. Tapi baka yang jantan Malaysia tu lagi power pasangannya, mat salleh, sebab sperm dia ja yang jadi anak.

And now depa ada seorang anak perempuan berusia lebih kurang 3 atau 4 tahun. Sangat comel. Anak depa ni panggil kat depa sorang papa, sorang lagi dia panggil daddy. So anak depa ada dua orang bapak.

Sangat sweet tapi itu di oversea. Kalau di Malaysia bagaimana ? Adakah benda benda macam ni ? Ibu tumpangan, anak tabung uji dan sebagainya? Dan sekali lagi, I bukanlah nak tunjuk yang i ni ustaz or ustazah, tapi kalau kita nak gunakan khidmat ibu tumpangan, ada ka yang sudi beri khidmat macam tu di Malaysia? Atau tak payah ada anak langsung ? Atau ambil anak angkat ?


2. I fikir soal / perasaan anak tu bila dia dah mula ke sekolah. Bila pergi sekolah, cikgu suruh buat karangan tentang keluarga saya ? Agaknya dia nak tulis macam mana? Suami kepada ayah saya? Mungkin betul, budak-budak kalau kita didik dari kecil pasai benda-benda ni depa akan faham. But once pergi sekolah, bercampur dengan budak-budak lain, macam dia tak terfikir ka yang dia ni ada mak / bapa yang betul-betul jantinanya? Sometime macam I fikir gak macam kesian ja dia nak hadapi semua nie kalau pergi sekolah selalu kena ejek dgn kawan-kawan. Stress kot.

Kita boleh ajar anak kita, tapi anak-anak orang lain disekeliling kita tak sama macam kita. Kadang-kadang I fikir, macam kesian juga kat budak-budak kalau kena buli la, dera laa. Tak boleh la benda-budak camtu.. sedih..


Ok I rasa yang nie dulu kot yang I nak tanya. And again, please baca dalam konteks pertanyaan. I masih tercari-cari jawapan untuk perkara ini tapi tak tahu nak tanya pendapat sapa. But since I kenal u, hopefully you will help.

Ok goonight.

Yang benar,
Mustafa Soleh


Email Kedua :


Hi adik Jumie yang gebu,
Tak tau cerita panjang. Just nak tanya pendapat pasai psikologi anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga songsang. Maksud aku adalah keluarga yang jenis pengkid, couple dengan perempuan dan anak kecil atau sebaliknya. Depa-depa ni kan berangan macam perfect family walaupun songsang.

Cuber pejam mata dan bayangkan kawan-kawan sekolah budak budak tu akan tanya “Awat dora daddy hangpa macam perempuan?” or
“Awat daddy hangpa ada tetek?”


Yang benar,
Pengkid tapi Pondan


No Make Up Alicia Keys

Kak Alicia tampil make up free on VMA red carpet.

Hello u olls,  akak sangat suka satu benda yang baru dibuat oleh Alicia Keys iaitu tidak memakai make up langsung walaupun untuk event besar iaitu red carpet.  Sebagai seorang artist yang dah tahap diva divana,  sesungguhnya akak harap movement baru yang dibuat oleh beliau ini bukanlah semata-mata sebagai satu langkah promosi album keenam beliau.

Selepas appear dalam beberapa segmen bual bicara di kaca TV dan majalah,  serta menyumbang sebuah artikel tentang memerdekakan diri daripada calitan make up dalam website Lenny Letters,  I think Kak Alicia memang siries dengan semangat baru ini.

Lenny Letters adalah sebuah website yang dibina oleh Lena Dunham dan kawan dia (Lena Dunham adalah seorang pelakon) di mana para wanita boleh menyumbang artikel yang memberikan semangat kepada wanita lain.

Akak dah start free myself from make up since 2011 bila akak nak kawen.  Orang kata nak bagi berseri,  a few month before kenduri kawen,  janganlah pakai make up.  Memang susah pada mulanya,  selain teguran pelik dari kawan-kawan yang duk ingat kita ni sakit demam sebab pucat,  kita sendiri sebagai tuan punya muka rasa sangat tak confident sebab tiba-tiba muka kita yang duk feeling Venezuela sekarang dah jadi macam wanita-wanita asli Pulau Bawean.  Mata kecik,  kening takdak,  hidung bulat,  kulit wajah pun tak semegah.



Kim Kardashian Kena Rompak



Pada hari Senayan yang lalu Kim Kardashian telah dirompak ketika berasa dalam bilik hotel. Menurut apa yang akan baca, dia duduk hotel sorang diri (and ada make up artist dia...tapi detu lari ke mana tak tau menyembunyikan diri). Then awal pagi buta ada orang ketuk bilik, pastu masuklah perompak berpakaian seragam polis, tangkap Kim Kardashian and rompak barang kemas dia semua. Depa ugut dia dengan pistol. Lepas tu, depa tinggalkan Kim K di hotel dalam keadaan trauma tapi physically she is okay.


Berita ni panas tapi orang tak berapa nak bother sangat sebab lani kat US apa yang paling panas adalah persiapan dua calon president USA yang akan berentap dalam undian pada awal November akan datang.


Dan lagipun, orang pun dah macam malas nak layan aih kisah Kim K yang semakin hari rupanya duk makin fake. Kira masa sahaja lepas ni dia akan jadi Michael Jackson.

click read more

Fazura Nyanyi Syiok Sendiri



Pagi tadi akak terkejut beruk apabila DJ kat Fly FM memperkatakan tentang kehuduhan suara Fazura menyanyi opening untuk Usher masa konsert khas sempena Sepang F1 event.  Nahariam teruk sangatkah dia nyanyi,  sampai Fly Fm yang selalunya cerita pasai artist artist Mat Salleh ni nak mengata pasai artist Malaysia ?


So akak pun masuk kerja,  sampai dah balik petang,  akak lupa langsung pasai Kak Faz ni.  Sampailah malam tengah tulis blog,  mak kita Mama Regina PM kita "Dah tengok nyanyian Fazura


Akak cepat-cepat tengok video tersebut di Youtube.


Mai tengok kaih !!


Kak Siti Rambut Oren



Sapa Kak Siti Rambut Oren ?  Inilah gelaran yang seringkali akak gunakan bila bersembang dengan kawan-kawan akak,  refering to the very vocal Kak Siti, seorang aktivitis especially untuk nasib orang asli dan yang paling utama seorang peguam wanita yang terkenal dengan keberaniannya memberikan pendapatan mengenai hak wanita,  Melayu dan agama Islam.


Untuk lebih spesifik,  baru - baru ini tindakan Kak Siti memberikan middle finger dalam satu forum mengenai garis panduan hukum Shariah oleh parti Pas telah mengundang pelbagai tohmahan dan kritikan orang ramai.  Sebelum ini,  video dia memaki penguat kuasa yang cuba menamatkan satu private party kalau tak salah adalah dinner ratu ratu mak nyah juga menjadi viral.


Perlukah akak memperkenalkan diri beliau lagi ?


Click read more

Kembara Arafat ke India

Taj Mahal from our balcony.  Nyatakan perasaan anda.

India, satu negara yang tak pernah aku pikiaq nak pi, dok tak duduk pi jugak bercuti kat negara tu. I'm so impressed dengan India, yes at some point depa lagi better dari Malaysia, jangan terkejut ye dik. Best part kalau nak pi berjalan negara orang, you kena open minded and sanggup nak belajar. I nak cereta pasai India in few category, so that ampa semua nanti senang nak faham and kot kot ada yang teringin nak pi, coretan ni dapat tolong ampa.


Don’t ask me about bau, taik, toilet and so on. It is INDIA you cannot do anything about it. Be there feel it experience it. Because India is incredible !!



Kembara Arafat ke India 



Pre Departure
First of all, back in India I bukan lah bagpacker traveler dan tak rasa diri ini mampu nak berbagpacker di India. India adalah antara negara yang mengenakan VISA kepada pelawat-pelawat dari Malaysia selain dari China, Sri Lanka, Amerika dan lain-lain. Boleh apply visa dekat any authorized agent. Kalau ampa dekat KL pi la buat teruih dekat Kedutaan India.


Since kita fly on Air Asia X, I beli preferred seat in silent zone, pastu tambah meal on board. Dari dalam flight lagi hang dah boleh rasa bahang India dik oi.  Paham-paham lah apa yang I maksudkan yer.



Welcome to Delhi! 

Click read more

Servis Hantar Barang dengan Melon Runner


Hello u olls semua,


Pernah dak hangpa masak sedap-sedap di hujung minggu tapi hangpa nak hantar kat adik beradik ampa yang rumah dia dalam Penang,  tapi hangpa malaih nak keluar rumah pi hantar kat dia,  sebab dah la cuaca panaih lepas tu jalan pulak akan jammed ?


Pernah dak pada hari hujung minggu,  hangpa bangun awal mengemas rumah penat teruk macam maid bila mai tengah hari dah takdak kudrat nak masak makan tengahari dah.  Nak order Dominos tapi menu pizza itu tidak sesuai dengan selera tekak you olls.  Rasa macam teringin nak makan Pecal Lelel Relau pulak tengah hari ni !!


Pernah dak pulak,  hari minggu you olls busy gila sebab nak kena buat macam-macam sekali baru u olls teringat anak you u olls punya birthday malam ni.  Nak pi beli kek tak dan sebab suami u olls pun kerja pulak di hujung minggu,  by dinner time baru dia balik !!


Haa akak boleh bagi macam-macam contoh kat hangpa semua untuk bagi alasan mendapatkan khidmat hantar barang ni ?  Hari ni akak nak syorkan kepada hangpa semua untuk menggunakan khidmat penghantaran barang iaitu Melon Runner.  Tapi sorry ya,  perkhidmatan ini hanya available untuk rakyat Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya sahaja.


Click Read More

PPAP Pen Pineapple Apple Pen -- Broke The Internet !!



Hello u ollls,

Kalu tak pelik,  bukan Jepun la.  Tapi macam mana pelik dan gila pun depa ni aku tetap respek depa sebab depa orginal dan tak pernah buat benda viral yang tiru-tiru orang.  Kita Melayu bodo kat Malaysia ni yang suk anak tiru apa semua Americans buat sampai tak guna otak kadang-kadang.  Jepun adalah original.

Dah banyak video depa menyanyi lagu 'brainwashed' yang dah viral kat internet. And this few weeks,  ampa semua mesti dah pernah tengok video ni kan ??

Aku first tau pasai video ni bila dengar kat Fly FM.  Depa duk suruh pendengar radio called up that station and nyanyi lagu ni.  Musibat betui.  Lagu ni 2 minit saja,  tapi sekali hang dengar hang akan teringat selama dua hari.  Stuck in you brain.

Siye sapa la yang cipta lagu ni aku harap ada satu neraka khas untuk dia.


Jom tengok !!


Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Yang Meletops !!


Dalam beg orang perempuan kalau takdak tisu basah maknanya pompuan itu tak sah pompuannya.  Tisu basah yang dulunya hanya digunakan oleh ibu ibu untuk bayi mereka,  seterusnya menjadi kemestian kepada para wanita dan gadis sebab tisu basah bukan sahaja memberikan pencucian yang lebih bersih berbanding tisu biasa malah sekarang ni dengan adanya pelbagai jenis tisu basah yang lebih 'mesra' untuk kulit wajah perempuan,  maka tisu basah menjadi kemestian dalam tas tangan setiap perempuan.

Akak sendiri memang selalu menye-spare tisu basah di laci dalam office (pack besar) dan beg tangan akak ( pack kecil ) ke mana sahaja akak pergi sebab dulu masa akak baru kawen dengan En Khafi,  kami pi jalan-jalan pastu tiba-tiba dia tanya, "Hang ada tisu?"  akak pun kata "Takdak...." Pastu dia maki akak "Hang ni pompuan apa takdak tisu dalam beg hang ?"  Celaka sungguh penyataan seksis En Khafi tu.

So sejak itu,  akak pun selalu spare tuala kecil,  sapu tangan,  tisu biasa dan wet tissue dalam beg tangan akak bila bila travel dengan En.  Khafi.  Dia pun puji akak lani sebab dah cukup woman katanya.  

Okay dah takmau nak merepek merapu rapu dengan hangpa semua.  Hari ini akak nak share dengan you olls satu produk tisu basah keluaran Malaysia yang diberi nama Imaan Suci Wipes.  Bestnya Imaan Suci Wipes ini adalah ianya tidak memiliki alkohol yang boleh mengering kulit wajah selepas penggunaan malah sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah sensitif.  Dicipta khas agar sesuai untuk penggunaan Muslimah,  akak memang syiok nak rekemen this produk kat ampa sebab akak dah pakai 3 packs (lani tinggal 1 pack ja lagi....duk sayang nak habiskan....) AHAHAH yela akak akan beli baru !!


click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...