28.10.16

Filipina Seratus Hari Selepas Rodrigo Duterte

Majalah Time menggelar beliau sebagai The Punisher.

Hari tu akak keluar pi urut kat Kaki-Kaki dengan kawan akak,  sorang tu Aida and sorang lagi Chona.  Akak and Aida baguih punya duk layan tutup mata sambil kaki kami ditekan-tekan oleh tukang urut.  Tapi kawan kami yang Chona ni,  dari tadi asyik duk tengok video Youtube.  Muka dia nampak siries.


"Hang duk tengok apa?" akak tanya kat kawan akak tu.  Dia orang Filipina ya dik.


"Im watching news about out president.  I love him so much" jawab Chona ringkas.


Kepada u olls yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di negara jiran kita Filipina.  Mereka telah melantik seorang president baru bernama Rodrigo Duterte.  Baru-baru ni dia telah membuat headlines yang besar dengan memaki Barrack Obama dengan memanggil beliau anak pelacur dalam bahasa orang putih.  AHAHAH. Kesian Abang Bama.  Secara tidak rasmi,  perbuatan beliau ini telah menamatkan hubungan baik antara negara Filipina dengan Amerika Syarikat.  Oih...depa dua ni duk kawan baik sejak zaman Imelda Marcos lagi.

Click read more



Beberapa aktiviti penangkapan dan pembunuhan yang dirakam.  Those yang kena tangkap ni tak kena perbicaraan ya,  terus kena tembak beramai-ramai.



So let's sembang about President Rodrigo Duterte,  setelah genap 100 hari pelantikan beliau dikatakan 3700 rakyat Filipina telah mati dibunuh dalam satu operasi membanteras jenayah dadah di negara tersebut yang sangat parah.  Macam mana angka pembunuhan itu menjadi terlalu tinggi ?



President Rodrigo Duterte telah memberikan kuasa penuh kepada satu skuat khas,  pihak polis malah orang awam yang mengetahui tetang sesiapa sahaja rakyat Filipina yang terlibat dalam jenayah dadah,  depa boleh bunuh orang itu tanpa perlu ditangkap,  di soal siasat dan apatah lagi untuk dibawa ke muka penghakiman.  Dalam erti kata lain,  depa buat macam 'purge'.


Tengok muka dia pun macam gangster dah.


Purge adalah aktiviti pembuangan sekumpulan masyarakat yang tidak diingini dalam sesuatu organisasi.   Perkara ini dilakukan dalam sejarah politik dunia sejak dahulu lagi.  Malah ada filem yang dibuat oleh Hollywood membayangkan tentang aktiviti purge.


Ramai rakyat Filipina yang menyukai tindakan drastik dan berani yang dilakukan oleh President Rodrigo Duterte walaupun telah mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.  Hala u olls,  dah hang dapat kebenaran untuk bunuh sesiapa sahaja yang hang saspek memang mengedar dadah,  mestilah benda-benda tak best seperti tersalah bunuh ka apa semua akan berlaku.


Di luar negara pulak,  ramai yang mengecam perbuatan ini yang dikatakan terlalu gasar.  Amerika Syarikat,  European Union, Roman Catholic Church and PBB semua duk bagi tohmahan bertalu-talu kepada perkara ini.


Tapi butohlah PBB tu semua,  yang pembunuhan teruk di Palestin,  Syria,  Rohingya semua awat ampa sengap tak mau nak bagi komen pulak.


Setelah sembang dengan Chona,  dia kata,  rakyat Filipina sangat menyokong perkara ini kerana tahap jenayah dan rasuah di negara itu dah terlampau kronik.  Bak kata pepatah Melayu,  kalau tak pecahkan ruyung,  masakan dapat sagunya.



President Rodrigo Duterte mempunyai peminat wanita yang ramai.  Kerlas depa boleh cium cium president macam ni.  Kalau kat Malaysia,  memang 'depa' duk buat macam ni pun cuma tak bubuh la di khalayak ramai.  Ken !



Wanita dalam gambar ini adalah isteri beliau.


Wanita skin head ini adalah bekas isterinya yang turut berkempen dalam pelantikan beliau sebagai presiden.


Read more: www.dailymail.co.uk/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...