Featured Post

#PrayforPenang

3.10.16

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Yang Meletops !!


Dalam beg orang perempuan kalau takdak tisu basah maknanya pompuan itu tak sah pompuannya.  Tisu basah yang dulunya hanya digunakan oleh ibu ibu untuk bayi mereka,  seterusnya menjadi kemestian kepada para wanita dan gadis sebab tisu basah bukan sahaja memberikan pencucian yang lebih bersih berbanding tisu biasa malah sekarang ni dengan adanya pelbagai jenis tisu basah yang lebih 'mesra' untuk kulit wajah perempuan,  maka tisu basah menjadi kemestian dalam tas tangan setiap perempuan.

Akak sendiri memang selalu menye-spare tisu basah di laci dalam office (pack besar) dan beg tangan akak ( pack kecil ) ke mana sahaja akak pergi sebab dulu masa akak baru kawen dengan En Khafi,  kami pi jalan-jalan pastu tiba-tiba dia tanya, "Hang ada tisu?"  akak pun kata "Takdak...." Pastu dia maki akak "Hang ni pompuan apa takdak tisu dalam beg hang ?"  Celaka sungguh penyataan seksis En Khafi tu.

So sejak itu,  akak pun selalu spare tuala kecil,  sapu tangan,  tisu biasa dan wet tissue dalam beg tangan akak bila bila travel dengan En.  Khafi.  Dia pun puji akak lani sebab dah cukup woman katanya.  

Okay dah takmau nak merepek merapu rapu dengan hangpa semua.  Hari ini akak nak share dengan you olls satu produk tisu basah keluaran Malaysia yang diberi nama Imaan Suci Wipes.  Bestnya Imaan Suci Wipes ini adalah ianya tidak memiliki alkohol yang boleh mengering kulit wajah selepas penggunaan malah sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah sensitif.  Dicipta khas agar sesuai untuk penggunaan Muslimah,  akak memang syiok nak rekemen this produk kat ampa sebab akak dah pakai 3 packs (lani tinggal 1 pack ja lagi....duk sayang nak habiskan....) AHAHAH yela akak akan beli baru !!


click read more



Throwback masa akak pi ronda Padang Kota, tengok pameran patung beruang katanya. Panaih lit lit hang tau dak masa ni.  Nasib baik lah aku bawak Imaan Suci Wipes. Sekali ja lap pasai benda ni terus rasa lega. Kalau dak dari tadi aku punya duk lap muka aku dengan tiau biasa macam apa ja... Baguihnya wipes ini adalah dia takdak alchohol so lepas lap muka dengan benda alah ni kita akan rasa segar dan kulit kekal lembap.




Why I Want To Continue Using Imaan Suci Wipes

  • Imaan Suci Wipes memang betul watery.  Some of the tisu basah kata sahaja basah,  tapi bila kita pakai,  tak cukup basah pun.  If you hold the pack of wet tissue,  buka pembuka dia sikit,  and try picit sikit,  you can see liquid emerge daripada permukaan tisu basah tu.  Akak suka tisu basah yang betul betul basah sebab we need that water to membersih dan menyegarkan kulit kita.

  • 1 pack mengandungi 10 keping tisu.  Dan 1 keping tisu basah Imaan Suci Wipes yang betul basah lembab ini sudah cukup untuk lap seluruh wajah,  leher dan kedua-dua tangan.  So kalau kita travel,  satu pack kecil dalam tas tangan ini sudah cukup.

  • No alchohol pada tisu basah ini !! So kulit kita stays lembap dan segar lepas penggunaan.  Hangpa tau dak kesan alchohol pada kulit akan menyebabkan kulit ampa jadi kering ?

  • Akak tak tau nak detect apa bau yang terdapat pada Imaan Suci Wipes,  tapi bau dia macam nice.  Ala-ala minyak atar gitu.  Tapi bukan minyak atar yang tok tok haji duk pakai Malaikat Subuh semua u olls.  Bau dia bau atar yang menyamankan.

  • Sesuai untuk kegunaan harian tetapi paling sesuai kalau pakai ketika berjalan-jalan atau travel.  Yalah u olls,  kita kan hidup di iklim yang sangat panas dan masa jalan-jalan kita akan berpeluh banyak.  Oleh itu,  Imaan Suci Wipes sangat bagus untuk keep us clean (from habuk habuk) dan segar all the time.

  • Sesuai untuk semua peringkat usia dan jantina.  Hari tu,  akak letak Imaan Suci Wipes ni dalam laci,  tiba-tiba hilang satu,  kisahnya laki akak amik bubuh dalam beg dia.  Pakai pi kerja jugak.  Kerlasss pondan juga laki akak ni.  Sebab takdak alchohol dan takdak bahan-bahan kimia berlebihan,  I'm sure this product sesuai untuk bayi juga.

  • Harga yang affordable,  nanti akak explain kat bawah.


Tips Meletops

  • Simpan Imaan Suci Wipes dalam peti ais,  pastu gunakan untuk lap wajah.  Siries best sebab dapat kesegaran yang super meletops.
  • Imaan Suci Wipes ada vitamin E.  Ianya 2 in 1 membersih dan menyegar,  senang bawak travel,  kulit sensitif pun boleh pakai and bleh ilangkan ngantuk jugak.  Tengah drive,  bila rasa ngantuk lap ja muka.  Confirm akan segar !!
  • Selain mengelap wajah,  ianya juga boleh bertindak sebagai pembersih noda make up.  Kerlasss  u olls !


Harga Imaan Suci Wipes
1 pack 10 sheet -----------           RM 6
1 set = 3 packs ----------             RM 15
1 kotak = 18 packs ----------      RM 90

Harga tidak termasuk kos pos.

ps/  Beli lah 1 kotak,  ada 18 packs,  kongsi dengan kawan-kawan confirm berbaloi.


How to Buy ?
Kalau hangpa nak beli,  hang contact mak ayam macam details kat bawah ni.

Atau follow Instagram dia : _sitiodette88 
Tak pun whatsapp terus ke nombor : +60 12-439 3230

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...