UK Clark Sales

6.10.16

Kak Siti Rambut Oren



Sapa Kak Siti Rambut Oren ?  Inilah gelaran yang seringkali akak gunakan bila bersembang dengan kawan-kawan akak,  refering to the very vocal Kak Siti, seorang aktivitis especially untuk nasib orang asli dan yang paling utama seorang peguam wanita yang terkenal dengan keberaniannya memberikan pendapatan mengenai hak wanita,  Melayu dan agama Islam.


Untuk lebih spesifik,  baru - baru ini tindakan Kak Siti memberikan middle finger dalam satu forum mengenai garis panduan hukum Shariah oleh parti Pas telah mengundang pelbagai tohmahan dan kritikan orang ramai.  Sebelum ini,  video dia memaki penguat kuasa yang cuba menamatkan satu private party kalau tak salah adalah dinner ratu ratu mak nyah juga menjadi viral.


Perlukah akak memperkenalkan diri beliau lagi ?


Click read more



Akak mulai mengenali wanita ini sejak Mama Regina Ibrahim always sebut sebut nama beliau.  I Google around and I follow her Facebook public post.  Ada video.  Ada status yang panjang-panjang.  Semua itu adalah perkongsian tentang kerja-kerja yang dia lakukan.  Dalam hati akak,  aiiiyoooo...takutnya akak tengok wanita ini.


Bila keluar video dia tunjuk middle finger,  akak terpaksa akur yang akak sendiri pun kecewa dan meluat tengok kelakuan dia.  Akak petik apa yang dikatakan oleh kawan akak, "Kalau dia nak memperjuangkan sesuatu,  dia kena jadi seorang yang cool.  Lagi damai and peace,  lagi orang respect hang."


"Hang duk tunjuk middle finger,  flamboyantly duk kata AKU MELAYU,  AKU ISLAM,  tapi rambut hang warna oren.  Ehk...tok tok kita pun rambut hitam noks sebab pakai minyak kelapa hari hari kat kepala,"


"What I'm trying to say is,  walaupun macam mana betul pun apa yang dia nak tegakkan.  Tapi kalau dengan cara agresif dia tu sampai bila pun orang tak akan respect dia.  Sebab kita tengok balik sejarah pejuang sosial kat dunia ni,  Nelson Mandela,  Aung San Suu Kyi,  Mahatma Ghandi ....ada dorang-dorang tu tunjuk middle finger kat orang yang tindas mereka ?  Takder kan ?  "


Akak tunduk dan setuju saja dengan komen meletops anak MJA itu.  Akak setuju dengan apa yang dia katakan.  Tapi baru baru ni Malay Mail ada interview Kak Siti.  I read the interview.  Walaupun dibuat secara "copy paste soalan & jawapan" tapi selepas membaca artikel ini,  akak dah letakkan wanita ini sebagai salah seorang wanita yang akak teringin nak jumpa before akak meninggal dunia.

Akak rasa Kak Siti Rambut Oren ini adalah sejenis manusia yang what you see is what you get.  Her jawapan on the interview was very vocal yet witty.  Membacanya macam mendapat tamparan manja dari seorang Melayu berambut blonde.  I like !


Komen Kak Siti Pasai Tudung
Fahaman tentang tudung dan kedatangan wahabi ke negara kita.  Secara peribadi,  akak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.  Biaq pila hangpa Melayu zaman sekarang ni yang nak marah atau pertikaikan pendapat ini.  Akak sendiri pun walaupun dilahirkan pada tahun 80 an tapi dah boleh rasai perbezaan Melayu dahulu-dahulu dan Melayu sekarang.

Aku anak orang Bawean,  Indonesia yang lahir di Pulau Pinang.  Aku rasa masih lagi teringat masa aku kecik-kecik kalau pi kenduri kahwin,  nenjia sedara mara aku semua nanti pakai baju kebaya kain jarang siap nampak baju dalam relaks sahaja.  Fesyen u olls.  Tapi sekarang tidak lagi,  tudung adalah satu kemestian dan keperluan sosial.

Aku pakai tudung,  takdak sapa pun yang paksa aku.  Aku ada reason aku sendiri.  Tapi cara aku,  memang masih tak betul.  At times,  kalau aku rimas atau panas,  aku akan bukak tudung tu or just selimpang atas kepala.  Sapa yang rapat dengan aku depa paham aku macam mana and depa tak kutuk aku,  sebab selama ni pun aku tak pernah nak hipokrit dengan sesapa.  Aku pakai tudung,  tapi pernah juga masuk club and bar dengan laki aku.  Tapi lepas tu,  laki aku sendiri kata,  kalau aku kena ikut dia pi sana,  dia sendiri suruh aku bukak sebab bukan apa,  aku pun kenalah jaga imej orang lain.  Orang tak kutuk aku,  orang akan kutuk Islam as a whole.

Tapi yes,  aku sangat selesa pakai tudung.  Sometimes rasa pelik dan ralat kalau takdak apa apa balut kepala aku.  Aku tak nafikan jugak,  sejak aku pakai tudung,  orang lebih senang nak senyum dan accept aku kat mana aku pergi.  Ini adalah satu bentuk kesesuaian sosial yang secara tak langsung tertanam dalam hati kita orang Malaysia.  Kalau tengok pompuan gemok pakai tudung,  sah sah dia makcik makcik kerajaan yang tidak mempunyai sebarang bahaya.  Tapi kalau tengok pompuan tak pakai tudung,  rambut oren,  tetek besaq,  baju ketat......TAKUTLAH NAK TEGUR DIA.  MACAM GARANG JA !!

Aku harap hangpa baca artikel ni dengan hati yang terbuka.  Aku sedih juga bila sometimes kita ni punya lah taksub dengan apa yang kita buat secara fizikal sampai kita lupa keperluan untuk penuhkan spiritual kita.  Iaitu ikhlas !!! Kita pakai tudung sebab kita rasa kita nak cantek,  nampak meletops,  tapi bila kawan-kawan bangsa lain kita kutuk pasai pompuan pakai hijab,  kita melenting dan rasa dia tak respek agama kita.  Padahal,  kita pakai tudung feeling macam model-model keribas rambut tu semua memang melambangkan agama kita ka ?

Aku bukan nak judge hangpa,  aku sendiri pun tak betul.  Sebab tu kalau sapa - sapa kutuk bab bab tudung ni,  bagi aku "Mampuih pi la kat hangpa...kita semua ada pendapat masing-masing,"

Sekian sahaja.  Akak harap satu hari nanti akak dapat jumpa Kak Siti Rambut Oren.

Read :

Activist blames Anwar for ‘bringing in Wahhabism kind of Islam’

10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist


Follow Kak Siti on her Facebook  :
https://www.facebook.com/sitikasim?fref=ts

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com