CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

10.10.16

Keluarga Songsang - Pendapat Saya

Email Pertama :


Hye you olls,

Sorry ganggu di kala malam kunjung tiba. I nak mesej you about LGBT. To be honest, even I tergolong dalam group tu, tapi I sebenarnya tak sokong kalau benda tu dilaksanakan. Main reason is I fikirkan berkaitan anak-anak. I bukanlah nak kata I baik seperti pagi jadi ustaz, malam jadi ustazah. Cuma sejak-sejak ada anak saudara naluri kebapaan I tu ada lah sikit-sikit.

So apa yang I nak tulis ni, I nak you baca dalam konteks pertanyaan, bukan konteks nak salahkan sesiapa. I tanya sebab I nak tahu ja.

1. Kalau LGBT nie dilaksanakan, macam mana untuk pasangan tu ? Contohnya, gay nak dapatkan anak sendiri ? Kalau di oversea, yes depa ada ibu tumpangan and I ada kenalan, 1 gay couple ni yang dah kahwin kat oversea dan depa berdua gunakan khidmat ibu tumpangan. Tapi baka yang jantan Malaysia tu lagi power pasangannya, mat salleh, sebab sperm dia ja yang jadi anak.

And now depa ada seorang anak perempuan berusia lebih kurang 3 atau 4 tahun. Sangat comel. Anak depa ni panggil kat depa sorang papa, sorang lagi dia panggil daddy. So anak depa ada dua orang bapak.

Sangat sweet tapi itu di oversea. Kalau di Malaysia bagaimana ? Adakah benda benda macam ni ? Ibu tumpangan, anak tabung uji dan sebagainya? Dan sekali lagi, I bukanlah nak tunjuk yang i ni ustaz or ustazah, tapi kalau kita nak gunakan khidmat ibu tumpangan, ada ka yang sudi beri khidmat macam tu di Malaysia? Atau tak payah ada anak langsung ? Atau ambil anak angkat ?


2. I fikir soal / perasaan anak tu bila dia dah mula ke sekolah. Bila pergi sekolah, cikgu suruh buat karangan tentang keluarga saya ? Agaknya dia nak tulis macam mana? Suami kepada ayah saya? Mungkin betul, budak-budak kalau kita didik dari kecil pasai benda-benda ni depa akan faham. But once pergi sekolah, bercampur dengan budak-budak lain, macam dia tak terfikir ka yang dia ni ada mak / bapa yang betul-betul jantinanya? Sometime macam I fikir gak macam kesian ja dia nak hadapi semua nie kalau pergi sekolah selalu kena ejek dgn kawan-kawan. Stress kot.

Kita boleh ajar anak kita, tapi anak-anak orang lain disekeliling kita tak sama macam kita. Kadang-kadang I fikir, macam kesian juga kat budak-budak kalau kena buli la, dera laa. Tak boleh la benda-budak camtu.. sedih..


Ok I rasa yang nie dulu kot yang I nak tanya. And again, please baca dalam konteks pertanyaan. I masih tercari-cari jawapan untuk perkara ini tapi tak tahu nak tanya pendapat sapa. But since I kenal u, hopefully you will help.

Ok goonight.

Yang benar,
Mustafa Soleh


Email Kedua :


Hi adik Jumie yang gebu,
Tak tau cerita panjang. Just nak tanya pendapat pasai psikologi anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga songsang. Maksud aku adalah keluarga yang jenis pengkid, couple dengan perempuan dan anak kecil atau sebaliknya. Depa-depa ni kan berangan macam perfect family walaupun songsang.

Cuber pejam mata dan bayangkan kawan-kawan sekolah budak budak tu akan tanya “Awat dora daddy hangpa macam perempuan?” or
“Awat daddy hangpa ada tetek?”


Yang benar,
Pengkid tapi Pondan



Hello u olls,

Terima kasih kepada kedua-dua u olls yang bertanyakan soalan ini kepada saya.  Sorry sebab peram soalan ini hampir 3 bulan.  Sorry sangat sangat,  been busy macam tahi and alhamdulilllah sejak bulan ini akak dah aktif berblog semula.  Semoga u olls semua happy dan ceria selalu ketika membaca blog akak.


But cup cup cup!  Apa semua kepala toya ampa duk guna term keluarga songsang.  Hangpa dorang nama ja gay and lesbian,  tapi dua dua bodo tak tau sensitiviti.  Tak kisahlah,  parents hang gay ka,  lesbian ka,  sorang gay sorang straight ka,  what ever pun,  keluarga is keluarga.  


Kedua-dua soalan ini amat penting dan sangat baik sekali.  Im sure ramai golongan LGBT yang seusia lebih kurang kita (lewat 20 an dan 30 an) yang mempunyai pasangan yang stabil berhasrat untuk membina keluarga yang lebih besar iaitu mempunyai anak-anak.  Akak harap jawapan yang akak berikan ini dapat memberikan panduan kepada kalian berdua dan sesiapa yang membaca.


Tidak dinafikan,  penerimaan keluarga songsang masih lagi di tahap rendah.  Bukan sahaja di negara kita,  actually ramai lagi masyarakat di negara barat yang tidak menerima keluarga LGBT sepenuhnya.  Yang berbeza, hanyalah cara orang Barat.  Mereka memang jenis tak suka mengambil tahu tentang hak peribadi jiran atau ahli keluarga mereka.  Bertanya tentang soal perkahwinan,  anak-anak,  gaji,  kerja adalah sesuatu yang biadap.  


Lainlah kat Malaysia ni,  masyarakat kita bertanya tentang hal hal peribadi seolah-olah itu adalah hak mereka untuk tahu semuanya.  Terdapat banyak kes-kes di barat di mana anak-anak daripada keluarga LGBT mendapat tohmahan dan herdikan daripada masyarakat setempat tetapi mungkin kes tidak terlalu banyak dan perbincangan tentang hak kemanusiaan di sana adalah kuat.


So at the end of the day,  bila ada keluarga konservatif ( ala-ala kampung sikit) mengutuk parents LGBT yang membawa anak-anak mereka ke Gay Pride Parade,  depa akan kena kutuk balik sebab apa beza dengan mereka yang membawa anak-anak kecil mereka masuk ke gereja.  Sebab pada pendapat mereka,  agama adalah hak kemanusiaan,  so biar la anak-anak tu besar dahulu dan pilih sama ada dia nak masuk gereja atau tidak.


Ko faham tak noks?


Persefahaman
At the end of the day,  its all about persefahaman.  Bila kita faham,  kita akan hormat.  Tetapi untuk membuatkan orang luar terutamanya untuk faham,  bukan satu soal yang mudah.  Keluarga LGBT mungkin lebih selamat untuk membesarkan anak-anak mereka di dalam komuniti yang sudah mempunyai keluarga LGBT,  oleh itu soal pergaulan di sekolah dan sebagainya bukan masalah.

Kalau kat Malaysia ni,  akak rasa masyarakat kita dah semakin open sebab kebanyakannya sudah mempunyai latar pendidikan yang baik disamping pendedahan terhadap media barat dan internet.  Keluarga LGBT yang ingin memelihara anak mungkin boleh mulakan hidup di kawasan yang lebih urban, seperti bandar-bandar.  Kalau pi area pedalaman,  jenuh la u olls nak explain kat semua orang kan ?  


So far akak tidak mempunyai kawan-kawan di negara ini yang akak kenal,  pasangan gay atau lesbian yang sudah hidup bersama dan mempunyai anak bersama.  Sama ada anak dari ibu tumpangan atau anak angkat,  so far akak tak pernah jumpa lagi.  Tapi kalau mak mak ayam, yang hidup sendiri,  mempunyai anak angkat sudah ramai akak tau.  


Mereka kebiasaannya mengambil anak angkat sahaja,  sebab kat Malaysia ni bukan susah pun nak cari anak angkat dari kalangan orang susah.  Kadang-kadang sedara mara kita sendiri pun yang ada anak ramai boleh bagi anak kat kita untuk dibela.  Urusan nak register anak angkat dan sebagainya boleh diuruskan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.  Takdak masalah.  


Kat barat ada banyak ibu tumpang / surrogate mother.  Kat India pun ada banyak juga,  depa sewakan rahim untuk senyawakan benih pasangan yang mempunyai duit untuk melakukan prosedur mahal ini.  Sebab kat India,  golongan daripada keluarga kasta tinggi kalau boleh depa nak sangat sangat anak daripada blood line mereka sendiri.


Tapi personally bagi akak la,  kalau betul kita banyak duit nak buat benda ni takpalah,  tapi kalau kita betul betul ada niat baik untuk hidup bekeluarga,  why not ambil anak angkat sahaja.  Selain boleh feeling macam Angelina Jolie,  kita juga boleh membantu keluarga yang susah yang terpaksa menjaga anak-anak yang ramai.


Tapi couple yang ingin membesarkan anak bersama aku rasa memang kurang lagi kat Malaysia ni sebab semua pasang gay ataupun lesbian selalunya masih tidak mahu komited sepenuhnya dalam hubungan.  Sama-sama lagi mahu hidup dalam 'open relationship' katanya,  bagi mereka, buat apa nak setia,  kita gay / lesbian bukan boleh kawen,  setiap mereka bebas untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja.  So kalau pepek and lubang dubur masih mencari cari untuk diisikan dengan nafsu dunia,  macam mana nak ada anak pulak? Cari penyakit semua ni.


So again,  bagi akak,  in 10 or 20 years from now,  tidak semestinya negara kita benarkan pasangan LGBT untuk mendaftar anak angkat di bawah nama mereka sebagai penjaga,  akak rasa pasangan itu dan masyarakat sekeliling bersama kena bertanggungjawab untuk menimba ilmu menjadi ibu bapa,  menjaga anak-anak dan sentiasa terbuka dan bersedia untuk menerima segala bentuk cabaran yang datang asalkan institusi keluarga itu selamat dan tidak menganggu mana-mana pihak.


Setiap manusia,  tak kisahlah lelaki atau perempuan semua orang mengimpikan untuk memiliki keluarga sendiri.  Ada pasangan,  ada anak-anak.  Tetapi kenapa hak membina keluarga seumpama ini hanya dikhaskan untuk pasangan heteroseksual sahaja?  Sedangkan itu bukan jaminan yang mereka mampu besarkan anak-anak tu dalam keadaan yang sihat dan selamat?  Tak payah la mak nak ulang kisah haruan makan anak,  satu keluarga isap ais dan dadah,  mak bapak lacurkan anak dan sebagainya kisah yang selalu direkod dalam surat khabar Harian Metro.


Bukan Tanggungjawab Satu Pasangan
So sebagai kesimpulannya,  pada pendapat akak,  bukan tanggungjawab satu pasangan LGBT itu sahaja untuk menjaga dan memelihara anak mereka dalam keluarga mereka.  Kita semua sebagai ahli masyarakat pun kena mainkan peranan yang sama.  Tak kisahlah siapa pun kita,  juga seorang ibu bapa,  cikgu,  pendidik,  pakcik bawak van sekolah,  staf kerajaan,  pelukis,  sesiapa sahaja,  if you are a member of this masyarakat,  kita semua kena mainkan peranan untuk membina satu masyarakat yang tidak perak buih!!


Masyarakat di mana anak-anak kecil tidak menyebut pondan,  bapok,  tomboi kuat kuat hingga memalukan orang lain ?  Masyarakat yang tidak takut untuk bercakap dan berurusan dengan golongan LGBT sebab at the end of the day,  depa pun manusia juga kan?  Masyarakat yang tidak discriminate pasangan LGBT hanya kerana mereka mempunyai pilihan seksualiti yang berbeza?  Masyarakat  yang respect orang lain kerana apa yang mereka buat kerana mereka faham setiap manusia mempunyai hak untuk buat apa yang mereka mahu selagi tidak mengharukan hidup orang lain ?

The time will come.  Tak kisahlah orang tu bangsa apa dan agama apa pun,  akak percaya masa itu akan tiba.  Mungkin lambat.

Cuma satu saja la yang akak harap,  kepada pasangan LGBT yang eksaited nak bela anak,  akak harap awak belajar betul betul tentang ilmu menjadi ibu bapa yang baik dan tidak membuatkan anak-anak you olls hanya satu eksesori untuk lengkapkan impian 'kebahagiaan' dan 'kesempurnaan' u olls.


Interesting reading  :

Young People Share Their Experiences Of Growing Up With Gay Parents

Wombs for Rent in India (RT Documentary)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...