5.10.16

Kembara Arafat ke India

Taj Mahal from our balcony.  Nyatakan perasaan anda.

India, satu negara yang tak pernah aku pikiaq nak pi, dok tak duduk pi jugak bercuti kat negara tu. I'm so impressed dengan India, yes at some point depa lagi better dari Malaysia, jangan terkejut ye dik. Best part kalau nak pi berjalan negara orang, you kena open minded and sanggup nak belajar. I nak cereta pasai India in few category, so that ampa semua nanti senang nak faham and kot kot ada yang teringin nak pi, coretan ni dapat tolong ampa.


Don’t ask me about bau, taik, toilet and so on. It is INDIA you cannot do anything about it. Be there feel it experience it. Because India is incredible !!



Kembara Arafat ke India 



Pre Departure
First of all, back in India I bukan lah bagpacker traveler dan tak rasa diri ini mampu nak berbagpacker di India. India adalah antara negara yang mengenakan VISA kepada pelawat-pelawat dari Malaysia selain dari China, Sri Lanka, Amerika dan lain-lain. Boleh apply visa dekat any authorized agent. Kalau ampa dekat KL pi la buat teruih dekat Kedutaan India.


Since kita fly on Air Asia X, I beli preferred seat in silent zone, pastu tambah meal on board. Dari dalam flight lagi hang dah boleh rasa bahang India dik oi.  Paham-paham lah apa yang I maksudkan yer.



Welcome to Delhi! 

Click read more




DAY 1: Delhi - Srinagar
TOLONG JANGAN BUANG FLIGHT BOARDING PASS KE INDIA or any INTERNAL FLIGHT DALAM INDIA SAMPAI FLIGHT AMPA NAK BALIK KL DAH SELAMAT TAKE OFF, sebab nya pihak berkuasa India nanti suruh ampa isi form yang minta all particular, seingat I and kawan-kawan kena isi lebih dari 10 form semasa kami berada di India.  Dok check apa, aku pun tak taw laa aih.


Back to story,  kami landed in Indra Gandhi International Airport (Terminal 3) lebih kuang 10 pm waktu tempatan.  World’s Number One Airport dik tapi sedih!  Free wifi takdak ya! Pi Starbuck / CafĂ© semua tak dak wifi. Sibaaaaatttt, kita bara sambil redo dek.  Redo!



Arrival form tuk foreigner, kena isi dek! 


Next connecting flight I ke Kashmir pukul 5.45am,  departure dari Terminal 1 D,  kami fly Go Air, another low cost carrier dekat India.  Pergilah cari airport transfer counter, tunjuk ja boarding flight dari KL and ticket connecting flight ke Srinagar untuk dapat free shuttle.  Naik lah kau bas ala-ala Transit Link (kalau ampa orang Penang ampa taw laa) pi lah Terminal 1D, dengan harapan airport tu ada wifi lah kot.


Setibanya di Terminal Domestik 1D (another World’s Number 1 Airport) maka nampaklah manusia berselerak tidur di airport menunggu flight.  Kat luar airport tok sah dok cakap lah kan, memang berlungguk sampai ataih padang apa semua.


Done check-in, kami masuk tunggu lah dekat departure hall, upon security check, security officer depa jerit kat I cakap "Criminal !  Criminal !"

Eh babi! Suruh aku remove boots, dengan selamber kita cakap lah balik "Hey bodoh! Ni bukan criminal, ni boot."

Carut pi lah dalam Bahasa Melayu bukan depa faham. Dah selamat masuk Departure Hall, kita cari lah spot tuk nap kejap sebelum flight ke Srinagar (Kashmir). Long cut short, boarding flight ke Srinagar.



Go Air flight G8 190, ready for Srinagar.




DAY 2: Srinagar
Landed in Srinagar International Airport another World’s 2nd Best Airport yang sendu takdak wifi lagi, but still the best. PEREEEEEEEENG!


GUYS!  Kalau boleh bawa lah something dari Malaysia, sebab pegawai imigresen depa nanti tanya, do you have anything for me from Malaysia, nasib baik kawan I bawa KitKat, bagi laa 1 papan KitKat, so tak payah laa nak isi form-form merepek depa yang tah apa menda tu.


Sesampai di Srinagar,   Kashmir pada suhu 15 darjah celcius itu, terasa bak kembali ke kampong halaman you olls.  Orang-orang Kashmir memang baik-baik.  Jumpa dekat airport siap bagi phone number, anything call me, what ever happen to you in India you call me, dia kerja di KL, siap boleh cakap Melayu you olls! Happy kita! Dapat lah collect few phone numbers dekat airport.



Pemandangan Srinagar, Kashmir dari udara.




Kami menginap di Lily House Boat, hospitality yang sangat menarik, rasa macam dekat rumah sendiri. Ampa kena rasa sendiri lah, tak tau nak cakap macam mana. The annoying part nanti ada penjual-penjual nanti mai dekat house boat ampa untuk jual bunga, jual souvenir and juai segala mak nenek lah.



Ruang tamu Lily Boat House. 



Penjual-penjual bunga dan biji-biji benih bunga. 


Time kita pi Kashmir, depa dok tengah bergaduh, so tak berapa best sangat sebab banyak kedai tutup, sebab depa ada curfew,  ampa boleh tengok askar-askar India bertaburan di serata bumi Kashmir.  Rest for a while, kami disaji makanan pagi, macam pirana semua makan sebab lapar and sedap!  Butler kami elokkk! Hahaha.  Srinagar sangat cantik dengan taman-taman,  but I’m not taman-taman person, so pi je lah just nak bergambar.



Sarapan pagi di rumah perahu.











Balik ke houseboat kami untuk lunch, lepas tu I cannot go anywhere dah dek, tak tidur kot semua dok mai ting tong lagu mana ka, lepas lunch tidoq sat 2 -3 jam sebelum minum petang, lepas tu kita pi jejalan dekat tasik sambil mendayung sampan dan menyaksikan dan mengagumi kecantikkan bumi ciptaan Allah.  But then few places nak pergi dekat kawasan Srinagar, tak dapat sebab tak berapa selamat untuk kami. Especially Gulmarg.

**Srinagar majoriti orang Islam, so tak risau lah pasal makanan.


Gambar feeling lepas lunch.  Tak sedar diri eye bag bawah mata dah hitam macam tar jalan. 





Tasik Nigeen, Srinagar.



Menghadap Kojiarbal di temani Cik Lily.  Sumpah tenang! 



Pose selagi boleh sambil tunggu sunset.






DAY 3: Srinagar - Kargil

Bertolak seawal 4.00 pagi buta ke Kargil, melalui Sonamarg (Little Switzerland), kena bertolak awal untuk mengelakkan kami terlibat dengan pergaduhan dan perjalanan tersekat akibat curfew.  Dalam perjalanan ke Kargil, kami singgah sebentar di Sonamarg untuk bergambar dan breakfast.  Nah this is Sonamarg! Ter-reflect pulak zaman kita pi Hamilton, NZ last year.


Good Morning Sonamarg!



Sonamarg, if you could see the glacier at the top of the mountain.  Freeze and windy. 



After all I just love this photo, remind me of NZ da.


Around 4pm kami tiba di Kargil, sebuah pekan kecil, ala-ala pekan cowboy. I can said this is the last town yang hang akan jumpa majoriti nya orang Islam dan makanan halal berselerak di merata alam. Kargil cantik, mengigatkan ku akan Saudi, sebab bukit bukau yang berbatu, bumi berdebu.

Rest kejap, lepas tu kita pegi pusing-pusing town, I’m quite scared sebab orang-orang kat sini macam tak pernah jumpa orang, sekali depa tengok tenung lama-lama macam kita ni alien. Lol


Part of Kargil town.



Hey… peace! Bebudak Kargil.  Malu tapi mahu.



Kayu api nak nak bakaq tuk masak and panas kan ruumah time malam.



Bandar Kargil dan Sungai Suru



Kargil di waktu senja.






DAY 4: Kargil - Lamayuru - Leh

Urghhh perjalanan yang paling jauh so far, 180km in total tapi 7 jam masa perjalanan, ampa nak tau pasaipa? Ampa tengok gambaq ni.  On the way pi Leh, singgah sebentar di Lamayuru Monastery. Ini bermaksud kita dah menuju ke arah sempadan Tibet, China.  Setiba di Leh, kami menginap di Auspicious Hotel, Leh. Tak larat dik! Rest je lah tak jalan pi mana-mana, plus I tak berapa nak ok dengan keadaan muka bumi yang berdebu. Just tak nak ada problem with my nasal, and for sake of my coming days in India.


On our way pergi Leh, nampak lori ni, berhenti and amik gambar jap lol 



Lamayuru Monastery.  I tak masuk dalam pun.



Passing by Magnetic Hill.  Ada spot di kawasan ni yang akan menarik semua menda ke arah dia.


Road to Leh.





DAY 5: Nubra Valley

Perjalanan yang memakan masa selama 5 jam, macam biasa lah berbukit bukau, ups and downs jalan nyer pening kepala semua amik hang. Oxygen berkurangan sebab kami berada di kawasan tinggi. Bayangkan nak pakai jacket pun dah penat apakan pula nak berjalan.


Kami melalui Khardungla iaitu the World Highest Motor Road in the world (18,380ft) depa kata, time tu muka I dah pucat kawan I cakap.  Just imagine balik time tu, boleh muntah oi.  Setibanya di wilayah Nubra Valley, kami singgah dekat kedai tepi jalan yang “elok” sikit tu for late lunch (4.00pm) LOL


Setiba di Nubra Valley, kami check-in di Himalayan Eco-Resort, sebuah resort berlatarkan bukit-bukau yang bersalji. Dingin dan sangat selesa.


Di Nubra Valley, depa nanti bawa hampa pi Camel Safari, but then kami tak pi lah sebab 10 ribu orang mai sini nak pi naik camel, well I had enough back in Saudi.


Khardungla Pass.


Himalayan Eco Resort.





DAY 6: Back to Leh

Nothing much to story, just that on the way back to our hotel in Leh, kami buat shooting raya. Ye laa dik kat Malaysia kan tengah Raya Haji, nak di jadikan cerita, throughout the journey untuk hari tu kami semua berbaju melayu dan berbaju kurung… hehehe seronok!


Lepas shot ni lari amik jacket dik oi… sejukkkk! Niway selamat hari raya haji.




DAY 7: Tso Moriri Lake

Perjalanan yang memakan masa selama 8 jam ini membawa ku ke penjara dik! For the first time dapat tengok Sungai Indus dengan mata sendiri, sebelum ni baca dalam buku sejarah kat sekolah je kann.  Sungai yang sangat cantik dan dingin.

The best part ada Hot Spring di Sungai Indus, tapi kau jangan feeling hot spring dia macam dekat Malaysia yang facility dia membolehkan kau untuk swimming ala-ala duyung jadian. Hakikatnya di sana bau haring kencing manusia menemani di sana sini.

Setibanya kami di Tso Moriri Lake, subnahallah punya lah cantik.


Hot Spring di Sungai Indus.





The water is bluer than the sky. 


Malam ni kami akan bermalam di dalam khemah saja, dah laa sejuk nak mampos dengan berangin bagai and yes! That night kami tidur dalam 4 darjal Celsius, yang penting tanpa heater yer. 4 helai baju, 3 helai selimut dan 2 helai seluar. TAK RASA APA!

Membeku sehingga keesokkan pagi, memang tak mandi satu hari dek! Air sejuk macam ketul ais!


Muka budak tak mandi 1 hari setengah… lol 



Driver ku Kpop Tibet you olz 



DAY 8: Back to Leh

Tiap2 hari berjalan macam ni, menyaksikan keindahan alam. National Geographic LIVE! Hahaha…


Daily route is like this… boleh imagine tak? 




DAY 9: Pagong Lake

The famous Pagong Lake ni lah yang ampa dok tengok dalam last scene 3 Idiots tu.  Kalau ampa tengok movie Hindi laa. Perjalanan ke sini amik masa dalam 5 jam.  Kami decide balik hari sebab, itinerary berubah since flight balik ke Delhi nanti adalah dari Srinagar dan bukan dari airport Leh.


Jalan menuju Pagong Lake 



Budak-budak jumpa snow memang lagu ni kan. 



3 Idiots last scene.


DAY 10: Menuju ke Kargil

Kami bergerak menuju ke Kargil dan bermalam 1 malam di sana, same hotel pulak tu.  Boleh laa pakat dok pulun order cheese nan dia yang sedap tu! Order tak ingat dunia.  Telan ja kat India wei,  sebab food dia sedap!


Briyani paling sedap, lagi sedap dari Kapitan.



Cheese nan.  Every bite cheese meleleh you olz.




DAY 11: Kargil - Srinagar - Delhi

Perjalanan paling awal pernah kita alami sepanjang hidup di dunia, pukul 3 pagi buta dah bergerak pi Srinagar Airport untuk flight 3.45pm, haishhh! Jadi crew pun tak bangun awai 12 jam tuk flight yer! Pengalaman.

Kami terpaksa bergerak awai sebab keadaan di Kashmir tak selamat buat hari tersebut, driver cakap curfew dekat sana start pukul 7 pagi, kalau boleh nak sampai airport sebelum time tu. Driver bawa kereta macam setan, akhirnya sampai lah jugak!

Tapi sampai awai gila, kami tak dibenarkan masuk airport, so jadi lah pelarian dekat luar airport. Berhati-hati airport ni banyak penipu dan orang-orang bodoh!  Peniaga penipu dan polis yang bodoh, adakah patut my deodorant dia cakap power bank, nampak sangat ampa tu busuk sebab tak pakai deodorant kan. Abih beg aku kena punggah!

Long cut short, alhamdulillah kami tiba di Delhi around 5.15pm. Nasib baik our friend in KL dah bagi SIM card India, so kami activate balik SIM card tu, FYI SIM Card prepaid tak boleh guna dekat Northern India yer.  Sedih! Hahaha.


Dalcha at Srinagar Int. Airport.




Jalan di New Delhi, tut tut comei wei. 


Manage to contact our driver in India, Mr. Ravi.  Dia baik peramah and best tapi sometimes ting tong, walaupun English dia broken and kami try hard nak faham kadang-kadang, tapi kami bersyukur sebab dia antara English speaker terbaik kami… redo je dek!

Sampai di New Delhi, India I love this city so much, I rasa Delhi lagi cantik dari KL, I don’t know why. I fall in love with this city. But unfortunately dapat spend less than 3 hours here sebab I in rush to Agra. Those are the two places that I manage to visit back in Delhi.

Agrasen ki baoli



India Gate, Delhi


DAY 12: Agra

Sampai Agra quite tengah malam, so hotel upgrade bilik kami for free, dia kata balcony facing Taj Mahal.  Masuk-masuk bilik, buka laa tingkap nak tengok! Nah! Amik hang gelap tak nampak apa.  Dok cakap kat kawan depa penipu tak nampak apa pun, Menara Taj Mahal pun tak nampak kot! Dengan perasaan redo kita tidur lah.  Selimut hotel punya tebai kita hampaq buat carpet kat lantai ja. Hahaha.


Taj Restaurant.  Best Muslim Restaurant in town 



Alangkah bahagia diam tak terkata bila bangun pagi, the first thing hang nampak adalah Taj Mahal yang masih samar-samar kelihatan dalam kabus pagi. Sambil dok dengaq tapak kaki kuda doh lari sana sini.  OMG now I feel I’m in India, sumpah feeling nya macam dalam gambaq Hindi lama-lama era era Rajastan. Kalau nak rasa ampa kena pi tengok drama Hindi then pi India.



Taj Mahal from balcony.  Nyatakan perasaan anda.



Kereta kuda... kedekuk…kedekuk bunyi dok dengaq. 


Ticket masuk ke Kompleks Taj Mahal Rs.1000, hang nanti dapat cover kasut, 1 mineral water and return ticket naik electrical caddy car depa. Not bad, but jangan berdiri bawah pokok nanti merpati berak ataih kepala ampa… (aku dah kena dek… sebab tu kita nasihat awai-awai buang).

Taj Mahal = banyak orang = panaihhhhh = bahang!  Alhamdulilah sempat sembahyang dua rakaat dekat masjid sebelah Taj Mahal tu, walaupun dah tak digunakan for me masjid still masjid.



Electrical caddy car heading to Taj Mahal.








Ukiran marmar di Taj Mahal.


Lepas habis visit Taj Mahal, kami terus ke Agra Fort, on the way to Agra Fort kami nampak Subway, punya happy macam dapat harta, ye laa dek.  Dari hari kami jijak kaki dekat India, asyik briyani,  nan,  capati.  Naik tak lalu dah tengok semua tu.

Agra Fort, another fort yang besaq dekat India, sangat-sangat besaq dan dalam fort ni ada numbers of istana, cerita Agra Fort berkait rapat dengan terbina nya Taj Mahal, ampa nak taw cerita tu kena pi buat research sendiri naa.  Panjang nak ceta kot.


Agra Fort entrance



Agra Fort


Agra Fort


Mehtab Bagh adalah satu kawasan or boleh cakap garden lah, yang facing belakang Taj Mahal, Mehtab Bagh terletak di gigi Sungai Yamuna, dekat situ lah ampa boleh nampak Black Taj Mahal, sebuah bangunan yang akan di bina seakan-akan Taj Mahal tapi tak siap.

Mehtab Bagh cantik time senja, ramai pelancong suka mai sini sebab nak tengok Taj Mahal time Sunset. You should come here kalau ada masa.  Then we make a move to Jaipur


Taj Mahal from Mehtab Bagh.




DAY 13: Jaipur

Perjalanan yang memakan masa selama 4 jam dari Agra ke Jaipur, sumpah best! Masuk Jaipur macam masuk kampong India, semua dekat sini tak berapa nak moden, and you can see orang-orang susah yang tidur tepi jalan and bla… bla… bla…

For me, Jaipur adalah sebuah bandar sejarah, penuh dengan fort, I wanted to circle them all but masa tak cukup… Time dekat Jaipur kami sempat melawat:

Hawa Mahal. (Mahal bermaksud palace dalam bahasa Hindi / Urdu)



City Palace, Jaipur.

I love Amber Fort so much, but it is so big macam cover half of Jaipur je, but since it is so big and nak pergi sebahagian dari Fort tu pun rasa macam tak berbaloi, we just snap photo dari dalam kawasan fort yang FOC and then lain-lain semua kami pergi tepi Maotha Lake and amik gambar berlatarbelakangkan Amber Fort.



Nah dik ! Sekali gajah tengah jalan


Amber Fort yang besaq gila babi.



Permandangan Amber Fort dari Maotha Lake


At around 3pm, kami rush back to New Delhi, sebab our flight is at 11.15pm malam nanti.  My schedule in India was so tight,  so that tak sempat nak shopping pun, so I just do my shopping mostly dekat airport. Ya mahal sikit dari kat luar tu, but its okay sekali sekala je.  I leave India with thousand yet millions of sweet memories.  Im thinking of visiting India again, but nak cover Kashmir and Delhi je hehehe.  What is miss about India? Their Tata Sky is million times better than our ASTRO!!!



Disclaimer : Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh kawan saya Arafat Gillard (bukan surname sebenar). Untuk maklumat lanjut mengenai kembara beliau, boleh follow dan hubungi beliau di Instagram @afatgillard

 Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...