26.10.16

Koleksi Buku Harry Potter Saya

1)  Harry Potter and the Sorcerer's Stone 
2)  Harry Potter and the Chamber of Secrets 
3)  Harry Potter and the Prisoner of Azkaban 
4)  Harry Potter and the Goblet of Fire 
5)  Harry Potter and the Order of the Phoenix 
6)  Harry Potter and the Half-Blood Prince 
7)  Harry Potter and the Deathly Hallows 

Hello u olls,


Some people collect buku sebab ikut penulis kesukaan depa,  setengah orang ikut publisher,  setengah orang ikut trend yang paling popular,  setengah orang ikut genre yang depa suka.  Well for me,  i dont think akak seorang pembaca buku yang tegar.  Satu buku could take me months,  sekarang la sebab dah busy tua banyak tanggungjawab.  Dulu zaman muda kala takdak tanggungjawab,  satu buku boleh habis 4 hari.


Dulu akak pernah share dalam blog akak tentang koleksi buku yang akak ada.  Baca kat sini  :  My Book Collection Kalau hangpa baca kat dalam catatan itu,  aku ada menulis pasai koleksi buku Harry Potter.  Untuk pengetahuan hangpa,  buku pertama dalam siri Harry Potter milik akak telah hilang sebab dipinjam oleh seorang kawan akak zaman dulu dulu,  sampai lani dia tak pulangkan balik.   Biaq pi la kat dia,  akak tuntut nanti di Padang Masyar.  AHAHAH


So back to my book collection,  akak memang sedihlah sebab buku akak tak lengkap.  So akak kan lani dah ada connection dengan kawan-kawan dari Amerika sebab akak duk handle program Gustavus kat office lama akak.  Mereka adalah Ms.  Shirley and Prof Steve yang akan berada di USM tahun depan kerana Prof Steve akan menjalankan cuti sabatikal beliau di sini.


Akak beranikan diri akak,  akak mesej kat Shirley.  Mintak tolong beliau,  boleh tak tolong beli buku Harry Potter nombor 1.  Yang American version.  Sebab buku akak yang hilang tu tajuk dia Harry Potter and The Sorcerer's Stone,  versi Amerika.  Versi asal United Kingdon diberi tajuk Harry Potter and the Philosopher's Stone.


So akak mintak tolong Shirley beli kat US.  Bajet akak dalam USD 50 dan ke bawah.  Tak kisah edisi ke berapa pun,  janji tajuk sama untuk American printing.  Buku Harry Potter kalau yang first edition,  memang mahal gila nak mampus.  Tapi untuk edisi yang lain-lain,  boleh didapati dengan harga yang berpatutan.


Dijadikan cerita,  bila Shirley mai melawat we olls kat USM baru baru ni (depa mai sat saja untuk settle hal rumah depa nak duduk tahun depan),  Shirtley and Prof.  Steve hadiahkan akak satu bungkusan khas.  I know inside it adalah buku yang akak minta dari depa.  Punya lah eksaited,  akak pun bukak beg itu dan didalamnya akak dapati ada sebuah buku yang selama ini akak rasa hilang dari simpanan akak.  Sama macam buku akak yang hilang dulu,  dibalut kemas dengan plastik untuk tujuan melindungi.

click read more

Sorry gambar macam tak berapa cantek sebab cuaca mendug.  From left,  akak,  Ms.  Shirley,  Prof.  Steve,  Kausi and Cik Syahnaz.

Haaaaaaa muka eksaited u olls !!!

"Jumie,  take a look inside,"  kata Shirley dan menyelak helaian buku tersebut.


Akak membuka perlahan dan membaca tulisan yang ditunjukkan oleh Shirley.


First American Edition 1998.  Akak ternganga,  terdiam,  terpaku.  Tiba-tiba jantung akak bergerak laju.  Akak tau dah akak boleh menangis ni.


"No,  I cannot accept ni,"  walaupun yes dalam hati akak meronta-ronta untuk menerima buku ini tetapi akak tau buku first edition ini adalah terlalu mahal dan akak tidak boleh nak bayar buku semahal ini.


"Jumie,  please accept this, dont worry,  this is what you want for right?"  Shirley memujuk akak dengan suaranya yang lembut.  Akak pandang ke arah Prof.  Steve,  dia menggeleng kepala lembut sambil mataya tertutup,  bermaksud dia hendak akak menerimanya.


"But this is very expensive.  This is first edition."  kata akak.


"No its not that expensive.  We got this from one the books store near our place,"  kata Shirley lagi.  So tak boleh nak kata apa,  akak pun terima buku ini dengan titisan air mata.  Hindustan sangat.


Inilah buku tersebut.  J.K.  Rowling,  Harry Potter and the Sorcerer's Stone (1998)

Balik dari rumah,  akak pun meletakkan buku itu di atas rak buku akak disebelah buku-buku Harry Potter yang lain.  Akak sangatlah happy.


Tapi tiba-tiba akak pun sajalah nak belek buku-buku Harry Potter akak yang lain.  Rupa-rupanya semua buku Harry Potter yang akak miliki,  semuanya adalah first edition !!  Kecuali buku buku yang akak beli soft cover sebab akak tau masa tu akak takdak duit.


Hangpa tau dak,  buku Harry Potter yang pertama boleh jadi harga berapa ?  Akak tak mau bagitau kat sini,  hangpa Google sendiri dan hangpa boleh tengok Google siap bubuh jawapan ni siap siap kat page atas sebab Im sure dah ramai duk cari jawapan ini "harry potter book price"


4 daripada koleksi Harry Potter milik akak yang merupakan First American Edition !!  MAKCIK KAYOOO !!!

Ini pulak adalah satu-satuya buku Harry Potter milik akak terbitan UK dan first edition.

Akak mesej kat Shirley ucapkan terima kasih dan ceritakan tentang semua buku buku yang akak miliki.  Dia pun punya syiok dan dia suruh akak bagitau dua buku HP yang soft cover tu,  dia nak tolong akak carikan buku HP itu di US yang hard cover.  Akak kata,  BOLEH,  tapi this time please let me pay.  Dia kata dia setuju,  akak sanggup keluarkan duit ASB akak untuk bayar pada beliau.




Akak punya syiok tak tau nak kata,  akak cerita kat family dan rakan terdekat.  Dan sapa-sapa saja mai rumah akak lani,  depa akan tanya,  boleh tak nak tengok buku tu ?  Buku mahal yang kalau akak tunggu JK Rowling mati nanti,  buku tu akan jadi lebih mahal dan akak boleh cari pembeli,  jual dan akak boleh beli rumah atau pusing dunia kalau akak mau.  Aiiiyoo berangan macam tong taik.


Yes,  buku ini boleh jadi mahal tetapi nak cari pembeli bukan mudah.  Depa pun mesti nak mai tengok buku itu dengan lebih dekat dan kalau buku akak ini ada cacat cela Im sure depa akan reject atau pun minta discount.


Tak kisahlah,  ini mungkin rezeki akak.  Akak memang nak simpan,  dah tua nanti akak memang nak jual.  Buat apa nak simpan, nanti aku mati,  anak menakan aku amik,  depa jual depa yang jadi kaya.  So baik aku jual dan pakai duit tu untuk buat apa-apa. Retirement plan gitu.  AHAHAHAHHA


Buku ini pulak adalah tulisan JK Rowling jugak yang di buat seolah-olah buku ini milik Harry Potter.  Kerlas.  



Akhir kata,  jom tengok filem terbaru cabang dari misteri magical world of Harry Potter iaitu Fantasic Beasts and Where to Find Them.  IM OUT !!








A Guide to Collecting Harry Potter Books : http://www.abebooks.com

1 comment:

  1. Hahahaha betul2 baik jual buku2 LE dan gunakan wang tersebut ketika masih hidup.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...