UK Clark Sales

12.10.16

Parros Goebel Mirip Wajah Akak



Tak lama dulu,  kawan akak Azura Jaapar pernah bagitau akak "Eh....kerlas hang berlakon dalam video Justin Bieber terbaru,"  akak pun terkejutlah macam mana orang boleh jugak nak recognized akak dalam video clip tu. Sebab memang kalau ikutkan hati akak tak mau nak terima pelawaan untuk menari dalam video clip lagi,  especially sejak akak dah pakai tudung.  Tapi sebab J Bieber duk pujuk akak jugak,  so akak berlakon la jugak.


Verangannnnnnnnnnnnnnnnnn !!


Okay - okay,  sebenarnya dia yang mempunyai rupa wajah macam akak itu bernama Parris Goebel seorang koreografer terkenal di Hollywood.  Dia bertanggungjawab menjadi pereka tari untuk banyak video clip artist hebat di Amerika termasuk juga artist K Pop !!  Kerlas tak ? Selain itu,  dia pernah memenangi pertandingan World Hip Hop Dance Championship sebanyak tiga kali ! Sekarang,  selain membintangi muzik video artist ternama,  dia aktif mengadakan kelas dan bengkel tarian di seluruh dunia.


Sapa kata jadi penari adalah loser dan tak boleh buat duit ?


Berasal daripada New Zealand dan mempunyai darah asli bangsa Samoan,  no wonder pompuan yang berusia 25 tahun ini (lahir 1991) mempunyai iras-iras wajah akak.  Jom tengok beberapa video tentang beliau for you tatapan.






Seropa la especially tang hidung.

Video Justin Bieber Sorry.



Video klip yang menggabungkan video video muzik yang di-koreograf oleh Parris.  No wonder lani K Pop punya tarian pun dahsyat unsur unsur goyang pungkok semua,  bukan macam dulu menari style goyang tangan ja macam orang cacat.

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com