11.10.16

Profesor Datuk Dr Asma Ismail


Hello u olls,


Walaupun ramai yang bersedih sebab tempoh perkhidmatan Prof.  Omar Osman sebagai Naib Canselor sudah berakhir,  akak pun sedih juga,  tetapi at the same time,  akak happy sebab USM buat pertama kalinya melantik seorang wanita sebagai Naib Canselor.  Lagi seratus tahun,  detik bersejarah ini akan terus diperkatakan dan akak bangga sebab akak berada di USM di saat bersejarah ini.


Profesor Datuk Dr.  Asma Ismail merupakan pensyarah di USM dalam bidang sains perubatan,  merupakan ahli akademik USM terawal yang membantu membina Pusat Pengajian Sains Perubatan di kampus di Kelantan.  Dulu-dulu,  PPS Perubatan terletak di bangunan-bangunan di belakang Katarsila,  yang kini menjadi bengkel untuk pelajar PP Seni.  Setelah menjadi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),  Prof. Datuk menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua pengarah di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

click read more



Dia orang utara,  so sapa-sapa yang pernah jumpa dan sembang dengan beliau, hangpa mesti perasan yang wanita ini lebih mesra bercakap dalam dialek utara.  Very the meletops.  Sekali lagi,  akak sangat bangga dan so far sampai lani tak berkesempatan nak jumpa Datuk lagi dalam majlis-majlis besar USM.  So im very looking forward to listen to her first Perutusan Naib Canselor tahun hadapan !!

So here,  akak share satu video daripada USMTV yang menunjukkan Prof Datuk sedang memberikan ucapan pertama apabila tiba di USM.  Then hangpa akan faham pasaipa aku eksaited dan suka gila dengan lantikan ini.




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...