5.10.16

Servis Hantar Barang dengan Melon Runner


Hello u olls semua,


Pernah dak hangpa masak sedap-sedap di hujung minggu tapi hangpa nak hantar kat adik beradik ampa yang rumah dia dalam Penang,  tapi hangpa malaih nak keluar rumah pi hantar kat dia,  sebab dah la cuaca panaih lepas tu jalan pulak akan jammed ?


Pernah dak pada hari hujung minggu,  hangpa bangun awal mengemas rumah penat teruk macam maid bila mai tengah hari dah takdak kudrat nak masak makan tengahari dah.  Nak order Dominos tapi menu pizza itu tidak sesuai dengan selera tekak you olls.  Rasa macam teringin nak makan Pecal Lelel Relau pulak tengah hari ni !!


Pernah dak pulak,  hari minggu you olls busy gila sebab nak kena buat macam-macam sekali baru u olls teringat anak you u olls punya birthday malam ni.  Nak pi beli kek tak dan sebab suami u olls pun kerja pulak di hujung minggu,  by dinner time baru dia balik !!


Haa akak boleh bagi macam-macam contoh kat hangpa semua untuk bagi alasan mendapatkan khidmat hantar barang ni ?  Hari ni akak nak syorkan kepada hangpa semua untuk menggunakan khidmat penghantaran barang iaitu Melon Runner.  Tapi sorry ya,  perkhidmatan ini hanya available untuk rakyat Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya sahaja.


Click Read More


How Does It Works ?
Kita contact Amer / Melon Runner,  melalui Whatsapp atau FB Messanger.  Kita explain apa kita nak and hantar dari mana ke mana dan masa penghantaran.  Dia akan bagitau harga semua.  Pastu dia akan mai deliver kat kita.  Bayaran semua secara cash on delivery.  Tapi kalau untuk hal hal tertentu,  mungkin customer perlu cash in dahulu ke nombor akaun yang dinyatakan.  Kerlasss !!  Mudah kan ??


Hari Dan Masa Servis ?
Delivery servis ini dibuat selalunya pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.  Kalau hari bekerja,  perkhidmatan bermula selepas jam 5.10 pm.

Contoh pesanan daripada pelanggan setia.  Sapa kenal lelaki hemsem dalam mesej ni dia terror !!



Apa Barang Kita boleh Order dari Beliau ?
Belikan makanan & pick up barang tu adalah perkara biasa.  Tapi pernah juga orang minta tolong beli jersey bola,  beli pokok atau buah-buahan,  beli ubat,   bayar bill dan macam-macam lagi.  Tapi small-small items dan selalunya semua benda ni pembeliannya sudah diarrange oleh client.  Jangan lah pulak u olls berangan nak suruh Amer beli barang dapur kat you olls.  Itu dah melampau.  Sila gerak suami u olls jangan duk membuta sepanjang hari di hujung minggu ya.

Contoh customer minta tolong pick up buah daripada KFC Batu Lanchang dan hantar ke rumahnya.

Contoh customer minta tolong beli kek dan hantar kat tempat kerja.


Lokasi
Basically Melon Runner covers area Penang Island,  and some part of Seberang Perai.


Harga
RM1/km bagi motosikal
RM2/km bagi kereta
KM determined by navigation apps
Don't worry all prices are negotiable



Cara Pengiraan
Contoh  :  Melon Runner berada di USM dan tugasan beli Nasi Kandar Kampung Melayu.  Jarak USM ke Kampung Melayu ( 2 hala pergi balik lebih kurang 16 km )

Dengan mengandaikan pelanggan minta beli & hantar di USM.  Jadi saya akan ambil RM10 Untuk memudahkan pengiraan.


Sekiranya satu tugasan tersebut, request masa yang lebih, akan terdapat extra caj.  Dan caj ini akan dimaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum tugasa bermula.  Sekiranya pelanggan setuju,  barulah Melon Runner akan proceed dengan tugasan.  Purata masa yang diperlukan untuk satu satu tugasan lebih kurang 1 jam.  Bermula dari starting point, beli & serah kepada pelanggan.





How to Book Melon Runner Services ?
Whatsapp to 012 550 0185
Personal FB Message to Sunmelon Amerudin

Mr. Amer dan anaknya sedang konvoi dengan Vespa.  He is Vespa no 1 fan.

Social Media
Seminggu sekali Amer akan update business dia kat sini.  Let's follow  :  Melon Runner

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...