UK Clark Sales

14.10.16

Tabung Burger

Kami dua orang duk kemas bilik.  Aku kata kat laki aku "Abang,  kemas dalam laci tu.  Barang tak mau pakai buang.  Tapi kertas - kertas tu,  abang baca dulu semua baru abang buang.  Takut nanti ada resit penting ka apa ka,"


Laki aku diam dan terus membuat kerja seperti yang aku arahkan.


Tiba tiba dia memanggil, "Sayang... hang baca ni,"


"Apa?" aku berdiri depan dia dan mengambil kertas putih kecil dari tangan laki aku.


Kertas itu tertulis "Abang,  dekat Ya ada RM8.  Ya tinggal kat abang RM10 untuk beli makan.  Gaji masuk 21 hb ni.  Malam ni ya balik,  kita sama-sama korek tabung burger dan kira dalam tu ada berapa,"


Kami berdua menitiskan air mata.  Nota kecil itu sungguh menusuk hati kami.  Orang tak tau susah yang kami lalui bersama.  Pengorbanan yang terpaksa kami lakukan.  Semua orang hanya mahu tengok yang indah dan cantek,  kisah kami takdak yang indah dan cantek.  Takdak sapa pun tahu apa masalah kami yang kami tanggung,  hanya Allah dan beberapa teman rapat yang tidak pernah menghukum.  


Hari ini,  genap 5 tahun perkahwinan aku dan laki aku.  Bukan tempoh yang panjang,  tapi bukan bukan tempoh yang mudah juga.  Aku bangga sebab aku dan laki aku dah sampai kat sini.  Kepada semua yang baru berkahwin,  satu saja pesan aku.  JANGAN DUK IKUT SANGAT APA ORANG LAIN BUAT,  INI LIFE HANGPA BERDUA.  BUAT APA YANG HANGPA RASA HANGPA HAPPY.  Sebab orang lain depa tau nak hukum sahaja,  tapi kalau dalam poket hanya ada RM 18 dan lagi 11 hari nak gaji,  depa tu semua boleh tolong hangpa ka?


Catatan pendek ini sempena ulangtahun perkahwinan aku dan laki aku pada 2 September yang lalu.  To Allah,  thank you so much.

4 comments:

  1. tersenyum baca entry ini. teringat masa baru2 kahwin dulu.ada pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  2. Btul..jgn gatai pepet follow trend org lani...org nak pkai tudung itik kita pun nak...org beli tu kita pun nak...last2 kita yg tanggung rebaaa

    ReplyDelete
  3. Wahh pejam celik pejam celik 5 tahun ek uols, pas2 raya time tuh kan. Tahniah. Semoga hang terus bersama for another 500 years. Kata orang perkahwinan sesak within 5 years, now kira hang da lepaih la..

    Tapi betui la, adik2 baru bercinta dok feeling tag bopren gepren #relationshipgoals bagai, depa tatau da kawen hidup berdua, goal utk survive tiap2 bulan cemana, belom beranak pinak lagi. Itu goal yang sebenar.

    ReplyDelete
  4. Wahh pejam celik pejam celik 5 tahun ek uols, pas2 raya time tuh kan. Tahniah. Semoga hang terus bersama for another 500 years. Kata orang perkahwinan sesak within 5 years, now kira hang da lepaih la..

    Tapi betui la, adik2 baru bercinta dok feeling tag bopren gepren #relationshipgoals bagai, depa tatau da kawen hidup berdua, goal utk survive tiap2 bulan cemana, belom beranak pinak lagi. Itu goal yang sebenar.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com