CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

21.10.16

Teater ‘Sang Juri’ [4 & 5 November 2016 @ Auditorium P.Ramlee, Kompleks JKKN Pulau Pinang



Teater ‘Sang Juri’


Setelah beberapa minggu di dalam mahkamah, beberapa orang juri terpaksa membuat keputusan sama ada seorang anak gadis, bersalah kerana membunuh ayahnya sendiri. Pihak pendakwaan telah memberikan pendakwaan dengan meyakinkan, hingga sebahagian besar juri bersetuju bahawa gadis itu bersalah.


Namun salah seorang juri membuat keputusan yang sebaliknya. beliau memohon supaya dibincangkan dahulu kes ini. Perbuatan ini mendatangkan rasa tidak puas dari juri-juri lain.


Berjayakah juri ini meyakinkan juri-juri lain? Atau dia ada agenda tersembunyi melambatkan proses penjurian ini. Atau benarkah sememangnya gadis itu tidak bersalah?


Teater ini merupakan adaptasi daripada filem 12 Angry Men yang pernah dicalonkan di dalam Academy Awards tahun 1957 dan telah diiktiraf sebagai karya yang diarkibkan di dalam United States National Film Registry oleh Library of Congress.


Filem ini juga telah diadaptasi ke ke filem Jepun (Juninin no Yasashii Nihonjin), India (Ek Ruka Hua Faisla), Russia (12) dan China (12 Citizens). Bakawalee Penang telah mengadaptasi filem ini ke bentuk pentas teater dan akan dipentaskan pada


Tarikh  :  4 dan 5 November 2016 ( Jumaat & Sabtu )
Masa  :  8.30 malam
Tempat  :  Auditorium P.Ramlee,  Kompleks JKKN Pulau Pinang (sebelah Rumah P.Ramlee) 
Pas masuk  :  RM 10.00

*Pementasan ini bersempena program Jom Ke Panggung

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...