CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

27.10.16

The Wolfpack - Kisah 6 Bersaudara 'Dipenjara' 15 tahun


From left, the brothers of “The Wolfpack”: Mukunda, Bhagavan, Govinda, Narayana, Jagadisa (now Eddie) and Krsna (now Glenn). Credit Christian Hansen for The New York Times



Lately, sejak memakai line U MOBILE dan mendapat data internet yang melimpah ruah akak banyak melayan documentary video dan filem dalam Youtube. Akak harap kalian semua bertukar kepada U MOBILE sebab walaupun Celcom menawarkan harga yang jauh lebih murah dari U MOBILE tapi percayalah sikit demi sedikit depa akan duk bagi kita hidden charges yang sangat celaka.


Dalam banyak-banyak docu film yang akak tonton baru-baru ini adalah mengenai enam bersaudara yang tinggal di dalam apartment di New York bersama ibu dan bapa mereka selama 15 tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk keluar seperti anak-anak lain, hanya setahun sekali pada musim panas dan aktiviti outing itu betul-betul dipantau oleh ibu bapa mereka.


Ibu bapa mereka Oscar & Suzanne Angulo adalah penganut agama Hare Krishna, dan disebabkan itu mereka semua mempunyai nama-nama dalam bahasa Sanskrit. 7 beradik itu adalah Mukunda, Narayana, Govinda, Bhagavan, Krisna ( sekarag dia dah tukar nama dia sebagai Glenn), and Jagadesh ( ikut kembar dia Glenn dan pakai nama Eddie) dan adik perempuan depa bernama Visnu. Vishnu seorang OKU tidak pernah dipaparkan dalam mana-mana media.


Selama 15 tahun ini, semua mereka tinggal di dalam apartment kecil itu. Bapak depa tak bagi depa keluar rumah dengan alasan dunia luar adalah sangat jahat dan kejam. Mereka semua mendapat pendidikan di rumah melalui ibu mereka.


Click read more

Inilah abang sulong depa yang mula-mula breakfree - Mukunda Angulo.

Setelah sekian lama, bila depa semakin membesar, abang sulong depa decided untuk keluar dari rumah itu. Jalan-jalan sampai sesat, pastu orang awam hantar dia pi hospital sebab ingat dia gila. Lepas tu dia balik dan dia ajak semua adik-adik dia keluar rumah sekali. Bila depa dah start belajar untuk keluar dari rumah, depa akan ramai-ramai pakai baju sama dengan meniru aksi watak dalam filem kegemaran depa. Dan kelakuan depa ini diperhatikan oleh seorang penerbit filem pendek iaitu Ms. Crystal Moselle.


Walaupun terkurung dalam apartment sempit itu setelah sekian lama, the only thing yang menghubungkan anak-anak ini dengan dunia luar adalah filem. Bapak depa memang bagi depa tengok filem dan depa bukan sahaja suka tengok, depa tulis balik skrip (dengan tangan), hafal skrip, hafal setiap pergerakan / koreografi dalam perlawanan, buat set-set dan prop filem dan depa buat filem pendek depa sendiri. Tapi the only pelakon adalah depa sendiri.


Sebab tu apabila depa bertemu dengan Crystal Moselle, filem The Wolfpack diterbitkan. Akak tak tengok lagi filem ni, takpalah tunggu akak download nanti.


Akak sangat kagum kerana walaupun depa ni selama ini terkurung dalam rumah itu, tetapi dalam documentary filem yang akak tonton depa ni semua nampak sangat sopan, bijak dan extremely handsome. (Akak rasa turned on dengan mereka kerana akak rasa depa intelligent). Akak rasa ibu mereka yang menjadi penyebab mengapa depa sangat pandai dan baik hati. Bukan bapak depa !


Yang tengah tu adalah mak depa.  Aku tak boleh bayangkan mak depa tinggal bersama suami durjana itu berbelas tahun dan melihat anak-anak hidup dalam penjara.  Kesian kat dia.


Lani, ada antara mereka yang sudah berpindah keluar tinggal sendiri, ada yang masih kembali ke rumah sempit itu dan tinggal bersama the rest of the family. Bapak depa masih berada dalam rumah itu dan sampai hari ini tidak pernah dan tidak mahu bercakap dengan mana-mana pihak berhubung perkara ini. Some of the kids, telah memaafkan bapa mereka dan bercakap dengan bapa mereka macam biasa.


Gambar bapak depa yang dirakam zaman dulu-dulu.

Gambar depa semua masa kecik-kecik.  Dengan video tapes yang banyak.  I think yang paling kiri dalam gambar ini adalah adik perempuan depa Vishnu.


Ini gambar masa depa outing dulu-dulu.



Govinda Angulo
Yang akak paling taste nama dia Govinda.  Elok !  Dia antara yang telah keluar dari rumah itu dan tinggal sendiri.  Dia bekerja sebagai orang bikin filem.  Hangpa boleh follow Instagram dia kat sini  :   @govindaartelle




THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT !
Ini adalah video dokumentari untuk tontonan u olls bersama.


THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT ! - DOCUMENTARY PT 1 OF 3


THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT ! - DOCUMENTARY PT 2 OF 3


THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT ! - DOCUMENTARY PT 3 OF 3


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...