16.11.16

18 Model Luar Biasa Cantik

Hello u olls semua,

Semua orang feeling nak jadi model.  Akak pun sebagai bekas model,  akak faham perasaan u olls semua yang terigin nak jadi macam akak.  Tapi tak semestinya u olls kena cantek jelita tinggi lampai,  hidung bak seludang,  kulit cantek floles,  rambut kepok-kepok ...barulah u olls sesuai jadi model.  NOPE.

Akak pernah jumpa pompuan yang cantek semua seadanya tetapi bila depan camera dia lebih keras daripada tongkol kayu yang kalau kita kapak pun tak lut kapak tu.  Betapa kerasnya.  Its about what's inside.  Personaliti dalaman yang membuatkan seseorang itu dapat keluarkan sinar dalam diri dia yang membuat ramai orang suka nak tengok.

So akak merajinkan diri,  search sana sini dan ini adalah 18 model yang luar biasa cantik untuk tatapan kalian !



1.  Winnie Harlow
Who can forget this girl ?  Pompuan ini adalah salah seorang peserta dalam rancangan ANTM. Tapi dia terkeluar awal sebab perangai dia macam bitch,  duk bergaduh dengan semua orang,  tak focus pastu dia terkeluar.  Namun,  suka atau tidak,  dia antara model hasil ANTM yang menyerlah sampai lani berbanding yang lain-lain sama batch dengan dia.  Selain menjadi 'duta' tak rasmi untuk semua orang yang mempuyai masalah penyakit kulit yang sama iaitu vitiligo ataupun dalam Bahasa Melayu kita panggil sopak,  dia juga berjaya mendapat banyak tempahan untuk brand-brand yang ternama seperti Diesel.

Tapi i wonder,  how depa make up muka dia ?  Sorry kalau soalan aku macam kurang ajar.  I dont mean to be quote-rude-unquote,  tapi memang aku curious nak tau macam mana.  Sebab aku duk cari video make up muka dia,  tapi takdak pun.  Aku rasa dia memang pakai dua jenis foundation,  untuk dua jenis rona warna kulit yang berbeza.

Follow her on Instagram  :  @winnieharlow






click read more

2.  Ranya Mordanova
Sapa pernah tengok filem The Girl with Dragon Tattoo yang dilakonkan oleh Rooney Mara.  Well,  pelakon tu kena make up special effect sikit baru boleh dapat mistikal gothic look macam karakter tu,  but not this girl.  Dalam keadaan santai pun,  Ranya Mordanova memang muka dah macam pari-pari laut kawen dengan jin sungai.  Style mistik gila.  Gadis yang berasal dari Russia ni of course menjadi kegemaran label high fashion sebab rupanya yang ekzotik.


Her 'biasa' look.




3.  Madeline Stuart
Gadis ini menggemparkan New York Fashion Week kerana beliau menjadi model down syndrome pertama yang berjalan di litar pentas peragaan.  Selepas itu,  dia dapat job sebagai duta jenama make up @glossigirlcosmetics dan pernah muncul dalam TeenVouge.  Berasal dari Australia,  dan sering mendapat tugas untuk menggayakan pakaian pengantin.  Kerlass !!  Kesempatan ini Madeline gunakan untuk memberikan suntikan semangat kepada remaja kelainan upaya sepertinya untuk menjadi lebih yakin dalam hidup !

Instagram  :  @madelinesmodelling_
Facebook  :  https://www.facebook.com/madelinesmodelling








4.  Shaun Ross
Shaun Ross adalah model lelaki kulit hitam yang mempunyai kulit albino.  So masa dia kecik-kecik semua orang perli dia 'powder'.  AHAHAH aku pun tergelak jugak sikit.  Tapi kalau aku duduk dekat dengan dia masa kecik-kecik aku pun mesti menjadi orang yang paling kuat nak perli dia.  Dia dijumpai dalam Youtube oleh seorang pencari bakat.  Tak lama lepas tu,  oleh kerana rupanya yang unik,  dia dijemput menjadi model dan pelakon untuk pelbagai lembaran fesyen,  berjalan di pentas peragaan pereka fesyen ternama seperti Alexander McQueen and Givenchy dan of course dalam video clip penyanyi terkenal seperti Beyonce dan Katy Pery.  Akak pun pernah tulis tentang dia dalam blog akak  :  Shaun Ross Model Lelaki Albino Pertama

Instagram  :  https://www.instagram.com/shaundross/?hl=en







5.  Casey Legler
Hemsem tak mamat ni ?  Haaa korang jangan terkejut,  beliau adalah seorang wanita.  Gitu.  Casey Legler bermula sebagai seorang perenang dan pernah mewakili negara Perancis untuk Olympics 1996.  Beliau adalah wanita pertama yang menandatangani kontrak sebagai model lelaki dengan syarikat Ford Model.  Jawline dia sangat maskulin u olls.

Instagram  :  https://www.instagram.com/leglercasey/?hl=en
Facebook  :  https://www.facebook.com/caseyleglerartist/







6.  Andreja Pejić
Akak pernah tulis pasai dia dalam blog akak.  Berasal dari Bosnia dan membawa diri ke Australia sebagai pelarian perang.  Kerjaya modelingnya bermula sebagai model androgynous,  lelaki pun boleh,  perempuan pun boleh.  Dialah yang 'mengajar' akak pasai androgynous ni.  Tapi sekarang dia telah mengesahkan bahawa dia telah jalani SRS dan dia kini dikenali sebagai model 'wanita'.
Artikel dalam blog Jumie Samsudin  :  Andrej Pejic, Adik-adik Yang Sangat Cantek

Instagram  :  https://www.instagram.com/andrejapejic/?hl=en






7.  Tess Holliday
Tak sah kalau list ini tidak ada wanita agam kan ?  Kenapa akak pilih dia berbanding model wanita agam yang lain.  Berbanding model wanita agam yang lain,  dia adalah antara yang betul-betul agam.  Back in 2015,  Vouge Italia named her as one of the top plus size model in the world.  She is now married with two kids !!  Kerlas...... sapa kata gemok tak boleh mengandung ?  Mak ang !! Ini semua ikut rezeki la tuhan nak bagi lagu mana.

Instagram  :  @tessholliday









8.  Erika Ervin
Dulu pernah tengok satu gambar yang menjadi viral tentang seorang pompuan punya tinggi besar dan dibandingkan dengan perempuan lain tinggi tahap ketiak dia saja.  Akak ingat itu adalah gambar yang diedit saja nak penipu orang.  Rupanya,  wanita luar biasa tinggi ini memang betul-betul tinggi.  Dan setelah akak membuat pencarian maklumat,  Erika Ervin sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan setelah menjalani rawatan,  kini dia sepenuhnya seorang wanita.  Selain modelling,  Erika juga pernah membintangi salah satu watak Amazon Eve dalam drama TV bersiri American Horror Story: Freak Show.



Sebagai Amazon Eve dalam rancangan American Horror Story: Freak Show.




9.  Rick Genest
Ini juga satu nama popular.  Muncul dalam banyak video muzik artist ternama antaranya Lady Gaga.  Juga dikenali sebagai Zombie Boy.  Mamat ni sama umur dengan akak ya,  lahir tahun 1985.  Sebelum terkenal,  Rick pernah disahkan mempunyai ketumbuhan pada otaknya.  Selepas pembedahan,  dia telah mengalami komplikasi dan selepas itu dia hidup sendiri.  Kadang-kadang atas bumbung,  kadang-kadang gelandangan,  seringkali bekerja dengan 'freakshow' di sekitar Kanada kerana tattoo yang dimilikinya. Lepas laman sosial Facebooknya menjadi popular,  barulah dia mendapat tugasan besar di Hollywood.

Facebook :  https://www.facebook.com/RicoTheZombie/



Dalam video muzik Lady Gaga.

Dalam salah satu kempen produk make up,  depa cover badan dia dengan consealer da kita boleh la tegok wajah Rick yag sebenarya.




10.  Molly Bair
Nama Molly Blair meningkat naik apabila dia berjalan di atas pentas peragaan sekitar tahun 2014.  Kalau kita lihat kepada fizikal gadis ini,  keunikannya jelas,  terlalu kurus tetapi mempunyai rupa paras seorang alien yang cantik.  Muka-muka macam ni sangat digemari pereka fashion ternama.  Teka umur dia ?  Lahir tahun 1997.

Instagram  :  https://www.instagram.com/molllsbair/?hl=en







11.  Moffy
Okay pompuan ni bukan buat-buat ya.  Mata dia memang sparrow sikit.  Tapi muka dia yang cantek menyebabkan kejulingan itu menjadi keunikan yang dicari-cari.  Ampa tengok profile dia kat sini dan sila makan hati  :  http://www.stormmanagement.com/models/moffy/









12.  Jilian Mercado
Gadis ini adalah professional model pertama yang menggunakan kerusi roda. Wajahnya yang catik menjadikan banyak jenama pakaian dan kasut memilih beliau sebagai model dan membiarkan dia bergaya atas kerusi rodanya.  Kerlas !!

Instagram  :  https://www.instagram.com/jilly_peppa/?hl=en








13.  Diandra Forrest
Kalau Shaun Ross adalah model lelaki kulit hitam yang albino,  Diandra pula adalah model wanita kulit hitam yang albino.  Juga berasal daripada Amerika Syarikat.  Dia dan Shaun Ross muncul dalam muzik video Beyonce 'Pretty Hurts'.  Cuma kemunculan Shaun Ross lebih mendapat perhatian,  sebab akak ingatkan Diandra (masa menang pertandingan miss tu) memang betul-betul wanita bangsa Caucasian.

Instagram  :  https://www.instagram.com/diandraforrest/?hl=en


Dalam salah persembahan di pentas peragaan,  Diandra berjalan dengan mendukung anaknya bersama.

Dalam muzik video sepupu akak Beyonce.






14.  Masha Tyelna
Gila tengok mata deni rasa macam lukisan mata besar oleh Margaret Keane.  Tapi ini memang betul-betul mata milik Masha Tyelna.  Gadis berbangsa Ukraine ini sekarang menetap di London untuk fokus kepada kerjaya modelingnya.  Kalau ampa google nama dia secara automatik akan keluar "Masha Tyelna Eyes".

Instagram  :  https://www.instagram.com/mashatyelna/



Tudia punya duk terbeliak.  Mata deni mesti senang masuk habuk.

Gambar ni pernah difasmouskan dalam  9GAG.  HAHAHAh ampa rasa pasaipa?




15.  Omahyra Mota
Seorang lagi model androgynous yang ingin akak perkenalkan.  Berasal dari Dominican Republic dan kemudiannya berhijrah bersama keluarga ke Amerika Syarikat.  Gaya androgynous sering menjadi kesukaan pereka fesyen ternama.  Mai baca sini  :  10 Times Omahyra Mota Ruled the Runway

Instagram  :  https://www.instagram.com/omahyramotaofficial/?hl=en







16.  Yasmina Rossi
Akak pernah ceritakan tentang wanita ini dalam blog akak.  I hope that one day rambut akak yang semakin hari semakin banyak uban ini akan menjadi cantek seperti rambut beliau.  Akak follow Instagram beliau,  macam best juga sebab dia tak feeling.  Baca sini  :  Model Tua Yang Cantik

Instagram  :  https://www.instagram.com/yazemeenah/?hl=en










17.  Wang Deshun
Kerlas pakcik tua ini.  Sejak awal usia,  beliau aktif dalam pementasan teater dan lakonan.  Namun di lewat usia baru dia belajar masuk gym dan muka membina badan.  Selepas itu barulah dia mendapat tawaran untuk berjalan di pentas peragaan.







18.  Melanie Gaydos
Gadis jurusan seni di Pratt Institute,  New York City ini mempunyai ectodermal dysplasia iaitu sejenis gangguan jenetik yang akan membantutkan pertumbuhan gigi,  bulu roma,  saraf,  kuku dan juga tulang.  Hangpa boleh pi belajar lebih lanjut mengenai perkara ini.  Dia menjinakkan dirinya dalam bidang modeling apabila dia memberi respon kepada permintaan 'unique models' dalam Craiglist.  Orang Amerika sangat suka Craiglist.  So from there dia telah membina portfolionya sendiri dan kini telah membintangi beberapa video seni dan video muzik terbitan seniman Eropah.

Facebook  :  https://www.facebook.com/melanie.gaydos.model/
Instagram  :  https://www.instagram.com/melaniegaydos/








1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...