4.11.16

Feral Child / Kanak-Kanak Liar

Baru - bru ini akak dah share dengan hangpa semua pasai movie berjudul "Sunk Into The Womb" tentang kisah anak-anak yang mati kebuluran kerana ditinggalkan ibu bapa yang sial babi.  Dalam kisah itu,  anak-anak tersebut bernasib malang sebab mati terus bila lapar.  So apa pula yang akan jadi kalau si anak itu ditinggalkan oleh ibu bapa mereka,  dibiarkan sendiri,  dibuang,  dipencilkan,  tanpa makanan,  perlindungan dan hubungan sosial yang mencukupi,  dan anak-anak itu terus hidup ?

Ya,  anak itu akan terus hidup tetapi mereka depa akan jadi berbeza.  Merekalah dalam terma psikologi dipanggil sebagai 'feral child' atau dalam bahasa kita anak liar.  Hari ini akak nak u olls semua belajar tentang feral child / kanak-kanal liar.

Takrifan seorang kanak-kanak liar adalah anak manusia yang tinggal terpencil daripada hubungan manusia dari usia yang sangat muda, dan mempunyai sedikit atau tiada pengalaman penjagaan manusia, tingkah laku, bahasa manusia.

Genie Wiley,  seorang feral child kategori dikurung.



Dibesarkan oleh Haiwan
Kategori pertama yang akak nak share dengan hangpa semua adalah kategori kanak-kanak liar yang dibesarkan oleh haiwan.  Sebagai contoh daripada kes-kes yang pernah direkodkan adalah monkey boys, wolf girls, gazelle boys dan ostrich boy.  Kisah-kisah feral child seperti ini seringkali diadaptasi dalam kisah fiksyen seperti Mowgli dalam The Jungle Book.


Kanak-kanak ini hilang atau diambil oleh haiwan dan dikembalikan kepada manusia,  ataupun ditemui dan diselamatkan oleh manusia.  Kanak-kanak ini cenderung untuk berkelakuan seperti keluarga angkat iaitu haiwan yang menjaga mereka.  Contohnya berjalan dengan keempat kaki,  membuat bunyi-bunyi sama seperti anjing,  serigala atau lain-lain,  dan boleh menggigit dan menjadi agresif.   Malah corak pemakanan mereka juga mengikut keluarga angkat/ haiwan yang menjaga mereka,  contohnya jika mereka dibesarkan oleh anjing / serigala maka makanan yang diterima oleh perut mereka adalah daging mentah sahaja.  Apabila diberikan makanan manusia lain,  sama ada mereka tidak mahu ataupun menjadi sakit setelah memakan makanan tersebut.


Contoh kes kanak-kanak liar yang dibesarkan oleh haiwan adalah seperti berikut  :


  • Oxana Malaya
    Seorang budak perempuan yang dibesarkan oleh anjing.  Tapi sekarang dia dah besar dan menerusi artikel dan juga temuramah yang beliau jalani,  ada part yang dia kata dia langsung tak ingat tentang kehidupan dia semasa kecil.  Dan ada part pulak dia mengaku yang segala perbuatan seperti anjing itu adalah selepas disuruh-suruh.  Ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang kebenaran kes ini.  Tapi ampa boleh tengok video tentang dia kat sini  :  https://www.youtube.com/watch?v=PR-cWZ4CChI







  • Lobo Wolf Girl, Mexico, 1845-1852
    Pada awal tahun 1845,  penduduk kampung di Devil River,  Mexico ternampak kelibat budak perempuan berlari dengan keempat-empat kaki bersama sekumpulan serigala yang sedang menyerang kambing.  Penampakan ini telah menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.  Lepas setahun,  depa nampak lagi kelibat budak perempuan ini.  So depa pun ramai-ramai pi cari dia dan akhirnya depa dapat tangkap budak perempuan ini.  Walaupun telah diselamatkan,  tetapi malam-malam dia akan meraung macam serigala.  Salakan itu menyebabkan kawan-kawan serigalanya masuk kampung dengan tujuan nak selamatkan dia dari kawasan manusia tu. Kerlas cerita ni.  Akak tak reka okay,  akak baca daripada website-website pasai dia okay.

    Eventually dia berjaya lari semula ke hutan bersama rakan-rakan serigalanya.  Pada tahun 1852,  ada penduduk membuat laporan ternampak budak perempuan ini sekali lagi berdekatan kawasan yang sama dan itulah kali terakhir dia dilihat.  Sorry takdak gambar untuk kes ini sebab kes ini kurun ke 19 kot.



  • Wolf Boy, Shamdeo, India, 1972Shamdeo ataupun Bhalu dijumpai oleh Narsingh Bahadur Singh yang tinggal di Sultanpur,  India ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari hutan.  Narsingh terkejut melihat budak lelaki ini yang berlari dengan keempat-empat kaki dan tangannya.  Dia nekad menangkap dan membawa budak ini balik ke rumahnya walaupun budak ini ternyata bertindak ganas,  mencakar dan menggigit dan menyalak.  Dia try untuk jaga budak ini tapi susah sebab dia tak makan makanan macam manusia.  Dikatakan,  darah dan daging sahaja yang membuatkan dia teruja.  So Abang Narsingh pun dah give up tak tau nak buat apa dah,  barulah dia serahkan Bhaloo ke rumah perlindugan milik Mother Teresa.

    Shamdeo bersama Mother Teresa semasa berada di rumah pelindungannya pada tahun 1980.  Dia tidak boleh belajar bercakap walaupun diberikan pelbagai ubat dan bantuan.  Namun dikatakan dia sangat suka dan teruja apabila melihat darah dan daging mentah.  Budak ini meninggal dunia pada 18 Feb 1985.








  • Prava (The Bird Boy), Russia 2008
    Pada tahun 2008 seorang budak lelaki Russia berusia 7 tahun telah menjadi mangsa apabila dia ditinggalkan ibunya dalam salah sebuah bilik di apartment mereka.  Bilik tersebut adalah sangat kecik dan mempunyai sangkar-sangkar burung peliharaan ibunya.  So mak dia layan dia macam dia salah seekor burung yang mak dia bela.  Walaupun mak dia tak pernah dera dia secara fizikal tetapi mak dia tak pernah bercakap dengan dia langsung.  Hanya burung-burung itu yang 'berkomunikasi' dengannya.  So selepas dia diselamatkan oleh pekerja sosial,  bila depa cakap dengan dia,  dia akan 'chirp' balik dan mengibaskan tanganya as if dia adalah seekor burung.
    Read here  :  First pictures of the 'bird boy' who was raised as a pet and can only communicate by chirping



    Prava the bird boy.



  • Marina Chapman, Columbia,  1959
    Marina Chapman adalah seorang wanita yang menyatakan dia pernah hidup bersama sekumpulan monyet.  Tapi perlahan-lahan apabila dia dah besar,  dia lari dan hidup bersama manusia,  dijual di rumah pelacuran,  dan akhirnya berjumpa dengan suaminya dan mempunyai keluarga macam orang lain.  Dia tulis buku tentang pengalamanya yang pernah hidup sebagai anak buangan dan pernah tinggal bersama sekumpulan monyet.  Tetapi tetapi pengkritik buku tak mau beli buku dia sebab depa kata deni mungkin penipu.  Ampa boleh baca more about her in this artikel  :  www.theguardian.com

    Gambar Marina Chapman masa muda.  Lani dia dah almost 60 dah.

  • Dog Girl, Madina, Russia, 2013
    Cerita ni macam sedih gila wehs.  Mak budak ni adalah seorang alkoholic,  setelah ditinggalkan suami,  dia pun terus abaikan aak dia Madina yang berusia 3 tahun sendirian di rumah.   So budak kecik ini dijaga oleh anjing-anjing.  Semasa pekerja sosial menemui budak ini di rumah maknya,  Madina telanjang,  berjalan dengan empat kaki,  menggigit tulang dan memeluk anjing-anjing yang membelanya dalam kesejukan.  Bila orang mai dekat dengan dia,  dia akan buat bunyi macam anjing GRRRR.  Ampa boleh tengok gambar dia akak share kat sini,  dia comel gila kot.  Tapi mak dia muka macam anjing gemok.  Aku tak tau lani sapa yang kena bela dengan anjing kat sini.

    Read more: Girl, 3, raised by dogs in her home after her alcoholic mother neglected her

    Madina,  comel sangat.

    Ini mak budak tu,  nama dia Anna.  Siye punya manusia.  Boleh la pulak Tuhan bagi anak senang-senang kat binatang macam ni.


  • Leopard Boy, India, 1912
    Pada tahun 1912 seorag budak lelaki telah ditangkap dan dilarikan oleh seekor harimau bintang.  Lepas tiga tahun,  seorang pembru telah membunuh seekor harimau kumbang yang meninggalkan 3 ekor anak harimau.  Bersama anak - anak harimau ini,  adalah budak lelaki yang dahulu dilarikan oleh harimau bintang itu.  Budak itu sekarang sudah pun berusia lebih kurang 5 tahun.  Dia telah dikembalikan kepada keluarganya.  Macam kes-kes anak liar yang dibesarkan oleh binatang yang lain,  dia berlari dengan ke empat anggota tangan dan kakinya,  tak boleh bercakap hanya mendengus dan mengaum.  Bentuk tangan dan kakinya juga berubah akibat daripada pergerakannya yang menyerupai 'ibu angkatnya'.  Yang best,  akak baca dalam report-report ni menyatakan dia punya berlari sangatlah laju,  lebih laju daripada orang yang lari dengan kedua-dua kaki.  Halaaa u olllss...dah dilatih oleh harimau bintang u olls.

    Dilaporkan selepas itu dia belajar untuk bercakap dan berjalan macam manusia lain.  Tetapi sedihnya dia menjadi buta kerana serangan katarak.


  • Sujit Kumar Chicken Boy,  Fiji,  1978
    Cerita ini pun sangat menarik.  Hang bayangkan budak dibesarkan oleh ayam ?  AHAHAHAHAH.  Binatang macam anjing,  harimau,  serigala aku boleh terima lagi.  Macam mana kalau dibela oleh ayam?  Yes,  gelaklah bersama aku.  Tapi ini cerita betul.  Kalau ampa tengok video yang aku share kat bawah ni,  boleh menitik ayaq mata.  4 tahun dibesarkan bersama ayam,  20 tahun hidup diikat atas katil di rumah orang-orang tua.  Macam mana lah ibu bapa dia boleh abaikan dia dan biarkan dia hidup dalam reban ayam.  Sekarag Sujit tinggal bersama seorang janda bernama Elizabeth yang mengabdikan dirinya untuk menjaga dan memulihari Sujit.  Dia juga menubuhkan sebuah yayasan mengumpul dana untuk Sujit.  Ampa boleh visit website tu kat sini  :  http://www.thehappyhometrust.com/sujit-kumar/





  • Kamala and Amala, India, 1920
    Dua budak bernama Kamala (8 tahun) dan Amala (1 tahun lebih) ditemui bersama-sama di sebuah gua yang dipercayai adalah sarang sekumpulan serigala.  Dipercayai mereka berdua bukan adik beradik tetapi diambil oleh serigala-serigala itu pada masa-masa yang berbeza.  Mereka ditemui oleh seorang mubaligh Kristian,  Reverend Joseph Singh yang bertugas di Utara India.  Apabila dia terdengar kisah-kisah orang kampung yang selalu nampak dua kelibat seakan-akan manusia bersama-sama sekumpulan serigala di hutan,  dia nak siasat pasai benda ni.  Oleh itu, Reverend Joseph Singh telah membina sebuah tempat khas di atas pokok untuk dia bersembunyi dan mengamati aktiviti serigala - serigala itu keluar dan masuk gua tersebut,  ketika itulah dia ternampak Kamala dan Amala.  Ampa baca lebih lanjut kat sini  :  10 Feral Human Children Raised by Animals

Antara gambar Kamala yang akak dapat dalam internet.



Kanak-kanak yang Tinggal Terpencil di Hutan Bersendirian
Kategori seterusnya adalah kanak-kanak liar yang melarikan diri akibat daripada kejadian traumatik seperti tindakan ganas, kematian salah seorang atau kedua-dua ibu bapa, peperangan, kekacauan
awam atau keganasan rumah tangga.  Kadangkala,  kanak-kanak mampu hidup bersendirian di dalam hutan, tempoh yang singkat atau tempoh yang lama.

Pemakanan kanak-kanak terpencil berlainan daripada mereka yang dibesarkan oleh haiwan.  Mereka makan akar, daun, buah beri, buah-buahan dan sebagainya.

Contoh kes kanak-kanak adalah seperti kes kanak-kanak orang asli yang lari bersembunyi ke dalam hutan selama lebih kurang 46 hari kerana takut dengan cikgu kena denda sebab mandi kat sungai tanpa kebenaran.  Ada antara kanak-kanak itu yang mati dan pula yang ditemui semula dalam keadaan kurus kering.

Read :  Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang

Budak budak orang asli yang selamat.



Kanak-kanak Dikurung
Kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa atau penjaga,  dikurung dalam tempat khas seperti bilik,  kandang atau sangkar hingga tidak boleh berjumpa dengan manusia lain juga dikategorikan sebagai kanak-kanak liar.

Gif menunjukkan cara Genie Wiley bergerak.

Kanak-kanak yang dikurung ini tidak dapat mengalami kehidupan sebenar ketika zaman perkembangan.  Ini menyebabkan kanak-kanak ini mempunyai kesukaran yang ekstrem untuk adaptasi diri sendiri dengan keadaan sekeliling seperti cahaya,  suasana,  orang ramai,  belajar perkara baru dan sebagainya.

Contoh kes kanak-kanak liar kategori yang dikurung yang sering menjadi topik utama ujikaji topik ini adalah kes Genie Wiley.

Kisah Genie Wiley memang sedih ampa boleh tengok video dokumentari yang akak share kat sini.  Tapi briefly,  bapak dia adalah si celaka.  Masa dia kecik,  dia ada macam masalah sikit kat kaki dia.  So bapak dia anggap dia anak cacat.  So bapak dia letak dia dalam bilik,  ikat kat kerusi yang ada lubang untuk berak.  Pintu tingkap semua ditutup.  The whole family termasuk si ibu tidak dibenarkan untuk bercakap apatah lagi bermain dengan Genie.  Ketika dalam kurungan itu,  si bapak akan memukul Genie kalau dia membuat bunyi atau menangis.  Selepas beberapa tahun,  si ibu telah memberanikan diri untuk membawa Genie keluar dan membawa dia ke balai polis berdekatan.

Genie diselamatkan,  bapak dia bunuh diri.  Tetapi hidup Genie menjadi lebih sukar,  dia tidak boleh adapt dengan kehidupan lain.  Lebih teruk apabila dia diberikan kepada keluarga angkat,  keluarga angkat itu juga mendera dia.  So dia jadi lagi trauma.  Genie tidak pulih sampai lah sudah dewasa sekarang.




Filem yang dibuat berdasarkan kisah Genie.

Kat Malaysia pun ada kes seumpama ini.  Siapa ingat ? Kes Muhammad Firdaus Dullah,  remaja OKU yang ditinggalkan sampai kurus kering oleh ibunya.  So itu adalah contoh kanak-kanak liar yang dikurung.  Hangpa boleh pi baca lebih lanjut tentang kes itu walaupun selepas diselamatkan dia mempunyai pelbagai cabaran untuk teruskan hidup dan akhirnya dia pun telah meninggal dunia kerana serangan sawan.



Perkongsian ini adalah daripada kawan I olls Faiz Fansuri,  pelajar Kerja Sosial USM.  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...