Featured Post

#PrayforPenang

17.11.16

Jom beli Buku dari Penerbit USM

Hello u olls,

Seperti kalian tahu pada bulan September lalu akak telah bertukar tempat bertugas dari International Office USM ke Penerbit USM.  So hari ini dah lebih kurang 2 bulan akak di sini. Alhamdulillah,  so far so good.  Tak boleh nak puji lebih lebih tempat ni,  takut satgi kawan kat office lama akan baca dan depa akan jeles dan depa semua akan tulis surat kat ketua jabatan dan mintak tukar mai Penerbit USM.

Seperti biasa,  tugas akak tetap sama iaitu sebagai setiausaha kepada ketua jabatan.  Tapi berbezanya kat sini,  sistem kerja yang lebih teratur memudahkan banyak perkara.  Kat office lama,  kami banyak deal dengan event-event yang selalunya perlu dilaksanakan atas permintaan pada saat-saat akhir menyebabkan akak buat kerja sampai nak kentot pun terlupa,  tau tau ja sakit perut.  Kat sini,  nak kentot,  boleh baca bismillah lagi.

Bangunan Penerbit USM.  Lokasi kami agak terpencil di belakang Bukit USM.  Tetapi lokasi ini menyebabkan sekitar kawasan depan bangunan seolah-olah secret garden gitu.

What is our Business Here ? 
Bisnes utama kami sebagai Penerbit USM adalah sebagai jabatan yang menjalankan aktiviti penerbitan dalam bentuk jurnal,  cetakan buku ataupun ebook hasil dari penulisan seni karyawan USM dan tempatan.  Tetapi terutamanya,  terbitan kat sini lebih fokus kepada hasil dapatan daripada kajian yang telah dilakukan oleh para akademik di USM.

So buku-buku kat sini hampir kesemuanya adalah buku-buku akademik yang sesuai untuk para pelajar,  penyelidik,  pendidik,  para akademik dan mereka dalam kerjaya profesional.

Untuk pembaca santai macam akak ni,  ada juga beberapa koleksi buku yang akak rasa sesuai dan setaraf dengan saraf IQ akak seperti buku-buku yang menghimpunkan tulisan sastera pantun dan falsafah.  Malah ada juga buku jenis coffee table book yang amat sesuai dijadikan hadiah dan saguhati.

Notes  :  Masuk kat Collections and Series,  click kat Pantun Series.  General Books ada banyak buku-buku seperti Khasiat Ulam Ulaman (Bagus ni.  Akak rasa Anita Sarawak jumpa buku ni la sebab tu dia duk kekal cantik).

click read more 






Kalau Nak Beli Buku ?
So kalau hangpa berminat nak beli buku,  akak nak syorkan ampa membuat pembelian melalui beberapa saluran berikut.  Sebelum ni,  kalau ada beberapa tajuk buku yang berkenaan,  akak akan PM / Whatsapp kepada kenalan dan anak-anak ayam akak yang telah bergelar pensyarah untuk tindakan segera oleh mereka (tetap nak tulis yang anak-anak ayam kiter pensyarah kan?)



Buku Bercetak
Untuk buku bercetak hangpa boleh layari laman web  www.karyausm.my.  Laman web ini merupaka laman e shop kami yang memaparkan semua judul buku,  maklumat lanjut,  harga dan pelanggan boleh beli secara dalam talian dengan meng-log in kan diri anda dalam tu.

Berita baik untuk kalian semua,  sekarang ni kami sedang adakan promosi harga runtuh dan diskaun sempena hujung tahun.  So inilah masanya untuk beli harga buku-buku akademik ini pada harga yang lebih baik.

Selain laman web rasmi kami,  ada beberapa portal online shopping yang turut menawarkan judul buku terbitan Penerbit USM seperti berikut e-sentral dan Lazada.


E Book
Untuk u olls yang lebih suka untuk memilih buku digital, hangpa juga boleh dapatkan buku-buku terbitan Penerbit USM di portal seperti E-Sentral, Amazon, Google Books, Barnes & Noble, Kobo, Trajectory,  Bookcapital,  Overdrive dan macam-macam lagi mengikut harga yang ditetapkan oleh pengedar-pengedar rasmi e-book Penerbit USM.

Antara Judul Yang Akak Rasa BEST !



Kalau Nak Terbit Buku ?
Untuk kalian yang berminat untuk menerbitkan karya anda bersama kami,  kalian boleh log in ke link ini  https://epenerbit.usm.my/index.php/login.  Setelah buat pendaftaran,  kalian boleh hantar manuskrip melalui akaun tersebut.

Akak dan Honey (ex PA kat sini) sedang membuat posing getis.  Sorry muka kami colour pink sebab tingkat office kami tinted colour pink.  

Laman Sosial  
Jangan lupa layari dan follow kami on social media !
Laman Web rasmi :   www.penerbit.usm.my
Laman Web e shop  :  www.karyausm.my
Facebook  :  Facebook.com/PenerbitUSM
Twitter  :  Twitter.com/PenerbitUSM
Instagram  :  @penerbit_usm

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...