CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

24.11.16

Jom Kita Vote untuk Mohd Faiz Subri



Hello u olls,

Im sure ampa semua dah dapat mesej yang telah diviralkan dalam mesej-mesej social media yang menyuruh seluruh rakyat Malaysia untuk vote player pasukan Harimau Kumbang iaitu Pulau Pinang,
Mohd Faiz Subri supaya beliau akan dianugerahkan pemenang FIFA Puskás Award untuk category gol tercantik.

10 pemain telah dicalonkan dalam anugerah ini antaranya Lionel Messi dan Neymar yang merupakan nama besar dalam dunia bola sepak.  Selain berbangga sebab atlit negara kita dapat duduk sebaris dengan nama - nama besar ini,  akak juga berasa bangga sekali sebab dalam ramai-ramai pencalonan ni,  ada sorang tu adalah pemain bola sepak wanita dari tanah asal keturunan akak iaitu Venezuela.




Pemain wanita bernama Daniuska Rodríguez ini berusia hanya 17 tahun dan bermain untuk pasukan AFF San Diego.  Akak tengok video yang dipaparkan dalam link untuk voting ni,  gila fierce pompuan ni main bola.  Goreng-goreng,  sekali nenjia dia bagi gol.



Gol-gol yang dihasilkan oleh calon-calon lain juga menarik,  especially Hlompho Kekana yang bermain untuk team South Africa.  Dia tendang dari jauh,  sekali nenjia masuk teruih.  Goal keeper ternganga sorang-sorang sebab dia ingat bola tu akan naik atas melepasi tiang gol. Rasa macam tengok filem Shaolin Soccer pun ada.

Tapi dalam ramai-ramai,  bukan nak puji sebab Mohd Faiz Subri ni main for Penang ataupun sebab dia membanggakan seluruh rakyat Malaysia,  tetapi memang kalau hangpa tengok semua gol-gol yang dicalonkan,  gol beliau yang paling cun dan bagi akak,  sangat mejik sekali.  Dia terbang naik atas pastu tiba-tiba bola tu macam kena tiup angin dan menyenget masuk dalam tiang gol.

Okay tak mau cakap banyak hangpa pi vote lekaih !

Click sini  :  Fifa Puskás Award

Kalau hangpa nak tengok video-video gol-gol mereka yang dicalonkan,  click read more.



Malaysia
Mohd Faiz Subri



Spain
Mario Gaspar


 

South Africa
Hlompho Kekana




Brazil
Marlone




Argentina
Lionel Messi



Brazil
Neymar





Spain
Saúl Ñíguez





Wales 
Hal Robson-Kanu  






Venezuela
Daniuska Rodríguez




Finland
Simon Skrabb

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...