Jom Try Diameida Fabulous Mascara

21.11.16

Resepi Apam Pisang Kukus

Apam pisang kukus.

Hello u olls,


Lama tak share resepi dengan you olls semua. AHAHAHAH. Malaih nak habaq pasaipa dah. Takpalah, sekali sekali share la juga kan.


Resepi APAM PISANG KUKUS yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Dibuat semula oleh rakan I olls Chef Nizal Ashriff from A Ghaffoor Martabak Original. Dia kata "Orang kita ni lani sibuk duk buat macaroon la, brownies la, red velvet la, cheese pie la. Habis resepi kita sapa nak buat kalau bukan kita sendiri? Saya menggesa semua penggemar masak memasak ni untuk tengok semula resepi manisan orang tua-tua kita dan buat balik resepi tu. Senang atau susah jangan jadikan alasan," begitulah lebih kurang leterannya.


Okay so baru-baru ni dia buat APAM PISANG KUKUS yang selalu dibuat oleh arwah ibunya. Hari ini dia nak share dengan hang semua. Selamat mencuba

click read more

Bahan-bahan :

2 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung kek
1 cawan gula
1 cawan minyak sayur
Secubit garam
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur

Teknik kukus.


Cara-cara  :
  • Lenyek pisang, masukkan minyak,  telur,  gula,  secubit garam dan kacau sebati.
  • Masuk tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama.  Kaup (fold) sebati adunan tersebut.  
  • Masukkan adunan iin dalam loyang dan kukus selama 35 ke 45 minit.
  • Hidangkan mengikut kesukaan.
Pisang mas dibawa belayar. Masak sebiji di atas peti.  Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi dibawa mati.

Notes  :
Pisang yang digunakan dalam gambar adalah mas adalah terbaik sebab manis.  Tapi kalau nak lebih sedap cuba guna pisang raja sedap sebab lebih manis.

Model apam pisang kukus yang manis.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...